You are on page 1of 7

8.

0 DAPATAN KAJIAN
Bab ini akan menerangkan mengenai dapatan kajian dengan lebih jelas
berdasarkan analisi data yang telah dilakukan. Data-data yang dianalisis
telah disusun mengikut setiap persoalan kajian. Kajian tindakan ini telah
dijalankan ke atas seorang murid pendidikan khas integrasi di salah
sebuah sekolah di Melaka tengah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
melihat keberkesanan kaedah Kekotak dalam meningkatkan kemahiran
mendarab nombor satu digit dengan satu digit.
Rumusan dapatan kajian bagi setiap persoalan dalam bahagian 3.0 di atas
dinyatakan seperti berikut:
a. Apakah tahap keupayaan murid slow leaner dalam kemahiran
mendarab satu digit dengan satu digit?
Dalam menjawab persoalan kajian satu ini, pengkaji telah menggunakan
ujian sebelum serta pemerhatian senarai semak bagi mengetahui tahap
keupayaan subjek kajian dalam kemhiran mendarab satu digi dengan satu
digit. Terdapat tiga set soalan ujian sebelum yang diberikan kepada subjek
kajian pada waktu yang berbeza. Di dalam satu set soalan terdapat 10
soalan ayat Matematik yang diberikan kepada subjek kajian.
Data keputusan ujian sebelum dikumpul untuk megukur tahap
keupayaan murid slow leaner dalam kemahiran mendarab satu digit
dengan satu digit. Jadual 6 menunjukkan keputusan ujian sebelum bagi
subjek kajian yang diuji. Dapatan mendapati subjek kajian gagal
mendapatkan skor yang baik bagi ketiga-tiga set ujian yang diberikan.
Subjek kajian hanya mendapat sebanyak 20% bagi markah ujian set B dan

set C. Manakala sebanyak 60% untuk bagi set ujian A, di mana sewaktu
itu, subjek kajian baru sahaja selesai mempelajari subjek Matematik.
Kemahiran mendarab amat berkait rapat dengan sifir-sifir yang harus
dikuasai dan diingati oleh murid pendidikan khas. Bukan sahaja murid
pendidikan khas yang tidak dapat menghafal, namun murid biasa juga
mengalami masalah yang sama. Otak dan minda merupakan anugerah
Tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada manusia. Tiada sesiapa
pun boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranya minda
dapat diperteguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat
yang tersimpan dapat dimanfaatkan ketika diperlukan. Ini menunjukkan
betapa pentingnya kemahiran mengekalkan daya ingatan dipelajari
supaya dapat diamalkan di peringkat mana sekalipun. Terutamanya bagi
kemahiran mendarab yang rata-ratanya menggunakan kemahiran
menghafal sifir.
Rata-rata murid pendidikan khas kategori slow leaner, mempunyai
ingatan jangka pendek. Menurut Azizi et all (2005), ingatan jangka pendek
merujuk kepada beberapa banyak item atau data disimpan dalam satu
masa atau setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara
sedar dalam masa pendek. ia mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa
latihan. Biasanya, maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh
hilang dalam kurang daripada 30 saat, malah kadangkala lebih cepat lagi.
Oleh itu, didapati subjek kajian ini, mengalami masalah lupa yang
membuatnya agak lambat untuk mengingati sesuatu yang baharu. Lupa
merupakan salah satu faktor yang menjejaskan ingatan, menurut Erikson

(1963) lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat


dengan tepat. Terdapat tiga teori yang diutarakan untuk menerangkan
lupaan:
1. Teori reputan maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh
masa.
2. Teori ingat kembali maklumat itu ada tetapi tidak dapat dicari
kerana kata kunci yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan
maklumat.
3. Teori gangguan maklumat lain menggangu maklumat yang hendak
diingat.
Rumusannya secara keseluruhan dapatan ujian sebelum ini, mendapati
prestasi subjek kajian berada pada tahap yang rendah dan memerlukan
penambahbaikan. Oleh itu, subjek kajian perlulah diberi perhatian oleh
pengkaji dan mengaplikasikan kaedah Kekotak in dengan sebaiknya agar
mereka dapat meningkatkan kemahiran mendarab satu digit dengan satu
digit dengan sepenuhnya sejajar dengan obejaktif kajian.
Seterusnya, pengkaji juga turut menggunakan pemerhatian (senarai
semak) untuk menjawab persoalan pertama kajian. Senarai semak juga
digunakan untuk mengetahui sejauh mana tahap subjek kajian berada.
Berdasarkan keputusan senarai semak tersebut, didapati bahawa subjek
kajian berada di tahap keupayaan yang rendah bagi kemahiran mendarab.
Ini kerana, subjek kajian hanya berada di skor tidak memuaskan dan
sangat tidak memuaskan bagi kesemua item tersebut.
Berdasarkan Jadual 5, subjek kajian didapati tidak menguasai dalam
mengenali simbol darab dan menyatakan dengan lisan situasi mendarab dalam

kehidupan harian. Selain itu, subjek kajian juga didapati sangat tidak menguasai
dalam menyatakan konsep asas darab serta menyatakan hasil darab dua nombor
satu digit.
Ini terjadi kerana, subjek kajian didapati tidak menguasai kemahiran asas
mendarab, iaitu kemahiran menambah secara berulang dengan baik. Jadi subjek
kajian akhirnya gagal menguasai kemahiran mendarab satu digit dengan satu
digit. Oleh itu, berdasarkan dapatan pemerhatian, di dapati subjek kajian, masih
belum menguasai kemahiran mendarab satu digit dengan satu digit. Oleh itu,
Kaedah Kekotak dibina bagi membantu subjek kajian untuk menguasai kemahiran
mendarab satu digit dengan satu digit.

b. Bagaimanakah kaedah Kekotak dapat meningkatan


penguasaan kemahiran mendarab satu digit dengan satu
digit terhadap murid slow learner.
Keberkesanan kaedah Kekotak ini dapat dilihat melalui perbandingan skor
markah ujian sebelum dan skor markah ujian selepas. Keputusan
keseluruhan kajian telah menujukkan peningkatan tahap penguasaan
kemahiran mendarab satu digit dengan satu digit yang sangat
memberangsangkan terhadap subjek kajian selepas intervensi dijalankan.
Hasil keputusan ujian akhir menunjukkan skor markah yang berjaya
dicapai oleh subjek kajian ialah adalah sebanyak 60% bagi set soalan C
yang diberikan, manakala bagi set soalan B adalah sebanyak 50% dan set
soalan A pula sebanyak 10%.
Di dapati terdapat sedikit peningkatan berlaku dalam skor markah
ujian sebelum dan selepas. Berdasarkan carta X, didapati terdapat
sebanyak 10% peningkatan bagi skor markah ujian set A, dengan

memperoleh markah sebanyak 70% dan juga peningkatan sebanyak 30%


bagi skor markah ujian set B dengan markah sebanyak 50% serta
peningkatan 40% bagi skor markah ujian set C dengan mendapat markah
sebanyak 60%.
Peningkatan yang ketara ini turut disokong oleh temu bual bersama
subjek kajian selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan jadual X, didapati,
subjek kajian amat gembira sewaktu menggunakan kaedah Kekotak yang
pada awalnya mengatakan susah untuk mempelajari topik mendarab
terutama bagi kemahiran mendarab satu digit dengan satu digit. Namun
selepas menggunakan kaedah Kekotak didapati subjek kajian gemar
menggunakan kaedah tersebut kerana senang untuk mendapatkan
jawapan bagi soalan mendarab satu digit dengan satu digit tanpa
mengalami sebarang kesukaran semasa menggunakan kaedah tersebut.
Kesimpulannya, hasil daripada pelaksanaan strategi dan aktiviti
terhadap subjek kajian, didapati penggunaan kaedah Kekotak telah
Berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mendarab satu digit
dengan satu digit. Saya amat gembira melihat preubahan yang berlaku
kepada mereka kerana mereka akhirnya Berjaya menyiapkan soalan
kemahiran mendarab satu digit dengan satu digit yang dikehendaki
dengan betul dan pantas. Ini menunjukkan bahawa kaedah ini amat
berkesan ke atas subjek kajian. Saya berharap agar kaedah ini boleh
digunakan pada masa akan datang untuk mengelakkan berlakunya
keciciran Matematik dalam kalangan murid pendidikan khas.

Daripada kajian tindakan yang telah dijalankan ini, kesemua subjek


kajian yang terlibat didedahkan dengan kaedah Kekotak untuk
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mendarab satu digit dengan
satu digit. Aktiviti yang disusun dengan rapi dan konsisten telah
mendatangkan kesan yang positif dan memberi faedah kepad mereka
kerana Berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mendarab
satu digit dengan satu digit sekali gus mengurangkan masalah yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kejayaan subjek
kajian menjawab soalan darab satu digit dengan satu digit telah
meningkatkan keyakinan diri mereka bersaing dengan rakan-rakan sekelas
yang lain. Bukan setakat itu sahaja, minat mereka terhadap Matematik
juga telah bertambah kerana mereka menyedari bahawa belajar Matemaik
tidak begitu sukar jika asas iaitu sifir telah dapat dikuasai.
Sebagai seorang guru sudah pastinya sya amat berpuas hati dengan
kajian tindakan yang telah dijalankan ini. Kaedah ini telah membawa
kejayaan kepada semua subjek kajian. Penggunaan kaedah Kekotak yang
telah diaplikasikan dalam kajian ini telah dapat meningkatkan tahap
kemahiran mendarab satu digit dengan satu digit, maka sudah tetulah
pengajaran dan pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dan
lancer kerana seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, sifir
merupakan asas yang penting dalam meneruskan kesinambungan mata
pelajaran Matematik.
Kaedah ini juga akan dikongsikan bersama rakan-rakan sekelas saya
yang lain kerana menyebarkan kebaikan itu adalah satu dakwah dan

bukan itu sahaja, malah dapat meningkatkan profesionalisme keguruan


disamping memudahkan urusan rakan-rakan yang turut mengalami
masalah yang sama sewaktu mengajar kelak.

You might also like