You are on page 1of 4

Program Kesihatan Sekolah

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


PENGENALAN
Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan
mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina pelajar yang
bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan
diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Modul Kesihatan Sekolah
(MKS) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
beberapa mata pelajaran di sekolah.
Modul Program Kesihatan Sekolah ini juga dibuat bagi tujuan menyedarkan
pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dari segala semua aspek.
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup
sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin
dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan
sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat
tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah
amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.
Modul ini adalah panduan kepada pertubuhan dan orang awam yang berhasrat
untuk melaksanakan program promosi kesihatan. Pertubuhan perlu mempunyai
pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana
dan menilai aktiviti aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan.

Program Kesihatan Sekolah

PANDUAN KURSUS
PENGENALAN
QGK3023 (Program Kesihatan Sekolah) ialah kursus teras yang wajib diambil
oleh semua pelajar yang mengikuti program ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Sukan
dan Kejurulatihan. Kursus bernilai tiga (3) jam kredit ini mendedahkan pelajar
tentang konsep perancangan Program Kesihatan di sekolah seterusnya
memahami dan menganalisis Program Kesihatan Sekolah.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah.
Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek
perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi
dan penilaian.

HASIL PEMBELAJARAN
Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut.
1.

Menganalisis Program Kesihatan Sekolah dari segi konsep Pendidikan


Kesihatan, Promosi Kesihatan dan perancangan program (C4).

2.

Mempelbagaikan kemahiran teknikal dalam perancangan program


promosi kesihatan sekolah berasaskan Teknologi Pendidikan dan ICT
(P3,TS3).

3.

Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku


beretika (A3).

4.

Mengamalkan komunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam satu


pasukan (C4).

ii

Program Kesihatan Sekolah

ISI KANDUNGAN KURSUS


Kursus ini meliputi sebelas topik utama seperti yang tertera dalam halaman Isi
Kandungan modul ini. Topik sembilan hingga topik sebelas yang dibincangkan
dalam modul ini mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lain. Justeru,
penerangan dan huraian mengenai pelaksanaan program kesihatan dalam topik
tersebut dibincangkan serentak dengan setiap topik dalam modul ini.

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL


Terdapat sebelas unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang
ditulis oleh penulis modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelaskan
dan membincangkan topik dan sub topik yang relevan dengan kandungan
kursus. Setiap unit disusun secara berhierarki dan mengikut kepentingan
kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada setiap unit
dinyatakan.
Selain fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincangkan dan dianalisis,
setiap unit dalam modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu
dilakukan oleh pelajar sebagai penggerak untuk kelangsungan proses
pembelajaran kursus ini. Penilaian Kendiri yang mengemukakan beberapa
soalan juga terdapat di setiap unit dalam modul ini bagi menguji penguasaan.
Pada akhir unit juga disertakan dengan jawapan dan maklum balas daripada
soalan-soalan dan latihan yang telah diberikan.
Walau bagaimanapun pembelajaran kursus ini adalah tidak terbatas kepada apa
yang terdapat di dalam modul ini sahaja. Sebaliknya, para pelajar juga perlu
membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau laman web yang
berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan bagi menambahkan lagi
khazanah ilmu yang dipelajari.

iii

Program Kesihatan Sekolah

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN


Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi
mengenainya.
Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang
dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong,
melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lainlain.
Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada
markah kerja kursus.
Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada
markah kerja kursus.
Persembahan mikro dan makro pengajaran yang perlu dijalankan
dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain
yang menyumbang kepada markah kerja kursus.
Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada
markah kerja kursus.
Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi
konsep yang dibincangkan.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

iv

You might also like