You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 SEJARAH HOKI MALAYSIA

2.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

2.1 MENGGELECEK

2.2 MEMUKUL

2.3 MENOLAK

2.4 MENERIMA/MENAHAN BOLA

3.0 LUKISAN PELAN PADANG HOKI


3.1 PENGIRAAN DENGAN SKALA 1: 500

4
5-6

4.0 PROSEDUR MENYEDIAKAN PADANG HOKI

7-8

5.0 KEMAHIRAN

5.1 KEMAHIRAN MEMUKUL

5.2 FASA PERLAKUAN BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL

5.3 KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN

10

5.4 CADANGAN LATIHAN ANSUR MAJU UNTUK

11

MENGATASI KESALAHAN
6.0 REFLEKSI

12

7.0 RUJUKAN

13

8.0 LAMPIRAN

14 - 16

1.0 Sejarah Permainan Hoki dI MALAYSIA

Menurut sumber yang boleh dipercayai, permainan hoki diperkenalkan oleh askar-askar dan
kakitangan Inggeris yang menjalankan tugas di Tanah Melayu sekitar tahun 1892. Namun,
permainan ini cuma dapat menarik minat orang-orang Inggeris yang ada. Penduduk
tempatan hanya melihat sahaja bagaimana permainan ini dimaikan oleh mereka kera
penduduk tempatan belum menunjukkan minat mereka.
Tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu
perlawanan antara Selangor dan Singapura. Hanya pada tahun 1920 penduduk tempatan
menunjukkan minat untuk turut serta bermain permainan hoki ini. Jumlah pemain semakin
hari semakin bertambah. Semakin ramai yang berminat untuk mempelajari permainan hoki.
Tahun 1926 perlawanan hoki pertama yang melibatkan penduduk tempatan diadakan.
Perlawanan tersebut adalah antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-Negeri
Selat. Tidak beberapa lama kemudian, tertubuhlah pasukan hoki kebangsaan yang pertama.
Ini bertujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan
India.
Lantaran daripada perlawanan itu, pasukan kebangsaan telah mengadakan lawatan sambil
bermain ke Hong Kong dan Macau. Keputusan yang sangat memberangsangkan kerana
pasukan kebangsaan telah menang semua perlawanan persahabatan tersebut.
Tahun 1948 melakar sejarah yang tersendiri apabila liga hoki diadakan di Taiping seterunya
diikuti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang. Juga pada tahun ini, tertubuhnya Persekutuan
Hoki Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai MHF. Penubuhan persekutuan ini adalah
untuk menyalaras permaian hoki di Tanah Melayu pada ketika itu.
Tahun 1953, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah menerima MHF sebagai ahli
gabungannya. Kesannya, pasukan kebangsaan mendapat peluang untuk turut serta dalam
kejohanan dan pertandingan yang diadakan diperingkat antarabangsa.
Kini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara yang maju dalam permainan hoki.
Sejarahnya, Malaysia telah pun layak memasuki sukan Olimpik sebanyak sembilan kali
sejak dari tahun 1956. Pasukan kebangsaan juga sering kali menyertai banyak pertandingan
diperingkat antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia, dan Piala
Belia Remaja.

2.0 Kemahiran Asas Permainan Hoki

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu digunakan. Setiap


kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan mereka sendiri. Setiap
kemahiran ini juga perlu dipelajari oleh setiap pemain hoki agar mereka dapat meguasai
permainan ini.
Hoki, satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan,
kelincahan, kekuatan, daya tahan, startegi dan teknikal yang penting. Ini sangat diperlukan
kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain.
Dalam hoki, terdapat beberapa kemahiran yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh
setiap pemain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah
menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.
2.1 Menggelecek.
Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa
bola, melepaskan diri daripada permain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah,
dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek
rapat, dan menggelecek Indian.
2.2 Memukul.
Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap
pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan
cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak
tersasar ke arah lain.
2.3 Menolak.
Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya
sema seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan
kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan
kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan.
2.4 Menerima/menahan bola.
Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting
kepada pemain. Ia adalah satu kemahiran yang sangat perlu dikuasai oleh pemain.
Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya
kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke
pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa
berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.
3.0 Lukisan Pelan Padang Hoki
Skala 1 : 500

3.1 Pengiraan Dengan Skala 1 : 500


1. Ukuran garisan belakang (ukuran lebar)
55 meter = 55 meter x 100 = 5500cm
5500cm = 11cm
500cm
4

2. Ukuran garisan tepi ( Ukuran panjang )


91.4 meter = 91.4 meter x 100 = 9140cm
9140cm = 18.28 cm
500cm

3. Ukuran panjang gol


3.66 meter = 3.66 meter x 100 = 366cm
366 cm = 0.73 cm
500cm

4. Ukuran sudut penalti pertahanan dari gol


4.98 meter = 4.98meter x 100 = 498 cm
498 cm = 1 cm
500cm

5. Ukuran sudut penalti penyerang dari gol


9.98 meter = 9.98 meter x 100 = 998cm
998 cm = 2 cm
500 cm

6. Ukuran titik penalti dari titik tengah gol


6.4 meter = 6.4 meter x 100 = 640 cm
640 cm = 1.3 cm
500 cm

7. Ukuran sudut jauh pertama dari garisan belakang


5 meter = 5 meter x 100 = 500 cm
500 cm = 1cm
5

500 cm

8. Ukuran sudut jauh kedua dari garisan belakang


14.63 meter = 14.63 meter x 100 = 1463 cm
1463 cm = 2.93cm
500 cm

9. Ukuran garisan penggantian pemain


22.9 meter = 22.9 meter x 100 = 229 cm
229 cm = 0.46cm
500 cm

10. Ukuran bulatan pukulan ( D )


14.63 meter = 14.63 meter x 100 = 1463 cm
1463 cm = 2.93cm
500 cm

11. Garisan putus dari bulatan D


5 meter = 5 meter x 100 = 500 cm
500 cm = 1cm
500 cm

12. Garisan tengah gelanggang


91.4m = ( 91.4m x 100 ) = 9140/2
4570 cm = 9.14cm
500 cm

4.0 Prosedur Menyediakan Padang Hoki


Padang hoki yang standart berbentuk segi empat tepat dengan ukuran panjangnya
ialah 91.40 meter dan lebarnya pula berukuran 55 meter. Garisan panjang ini lebih dikenali
dengan nama garisan tepi dan garisan belakang pula merupakan garisan lebar padang hoki
tersebut.
Setiap padang hoki mempunyai empat bahagian secara keseluruhannya. Setiap dua
bahagian dibahagikan dengan garisan tengah, dan dua garisan tadi dibahagikan dengan
garisan yang dikenali sebagai garisan 23 meter.
Bulatan jaringan pula merupakan satu garisan panjang yang selari dengan garisan gol
sepanjang 3.66 meter. Garisan ini ditanda dengan dua suku bulatan berradius 14.63 meter.
Bagi suku bulatan sebelah kiri, tiang gol sebelah kiri digunakan sebagai pusat suku bulatan
tersebut. Begitu juga dengan sebelah kanan, maka tiang kanan digunakan sebagai
pusatnya. Separa bulatan ini lebih dikenali sebagai kawasan D.
Selain itu, terdapat juga pukulan penalti yang berukuran 6.4 meter daripada garian gol,
dan sudut penalti yang berukuran 5 meter dan 10 meter daripada tiang gol kiri untuk sebelah
kiri, dan kanan untuk sudut penalti sebelah kanan.
Manakala ukuran gol hoki ialah 2.14 meter tinggi dan jarak antara dua tiang gol pula 3.66
meter.Untuk menyediakan satu padang hoki yang sempurna, terdapat beberapa prosedur
atau langkah-langkah yang perlu diikut. Setiap prosedur atau langkah-langkah ini perlu
diikuti agar proses menyiapkan sebuah padang hoki yang mengikut ukuran yang betul
menjadi lancar.
Selain itu, pemilihan padang yang sesuai juga amat perlu. Padang yang hendak
digunakan mestilah mempunyai keluasan yang lebih daripada sebuah padang hoki, iaitu
sekurang-kurangnya 92 meter panjang dan 56 meter lebar. Padang yang rata dan tidak
berlopak adalah lebih sesuai kerana bola hoki akan bergerak dengan lebih lancar dan
kurang halangan.
Untuk memudahkan cara membuat satu padang hoki, kita boleh membuat bahagian sebelah
padang dahulu. In bermakna kita membuat ukuran 45.70 meter kali 55 meter. Untuk
menjadikan padang tersebut bersudut tepat, kila boleh menggunakan teoram pentagoras. Ini
bermakna, kita akan mencari garisan silang padang tersebut.

Seterusnya, kita akan menjadikan segi tiga tersebut menjadi satu segi empat tepat yang
merupakan separuh daripada kawasan padang hoki tersebut. Selepas itu, kita akan
7

membuat separuh lagi padang tersebut. Ini menjadikan padang hoki yang sempurna
mengikut ukuran sebenar
Selepas siap satu segi empat tepat untuk satu padang hoki, maka kita perlu mencari
garisan 23 meter. Untuk mencari garisan 23 meter ini, kita perlu mengukur jarak 22.90 meter
daripada garisan belakang. Maka, ini akan menjadikan garisan 23 meter yang mengikut
ukuran.
Kini padang tersebut sudah pun terbahagi kepada empat bahagian seperti padang
hoki yang sebenar. Selepas itu, kita akan meletakkan tiang gol yang berada tengah-tengah
garisan belakang. Panjang tiang gol berukuran 3.66 meter, maka titik tengah tiang gol
tersebut ialah 1.83 meter mesti berada pada titik tengah garisan belakang. Garisan tengah
titik belakang ialah 27.5 meter.
Selepas meletakkan gol, garisan sudut penalti yang berukuran 5 meter dan 10 meter
dari tiang gol sebelah kiri dan kanan di buat. Garisan ini dibuat dengan menarik meter
pengukur dari tiang gol dan tandakan pada garisan 5 meter dan 10 meter.
Seterusnya ialah langkah untuk membuat kawasan D. Kawasan D adalah seperti
separa bulatan, tetapi ada garisan lurus yang selari dengan garisan belakang yang
berukuran 3.66 meter. Buat suku bulatan yang berjejari 14.63 meter berpusat pada tiang gol
sebelah kanan. Suku bulatan juga dibuat pada sebelah kiri dengan tiang kiri sebagai pusat
dan ukuran jejarinya juga sama.
Seterusnya kita akan membuat kawasan D yang bergaris putus-putus. Caranya juga
sama sepert kawasan D, Cuma jejarinya adalah lebih panjang lagi, iaitu ditambah 5 meter.
Ini bermakna jejari untuk kawasan D putus-putus ialah 19.63 meter.
Apabila siap pada bahagian kedua-dua padang, ini bermakna padang untuk permainan hoki
sudah siap sepenuhnya. Cuma perlu diletakkan bendera pada setiap sudut padang
permainan. Bendera ini juga dikenali sebagai bendera sudut. Tinggi untuk tiang bendera ini
di antara 120 sentimeter hingga 150 sentimeter.

5.0 Kemahiran
Kemahiran yang dipilih;
5.1 Kemahiran Memukul
Kemahiran memukul merupakan kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai
oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak
8

dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya
bola tidak tersasar ke arah lain. Terdapat pelbagai cara untuk menguasai kemahiran
memukul ini. Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak
yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu
dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan
dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya
pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.
5.2 Fasa Perlakuan Bagi Kemahiran Memukul
(i) Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri diatas tangan kanan.Bahu kiri menghadap
sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri.Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang

(ii) Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut
semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola.

(iii) Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.

5.3 Kesalahan yang kerap dilakukan;


9

Terdapat pelbagai kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain semasa menggunakan
kemahiran memukul . Apabila kesalahan dilakukan semasa kemahiran memukul digunakan,
situasi ini boleh menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. Contohnya bola tidak
sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola boleh keluar dari kawasan permainan
atau jatuh ke pihak lawan. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah;
.
i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan
kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak bergerak jauh.
ii.Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu
dekat menyebabkan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
iii.Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut
sedikit berkurangan.
iv.Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak
memukul bola.
v.Bahu tidak menunjukan ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

5.4 Cadangan Latihan Ansur Maju Untuk Mengatasi Kesalahan;


Latihan ansur maju dilakukan untuk memberikan tunjuk cara yang tepat berdasarkan
terasa kepada prinsip mekanik secara berterusan. Dengan latihan ini juga dapat membantu
pemain menguasai teknik pukulan dengan betul seterusnya melahirkan pemain yang
berkemahiran tinggi.
Untuk kesalahan pegangan kayu hoki yang terlalu dekat dengan hujung kayu dan
tidak digenggam dengan kuat, terdapat beberapa latihan yang boleh dijalankan. Pertama
sekali,pemain hendaklah didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasarkan
objektif latihan. Pemain hendaklah diberi peluang untuk melihat dan diberi tunjuk ajar
dengan jelas dan tepat.
Untuk memastikan pegangan pada kayu hoki kuat, pemain boleh menggunakan
buluh atau kayu penyapu untuk belajar pegangan. Dengan menggunakan buluh atau kayu
tersebut,pemain boleh menghayunkan-hayunkannya dibawah tahap sebenar dan dapat
melakukan latihan dengan lebih kerap.

10

6.0 Refleksi
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nyadapat juga
saya menyiapkan tugasan yang amat mencabar ini. Tugasan yang diberi ini
membolehkan saya mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan permainan hoki yang
menjadi kegilaan setiap orang dewasa ini selama ini , saya hanya mengetahui
permainan hoki melalui pengetahuan dari bacaan dan berita sahaja . Namun setelah
tugasan ini selesai, saya dapat melihat dengan lebih jauh dan jelas bagaimanakah
permainan hoki ini semakin begitu popular di kalangan manusia di dunia ini .
Kalau dilihat daripada kaca mata kasar , permainan hoki adalah satu permainan
yang amat kasar dan merbahaya ini disebabkan oleh penggunaan kayu dan bola yang
amat keras. Namun sekiranya kemahiran-kemahiran asas dapat dikuasai sudah pasti
seseorang itu akan berminat terhadap pemainan ini. Di sini saya merakam jutaan terima
kasih kepada En Razak Bin Sulong,pensyarah yang telah membimbing saya dalam
mengenal kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan hoki di padang atau pun di
bilik kuliah, sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat
tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat dari bukubuku berkaitan dengan permainan hoki . Saya juga melayari internet untuk mencari
maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.Walaupun saya mengalami
kekangan masa di sekolah ,namun dengan usaha yang gigih saya dapat juga
menyelesaikan tugasan yang diberi.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini,saya juga mendapat ilmu pengetahuan
dalam subjek PJM3113 permainan badminton dan hoki ini. Ia memberikan saya manfaat
serta melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang

11

permainan hoki ini berkaitan dengan alatan yang digunakan, serta teknik yang betul
untuk melakukan kemahiran-kemahiran seperti memukul bola,mengelecek bola dan
menguis bola.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana berjaya juga menyiapkan tugasan ini serta
berasa sangat beruntung kerana banyak ilmu baru yang telah saya perolehi semasa
menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih.

MOHD FAZLEY BIN ZAINON


780613025463
PJM/PJPK2/AMBILAN FEB 2012 (SEM5)
7.0 Rujukan
Akhi Muhammad Aiyas (2011, October 13). Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki.
Retrieved from http://www.scribd.com/doc/68590309/Kerja-Kursus-GERKO-Permainan-Hoki

Malaysian Hockey Confederation (2013, April 5). International Events. Retrieved from
http://www.malaysiahockey.com.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=53&Itemid=55

Mat King (2012, October). PERALATAN SUKAN HOKI ~ nota pelajar PISMP. Retrieved from
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/peralatan-sukan-hoki.html

Perbadanan Stadium Nasional (2013, April 4). LAMAN WEB RASMI PERBADANAN
STADIUM MALAYSIA. Retrieved from http://www.stadium.gov.my/site?PageSelId=100

12

8.0 Lampiran
8.1 Peralatan Untuk Permainan Hoki

13

KAYU HOKI

BOLA HOKI

KASUT HOKI

TOPI KESELAMATAN

PELINDUNG KAKI

SARUNG TANGAN

14

15

16

You might also like