You are on page 1of 4

Kisah ashabul ukhdud

Ashabul Ukhdud adalah kisah seorang budak lelaki melawan raja, akhirnya mati syahid kerana
mempertahankan keimanan.
Pernahkah anda membaca surah al-Buruj. Dalamnya terkandung kisah Ashabul Ukhdud. Mari
kita baca kisahnya.

: " :


Daripada Suhaib bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Pada zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli
sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku
seorang budak lelaki untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.


Lalu diberikan kepadanya seorang budak lelaki untuk dia mengajar ilmu sihir kepadanya.
Dalam perjalanan budak lelaki itu ke tempat ahli sihir, budak lelaki itu bertemu seorang rahib
Lalu dia pun duduk untuk mendengar kata-kata rahib tersebut. Budak lelaki itu merasa takjub
dengan rahib itu.



Apabila budak lelaki itu mahu pergi ke tempat ahli sihir, dia akan melalui tempat rahib
tersebut, dan dia akan duduk di situ. Tatkala budak lelaki itu sampai sahaja ke tempat ahli
sihir, ahli sihir akan memukulnya (kerana dia sering terlewat tiba) . Budak lelaki itu pun
mengadukan hal tersebut kepada rahib itu.

:
Rahib itu menjawab: Apabila engkau takut kepada ahli sihir, katalah kepadanya: Keluarga aku
yang menyebabkan aku terlewat, dan apabila engkau takut kepada keluarga engkau, maka
katalah: Ahli sihir menyebabkan aku terlewat.



:
Keadaan itu berterusan, hinggalah suatu hari dia bertembung dengan seekor haiwan yang
besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak lelaki itu berkata: Pada hari ini, aku akan
ketahui, siapakah yang lebih utama, ahli sihir atau rahib. Budak lelaki itu pun mengambil
seketul batu.

Budak lelaki itu menyebut: Ya Allah! Seandainya urusan rahib itu lebih Engkau cintai daripada
urusan ahli sihir, bunuhlah haiwan ini supaya orang ramai dapat lalu di sini. Dia terus melontar
batu itu, dan berjaya membunuh haiwan tersebut. Maka manusia pun dapat melalui jalan itu.


Budak lelaki itu pergi menemui rahib dan menceritakan hal yang terjadi. Rahib itu berkata
kepada budak lelaki tersebut: Wahai anakku, engkau pada hari telah menjadi lebih utama
daripada aku. Aku melihat urusan mu telah tiba.
Sesungguhnya engkau akan diuji. Jika engkau diuji, jangan sesekali engkau memberitahu
orang lain tentang diri ku.






Budak lelaki itu mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan penyakit buta dan sopak serta
berkebolehan merawat manusia daripada pelbagai jenis penyakit. Seorang pembesar diraja
yang buta mendengar berita tentang budak lelaki ini.
Dia pun pergi menemui budak lelaki tersebut dan memberinya pelbagai hadiah yang banyak.

: :
Pembesar itu berkata: Semua yang ada di sini adalah milik mu seandainya engkau berjaya
menyembuhkan aku. Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak mampu
menyembuhkan sesiapa pun. Sesunguhnnya yang menyembuhkan adalah Allah. Jika engkau
beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan mu.

: :
:
:
Pembesar itu pun beriman kepada Allah, lalu Allah menyembuhkannya. Dia kembali kepada
raja, dan duduk di samping raja seperti biasa. Raja bertanya kepada pembesar itu: Siapa yang
mengembalikan penglihatan mu? Pembesar itu menjawab: Tuhan ku! Raja bertanya lagi:
Adakah engkau memiliki Tuhan selain aku? Pembesar itu menjawab: Tuhan aku dan Tuhan mu
adalah Allah!




Raja terus menghukum dan menyeksanya sehinggalah dia memberitahu raja tentang budak
lelaki tersebut. Raja itu pun pergi menemui budak lelaki itu dan berkata: Wahai anakku,
sesungguhnya sihir mu sudah sampai ke tahap mampu menyembuhkan penyakit buta dan
sopak, dan pelbagai lagi yang telah engkau buktikan.

Budak lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku tidak menyembuhkan sesiapa, yang
menyembuhkan adalah Allah. Dia pun ditangkap dan diseksa sehinggalah dia memberitahu
tentang rahib tersebut. Lalu raja pun pergi menemui rahib itu.


:
Dikatakan kepada rahib itu: Pulanglah daripada agama mu sekarang (kembali kepada
kepercayaan nenek moyang). Rahib itu enggan, maka raja meminta dibawakan sebuah
gergaji. Gergaji itu diletakkan di tengah-tengah kepala rahib, lalu kepala rahib digergaji
sehingga terbelah dua. Kemudian raja itu mendatangi pembesarnya,


:
Dikatakan kepada pembesar diraja itu: Kembalilah kepada agama mu. Dia enggan, lalu raja
meletakkan gergaji di atas kepalanya, lalu menggergajinya sehingga dia terbelah dua.
Kemudian raja itu pergi kepada budak lelaki tersebut pula,


:
:


Dikatakan kepada budak lelaki itu: Kembali lah kepada agama mu. Budak lelaki itu enggan,
lalu dia diserahkan kepada tentera-tentera diraja yang lain. Raja berkata: Pergilah kalian,
dan bawa budak lelaki ini ke sebuah bukit. Dakilah bukit itu dan bawa dia bersama-sama.
Apabila kalian telah tiba di puncaknya, seandainya dia kembali kepada agama asal (maka
jangan apa-apakan dia, tetapi jika dia enggan),maka campakkanlah dia ke bawah.

:

Pengikut-pengikut raja itu pun membawanya mendaki bukit tersebut. Budak lelaki itu
berkata: Ya Allah, engkau selamatkanlah aku daripada mereka dengan apa sahaja cara yang
engkau kehendaki. Lalu gunung itu pun bergegar, dan semua pengikut raja jatuh ke bawah.
Budak lelaki itu pun datang dengan berjalan kaki menemui raja.

:
:
:

Raja berkata kepada nya: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu? Budak lelaki itu
menjawab: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Lalu raja menyerahkan budak
lelaki itu kepada pengikutnya. Raja itu berkata: Pergilah! Bawalah dia menaiki sampan
sehingga sampai ke tengah lautan. Seandainya dia kembali kepada agamanya (maka jangan
diapa-apakan dia), jika tidak, campakkan sahaja dia ke laut.

:
Mereka pun pergi bersamanya. Budak lelaki itu pun berdoa: Ya Allah, engkau selamatkanlah
aku daripada mereka dengan apa cara yang engkau mahu. Lalu sampan mereka pun terbalik,
dan pengikut-pengikut raja itu kesemuanya lemas tenggelam di dalam lautan. Budak lelaki itu
berjalan pulang menemui raja.

: : :
:
Raja bertanya kepada budak lelaki itu: Apa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat mu?
Jawab budak lelaki itu: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka. Dia berkata lagi
kepada raja tersebut: Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku sehinggalah
engkau lakukan apa yang aku suruh. Raja pun bertanya: Apa yang perlu aku lakukan?

:


:

Budak lelaki itu berkata: Orang ramai hendaklah dikumpulkan di suatu tempat. Engkau
hendaklah menyalib aku pada sebatang pokok. Seterusnya engkau ambillah anak panah ku
daripada bekasnya, dan engkau letakkan anak panah itu pada busurnya, seterusnya engkau
menyebut: Dengan nama Allah, tuhan budak lelaki ini, seterusnya engkau terus memanah aku.
Seandainya engkau melakukan sedemikian rupa, engkau akan berjaya membunuh aku.






Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu tempat, dan menyalib budak lelaki itu
pada sebatang pokok. Kemudian dia mengambil anak panah budak lelaki itu daripada
bekasnya, kemudian meletakkannya pada busurnya, kemudian menyebut: Dengan nama Allah,
tuhan budak lelaki ini, kemudian dia terus melepaskan panahannya, lalu anak panah itu pun
mengenai bahagian antara mata dan telinga budak lelaki tersebut. Budak lelaki itu
meletakkan tangannya pada bahagian yang terkena panahan tersebut, lalu dia pun meninggal
dunia.

: :

Orang ramai pun berkata: Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan
Tuhan budak lelaki ini! Kami beriman dengan Tuhan budak lelaki ini! Raja pun didatangi dan
dikatakan kepadanya: Tidak tuanku melihat apa yang tuanku takuti selama ini? Demi Allah,
sesungguhnya ia telah menimpa tuanku. Manusia telah beriman!


:
" .
Lalu raja itu menyuruh untuk digali parit dan dinyalakan api. Lalu dia bertitah: Sesiapa yang
tidak kembali kepada agamanya, terjunlah ke dalam api tersebut. Mereka semua
melakukannya hinggalah sampai kepada seorang wanita yang sedang bersama-sama anak
kecilnya. Wanita itu enggan untuk terjun ke dalam api, lalu tiba-tiba bayinya berkata: Wahai
ibu ku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran.
[Sahih Muslim : 5332]

You might also like