You are on page 1of 19

Pengajian am - pengenalan Alih Bentuk Komunikasi

Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am


*Jawab satu soalan drpd 2.
*sediakan media yg sesuai
*Bentuk-bentuk grafik :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan
BENTUK / JENIS SOALAN
1. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,
sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah
daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga
2004.
Media : graf garis komponen
2. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk
menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan
3. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang sesuai untuk
menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari tahun 1999 hingga
2003.
Media : graf garis kompaun
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam
pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun
5. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke
negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta
harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)

MAKLUMAT DALAM SOALAN


1. MEDIA (JELAS / KABUR)
2. ISU (CTH : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI)
3. TEMPAT (MALAYSIA, PERAK)
4. TEMPOH (TAHUN)
5. TUJUAN

TAJUK MEDIA
*Tedapat 3 perkara penting dalam tajuk :
1. Tempat (Malaysia, Perak)
2. Perkara (guna tenaga dalam sektor)
3. Tempoh (tahun, penggal)
*sekiranya 1 daripada 3 perkara ini salah markah akan dipotong.
NILAI ATAU ANGKA DALAM MEDIA

CARTA PAI
*mesti dalam nilai %
*boleh ditulis di dalam atau di luar sektor
*tulis angka dengan jelas
*simbol angka mesti ditulis dengan jelas selepas angka
*elakkan menulis angka mutlak di dalam sektor
MAKLUMAT PENTING DALAM CARTA PAI
*TAJUK
*TEMPOH
*PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR
*JUMLAH BESAR
*NISBAH JEJARI
*PETUNJUK
*SUMBER
MAKLUMAT PENTING DALAM GRAF
*TAJUK
*LABEL PERKARA / UNIT PAKSI
*TITIK ORIGIN "SUDUT PAKSI '0' "

*SKALA
*PETUNJUK
*SUMBER
PANDUAN MENENTUKAN MEDIA
1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negaranegara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara
terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara
2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta
harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

jenis media grafik


1. Carta Pai Bertingkat
Contoh Item:
Komponen barangan eksport dan negara pengimport
Carta Pai yang sesuai ialah Carta Pai Bertingkat
Rasional: 2 item yang berbeza iaitu barangan dan negara

2. Carta Pai Berbanding / 2 buah pai berasingan


Contoh Item:
Perbandingan item yang sama bagi barangan sama ada import, eksport atau
pengeluaran yang mempunyai perbezaan
tahun, cth. Tahun 2000 dan 2005(anggaran) atau
negara, cth. Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak atau
tempoh tertentu contoh Rancangan Malaysia Ke 5 dan Rancangan Malaysia Ke 6
* ingatan :
Jumlah keseluruhan bagi setiap pai perlu dibubuh dan disemak sebelum
menghantar jawapan. Kecuaian yang sedikit menjejaskan keseluruhan markah graf
anda
3. Graf Bar Piramid
Contoh Item:
a. kadar kemiskinan
b. etnik
c. luar bandar dan bandar
d. tahun
ATAU
a. bandar dan luar bandar
b. jantina
c. etnik
d. ijazah/diploma
graf yang sesuai ialah graf bar piramid
Rasional: sekurang-kurangnya 4 item, Jika 3 butiran- graf bar biasa
4. Graf Bar/Garis Komponen
Petunjuk yang digunakan ada perkataan
Komponen
Jumlah
Sekiranya tidak ada ada graf bar kompaun
5. Graf Garis kompaun
Sekiranya soalan tidak menyatakan jenis graf tetapi
ada perkataan pola atau
ada perkataan menunjukkan aliran

medium yang sesuai ialah graf garis kompaun

6. Graf Bar Gabungan


Contoh Item:
a. Kuantiti unit tan metrik
b. harga/pendapatan unit RM
ATAU
a. bilangan kenderaan unit buah
b. pungutan tol unit RM
pastikan graf bar Kompaun atau komponen dan bergabung dengan
graf garis kompaun atau komponen (rujuk petunjuk bagi menentukan medium)
Rasional: 2 unit yang berbeza tidak boleh berada pada satu paksi yang sama
Graf Bar Imbangan
Sekiranya soalan memerlukan pengiraan perubahan peratus
Rasional: kemungkinan jawapan bagi nilai perubahan yang dikira adalah dalam
bentuk negatif dan positif
NOTA: selain daripada yang di atas ia mungkin graf bar kompaun atau graf garis
kompaun bergantung kepada Kehendak Soalan. Oleh itu berhati-hati semasa
menentukan jenis medium yang dikhendaki oleh soalan.

Pengajian am bahagian Alih Bentuk Komunikasi


Teknik Menjawab Soalan PA
1. Mengenal pasti kehendak soalan
Para calon harus membaca tajuk dengan teliti. Ini kerana tajuk berkenaan akan
menerangkan tujuan petikan dan jenis media yang dikehendaki soalan. Berdasarkan
petikan diberikan graf yang sesuai adalah graf garisan komponen. Ini adalah kerana
terdapatnya perkataan jumlah dan amaun.
2. Pemahaman Soalan
Keseluruhan petikan dibaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan dan kenal
pasti
tujuan petikan tersebut. Para calon hendaklah kenal pasti pemboleh ubah pemboleh
ubah yang terlibat dengan menandakan atau menggaris tiap-tiap pemboleh ubah
tersebut.
3. Membuat penganalisaan
Setelah butiran dikenal pasti dikaitkan dengan pemboleh ubah yang diberi, kiraan
perlu dibuat bagi mendapatkan nilai peratusan ,bezaan nilai mutlak atau peratusan
dan jumlah yang diberikan di dalam petikan.
- sekiranya petikan menyatakan " bertambah sebanyak" (diberikan dalam nilai
mutlak atau peratusan) ini bermakna bezaan data bagi dua tahun yang
dibandingkan, iaitu dari tahun sebelum dengan tahun berikutnya.

- Jika dua sektor dibuat perbandingan, para calon boleh mendapatkan nilai mutlak
pada tahun berikutnya dengan menambahkan bezaan tadi dengan nilai yang
diberikan sebelumnya.
- Jika kenyataan " berkurang sebanyak" maka nilai bezaan ditolak daripada nilai
yang diberi pada tahun sebelumnya.
- Seandainya kenyataan " bertambah, berkurang kepada atau menjadi" pada
sesuatu tahun, maka nilai tersebut diambil untuk tahun berkenaan.
- Jika data tidak diketahui pada sesuatu pemboleh ubah tetapi berdasarkan kepada
jumlah yang diberi, calon-calon boleh menolakkan jumlah bagi semua nilai
pembolehubah yang diketahui daripada jumlah keseluruhannya bagi sesuatu
pemboleh ubah yang berkenaan.
4.Penentuan Media.
Calon-calon tidak boleh membuat media yang berlainan daripada yang dikehendaki
oleh soalan. Calon-calon boleh menentukan media yang difikirkan paling sesuai
dengan data atau maklumat yang terkandung di dalam petikan.
5. Membina media.
Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur
yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam
ruang-ruang yang sesuai.
Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen
* Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
* Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan
tempat yang sama.
* Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir
menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah
kanan.
* Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
* Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan
yang berlapis.
* Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton
warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan
kejelasan media yang dibina.
* Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang
dibina.
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting
yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan
dan bawah media..

Cara Pemberian Markah. Ciri jawapan.


1. Pengkelasan pemboleh ubah (5 markah) PA
a) Paksi
b) Maklumat pembolehubah - peratusan, klasifikasi sektor,
nilai - bidang /sektor, kedudukan, peratusan yang
diperlukan untuk carta / jadual
2. Kesesuaian teknik (5 markah) KT
a) Pemilihan media
b) Kedudukan media pada muka kertas
c) Letakan / susun atur
d) Kedudukan petunjuk - sebaik-baiknya di bawah, di kiri
e) Kedudukan tajuk - mesti di atas, di tengah dan sama
ada dalam Title Case atau UPPER CASE
f) Sumber - mesti bahagian bawah di sebelah kanan.
3. Ketepatan isi (5 markah) KI
a) Keterangan maklumat
b) Label peratusan, tahun
c) Perangkaan
d) Skala / nisbah
e) Petunjuk
f) Tajuk
g) Titik asas ( 0 )
h) Sumber
4. Kejelasan (5 markah) KJ
5. Perincian markah.
Pengkelasan pemboleh ubah (PA) : 5 markah
Kesesuaian teknik (KT) : 5 markah
Ketepatan isi (KI) : 5 markah
Kejelasan (KJ) : 5 markah.
---------------- 20 markah ---------------

JENIS- JENIS GRAF

A. GRAF BAR
1. GRAF BAR MUDAH

2. GRAF BAR KOMPAUN

3. GRAF BAR KOMPONEN

4. GRAF BAR PIRAMID

Bayangkan kerugian yang dialami calon apabila sudah bersusah payah membina graf bar
piramid tetapi markahnya begitu kecil. Dua contoh jawaban di bawah membedakan markah
antara yang teliti dengan yang cuai. Ingat masa yang mereka gunakan sama, tetapi hasilnya
jauh berbeda!

Cuba teliti mengapa jawaban ini mendapat markah penuh 15/15

Cuba teliti pula mengapa jawaban ini hanya mendapat markah yang kecil.

5. GRAF BAR MEMESONG

B. GRAF GARIS
1. GARIS KOMPAUN

2. GRAF GARIS KOMPONEN

3. GRAF GARIS MEMESONG

C. GRAF GABUNGAN

D. CARTA PAI
1. PAI MUDAH

2. CARTA PAI BERBANDING/ PERBANDINGAN

3. CARTA PAI BERTINGKAT

You might also like