You are on page 1of 4

Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda

dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini
menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap
penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan
penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat
bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan.
Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan
tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan
pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada
papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat
segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka.
Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:
1.
2.
3.
4.

Kelinik Klinik
Goreng Pisang Pisang goreng
Talifon telefon
Pembekal jenis buah-buahan pembekal pelbagai jenis buah

Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab


sesebuah kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah
yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti
yang berikut:
Pertama, memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan
menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi,
sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila
berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan
untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam
bahasa asing).

Kedua, mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari
segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, suratmenyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi,
kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh
digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja;
Ketiga, menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan
yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam
kalangan pegawai dan kakitangan.
Selain itu, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan kualiti
bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa
bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di
tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar
bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan
mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada
dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa
Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan
ayat, dan penggunaan laras, ataupun mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan
bahasa Inggeris.
Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian
kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan
dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil
tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat
pembetulan.

Seterusnya, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi
merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa
kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan.
Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah dengan

menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa
(guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan
sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi
masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.
Dari aspek pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara
penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa
dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar
dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan
menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan,
menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan
gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11)
bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur
sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan
operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa
pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu
pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal
ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi
tatabahasa.
Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal
penggunaan bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu
mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan
pelajar. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan
mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi
penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan menentukan sama ada
menggunakan Bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam urusan
pentadbiran.
Pencemaran Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan
undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan
oleh Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa
Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda

pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta
Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan
Parlimen . Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam. Sementara
itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim pula menyatakan bahawa
DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan.
Menurutnya, semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undangundang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka
meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan,
sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.
Sementara itu, pucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk
mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan
dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat
pengajian tinggi tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut
Abdul Hamid Mahmood (2000:247), pucuk pimpinan perlu melancarkan Wawasan
Bahasa terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian
tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan mengurangkan
penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi alam
pekerjaan kerana mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu
sepenuhnya dalam kehidupan mereka.

You might also like