You are on page 1of 10

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS PLAYSMART


KOTA KINABALU
SK. TEBOBON, KOTA KINABALU
PENGENALAN
Lawatan sambil belajar adalah salah satu perkara yang membantu
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah. Jika di lihat dalam kurikulum sekolah, lawatan sambil belajar
merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains.
Pembelajaran sains melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat sains, institut
penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih
berkesan,

menyeronokkan

dan

bermakna.

Untuk

mengoptimumkan

pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid


perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan..
Lokasi bagi menjalankan program lawatan sambil belajar adalah bertempat
di Petrosains Playsmart, Kota Kinabalu, sabah. Petrosains PlaySmart merupakan pusat
sains mini yang memberi peluang kepada murid untuk menerokai dunia sains melalui
pembelajaran yang menyeronokkan iaitu melalui pameran dan aktiviti secara interaktif.
Ia merupakan projek sosial korporat Petronas bertujuan untuk meningkatkan minat
pelajar sekolah kepada subjek sains.
Pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat membantu murid
mengalami satu pengalaman yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya
juga menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan setiap yang dipelajari
di sekolah melalui permainan interaktif yang disediakan berteraskan sains dalam
kehidupan seharian mereka.
PERLAKSANAAN LAWATAN
Satu lawatan sambil belajar ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu,
Perpustakaan Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 12 September 2013.
Seramai 35 orang murid yang terdiri 17 orang murid tahun 5 dan 18 orang

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

murid tahun 4. Masa lawatan ini ialah daripada jam 7.30 pagi sehingga jam
2.00 petang.
Sebelum lawatan ini dilaksanakan, saya dan rakan saya iaitu Cik Nur
Farhana Bt Sairin telah membuat perancangan dan pembahagian tugas
untuk lawatan sambil belajar ini. Pada hari pertama kami melaporkan diri
untuk menjalani praktikum, guru besar sekolah tersebut meminta kami
membuat satu tugasan atau projek untuk menunjukkan sumbangan kami
kepada pihak sekolah tersebut.
Setelah berbincang dengan rakan praktikum saya dan juga dengan
guru pembimbing kami iaitu Puan Nursiah Subu, kami telah memutuskan
untuk membuat lawatan sambil belajar ke Petrosains Playsmart Kota
Kinabalu. Hal ini kerana dalam subjek SCE 3112 , tugasan kami adalah
membuat satu lawatan sambil belajar.
Satu mesyuarat ringkas telah dibuat bersama dengan pihak sekolah
untuk membincangkan urusan bagi lawatan sambil belajar ini. Dalam
mesyuarat ini, ahli jawatankuasa bagi lawatan telah dibentuk agar lawatan
sambil belajar ini lebih mantap dan teratur. Ketua rombongan bagi lawatan
ini adalah saya sendiri iaitu Kevin John Jalani. Lawatan sambil belajar kami ini
telah diletakkan dibawah aktiviti kokurikulum. Seramai 5 orang guru sains
telah dilantik sebagai guru pengiring bagi lawatan sambil belajar ini. Kertas
kerja bagi lawatan sambil belajar ini telah dirangka dengan kerjasama saya
dan rakan praktikum saya dengan di bantu oleh guru pembimbing kami.
Segala peruntukan telah dimohon dan diluluskan oleh guru besar dan
peruntukan kewangan ini telah dikeluarkan oleh kerani kewangan di bawah
bahagian

kokurikulum

SK.

Tebobon.

Jumlah

perbelanjaan

yang

telah

diluluskan hasil daripada perbincangan ini adalah berjumlah RM 633. Bagi


perbelanjaan bas, jumlah peruntukan adalah sebanyak RM 350.00 dan bagi
makanan pula adalah berjumlah RM 280. Namun demikian 10 peratus
dikenakan sebagai cukai pemprosesan pengeluaran kewangan daripada

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

sekolah. Ini merupakan salah satu peraturan bagi proses pengeluaran wang
daripada sekolah.
Murid murid yang terlibat bagi lawatan sambil belajar ini dipilih hasil
perbincangan dengan guru pembimbing serta pemantauan oleh guru
praktikal berdasarkan ciri ciri seperti kerajinan murid dalam melibatkan diri
dalam aktiviti yang dibuat oleh guru serta sikap dan sahsiah murid dalam
kelas.
Kertas kerja dan borang permohonan membuat lawatan yang telah
diluluskan oleh guru besar telah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota
Kinabalu di Wisma KWSP. Satu surat yang menyatakan kelulusan kebenaran
untuk membuat lawatan tersebut telah dikeluarkan 3 hari selepas borang
permohonan dihantar ke Pejabat Pelajaran.
Setelah semua permohonan diluluskan, borang kebenaran iaitu borang
K1 diedarkan kepada murid murid untuk diisi oleh ibu bapa mereka. Borang
ini penting agar guru dapat mengetahui sekiranya ibu bapa murid tersebut
memberi kebenaran kepada anak mereka untuk mengikuti lawatan tersebut
atau tidak.
SEMASA
Murid murid yang mengikuti lawatan sambil belajar telah berkumpul
di kantin sekolah seawal jam 7.00 pagi lagi. Sarapan pagi telah disediakan di
kantin sekolah. Guru pengiring yang dapat mengikuti lawatan samil belajar
ini terdiri daripada Kevin John, Nur Farhana Bt Sairin, Pn. Rapiah Manap, Nur
Nadia Bt Yusuf dan Muaz Mudrikah. Guru guru sains yang sepatutnya
mengikuti lawatan ini tidak dapat mengikutinya kerana mengikuti aktiviti
atau program yang telah dirancang lebih awal oleh pihak sekolah.
Satu taklimat ringkas kepada murid telah diberi oleh saya sendiri
selaku ketua rombongan dan pemeriksaan kehadiran murid telah dibuat oleh
Cik Nur Farhana bagi memastikan semua murid telah berada di dalam bas.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Murid murid telah diberi satu tanda nama sebagai pengenalan diri mereka.
Rombongan lawatan sambil belajar bertolak ke Petrosains Playsmart pada
jam 7.30 pagi dan tiba ke lokasi lawatan pada jam 8.30 pagi. Setiba di lokasi,
murid murid berkumpul di hadapan Perpustakaan Negeri Sabah.
Memandangkan Petrosains belum lagi buka, maka murid murid
sekolah telah dibenarkan untuk masuk ke dalam pusat sumber negeri untuk
membaca buku sebelum dibenar masuk ke dalam Petrosains pada jam 9.00
pagi. Kami disambut oleh pegawai Petrosains tersebut dan satu taklimat
ringkas diberi oleh pegawai Petrosains tersebut. Murid murid kemudiannya
diberi peluang untuk meneroka dan mencuba alatan yang disediakan oleh
pihak petrosains.
Terdapat banyak alatan yang dapat membantu meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan murid murid di dalam petrosains ini.
Contohnya

seperti

rock

detectives,

materials

laboratory,

menyiasat

bagaimana bunyi bergerak, domino, menyiasat bagaimana bayang bayang


terbentuk, mini excavator, multimedia lab, kuasa angin, make your own
roller coaster dan sebagainya lagi. Murid murid berasa seronok dan teruja
apabila dapat menimba pengalaman baru dalam lawatan sambil belajar ini.
Setelah itu, pada jam 11.00 pagi, murid murid berkumpul di satu ruang
kumpul di dalam petrosains untuk mengikuti aktiviti yang seterusnya dibuat
oleh pegawai petrosains.
Aktiviti seterusnya adalah menguji minda murid dimana beberapa
orang murid dipanggil oleh pegawai petrosains tersebut untuk menjawab
beberapa soalan. Setelah itu, murid murid telah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk membuat aktiviti berkumpulan.
Setelah selesai aktiviti kumpulan dan penyampaian hadiah, sesi
penutupan

secara

menyampaikan

ringkas

cenderahati

telah

dibuat,

kepada

pihak

ketua

rombongan

petrosains

sebagai

telah
tanda

penghargaan kepada petrosains kerana sudi menerima lawatan daripada

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

pihak sekolah. Sesi bergambar bersama dengan pihak petrosains dibuat


selepas sesi penyampaian cenderahati.
Setelah selesai semuanya, murid murid berkumpul di hadapan
perpustakaan

dan

mengambil

beberapa

gambar

kenangan

sebelum

menikmati makan tengahari yang dihantar ke perpustakaan. Murid murid


dan guru pengiring berangkat balik ke sekolah pada jam 1.00 petang dan
selamat tiba ke sekolah pada jam 2.10 petang. Semua murid selamat tiba
dan para ibu bapa telah berada di sekolah untuk mengambil anak anak
mereka semua.

LAPORAN BERGAMBAR

Murid

murid

sedang

beratur

menaiki bas.

Taklimat perjalanan di berikan oleh


ketua rombongan.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Cik

Nur

Farhana

sedang

mengedarkan tanda nama kepada


murid

yang

mana

harus

dipakai

sepanjang lawatan.

Ketibaan

murid

di

Perpustakaan

Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Murid murid beratur untuk masuk


ke

dalam

Perpustakaan

Negeri

sabah.

Murid murid meluangkan masa di


perpustakaan

sementara

Petrosains buka.

menanti

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Murid murid bersedia untuk masuk


ke dalam Petrosains.

Murid murid mendengar sedikit


ceramah

daripada

pegawai

Petrosains.

Murid murid dan guru pengiring


sedang mencuba permainan yang
terdapat di dalam Petrosains.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

Aktiviti

PISMP SN JAN 2011

kedua

bersama

pegawai Petrosains.

dengan

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

Acara

PISMP SN JAN 2011

penutupan

dan

bergambar beramai ramai.

sesi

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

You might also like