You are on page 1of 1

)DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1

,


Ya Karim , Ya

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau
redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati SERTA mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

.

You might also like