You are on page 1of 33

Langkah Isi Pelajaran

/ Masa
Set
Induksi
(3 minit)

Gambar perumahan

Aktiviti Pengajaran
Guru dan Murid

Gambar kawasan kampung


1)
2)

Guru memberi salam dan meminta pelajar


membaca doa.
Murid menjawab salam dan membaca doa
sebelum belajar.
Guru mempamerkan gambar satu kawasan
perumahan dan satu kawasan kampung.
Guru menyoal murid berdasarkan gambar
Murid melihat gambar dan menjawab soalan
guru
Contoh soalan:
Siapa diantara anda tinggal di kawasan taman
perumahan?
Saya tinggal di Taman Sri Tampoi.
Siapa diantara anda yang tinggal di kawasan
kampung?
Saya tinggal di Kampung Kejai A

3) Adakah anda kenal orang yang tinggal


disekeliling rumah anda?
Kami kenal orang yang tinggal berdekatan
dengan rumah kami. Mereka adalah jiran-jiran
kami.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
yang akan dipelajari pada hari ini iaitu adab
menziarahi jiran.
Langkah Carta pengertianmenziarahi Guru mempamerkan carta pengertian
1
jiran.
menziarahi jiran dan meminta murid membaca
(10minit) -Mengunjungi orang yang
bersama-sama.
tinggal berhampiran rumah Murid membaca pengertian menziarahi jiran
kediaman kita (40 buah
seperti yang dipaparkan.
rumah)
Guru menerangkan pengertian menziarahi
jiran
-Adab sebelum menziarahi Murid mendengar penerangan guru serta
jiran
memahami maksud menziarahi jiran.
1.memilih masa yang sesuai
2.memakai pakaian yang
Guru membahagikan murid kepada 3
menutup aurat
kumpulan.(A, B, C)
3.niat bertemu dan berpisah
kerana Allah
-Adab semasa menziarahi Guru meminta murid kumpulan A
menyenaraikan (adab-adab sebelum
jiran
menziarahi jiran). Kumpulan B (adab adab
1) memberi salam dan
semasa) dan kumpulan C (adab-adab selepas)

Catatan
KBKK:
Fikiran refleksi
ILMU:
Moral
NILAI:
Berbudi bahasa
BBM:
Gambar

KBKK:
Fikiran refleksi,
Sumbang saran
ILMU:
Moral, Bahasa
Melayu,
Metematik
NILAI:
Berbudi bahasa,
Hormat
menghormati,
Menghargai hak
jiran.
BBM:

bersalaman
2) meminta izin untuk masuk
3) memendekkan tempoh

ziarah
4) mengawal pandangan
5) merendah suara dan
bersopan semasa bercakap
6) meminta izin jika hendak
menggunakan kemudahan di
rumah jiran
Adab selepas berziarah
1) meminta izin ketika hendak
beredar
2) memberi salam dan
bersalaman sebelum beredar

Carta, Slaid. Lap


top, Projekter
Murid kumpulan A, B dan C berbincang dan
memberi pendapat mereka mengenai adabadab sebelum menziarahi jiran berdasarkan
pengetahuan sedia ada mereka. Wakil
kumpulan masing-masing membentangkan
hasil perbincangan.

Guru mempamerkan adab-adab yang telah


dibincangkan dan meminta murid
menyebutnya satu persatu sacara kelas.

Murid membaca adab-adab yang dipamerkan


oleh guru satu persatu secara kelas.

Murid mendengar penerangan guru mengenai


adab-adab sebelum menziarahi jiran.

Langkah
Perkara yang perlu Guru meminta murid berbincang di dalam
2
dihindari ketika
kumpulan mengenai perkara-perkara yang
(5minit)
menziarahi jiran
perlu dihindari ketika menziarahi jiran.
1) Enggan memberi salam.
2) Masa tidak bersesuaian
Murid berbincang di dalam kumpulan
3) Mengusik barang-barang
memgenai perkara-perkara yang perlu
tuan rumah
dihindari ketika menziarahi jiran seperti yang
4) Menjatuhkan maruah tuan
diarahkan oleh guru.
rumah
_ Guru meminta wakil setiap kumpulan
5) Mengumpat
nampal
6) Bercakap kasar
dan memembentangkan hasil perbincangan
di
hadapan kelas
Wakil kumpulan membentangkan dan
menampalkan hasil perbincangan di hadapan
kelas.
Guru meminta murid menyebut isi yang sama
hasil pembentangan tersebut
Murid menyebut semula isi pembentangan
dan menyebut semula isi yang sama hasil
pembentangan setiap kumpulan
Langkah Hikmah menziarahi jiran
-Guru mempamerkan carta hikmah dan murid
3
menyebut mengikut guru.

KBKK:
Fikiran refleksi,
Sumbang saran
ILMU:
Moral, Bahasa
Melayu
NILAI:
Berbudi bahasa,
Hormat
menghormati,
Menghargai hak
jiran.
BBM:
Kertas Majung,
Maker pen, Tape

ILMU:
Moral, Ibadah

(4minit)
- Guru menerangkan satu persatu
berdasarkanm carta yang dipamerkan.

Langkah
4
(5minit)

Pengukuhan
Lembaran kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja dan


meminta murid menjawabnya.
Murid menjawab soalan secara individu.

Penutup
(3 minit)

Guru meminta murid menyemak jawapan


yang betul
Murid menyemak jawapan dan
membuat pembetulan jika ada
Guru mempamerkan carta pantun dan meminta
murid berpantun bersama-sama secara kelas
Murid berpantun bersama-sama.
Guru membuat kesimpulan terhadap tajuk
pembelajaran hari ini dan murid menguasai isi
pelajaran hari ini.

NILAI:
Menghormati hak
bersama BBM:
Slaid, Lap top,
Projekter dan
Lembaran kerja
BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Tekun dan sabar

BBM:
Carta Pantun.
Nilai:
Semangat
berjiran.

Refleksi Pembelajaran Bagi Sesi


Makropengajaran.
i. PENDAHULUAN
Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya dapat saya
melaksanakan satu tugasan mengajar dan merakamkannya dalam bentuk video pengajaran
makro. Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tutor E-Learning
saya selaku pensyarah kursus Universiti Pendidikan Sultan Idris dan jua sebagai penilai kerja
kursus ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak soalan.
Jutaan terima kasih jua diucapkan kepada En Khalep b. Ahmad, selaku tenaga pengajar bagi
kursus KPD 3026 ini. Semoga segala usaha beliau mendidik kami diberkati Ilahi hendaknya.
Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberikan
sokongan moral dan semua rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya
kepada murid-murid tahun 5 Gemilang Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi Kuala Nerang Kedah
kerana mereka terlibat secara langsung dalam menjayakan sesi pengajaran makro saya pada
kali ini.

ii. KEKUATAN
Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan
saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak
didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa
kini.
Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya
saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan
cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya
menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari ini juga
sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan
lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara
berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang
guru pendidikan islam. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala. Muridmurid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh saya, tetapi pada hari itu
kesihatan

saya agak kurang baik kerana mengalami demam selsema, walaubagaimana saya tetap
bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran ini.

iii. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI


Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada makro pengajaran
saya

ini.

Pertamanya

adalah

penggunaan

papan

tulis.

Saya tidak

menulis

tajuk

pelajaransetelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid. Tajuk pelajaran


sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid
yang berada di aras 1, mungkin tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya
selepas set induksi dilaksanakan. Selain itu saya juga tidak memakai tanda nama sewaktu
mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan. Seseorang guru yang
tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi kod etika berpakaian kakitangan kerajaan
seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diberi peluang sekali
lagi saya berharap perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.
Selain itu, saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar mengikut seperti apa yang telah
saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku sedikit kekangan tat kala memasang projector
pada kelas saya. Projekter tersebut rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan saya telah
hilang mood dan terpaksa menggantikan bahan bantu mengajar saya dengan kertas majung
sahaja. Saya telahpun menyediakan salid (power point) untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran saya ini, namun kita hanya merancang dan Allah saja yang telah menentukan.
Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik dari you tube
sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan tersebut murid-murid mungkin lebih
berminat dan bersemangat untuk mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu. Jika saya diberi
peluang sekali lagi untuk mengajar tajuk ini, saya akan mengaplikasikan penggunaan ICT
dalam pengajaran saya.
Saya juga kurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaran saya. Saya hanya
menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan, pembentangan
dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah sumbang saran. Selain itu saya juga
lebih

banyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakunan atau
simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.
Pada langkah pengukuhan pula saya kurang melibatkan semua murid. Murid yang berada di
aras 1 tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya. Saya hanya membimbing murid
yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya berpeluang sekali lagi mengajar tajuk ini perkaraperkara sebegini akan lebih saya berikan perhatian.
Saya juga terkilan kerana suara saya pada hari itu juga agak kurang memuaskan dan kurang
menarik. Hal ini berlaku kerana saya mengalami deman selesema. Seperti yang kita sedia
maklum suara guru juga merupakan satu aspek penting dalam proses mengajar. Suara yang
lemah, kurang jelas, menggunakan nada yang sama juga akan menyebabkan murid-murid jemu
mendengarnya. Hal ini perlu dititik beratkan memandang kelas saya mempunyai murid yang
ramai iaitu seramai 45 orang dalam satu kelas. Kepadatan murid perlu diselarikan dengan
suara yang kuat, tegas, lunak dan menggunakan pelbagai intonasi kerana kemungkinan murid
tidak akan memberi perhatian sewaktu guru mengajar jika mereka tidak berminat dengan suara
guru mereka.
Seterunya saya juga kurang menyentuh kepintaran semua murid secara terperinci. Saya
lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai pengajaran saya. Muridmurid yang berada pada aras 1 tidak berperanan kerana tidak diberi ruang kepadanya secara
khusus. Jika saya diberi peluang mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid
menyertai proses pengajaran dan pembelajar yang saya jalankan.
Saya juga kurang menitik beratakan masayang patut diambil bagi sesi pengajaran saya kali
ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa yang ada dengan keadaan yang
agak kalut. Jika saya berpeluang mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan
masa yang lebih. Masa 30 minit agak kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi
kandungan dalam tajuk ini. Contohnya saya boleh menggunakan 30minit pada pengertian dan
adab-adab sebelum, semasa dan selepas sahaja, manakala saya perlu menggunakan 30minit
lagi untuk mengajar perkara-perkara yang perlu dihindari ketika mengunjung ke rumah jiran dan
juga hikmah mengamalkan adab-adab menziarahi jiran. Masa yang sebegini dapat memberi
ruang mengajar

yang lebih selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan
sebagainya. Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika merancang
dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Masa yang diatur dengan
baik serta bijak akan menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
berkesan.

iv. KESIMPULAN
Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah
diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini.
Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa
langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkaraperkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah
segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah
memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang
paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas.
Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian
ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan
keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga
pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN


TUGASAN 2: REFLEKSI RPH
DISEDIAKAN OLEH:

NOR AZLINA BINTI AMIN


(D20102043060)
013-4746242

SABRINA BINTI IDRIS


(D20102041456)
019-4661054

Penulisan Refleksi.
PENGENALAN
Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi
dianggap
sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih
mahupun
guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang
memperluaskan
konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen
utama di dalam pendidikan guru.
Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).
Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru
yang
hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan
dengan
bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)
menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah
dilakukan di
dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan
membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses
pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang

dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin


pelajar-pelajar ataumenulis rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu
memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran
mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau kembali apa yang telah
dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).

Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku
membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi
akan membolehkan
seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses refleksi
yang
dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di dalam
perkembangan
profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpasti
pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa
model
refleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs
dan
Model Kitaran Pembelajaran Kolb.
Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) menggariskan beberapa pendekatan
membuat
refleksi. Di antara tahap-tahap refleksi yang dicadangkan di dalam Model Kitaran
Pembelajaran

Kolb ialah:
i. Pengalaman secara konkrit
ii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; dan
iii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru.
Justeru itu model Kitaran Pembelajaran Kolb menyarankan bahawa refleksi di
dalam konteks pendidikan penting untuk membolehkan kita mengetahui tentang pola
tindakan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah. Pendekatan refleksi membolehkan
guru untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat
generalisasi.

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses
penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran
dan pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan
sekadar guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang
pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk pengajaran
tertentu agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh
digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL ASSURE.Model ini
mengandungi

langkah

iaitu` Analyse

learner, State

Objective, Select

Method,Media,Materials, Utilise media and materials, Require learner participation


danEvaluate and revise .
Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran berpandukan setiap
langkah yang dinyatakan dalam Model ASSURE adalah seperti berikut.
1. ANALYSE LEARNER (Analisis pelajar)

Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu
sama lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 4 Amanah di
Sekolah Kebangsaan Batu 4,Gerik merupakan murid dari kumpulan yang sederhana.
Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran), murid
tahun 4 Amanah ini tidak

mencapai

kelulusan yang memuaskan. Mereka

kebanyakannya mendapat gred C dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu


pemahaman ,Bahasa Melayu penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada
Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru dijalankan dan agak sukar
untuk mendapatkan gred B dan A.

Dari segi latar belakang ekonomi pula kebanyakan mereka terdiri daripada anakanak pekerja kampung, yang kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah, penjaja kecil,
anak-anak askar dan lain-lain . Dari segi aspek kompetensi peringkat masuk yang
berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid saya ini, bolehlah saya
gambarkan bahawa mereka adalah murid yang

sederhana dalam pembelajaran.

Kebanyakan murid tahun 4 Amanah ini tidak mempunyai minat yang tinggi untuk
belajar, namun begitu masih terdapat murid yang agak aktif dan ada yang mempunyai
daya saing di antara rakan mereka apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Murid tahun 4 Amanah juga boleh memberi kerjasama jika tugasan berkumpulan
diberi oleh guru kepada mereka. Mereka juga boleh berinteraksi dengan guru atau pun
kawan-kawan yang lain dengan baik sekiranya diarahkan oleh guru. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa murid saya ini lebih cenderung kepada teknik pembelajaran yang
aktif seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan atau berpasangan.
Secara kesimpulannya dapatlah saya rumuskan bahawa murid tahun 4 Amanah
adalah dalam kumpulan murid yang sederhana kecerdasanya, namun mempunyai
pengetahuan sedia ada yang baik dan mempunyai kecenderungan belajar yang aktif
sekirannya diberikan galakan dan dorongan yang sesuai.

2. STATE OBJECTIVE ( Nyatakan objektif )


Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sains tahun 4
pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Menyiasat Alam Bahan. Beberapa
objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Antara objektifnya ialah di akhir pengajaran murid dapat menyenaraikan berbezaan
diantara sifat bahan lut sinar dan lut cahaya. Pemilihan objektif saya pada kali ini
berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format ABCD iaitu,
A- audience (pelajar sasaran)
B- behavior ( tingkah laku- keupayaan murid )
C- conditions ( keadaan-pencapaian murid)
D- degree (darjah-tahap yang ingin dicapai)
Berpandukan format ABCD ini , saya telah mengsasarkan 4 objektif perlu dicapai oleh
murid 4 Amanah. Murid 4 Amanah mempunyai tingkah laku yang aktif sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran, namun ada juga murid yang slow learner dan ada juga
murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang perlu dipupuk, saya telah membina
beberapa objektif yang mewakili 3 domain iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan
domain afektif.
Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan
berkaitan dengan beberapa tahap. Ia disusun mengikut hierarki (Bloom,1956) iaitu dari
pengetahuan yang rendah ke pengetahuan yang lebih tinggi. Ia boleh dijelaskan seperti
tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tahap yang saya
pilih adalah tahap kefahaman iaitu yang pertama ialah pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid sekurang- kurangnya dapat mengetahui perbezaan diantara bahan
lut sinar dan bahan lut cahaya.

Domain psikomotor pula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran


intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain
psikomotor pula adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih
dan menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif ini
amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik darjah.
Objektif bagi domain afektif pula berkaitan dengan membentuk sikap bekerjasama
antara ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan
pembelajaran murid boleh berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca
dan menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul perbezaan sifat
bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan dalam kumpulan.
3. SELECT INSTRUCTIONAL METHODS, MEDIA, MATERIALS (Pilih kaedah, media
dan bahan)
3.1- Memilih kaedah pengajaran.
Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan
kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh diguna
pakai oleh guru dalam pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah
perbincangan,

kaedah

demonstrasi,

sumbangsaran,main

peranan,

simulasi,

mengeksperimen dan banyak lagi.


Bagi saya terdapat beberapa kaedah yang telah saya pilih, bagaimana dan mengapa saya
memilih kaedah pengajaran ini boleh dihuraikan dalam jadual di bawah.

LANGKAH/KAEDAH

Set induksi
Kaedah perbincangan-
bersoal jawab

BAGAIMANA/ PERASAAN MURID


Guru meminta seorang murid
melihat ikan di dalam sebuah akaurium.
Guru meminta murid mengira
jumlah ikan yang terdapat di dalam
akuarium dan menyatakan warna ikan

MENGAPA
Kaedah ini bertujuan
untuk guru menilai
pengetahuan sedia ada

Langkah 1

Kaedah kuliah
Kaedah perbincangan-
bersoal jawab.
Penggunaan carta dan

kad imbasan

tersebut.
Murid dapat menjawab soalan
daripada guru kerana ikan di dalam
akuarium itu dapat dilihat dengan jelas.
Guru meminta seorang murid
keluar dari kelas dan berdiri dibelakang
cermin tingkap.
Murid di dalam kelas cuba
melihat muka murid tersebuat sama ada
dapat dilihat dengan jelas ataupun tidak.
Murid tidak dapat melihat muka
rakan mereka dengan jelas.
Murid kelihaan dapat memahami
kkonsep jelas dan kabur
Murid yang mewakili rakan
mereka merasa seronok dapat melihat
ikan-ikan di dalam akuarium.

Guru menunjukkan carta,


tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar,
bahan lut cahaya dan bahan legap.
Guru memilih beberapa orang
murid untuk menjawab soalan yang
diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada
papan putih.
Murid memilih gambar-gambar
yang ditunjukkan oleh guru (kad
imbasan) dan dilekatkan di papan putih
pada ruangan sifat bahan yang sesuai.
Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya.

murid mengenai diri dan


tubuh badan mereka.
Murid dapat merasai
sendiri keadaan dimana
sesuatu benda itu dapat
dilihat dengan nyata dan
dilihat dengan kabur.

Kaedah ini bertujuan


untuk menilai
kefahaman murid
mengenai sifat bahan lut
sinar dan lut cahaya.
Murid seronok dapat
keluar kehadapan kelas
untuk menampal kad
bergambar yang
diberikan oleh guru.

Langkah 2

Kaedah eksperiment /
ujikaji

Kaedah perbincangan

Murid menjalankan ujikaji untuk


mengetahui sama ada bahan tersebut lut
sinar atau lut cahaya.
Guru menyediakan jadual
pemerhatian sama ada objek di dalam
botol dapat dilihat dengan jelas atau
kabur.
Guru meminta murid meletakkan

Kaedah ini bertujuan


untuk member
penerangan yang jelas
mengenai perbezaan di
natara bahan lut sinar

satu objek di balakang plastik, dan


membuat pemerhatian sama ada objek
dibelakang plastik dapat dilihat dengan
jelas atau kabur.
Semua pemerhatian dicatatkan.

dan bahan lut cahaya

Murid dan guru berbincang


tentang pemerhatian yang diperolehi
oleh setiap kumpulan.
Murid seronok dapat
menjalankan ujikaji di dalam kumpulan
mereka.

Langkah 3

Guru memberikan kertas kosong kepada

Kaedah ini bertujuan

Kaedah perbincangan

murid

untuk murid memainkan

dan pembentangan

banding beza di antara sifat objek lut

peranan masing-masing

hasil kumpulan

sinar dan sifat objek lut cahaya.

di dalam kumpulan dan

Murid membuat banding beza dengan

berbincang untuk

menggunakan bentuk jadual.

menyelesaikan tugasan

Murid

dan sepakat memilih

dan

dikehendaki

dikehendaki

membuat

menyenaraikan

beberapa jenis objek yang mempunyai

salah seorang ahli

sifat lut sinar dan lut cahaya.

kumpulan untuk

Guru memilih beberapa orang murid

membuat perbentangan

untuk menunjukkan hasil kerja mereka

di hadapan kelas.

dan

membentangkannya

di

hadapan

kelas.
Murid

mempunyai

mencuba.

keberanian

untuk

Langkah 4

Guru memberikan lembaran

Kaedah ini adalah untuk

Penilaian

kerja bagi semua murid.

guru membuat penilaian

Kaedah perbincangan-

Murid boleh membuat perbincangan

pengajaran pada hari

soal jawab

bersama rakan dalam kumpulan mereka.

itu.

Guru menyoal semuala isi pelajaran


pada semua murid berdasarkan

Lebih ramai murid

pengajaran pada hari ini.

menjawab soalan dengan


betul maka pengajaran
dan pembelajaran
mengenai perkataan
yang diajar berjaya atau
tidak. Jika sebaliknya
guru perlu mengkaji
semula pengajaran
tersebut.

3.2- Select instructional media (memilih media pengajaran)


Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai

akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya
telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid dan juga isi
pelajaran yang saya rancangkan.Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara
penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan seperti dalam jadual di
bawah.
LANGKAH /

CARA PENGGUNAANNYA

TUJUAN PENGGUNAAN

JENIS MEDIA
Set induksi

Guru menyuruh murid melihat

Ia bertujuan untuk menarik

Menggunakan bahan

ikan di dalam akaurium ikan.

minat murid dan meransang

maujud yang ada di

Murid keluar kelas untuk

pemikiran murid buat kali

sekitar bilik darjah/

melihat siapa yang berada

pertama untuk berfikir.

makmal sains

diluar kelas. (ramalan)

Langkah 1

Guru mempamerkan gambar/

Bertujuan untuk mepamerkan

Tayangan carta yang

carta di papan putih dan murid

kelainan dari segi

menujukkan isi

membuat latihan membaca

persembahan bahan bacaan

pelajaraan

secara individu dan beramai-

dengan penggunaan warna dan

ramai.

kesan gambar yang


dipamerkan.

Langkah 2

Guru mempamerkan beberapa

Ia bertujuan untuk menarik

Kad imbasan

keping gambar dan bersoal

lebih perhatian dan

(gambar)

jawab dengan murid

mencungkil

Kertas mahjung/

Murid menampalkan gambar

daya ingatan murid melalui

kertas A4 (jadual

di dalam jadual yang

langkah pertama yang telah

perbezaan sifat

disediakan

dijalankan sebentar tadi.

cahaya)
Langkah 3

Guru mengedarkan bahan-

Ia bertujuan untuk menilai

Bahan-bahan

bahan eksperiment.

gerak kerja berkumpulan

eksperimen

Murid mencatatkan

murid dan kefahaman

Pen maker dan buku

permerhatian mereka dalam

mengenai isi pelajaran .

laporan aktiviti.

buku laporan.

Langkah 4

Guru mengedarkan lembaran

Ia bertujuan untuk aktiviti

Kertas putih

petikan pada setiap kumpulan

perbincangan dalam

(mahjong)

dan kad-kad bergambar.

kumpulan m dan permainan .

Pembantangan hasil

Mereka juga berpeluang

kumpulan

memilih dan menampal di


papan putih kad kad
jawapan.

Penutup
Lembaran kerja

Guru memberikan lembaran

Murid mengukuhkan

kerja

pengetahuan mereka dan


memahami isi pelajaran
dengan lebih jelas.

3.3 - Select instructional materials pilih bahan pengajaran.


Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan- bahan maujud
dan mudah diperolehi dan selalu digunakan oleh murid bagi aktiviti set induksi dan
ujikaji.Saya juga memilih beberapa bahan yang boleh disentuh seperti kad-kad jawapan
dan papan putih .Murid juga perlu menggunakan bahan bantu belajar yang lain seperti
pen maker , kertas A4 dan blue tape untuk aktiviti permainan.

4. REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (Dorong penglibatan murid)


Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah
menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid
ialah aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan
penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya buat
adalah melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan
ujikaji dan membuat eksperimen pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi ketiga-tiga
langkah ini

(Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong penglibatan murid secara total.

Gerak kerja berkumpulan dan aktiviti nyanyian sangat baik untuk melihat murid
bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid
dalam kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga
kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif. Guru perlu
memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun murid aktif
namun kawalan kelas yang baik harus bergerak seiring.

5. EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak)


Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah dijalankan.
Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai pencapaian objektif isi pelajaran pada hari
itu. Guru juga boleh mendapat maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid
berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu. Penilaian dibuat bukan sekadar
selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi penilaian telah saya bina bermula
sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa proses pembelajaran dan sesudah selesai
pengajaran.
Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia melibatkat
penilaian secara keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
bermula dari set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya lakukan
adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian pemahaman).

Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3 dan 4 penilaian yang saya jalankan adalah lebih
kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5 penilaian dibuat secara ujian
pemahaman bertulis.Segala perkara yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran perlu disemak untuk tujuan pembaikan.

RUMUSAN
Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan
pembelajaran saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan
disemak adalah dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan
murid.
Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas
melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan
media yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan
pula bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran
dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid secara aktif. Saya membuat
kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu penerangan mengenai sifat bahan iaitu
sifat bahan yang berkaitan dengan kebolehan cahaya menembusinya. Iaitu bahan yang
bersifat lut sinar dan bahan yang bersifat lut cahaya. Perbezaan antara bahan lut sinar
dan bahan lut cahaya juga dapat ditekankan disamping dapat membezakan setiap jenis
bahan

dalam

kumpulannya.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN : PENGAJARAN MIKRO


SAINS TAHUN 5

TARIKH
TAHUN

: 25 Oktober 2011
: 5 CEKAL

BILANGAN MURID

: 34 orang

MASA

: 9.10 10.10 Pagi

BIDANG KAJIAN

KTIF UMUM

: MENYIASAT ALAM BAHAN

: Memahami bahawa bentuk bahan dapat berubah dari satu bentuk kepada
bentuk yang lain.
: memahami bahawa kadar penyejatan air bergantung kepada factor yang
mempengaruhi penyejatan.

KTIF KHUSUS

: Memperihalkan air boleh berubah melalui proses penyejatan iaitu proses

perubahan air daripada cecair menjadi wap air.


PENGETAHUAN SEDIA ADA

: Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian

OBJEKTIF EKSPLISIT/ HASIL PEMBELAJARAN :


1.

Di akhir pembelajaran murid-murid dapat menyatakan maksud penyejatan dan


perubahan keadaan yang berlaku dalam proses penyejatan.

2.

Menyatakan sekurang-kurangnya 2 faktor yang mempengaruhi proses penyejatan.


KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KBKK

: Memerhati, berkomunikasi dan

mentafsir data
SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

: Minat, bekerjasama daa mensyukuri

nikmat tuhan

NGAJAR

: Carta bergambar, kad imbasan, bahan maujud dan lembaran kerja


FASA
Orentasi /
set induksi
(6 minit )

ISI KANDUNGAN
Pengetahuan sedia ada
murid

AKTIVITI
Guru memanggil 2 orang murid untuk
membantu memegang sebatang kayu untuk
dijadikan penyidai.
Murid pernah
2 orang murid lain diminta untuk menyidai tuala
membantu ibu menyidai dengan keadaan yang berbeza.
pakaian
Guru bersoal jawab dengan murid tentang
Murid menyedari air di situasi yang ditunjukkan.
dalam lopak air hilang
Guru memberikan situasi
selepas beberapa hari
a. Cara kain disidai
b. Tempat kain disidai
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk

CATATAN
Kaedah: Simulasi

Teknik: Soal jawab


KPS: Memerhati
dan meramal
Abm: tuala, batang
kayu
Nilai : kerjasama

pengajaran hari ini.

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO


SAINS TAHUN 5
Pengenalan
Tajuk pengajaran mikro yang saya pilih adalah Menyiasat Alam Bahan, iaitu
proses dan kadar penyejatan bagi cecair. Pengajaran mikro ini dijalankan di dalam
kelas yang kedua, iaitu bagi kelas berkebolehan sederhana. Semasa proses pengajaran
dijalankan, semua murid telah memberikan respon dan kerjasama yang baik. Murid
dilihat bersemangat dan teruja untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Dalam
pengajaran mikro ini, saya memilih fasa set induksi atau orentasi yang mengambil
masa selama 8 minit untuk dinilai.
Setelah melihat semula video pengajaran dan rancangan pengajaran yang
saya sediakan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dalam
pengajaran yang telah saya jalankan. Antara kelebihan yang dapat saya kesan
ialah, penerangan guru yang jelas dan mantap. Fasa orentasi memerlukan penerangan
yang jelas agar murid dapat memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran yang
akan dijalankan. Jika fasa ini dapat menarik minat murid sudah pasti murid dapat
mengikuti pelajaran yang seterusnya dengan baik dan penuh minat. Guru juga
mempunyai kelebihan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
biasa dengan kehidupan harian murid. Oleh itu, murid dengan mudah dapat
memahami situasi yang ditunjukkan. Murid dengan mudah memahami tajuk
pengajaran kerana telah biasa dengan situasi yang ditunjukkan oleh guru. Guru
menyelitkan isi pelajaran iaitu mengenalpasti pembolehubah dalam fasa ini. Semasa
menjalankan aktiviti murid lebih mudah untuk mengenlpasti pembolehubah. Jika

pembolehubah dapat dikesan diawal pembelajaran, maka proses pengajaran


seterusnya menjadi lebih mudah.
Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam fasa
pengajaran ini. Antaranya yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan dengan bahan
bantu mengajar yang digunakan, iaitu tuala yang digunakan tidak mempunyai warna
yang sama, lebih baik jika guru menggunakan warna tuala yang sama. Ini kerana, ada
murid yang akan bertanya adakah warna tidak mempengaruhi kadar sejatan. Warna
yang lebih gelap lebih banyak menyerap cahaya matahari. Sedangkan bagi proses
penyejatan ini, kadar penyejatan tidak dipengaruhi oleh warna kain. Hal ini boleh
menimbulkan

tanda

tanya

kepada

murid-murid.

Kelemahan

lain

ialah

guru menggunakan tuala yang kering. Lebih baik jika guru menggunakan tuala basah
yang sebenarnya. Di akhir pembelajaran, guru boleh menggunakan semula tuala
tersebut untuk dijadikan bahan pengajaran iaitu membuat kesimpulan. Murid dapat
merasai situasi sebenar dengan menggunakan tuala basah. Guru hanya memberikan
satu contoh proses penyejatan dalam kehidupan seharian murid. Sedangkan guru
boleh menggunakan lebih banyak situasi proses penyejatan yang berlaku dalam
kehidupan seharian. Contohnya, mengapa lopak air kering, mengapa air banjir boleh
surut dan lain-lain lagi. Kelemahan lain ialah guru menggunakan istilah yang berbezabeza, yang boleh mengganggu pemahaman murid. Istilah pengeringan dan penyejatan
perlu dibezakan dan dinyatakan difinisinya dengan lebih jelas.Dalam fasa ini juga guru
telah memasuki fasa pencetusan idea iaitu dengan menerangkan faktor yang
mempengaruhi penyejatan. Sepatutnya, guru hanya menerangkan tentang tajuk awal
pengajaran iaitu penyejatan dan maksud penyejatan. Pengajaran yang terlalu cepat
dan banyak isi pelajaran akan membuatkan murid kurang faham dan tidak dapat
mengingat tentang faktor yang terlibat dalam proses penyejatan. Murid akan rasa
terbeban untuk mengingati 3 faktor dalam masa yang singkat.
Langkah mengatasi telah difikirkan untuk menambahbaik fasa ini. Bagi
kelemahan pertama, saya akan menggunakan 2 kain tuala yang sama warna dan
dilabelkan dengan label A dan B.Ini membantu murid mengesan pembolehubah yang
lebih tepat. Tuala itu juga akan dibasahkan agar aktiviti menjadi lebih jelas. Di akhir
P&P, pemerhatian dapat dibuat iaitu tuala mana yang lebih cepat kering berdasarkan

faktor luas permukaan. Murid juga melakukan aktiviti diluar bilik darjah dengan
menyidai tuala di tepi pagar sekolah. Pemerhatian masih boleh dibuat selepas waktu
P&P, iaitu di akhir sesi persekolahan pada hari tersebut untuk melihat hasil aktiviti.
Murid akan merasa lebih seronok dan bersemangat untuk melihat hasil aktiviti
mereka. Bagi mengatasi kelemahan guru yang hanya memberi satu sitausi proses
penyejatan ini, guru seharusnya lebih bersedia dan mencari pelbagai idea yang
sepatutnya untuk memberikan contoh-contoh lain yang bersesuaian dengan tajuk
ini. Guru juga boleh bertanya dan meminta pendapat murid tentang proses penyejatan
yang murid tahu untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain. Begitu juga dengan
kesalahan penggunaan istilah, guru harus lebih peka dan teliti dengan istilah yang
digunakan. Jika guru sedar kesilapan yang dilakukan pada masa P&P berjalan, guru
seharusnya terus menerangkan dengan jelas perbezaan istilah yang digunakan,
contohnya penyejatan dengan pengeringan. Akhirnya, perancangan perlulah lebih
teliti dalam sesuatu fasa yang dirancangkan agar P&P berjalan dengan baik, lancar
dan dapat mencapi objektif.

Kesimpulan yang boleh saya katakan dalam fasa set induksi ini ialah, ianya
berjaya menarik minat murid untuk belajar. Adanya aktiviti di hadapan kelas
membuatkan murid bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengetahui tajuk
P&P hari ini. Kerjasama dan respon murid menunjukkan murid faham dan
mendengar setiap maklumat yang disampaikan oleh guru. Bagi pengajaran selama 30
minit, aktiviti tersebut terlalu mengambil masa, tetapi jika pengajaran selama 60 minit,
ianya lebih sesuai.

Saya akan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam

pengajaran ini agar ianya menjadi lebih bermakna dan dapat membantu murid
mengetahui konsep dan isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Secara keseluruhan
saya simpulkan bahawa set induksi ini berjaya menarik perhatian murid terutama bagi
murid kelas sederhana ini tetapi perlu dimurnikan supaya lebih baik dan berkesan.

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

KUMPULAN

EL-A 18
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NOR AZLINA BINTI AMIN

D20102043060

013-4746242
05-7962736

NAMA TUTOR E-LEARNING:

PROFESOR DR. KANTHASAMY A/L NALLUSAMY


TARIKH SERAH: 15 DISEMBER 2011
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
Pengenalan

Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran makro yang melibatkan


murid tahun 5 Yakin seramai 33 orang. Walaupun pada asalnya bilangan murid
seramai 43 orang disebabkan beberapa orang murid terlibat dengan latihan
koir sekolah maka 10 orang murid tiada di dalam kelas. Murid-murid di dalam
kelas ini adalah terdiri daripada murid yang beraras cerdas dan sederhana.
Saya menjalankan pengajaran matapelajaran Sains untuk pengajaran makro
ini.
Tajuk pengajaran yang saya pilih ialah Menyiasat Dunia dan Teknologi.
Hasil pengajaran adalah mengetahui faktor yang mempengaruhi kestabilan
struktur. Saya menetapkan tiga objektif pembelajaran iaitu objektif mata
pelajaran, objektif saintifik dan objektif berkaitan kemahiran manipulatif sains.
Saya telah menyediakan beberapa bahan bantu mengajar yang bersesuaian
dan menjalankan pengajaran mengikut rancangan pengajaran yang dirancang
lebih awal. Pengajaran makro ini telah dijalankan selama 30 minit di dalam
makmal bagi memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan.
Kebaikan
Dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan ini, beberapa
kekuatan atau kebaikan dapat dikesan. Antaranya ialah guru merancang set
induksi yang menarik minat murid untuk meneruskan pengajaran. Ia juga
melibatkan keseluruhan kelas iaitu semua murid berdiri dengan sebelah kaki
dan dua belah kaki untuk merasai situasi yang dikehendaki. Ia juga dapat
merangsang minda murid untuk mengaitkan dengan pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini. Guru menekankan tentang difinisi kestabilan bagi
memudahkan murid mengikuti isi pelajaran yang seterusnya.
Penerangan

guru

jelas

dalam

setiap

aktiviti

yang

dijalankan.

Penerangan dan intonasi guru yang jelas dapat membantu murid memahami
apa yang disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan. Guru sentiasa
memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat dengan jelas bahan
yang ditunjukkan semasa P&P. Guru juga peka terhadap murid dengan
memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam memahami sesuatu konsep.
Contohnya, guru memberikan tunju cara kepada murid untuk menjalankan
aktiviti berkumpulan.

Bahan bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian. Terdapat


beberapa alat bantu mengajar yang menarik minat murid seperti basikal yang
jarang dilihat oleh murid. Alat bantu mengajar yang fleksibal dan menjimatkan
masa seperti carta dan kad bergambar membantu proses P&P berjalan lebih
lancar tanpa perlu mengambil masa untuk menulis nota di papan putih dan
melukis gambar. Murid juga melakukan pergerakkan ke hadapan kelas untuk
menampal kad bergambar. Aktiviti ini dirancang bagi menghilangkan rasa
tegang dengan hanya duduk di kerusi mereka.
Guru merancang aktiviti berkumpulan yang sesuai bagi membolehkan
murid merasai dan melihat sendiri faktor yang mempengaruhi kestabilan
struktur. Aktiviti seumpama itu dapat membuatkan murid lebih faham dan
mudah untuk mengingati isi pelajaran iaitu faktor yang mempengaruhi
kestabilan. Guru memberikan tunjuk ajar disetiap kumpulan bagi memastikan
murid dapat menjalankan aktiviti dengan betul. Aktiviti ini juga dapat menjana
minda murid dengan melakukan aktiviti berdasarkan kad tugasan yang diberi.
Kad tugasan memuatkan arahan yang

jelas bagi membolehkan murid

membuat aktiviti dengan baik. Murid juga dapat membaca dan memahami
arahan dengan baik.
Aktiviti berkumpulan yang dijalankan dapat melibatkan semua murid.
Ini mendorong murid untuk

melibatkan diri dengan aktif sepanjang

pengajaran dijalankan. Saya dapat melihat semua murid berusaha untuk


mencuba aktiviti yang disediakan secara sukarela. Aktiviti ini juga dapat
menggalakkan komunikasi antara rakan kerana mereka perlu berbincang
untuk menjalankan aktiviti dengan betul. Melalui aktiviti ini juga , saya dapat
melihat beberapa nilai murni yang ditonjolkan oleh murid seperti semangat
kerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan bertoleransi.

Setelah

aktiviti selesai dijalankan, semua murid menunjukkan sikap yang positif dan
meluahkan perasaan gembira. Suasana pembelajaran kelihatan ceria dan
memberangsangkan.
Pembentangan hasil aktivti yang dijalanakan dapat membantu murid
mempunyai daya keberanian untuk bercakap dikhalayak ramai. Murid akan
mempunyai rasa tanggungjawab dan berkebolehan untuk menerangkan
kepada rakan-rakan hasil dapatan mereka.

Dalam fasa aplikasi idea guru menekankan aspek penting dalam


kemahiran proses sains iaitu mengenal pasti pemboleh ubah. Aspek ini sangat
penting dan guru berjaya menyampaikan dengan menjawab soalan yang
bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Guru sentiasa
memberikan bimbingan kepada murid untuk menjawab soalan dengan baik
dan berkesan.
Guru juga merupakan seorang yang ada mempunyai unsur kecindan,
tidak terlalu garang atau menunjukkan rasa marah jika murid tidak dapat
menjawab soalan, guru turut memberikan penghargaan dan galakan seperti
memberikan tepukan, kata-kata pujian dan ganjaran (gula-gula) kepada murid
yang dapat menjawab soalan dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan
hubungan antara murid dengan guru dan murid akan meresa selesa untuk
bertanya

atau

berkongsi

idea

bersama

guru

mereka.

Saya

dapat

mengaplikasikan kemahiran memperkukuh sepanjang pengajaran dijalankan.


Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar
yang digunakan apabila murid memberi jawapan yang betul. Dalam keadaan
ini guru memberi pujian kepada murid itu sebagai pengukuhan tingkah laku
.Saya yakin dengan menggunakan kemahiran ini dapat memberi galakan
kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Memberi pengukuhan kepada murid juga dapat memupuk semangat
keyakinan untuk murid yang mewujudkan tingkah laku positif. Ia juga dapat
membantu memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif
yang timbul. Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila saya menjalankan aktiviti
semua murid berusaha untuk memilih jawapan yang betul untuk mendapat
pujian tersebut. Bagi murid yang belum menerima pengukuhan juga sentiasa
berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik .Situasi ini menjadikan disiplin
kelas bertambah baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan. Murid yang telah menerima
pengukuhan merasa usahanya telah dihargai dan semangat keyakinan
terhadap daya pembelajarannya semakin bertambah. Perhubungan diantara
saya dengan murid juga bertambah mesra dan aktiviti pengajaran saya
menjadi proses pengajaran dan pembelajaran yang digemari oleh murid.

Akhir sekali, satu lagi kebaikan yang dapat dikesan ialah guru tidak lupa
untuk

bertanyakan

semua

rumusan

pelajaran

pada

hari

itu

dengan

bertanyakan semula isi pelajaran yang disampaikan. Kebolehan murid


merumuskan semula isi pelajaran dapat menguji kejayaan pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu. Rumusan oleh guru juga penting untuk
memantapkan pengetahuan murid tentang apa yang telah dipelajari.
Kelemahan
Setiap guru tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan mempunyai
kelemahan dalam pengajarannya. Saya turut menyedari kelemahan yang
terdapat dalam pengajaran makro ini menerusi penyediaan ringkasan
mengajar dan tayangan semula video rakaman. Beberapa kelemahan saya
ialah alat bantu mengajar yang saya gunakan untuk aktiviti berkumpulan
kurang menggunakan radas sains yang sebenar. Seharusnya saya boleh
menggunakan radas sains seperti kelalang kon, bentuk-bentuk bongkah kayu
dan bikar yang pelbagai saiz. Ini dapat membantu murid mendekatkan diri
dengan peralatan sains.
Pada fasa set induksi juga saya rasakan adalah lebih baik jika saya
memanggil seorang murid sahaja untuk melakukan aktiviti berdiri sebelah kaki
dan dua belah kaki supaya murid-murid lain lebih jelas dengan situasi yang
ingin disampaikan. Arahan kurang jelas menyukarkan murid melakukan
aktiviti yang diingini oleh guru. Murid juga boleh menggunakan pengetahuan
lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah. Saya dapati
set induksi dalam pengajaran makro yang saya rancangkan tidak menarik. Ia
juga tidak mencabar minda murid dan kurang sesuai dengan tahap kebolehan
murid. Saya juga tidak dapat meyediakan alat bantu mengajar dalam fasa ini
yang boleh menarik perhatian murid dan memperkembangkan pengetahuan
sedia ada murid.
Pada fasa penstrukturan semula idea, di mana aktiviti kumpulan
dijalankan adalah lebih baik ia dibuat dalam sistem stesen. Ini kerana setiap
kumpulan akan melakukan aktiviti yang berbeza iaitu 4 aktiviti dapat di
lakukan untuk mengukuhkan pemahaman mereka tentang konsep yang
disampaikan.

Kad

tugasan

jelas

tetapi

kurang

menarik.

Guru

lupa

menyediakan borang pemerhatian untuk murid mencatatkan hasil aktiviti


mereka. Murid tidak membentangkan hasil kumpulan di hadapan kelas, tetapi
hanya menunjukkan semula di dalam kumpulan masing-masing.
Kelemahan yang seterusnya di dalam fasa aplikasi idea dimana aktiviti
permainan tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa untuk membawa
murid ke luar kelas. Makmal dirasakan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti
permainan tersebut kerana berbasikal memerlukan tempat yang lebih luas.
Guru juga tidak membincangkan tentang aplikasi kestabilan struktur dalam
kehidupan seharian murid. Seharusnya pada fasa ini, guru meminta pendapat
murid tentang perkaitan kestabilan struktur dengan situasi yang sebenar.
Guru yang baik seharusnya dapat memastikan pengurusan masa yang
sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan
baik dan tidak bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
Pengurusan masa saya juga tidak terlalu memuaskan dan perlu difikirkan
semula supaya dapat melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan
mencapai objektif yang dirancang.

Langkah mengatasi kelemahan


Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan
datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran makro
yang telah saya jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah
menyediakan set induksi yang lebih menarik semasa permulaan pengajaran.
Saya perlu menyediakan suatu aktiviti yang luar biasa untuk membangkitkan
rasa ingin tahu murid untuk meneroka ilmu seterusnya. Dalam set induksi
juga

terdapat

mewujudkan

empat
motivasi,

jenis

komponen

membuat

iaitu

perkaitan

untuk menarik
dan

perhatian,

menstruktur. Aktiviti

pengajaran dalam set induksi hendaklah dirancang berdasarkan komponen-

komponen tersebut disamping penyediaan alat bantu mengajar yang lebih


relevan untuk menjamin keberkesanan aktiviti dalam permulaan pengajaran.
Banyak bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan lebih baik boleh
saya gunakan dalam pengajaran saya untuk tajuk ini. Dalam aktiviti yang
dijalankan seharusnya saya dapat menggunakan pelbagai radas sains untuk
memperkembangkan pengetahuan murid dalam mengenali radas-radas Sains.
Antaranya yang boleh saya gunakan ialah kelalang kon, bikar dan lain-lain
peralatan yang sesuai.
Untuk memperbaiki kad tugasan saya yang kurang menarik, saya
seharusnya menggunakan teknologi komputer untuk menghasilkan kad
tugasan yang lebih baik. Kad tugasan itu juga boleh dilengkapi terus dengan
borang pemerhatian setiap kumpulan untuk menjawab hasil aktiviti mereka.
Pembentangan yang dijalankan di hadapan kelas seharusnya dilaksanakan.
Guru boleh menyediakan sebuah meja dihadapan kelas untuk diletakkan
bahan yang digunakan dan menunjukkan cara aktiviti yang dilaksanakan oleh
setiap kumpulan. Murid lain dapat melihat dan memberi komen yang lebih
membina dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Penambahbaikan lain yang boleh saya lakukan ialah memastikan masa
untuk melaksanakan sesuatu fasa dilakukan dengan baik. Contohnya, aktiviti
permainan yang tidak dapat dijalankan memerlukan masa yang lebih untuk
mambawa murid keluar dari kelas dan tempat yang lebih sesuai. Murid
sememangnya teruja untuk menaiki basikal tersebut tetapi saya lebih menitik
beratkan faktor keselamatan murid. Jika masa mencukupi saya akan
membawa murid ke padang sekolah untuk mencuba menaiki basikal tersebut
dengan kawalan guru. Ini dapat memberikan kesan positif apabila murid
gembira dan terkenang aktiviti yang mereka lakukan. Untuk itu saya akan
memastikan

aktiviti

yang

dirancang

bersesuaian

dengan

masa

yang

diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.


Saya juga perlu menguasai teknik menyoal supaya aras soalan sesuai
dengan murid, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti
soal jawab juga, perhubungan guru dan murid dapat dijalin dengan baik.
Saya akan cuba menyoal setiap orang murid secara keseluruhan kelas supaya
semua murid sentiasa bersedia dan menyediakan jawapan bagi soalan yang

saya kemukakan. Setiap murid perlu diberikan peluang dan masa untuk
memikirkan jawapan yang dikehendaki oleh guru.
Kesimpulan
Refleksi pengajaran makro yang dibuat dapat menilai kekuatan dan
kelamahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Saya juga dapat meneliti setiap fasa pengajaran dengan cara yang lebih
sistematik dan mendapatkan maklumbalas dengan segera untuk memperbaiki
kelemahan yang ada. Guru yang bijak dan dedikasi seharusnya memikirkan
cara yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajarannya. Murid
adalah pelanggan yang perlu diutamakan. Refleksi yang dibuat akan
memperlihatkan kelabihan dan kekurangan guru dalam pengajarannnya.
Langkah

memperbaiki

kelemahan

perlu

dilaksanakan

bukan

sekadar

membiarkannya sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.


Bagi saya yang mengajar untuk tiga kelas tahun 5 akan memastikan
kesilapan tidak berulang untuk mengajar topik yang sama di kelas yang lain.
Penambahbaikkan perlu dilakukan. Itulah tugas guru dalam menempuh arus
perjuangan mendidik anak bangsa. Guru perlu sentiasa peka, sedia dan
menanamkan sikap untuk membuat yang terbaik. Jika kita dapat membuat
yang terbaik, kejayaan anak didik akan menjamin kepuasan guru dalam
kerjayanya.
Setelah meneliti video pengajaran dan rancangan pengajaran yang saya
sediakan, saya dapati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
adalah berjaya dan mencapai objektif. Walaubagaimanapun penambahbaikkan
perlu dijalankan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Bagi
saya, perkara utama adalah persediaan guru, teknik pengajaran dan bahan
bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru dan murid memahami isi
pelajaran dengan lebih baik dan berkesan.

You might also like