You are on page 1of 6

SULIT

3757/2

3757/2
Ekonomi
Asas
Kertas 2
Mei 2009
2 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
NEGERI PAHANG

EKONOMI ASAS
KERTAS 2
Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B
2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan
4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan
ditunjukkan dalam kurungan
5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah
dibenarkan
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

3757/2

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[ Lihat sebelah
SULIT

SULIT

3757/2

2
Bahagian A
[75 markah]

(a)

Gambar 1 menunjukkan perbualan dua orang rakan kongsi berkaitan firma yang akan
ditubuhkan.
Aku pun tengah pening
ni, modal kitapun kecil.
Kalau tidak, boleh kita
keluarkan kedua-dua
sekali

Apa keluaran yang nak


kita nak pilih ye, nak
keluarkan sos cili ke
atau kicap?

Gambar 1
Jelaskan apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma yang bakal ditubuhkan oleh
mereka.
[7 markah]
(b)

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan perniagaan Encik Haniffirdaus.


Encik Haniffirdaus bercadang untuk membuka
sebuah perniagaan menjual makanan segera. Sebagai
seorang pengurus, beliau menyewa sebuah lot kedai
dan menggaji 10 orang pekerja. Di samping itu
beliau juga telah berjaya mendapatkan kemudahan
pinjaman bank untuk dijadikan modal perniagaan.
Terangkan sumber-sumber ekonomi yang terlibat dalam perniagaan Encik Haniffirdaus.
[10 markah]

(c)

3757/2

Bezakan barang ekonomi dengan barang percuma.

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[8 markah]

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

3757/2

Encik Ismadi telah membeli tanah seluas


3 hektar di kampungnya dan beliau telah
menanam 300 batang pokok kelapa di
atas tanah tersebut dengan menggunakan
teknik pertanian moden.
2

(a) Apakah masalah-masalah asas ekonomi yang telah dapat diselesaikan oleh Encik Ismadi?
[6 markah]
(b) Gambar 2 menunjukkan perbualan antara 3 orang rakan lama berlainan negara.
Tahniah Yusof,aku dengar
kau dah jadi usahawan
berjaya. Bertuahlah kau,
negara kau beri kebebasan
sepenuhnya untuk firma
bersaing

Terima kasih Chen.


Aku dengar di negara
kau firma tidak bebas
bersaing. Bagaimana
dengan negara kamu
Alif?

Alif
Chen

Yusof

Negara aku ada


persaingan tetapi
persaingan yang
sihat. Kerajaan
akan memastikan
tiada golongan
yang tertindas.

Gambar 2
(i)

Berdasarkan Gambar 2 di atas, namakan sistem-sistem ekonomi yang diamalkan oleh


negara Encik Chen, Encik Yusof dan Encik Alif
[ 3 markah ]

(ii) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Yusof dan
Encik Chen.
[ 6 markah ]
(iii) Huraikan dua ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Alif
[ 4 markah ]
(c) Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas :

3757/2

(i) Apakah barang yang hendak dikeluarkan.

[ 2 markah ]

(ii) Berapa barang hendak dikeluarkan

[ 2 markah ]

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT
3

3757/2

(a)

(iii) Untuk siapa barang hendak dikeluarkan


[ 2 markah ]
Maklumat berikut merupakan senarai pendapatan dan perbelanjaan bagi Encik
Samy pada satu bulan tertentu.
RM
Pendapatan bulanan
Bonus
Elaun
Sewa rumah
Ansuran kereta
Bil
Hospital
Makanan
Wang saku
Derma
Akhbar dan majalah
Lain-lain
KWSP
Cukai pendapatan

RM
2000
250
250

600
600
120
70
500
250
60
60
160
160
100

Berdasarkan maklumat di atas :


(i) Hitungkan pendapatan boleh guna individu Encik Samy dan terangkan keadaan
perbelanjaannya.
[ 5 markah ]
(ii) Sediakan penyataan anggaran belanjawan Encik Samy yang terancang untuk bulan
seterusnya
[ 5 Markah ]
(b) Terangkan kesan apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatan .
[ 8 markah ]
( c) Mengapa seseorang individu perlu membuat tabungan

3757/2

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[ 7markah ]

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT
4

3757/2

(a) Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu adalah dari sumber produktif dan
sumber bukan produktif . Jelaskan.
[10 markah]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan tabungan dan pelaburan.
Walaupun seseorang individu akan menerima pulangan melalui
tabungan dan pelaburan,tetapi dari sudut ekonomi pulangan tabungan
adalah berbeza dengan pulangan pelaburan.

(i)

Terangkan jenis-jenis pelaburan.

[ 5 markah ]

(ii)

Bezakan pulangan dari tabungan dan pelaburan.

[ 6 markah ]

(c ) Bezakan kereta dengan nasi.

[ 4 markah ]

(a)

Nyatakan peranan isi rumah dalam ekonomi.

[ 2 markah ]

(b)

Dengan menggunakan rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara


harga dengan kuantiti diminta.
[ 8 markah ]

(c)

Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan kek.


Harga (RM)
D0

D1

D0
D1

Kuantiti (unit)

200

400

Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut.


(d)
3757/2

Jelaskan definisi permintaan.

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[12 markah]
[ 3 markah ]
[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

3757/2

BAHAGIAN B
[25 Markah]
Soalan ini wajib dijawab
6.

Encik Jasme yang baru bersara pada awal tahun 2008 telah menerima wang ganjaran
sebanyak RM 150 000.00. Dengan wang ganjaran itu beliau bercadang untuk menjalankan
perniagaan perabot jati dan kedai runcit. Walau bagaimanapun disebabkan masalah ekonomi
yang dihadapinya beliau hanya boleh menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja.
Setelah membuat pertimbangan dengan keadaan pasaran semasa, beliau telah memilih
untuk menjalankan perniagaan perabot jati. Dengan berbekalkan modal yang sedia ada Encik
Jasme telah menjalan perniagaannya dengan jayanya. Didalam negaranya Encik Jasme bebas
mengeluar dan memasarkan perabotnya tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan.
Perniagaan Encik Jasme telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
pengguna. Beliau bercadang untuk membesarkan lagi skala perniagaan dengan membuka
cawangan baru. Walau bagaimanapun beliau menghadapi masalah dalam mendapatkan
tambahan modal. Bagi menambahkan modal perniagaannya, beliau telah mendapatkan
pinjaman daripada saudara mara.
Perkembangan ekonomi masa kini yang semakin baik telah menyebabkan taraf hidup
dan pendapatan penduduk semakin meningkat dan seterusnya menggalakkan pengguna
meningkatkan perbelanjaan mereka. Ini menyebabkan permintaan ke atas perabot jati
meningkat secara mendadak. Situasi ini secara tidak langsung telah membantu perniagaan
Encik Jasme meningkatkan keuntungannya.
Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Jasme.

[ 6 markah ]

(b) (i) Nyatakan sistem ekonomi negara Encik Jasme.

[ 1 markah ]

(ii) Terangkan 3 ciri sistem ekonomi di (b) (i)

[ 6 markah ]

(c) (i) Adakah anda setuju dengan sumber pinjaman yang dibuat oleh Encik Jasme?
Berikan dua alasan.
[ 3 markah ]
(ii) Terangkan dua sumber lain pinjaman yang boleh diperoleh oleh Encik Jasme.
[ 4 markah ]
(d) Terangkan tiga faktor lain yang menyebabkan peningkatan permintaan perabot jati.
[ 5 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
3757/2

2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah
SULIT

You might also like