You are on page 1of 2

Hishamuddin: Tiada pengurangan dalam bajet pendidikan

Diterbitkan: Selasa 17 Jun, 2008


BANGKOK: Meskipun harga minyak dunia yang semakin melonjak menjejaskan
projek-projek pembangunan, kerajaan tidak akan mengurangkan peruntukan
tahunan bagi sektor pendidikan negara sebaliknya mencari jalan bagi
mengurangkan penggunaan bahan bakar itu di sekolah-sekolah kawasan luar
bandar dan membantu keluarga pelajar yang terjejas, kata Menteri Pelajaran Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata memandangkan kementerian membelanjakan sejumlah RM1 bilion


setahun untuk membantu sekolah-sekolah di luar bandar menggunakan generator,
ia memerlukan sejumlah RM400 juta lagi bagi menyerap kos berikutan kenaikan 41
peratus harga petrol dan 67 peratus bagi harga diesel.

"Malah dalam krisis kewangan pada tahun 1998, 1999 peruntukan bagi pendidikan
tidak dikurangkan. Kami harap beberapa penyesuaian dalam RMK-9 (Rancangan
Malaysia Kesembilan) bagi mengambil kira perubahan yang berlaku," kata beliau.

Hishammuddin, yang juga Presiden Pertubuhan Menterimenteri Pelajaran Asia


Tenggara (Seameo) yang berpejabat di sini sedang dalam rangka lawatan tiga hari
sejak Ahad.

Menteri Pelajaran itu adalah suatu yang berfaedah kini terdapat teknologi baru
menggunakan solar selain generator hibrid yang beroperasi menggunakan keduadua teknologi solar dan diesel, yang telahpun diedarkan ke kawasan-kawasan luar
bandar, terutamanya di Sabah.

"Kombinasi tenaga solar dan diesel ini saya fikir merupakan pilihan terbaik dalam
konteks kenaikan (harga) diesel dan petrol pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata kementerian juga sedang melihat kepada kesan kenaikan harga
minyak terhadap makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah dan tambang bas
sekolah, dan kementerian juga perlu proaktif dan bertindak menyediakan para
pelajar menghadapinya.

Sambil menegaskan bahawa perkara terakhir yang ingin dilihatnya berlaku adalah
anak-anak tidak ke sekolah kerana kenaikan harga minyak, Hishammuddin berkata

Seameo akan meneliti kesan kenaikan harga minyak dunia dalam sektor pendidikan
di rantau ini bagi membolehkan negara anggota berkongsi pengalaman.

Beliau berkata negaranegara anggota Asean juga boleh berkongsi pengalaman


dalam menangani isu-isu sekolah yang kurang pelajar, bagaimana jurang antara
bandar dan luar bandar boleh dirapatkan dan bagaimana mereka memberikan
galakan kepada para guru untuk berkhidmat di kawasan luar bandar yang kurang
kemudahan infrastruktur.
BERNAMA

You might also like