You are on page 1of 103

TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN CUTI

(PERINTAH AM BAB C, PEKELILING-PEKELILING


PERKHIDMATAN DAN SURAT-SURAT PEKELILING
PERKHIDMATAN)
Oleh :
UNIT KEMUDAHAN DAN SARAAN,
SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH.

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BIL. 1 TAHUN 2009
KETUA JABATAN (Pegawai Pelajaran
Daerah / Pengetua / Guru Besar (Sekolah
Rendah Pendidikan Khas sahaja) boleh
luluskan :
- cuti sakit biasa (tidak lebih 90 hari dalam
setahun),
- Cuti separuh gaji (tidak lebih14 hari setahun),
- Cuti tanpa gaji persendirian tidak melebihi 28
hari dalam satu permohonan),

Sambungan
- Cuti tibi, kusta dan barah,
- Cuti Haji,
- Cuti bersalin, termasuk kemudahan kali ke
enam(6) dan seterusnya,
- Cuti tanpa rekod untuk aktiviti sukan (kurang 15
hari dalam setahun), peperiksaan, kursus
insentif Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan saksi
perbicaraan mahkamah.

Sambungan
KETUA JABATAN (Pegawai Pelajaran Daerah /
Pengetua / Guru Besar hendaklah bertindak
memperakukan permohonan-permohonan cuti
seperti berikut kepada KPM / JPN
- Cuti sakit melebihi 90 hari setahun,
- Cuti separuh gaji,
- Cuti tanpa gaji mengikut pasangan di bawah
PP Bil. 14 Tahun 2005; dan,
- * Cuti tanpa gaji urusan persendirian melebihi
28 hari dalam satu permohonan.

PERINTAH AM BAB C - Pengenalan

Perintah Am Bab C- Cuti dikeluarkan di bawah


kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agung mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalam
Perlembagaan.

Berkuatkuasa mulai dari 1 hb. Januari, 1974.

Beberapa Kandungan Perintah Am ini telah


dipinda melalui pekeliling-pekeliling dari masa
ke semasa.

Tafsiran : Cuti & Cuti Rehat

Cuti Sebarang tempoh seseorang pegawai


itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan
peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai
putus perkhidmatan atau sebagai berhenti
kerja.

Cuti rehat cuti bergaji penuh yang diberi


kerana perkhidmatan yang melayakkan
dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari
hingga Disember.

Tafsiran : Ketua Jabatan & Kuasa Tertentu

Ketua Jabatan Ketua Setiausaha kepada


Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu
Perkhidmatan,
mengikut
mana
yang
berkenaan

Kuasa Tertentu Ketua Pengarah


Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan
Negeri, mana yang berkenaan
- Surat Pekeliling perkhidmatan Bilangan 5
tahun 1985 Perwakilan kuasa dari Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam kepada
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian (19
perkara perkhidmatan)

Tafsiran : Perkhidmatan yang melayakkan

Perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira


kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai
dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat
dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk
cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak
termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti
haji, cuti tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.

Tafsiran : Sanak Saudara & Pegawai Persekutuan

Sanak Saudara adik beradik, ibu bapa dan


lain-lain saudara mara yang rapat kepada
pegawai.

Pegawai Persekutuan pegawai yang


dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan
Persekutuan;

CUTI BUKAN HAK


Cuti adalah satu keistimewaan
atau kemudahan yang
diberikan oleh Kerajaan
kepada anggota
Perkhidmatan Awam.

TUJUAN CUTI

Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

Menyelesaikan masalah peribadi

Kategori Cuti
1. Cuti kerana perkhidmatan
2. Cuti atas sebab kesihatan/perubatan
3. Cuti menunaikan haji
4. Cuti tanpa rekod
5. Cuti kerana berkursus

Cuti Kerana Perkhidmatan

4 jenis cuti yang boleh diberi kerana


perkhidmatan melayakkan
1. Cuti rehat PAC 7
2. Cuti rehat khas PP 3/2005
3. Cuti separuh gaji PAC 13 (a)
(ii)/PAC51 (a) (ii)
4. Cuti tanpa gaji PAC 14 (b) & ( c )

Cuti Separuh Gaji

Bukan Guru PAC 13(a)(ii)

Guru PAC 51(a)(ii)

PP 9/91 Perenggan 3 Lampiran D7

sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang


rapat kepada pegawai itu

Kadar cuti 30 hari bagi tiap-tiap genap


tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi
tidak boleh melebihi 180 hari

Cuti Separuh Gaji kuasa melulus

Di bawah SPP Bil. 5 Tahun 1985 &


KP(PP)0046SJA/(30) bertarikh 24 Disember 1973
Ketua Jabatan ialah Pengarah JPN.
Di bawah surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil.
KPP(PP)0113/71/(15) bertarikh 25.02.2009 Ketua
Jabatan ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Pegawai
Pelajaran Daerah dan Pengetua/Guru Besar(Sek.
Pendidikan Khas).

PAC 13 (d) Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti


separuh gaji ini tidak lebih daripada 14 hari dalam
satu-satu tahun.

Catatan dalam Kenyataan Perkhidmatan


Kebenaran

Butir-butir
perubahan atau lainlain hal mengenai
pegawai

Nama
jawatan,
peringkat
dan/atau
kelas

Tarikh
mulai
daripada

Berpencen/
Tak
Berpencen,
Peruntukan
Terbuka

Gaji Sebulan
(RM)

JPN..Bth

Diluluskan cuti separuh


gaji kerana menjaga
anak sakit selama 14
hari
mengikut
peruntukan
Perintah
Am Bab C 52 (a)(ii)
mulai
hingga

PPPBS

..
Hingga
.

BP/TB

RM./2
ITP: 90/2

KP(PP)5090/
.(.) bth

Diluluskan cuti separuh


gaji kerana menjaga
anak
sakit
selama
. hari mengikut
peruntukan
Perintah
Am Bab C 52 (a)(ii)
mulai
hingga

PPPBS

Hingga
.

BP/TP

RM ./2
ITP: 90/2

Cara perkiraan kadar kelayakan


kemudahan cuti separuh gaji berdasarkan
perkhidmatan melayakkan
Tarikh lantik tetap

1 November 1990

Tarikh mula cuti separuh gaji

1 Februari 1998

Tempoh perkhidmatan :

7 tahun 3 bulan

Layak cuti separuh gaji :

7 x 30 hari = 210 hari

Layak maksimum

180 hari sahaja

Cara perkiraan kadar kelayakan


kemudahan cuti separuh gaji berdasarkan
perkhidmatan melayakkan
Tarikh lantik tetap

1 November 1990

Mohon Cuti Separuh Gaji

1 Februari 1998

Tempoh perkhidmatan :

7 tahun 3 bulan

Pernah CTG mengikut PP


1/1992

3 tahun

Tempoh perkhidmatan
melayakkan

7 tahun 3 tahun = 4 tahun

Tempoh cuti separuh gaji


yang layak dinikmati

4 x 30 hari = 120 hari

Cuti Tanpa Gaji

Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada


pegawai-pegawainya atas sebab-sebab persendirian yang
mustahak.

PAC 14 (b) Urusan sendiri di dalam Malaysia

PAC 14 (c) Urusan sendiri di luar Malaysia

Ketua Jabatan ialah Pengarah JPN mengikut surat


Kementerian bilangan KP(PP)0046SJA/(30) bertarikh 24
Disember 1973.
Di bawah surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil.
KPP(PP)0113/71/(15) bertarikh 25.02.2009 Ketua Jabatan
ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Pegawai Pelajaran Daerah
dan Pengetua/Guru Besar (Sek. Pendidikan Khas).

Cuti Tanpa Gaji

Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah


sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan.

Had maksimum 360 hari

Syarat minimum layak memohon cuti tanpa gaji


ialah 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan.

Baki cuti tanpa gaji yang belum diambil boleh


digunakan selagi tidak mencapai had maksimum
yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang
melayakkan.

Perlu direkod dalam Kenyataan Perkhidmatan.

Perintah Am 14 A Bab C
(a) Tiada gaji bagi tempoh tak hadir bekerja
tanpa cuti
Jika seseorang pegawai itu tidak hadir bekerja
bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang
pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu
sebab yang munasabah, maka pegawai itu
tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lainlain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja
itu.

Cuti tanpa gaji mengikut Pekeliling


Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009

Pasangan adalah suami/isteri yang sah

Layak bagi tempoh maksimum 3 tahun sahaja dengan


syarat :-

Tempoh pasangan berkhidmat/belajar melebihi 6


bulan

Sekiranya pasangan bekerja dengan syarikat swasta,


syarikat tersebut hendaklah berdaftar dalam Malaysia

Maksimum 3 tahun sahaja bagi pasangan swasta


Tarikh kuat kuasa 30 Disember 2009

Kelulusan ialah Pengarah JPN Sabah Punca Kuasa


KP(PP)0069/6/3 Jilid2(28) bertarikh 23.03.2010 berkuat
kuasa mulai 01.04.2010.

CUTI-CUTI ATAS SEBAB


PERUBATAN
Perintah Am 15 Bab C
-

Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit

Ketua Jabatan boleh beri cuti sakit apabila


seseorang pegawai itu disahkan tidak sihat
untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh
PPK/ LP/Panel Doktor.

Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang


diterima mengikut Perintah Am Bab C 1 (xi)

Tafsiran : Sijil Sakit

Cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebabsebab perubatan

Dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang


pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor
yang diterima,

dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada


harapan untuk sembuh

Tafsiran : Sijil Sakit

Sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh


i.

seorang pegawai perubatan Kerajaan(PPK)


atau

ii.

sebuah Lembaga Perubatan (Perintah Am


Bab F) atau

iii. seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan


oleh Kerajaan.

PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT


SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT
( PP BIL. 2 TAHUN 2006 )

Jika sebagai pesakit luar Hospital atau Klinik Swasta , Sijil Sakit
tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun kalendar tanpa sokongan
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima; atau
Jika sebagai pesakit dalam Hospital atau Klinik Swasta, Sijil Sakit
tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar tanpa sokongan
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima; dan
Jumlah cuti sakit sama ada sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan
yang boleh diberi adalah tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun
kalendar, di mana 90 kelulusan Ketua Jabatan dan 90 hari
seterusnya kelulusan Ketua Setiausaha.
Berkuatkuasa mulai 27.04.2006

JENIS-JENIS CUTI ATAS


SEBAB PERUBATAN
1.

Cuti sakit

2.

Cuti sakit lanjutan

3.

Cuti pemulihan dan cuti kerantina

4.

Cuti bersalin

5.

Cuti kecederaan

6.

Cuti tibi, kusta dan barah

Cuti Sakit
Perintah Am 17 (a) Bab C

Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak


melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari
dalam satu-satu tahun dan selebihnya Kuasa Tertentu
boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi.

CUTI SAKIT Kuasa melulus


Tempoh cuti
sakit

90 hari

Kuasa Melulus

Ketua Jabatan ialah


Pengarah Pelajaran
Negeri. Pegawai
Pelajaran Daerah dan
Pengetua/Guru Besar
(Sek. Pendidikan Khas).

Peruntukan
Kebenaran /
Perintah Am
Surat Kementerian
Pelajaran Malaysia
bil. KPP(PP)0113 /
71/(15) bertarikh
25.02.2009

CUTI SAKIT Kuasa melulus


Tempoh cuti
sakit

90 hari

25 hari (guru) /
tempoh cuti
rehat yang
melayakkan

Kuasa Melulus

Peruntukan
Kebenaran
Perintah Am

Kuasa Tertentu
KSU Kementerian
(urusetia BSM, KPM)

Perintah Am 17 (a)
Bab C

Ketua Jabatan ialah


Pengarah Pelajaran
Negeri. Pegawai
Pelajaran Daerah dan
Pengetua/Guru Besar
(Sek. Pendidikan Khas).

Surat Kementerian
Pelajaran Malaysia
bil. KPP(PP)0113 /
71/(15) bertarikh
25.02.2009

Cuti sakit lebih 45 hari setahun

Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit


yang berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap
tahun bagi masa tiga tahun berturut-turut boleh
dikehendaki Ketua Jabatannya untuk diperiksa tahap
kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan
(tidak kira sama ada ia telah melaporkan dirinya
masih sakit lagi atau tidak) PAC 18

Cuti sakit lanjutan

Anggota yang masih lagi sakit dalam satu-satu tahun itu


setelah diberikan kelulusan cuti sakit (180 hari), cuti
tambahan (25 hari/cuti rehat), cuti sakit secara separuh
gaji (tidak lebih daripada 90 hari dengan perakuan
Lembaga Perubatan) akan diberi cuti sakit secara tanpa
gaji bersamaan elaun bantuan separuh gaji bagi tempoh
selebihnya. Tahun berikutnya diulang lagi kemudahan
cuti sakit & cuti sakit lanjutan.

Cuti sakit lanjutan dan


kuasa melulus
Tempoh

Peruntukan

Kuasa
Melulus

90 hari

PAC 22/
PP 9/91
Lampiran D7
Perenggan 5

Kuasa
Tertentu (KSU
KPM)

** Separuh
Gaji

Tanpa Gaji

PAC 22/ PP 9/91


Lampiran D7
Perenggan 7

Kuasa
Tertentu
(KSU KPM)

** Elaun
bantuan =

70 hari

Catatan

1/2 gaji

Tanpa gaji

**NOTA: Anggota yang telah dirujuk ke Lembaga Perubatan


mengikut Perintah Am 19 Bab F atau PP 10/1995 dan diakui
ada harapan sembuh layak mendapat cuti sakit lanjutan
separuh gaji.

Cuti sakit lanjutan dan


kuasa melulus

Anggota yang telah dirujuk ke Lembaga Perubatan mengikut


Perintah Am 19 Bab F atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
10 Tahun 1995 dan diakui ada harapan sembuh layak
mendapat cuti sakit lanjutan secara separuh gaji tidak lebih
90 hari. Tempoh selebihnya anggota diberi cuti sakit tanpa
gaji bersamaan elaun bantuan (separuh gaji).

Anggota yang tidak dirujuk ke Lembaga Perubatan diberi cuti


sakit lanjutan secara tanpa gaji.

CUTI PERUBATAN KHAS (PP BIL. 10/1995)

Mulai tarikh berikutan keluarnya Laporan


Lembaga Perubatan yang menyampaikan
pendapat bahawa pegawai yang berkenaan
tidak
berupaya
menjalankan
kewajipankewajipan
jawatannya
disebabkan
oleh
kelemahan akal atau tubuh yang mungkin
menjadi kekal hingga tarikh sehari sebelum
tarikh persaraan diputuskan oleh JPA.

Cuti Perubatan Khas

Diberi kepada anggota yang tiada cuti rehat atau


sebaik sahaja anggota menghabiskan cuti
rehatnya.

Dibayar gaji pokok dan imbuhan-imbuhan tetap


berdasarkan jawatan-jawatan hakikinya.

Tarikh kuatkuasa mulai 1 Disember 1995.

Penubuhan Lembaga Perubatan


Perintah Am 19 Bab F
i.

Didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua


cuti sakit biasanya

ii.

Pegawai perubatan berpendapat bahawa pegawai tiada


harapan untuk sihat bagi menjalankan tugasnya

iii.

Cuti sakit melebihi 45 hari bagi tempoh 3 tahun berturutturut

iv.

Kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragu-ragukan

v.

Pegawai telah tercedera semasa bertugas

vi.

Disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah

vii.

Rawatan di luar negara

Cuti Pemulihan dan Kerantina


i.

Cuti pemulihan - dibatalkan

ii.

Cuti Kerantina Pegawai dalam perjalanan balik


ke Malaysia dari luar negeri di tahan di manamana stesen kerantina oleh pihak berkuasa
kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang
atau di dalam sebuah kapal/kapal terbang yang
ada berlaku wabak penyakit merebak.

Cuti Kerantina

Wabak penyakit merebak di luar Malaysia

. Anggota itu sendiri disyaki pembawa penyakit


merebak

Wabak penyakit merebak di kawasan rumahnya

Layak cuti sakit bergaji penuh

Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai


Perkhidmatan Awam
(PP Bil. 14 Tahun 2010)
Untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah
pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan
Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan
Awam Persekutuan.

Kelayakan
Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat
Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari
sepanjang tempoh perkhidmatannya;
Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri
tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90
hari bagi setiap kelahiran; dan
Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin.
Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk
menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh
bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14
hari dari tarikh dijangka bersalin.

Kelayakan
Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti
Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada
90 hari, pegawai dikehendaki untuk
memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara
60 hari sehingga 90 hari dengan
menggunakan turutan kemudahan seperti
berikut :

Kelayakan
Bagi pegawai kecuali guru:
a. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji
Penuh yang dilayaki; dan
b. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
c. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah
menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan
(b) di atas; atau
d. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji)
sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji
Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.

Kelayakan
Bagi guru:
a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh
yang dilayaki;
ii) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;
dan
iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan
kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii) di atas; atau
iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat
tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang
dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15
Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

Kelayakan
b. Semasa cuti penggal sekolah, guru
hendaklah:
i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin
Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap
dalam Cuti Bergaji Penuh.

Kelayakan
Bagi pegawai yang telah menggunakan
kelayakan maksimum 300 hari kemudahan
Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk
memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara
tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan
menggunakan kemudahan seperti berikut :

Kelayakan
Bagi pegawai kecuali guru:
a. mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan
pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan
b. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah
menggunakan kemudahan di perenggan 8.1 (a) di
atas; atau
c. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji)
mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang
dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh
Cuti Bersalin.

Kelayakan
Bagi guru:
a. Semasa penggal sekolah, guru boleh:
i) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14
hari; dan
ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah
menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di
atas; atau
iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh
bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007
bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin
dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.

Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin


Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang
bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan
pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh
Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun
1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah
Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.

Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of


service), kelayakan mereka adalah sepertimana
yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas.
Walau
bagaimanapun,
mereka
tidak
layak
mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan
kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin
Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan
kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang
diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan
lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin
Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh
kontrak yang berkuat kuasa terputus.

Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi


maksud menggantikan tempoh Cuti
Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah
atau tempoh pegawai dimasukkan ke
wad hospital kerana sakit bukan atas
sebab bersalin.

Bagi pegawai yang telah melahirkan


anak selepas 22 minggu mengandung,
sama ada bayi itu hidup atau pun
meninggal dunia adalah layak untuk
diberi Cuti Bersalin memandangkan
tubuh badan pegawai telah mengalami
perubahan fizikal yang memerlukan Cuti
Bersalin bagi tujuan pemulihan.

Tempoh perkhidmatan dengan Pihak


Berkuasa
Negeri,
Pihak
Berkuasa
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
bagi seseorang pegawai yang diberi
pelepasan untuk berkhidmat dengan
perkhidmatan
awam
Persekutuan
hendaklah diambilkira bagi maksud
kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling
Perkhidmatan ini.

Tempoh perkhidmatan termasuk semasa


pelantikan secara sementara atau pelantikan
secara kontrak hendaklah diambilkira bagi
maksud kelayakan kemudahan di bawah
Pekeliling Perkhidmatan ini.

Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah


seperti berikut:
pegawai hendaklah mengemukakan dokumen
sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau
swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin
bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan
permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan
borang seperti di Lampiran A
Pekeliling
Perkhidmatan ini;
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai
tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang
telah diluluskan oleh Ketua Jabatan;

Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari


dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di
dalam Rekod Perkhidmatan pegawai;
bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan
Cuti Bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan kemudahan Cuti
Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah
ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah
Pekeliling Perkhidmatan ini; dan,
Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15
Oktober 2010 adalah masih tertakluk kepada tempoh
Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya
sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
2 Tahun 1998.

PEMBATALAN
Dengan berkuat kuasanya Pekeliling
Perkhidmatan
ini,
maka
Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5
Tahun 2009, perenggan 54.5 (i), (ii) dan
(iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2
Tahun 2008 dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009
adalah dibatalkan.

TARIKH KUAT KUASA


Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa
mulai 15 Oktober 2010.

Kemudahan Cuti Menjaga Anak


(PP Bil. 15 Tahun 2007)
- Pegawai wanita yang bersalin boleh dipertimbangkan
kemudahan cuti menjaga anak (cuti tanpa gaji) tidak melebihi
1825 hari ( 5 tahun).
-

Pegawai wanita yang masih berkelayakan cuti bersalin bergaji


penuh, kemudahan cuti menjaga anak adalah mulai dari hari ke
61 manakala yang telah menggunakan kemudahan cuti
bersalin kemudahan cuti bermula dari tarikh melahirkan anak.

CTG menjaga anak yang telah diambil di PP. Bil. 9/1991 dan PP.
Bil. 2/1998 hendaklah ditolak dari jumlah kelayakan di bawah
Pekeliling Perkhidmatan ini.

Berkuatkuasa mulai 03 Sept. 2007

Cuti Tanpa Rekod Isteri Bersalin

Layak kepada anggota lelaki yang telah


dilantik tetap sahaja.

Tarikh kuatkuasa 1 Januari 1992 (SSB).

5 kali sepanjang perkhidmatan.

3 hari termasuk cuti am perenggan 58.2


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991

Cuti Tanpa Rekod Isteri Bersalin

7
hari
mulai
1.1.2003

Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2002.

Bermula pada hari bersalin/lepas


pejabat keesokannya.

Termasuk semua
kelepasan am.

Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

Dipanjangkan juga kepada PPP bertugas


dalam penggal persekolahan atau yang
diarah bertugas semasa cuti penggal
persekolahan

hari

rehat

dan

waktu
hari

Cuti kecederaan

Cedera semasa menjalankan tugas.

Layak cuti sakit mengikut Perintah Am 17 (a) Bab


C.

Jika masih belum sembuh, layak cuti kecederaan


bergaji penuh sehingga ia pulih.

Cuti kecederaan

Perakuan oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am


19 Bab F)

KJ uruskan bayaran pampasan Ex-Gratia

Kuasa melulus ialah KSU Kementerian (BSM,


KPM sebagai urusetia)

Cuti sakit tibi/kusta/barah

Mendapat
rawatan
termasuk wad

perubahan

Kusta/Barah cuti sakit bergaji penuh tidak lebih


daripada 24 bulan (720 hari )

Tibi cuti sakit bergaji penuh tidak lebih daripada


12 bulan (360 hari)

Jenis penyakit setaraf


Lembaga Perubatan

dengan

percuma

perakuan

Cuti haji

Bergaji penuh kepada pegawai-pegawai


Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah

Tempoh 40 hari sahaja termasuk cuti hujung


minggu dan kelepasan am.

Selebihnya guna Cuti Rehat/Cuti Rehat


Khas/Cuti Penggal/Tanpa Gaji.

Sekali sepanjang perkhidmatan

Kelulusan adalah Ketua Jabatan kecuali


Guru Kontrak diluluskan oleh Kementerian
Pelajaran.

Cuti haji (PP 4/84)

Syarat-syarat Cuti Haji mengikut Pekeliling


Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1984
-

Telah berkhidmat tidak kurang 4 tahun

Telah disahkan dalam jawatan

Anggota berjawatan sementara yang


berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun
secara berterusan layak cuti haji.

Yang berjawatan kontrak dengan syarat


tidak pernah menggunakan kemudahan
cuti ini sepanjang perkhidmatan tetap.

Cuti haji (PP 9/91)

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun


1991 Lampiran D7 Prenggan 6 telah
meminda kemudahan cuti haji ini di mana
anggota tidak perlu lagi berkhidmat 4 tahun
untuk melayakkan cuti haji

Anggota yang telah disahkan dalam


jawatan boleh menikmati kemudahan ini.

Cuti berkursus

Pegawai yang dipilih atau dibenarkan oleh


kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis
kursus, latihan atau pengajian.

Gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji

Diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau


kursus lanjutan

Cuti berkursus

Boleh diberi bagi jangkamasa berikut :-

Tempoh kursus (termasuk cuti akademi


dan rehat yang jatuh dalam masa kursus
itu)

Tempoh perjalanan ke tempat belajar dan


perjalanan balik (mengikut jalan yang
paling dekat)

Tempoh menunggu di luar negeri yang


tidak dapat dielakkan yang disebabkan
oleh urusan-urusan perjalanan tempatan.

Cuti berkursus

Cuti akademi menghapuskan cuti rehat

Anggota tidak layak mendapat kemudahan


cuti rehat ketika mengikuti kursus yang
kurang daripada 12 bulan.

Kursus yang melebihi 12 bulan anggota


dianggap sebagai telah menghabiskan
semua cuti rehat yang ia berkelayakan
mendapat sebelum pergi berkursus

Cuti berkursus (PAC 1974)

Perintah Am Bab C Tahun 1974


Peruntukan 38

Ketua Jabatan luluskan CR tidak melebihi


14 hari kepada pegawai-pegawai yang
baru menamatkan kursus latihan atau
pengajian yang memakan masa melebihi
12 bulan

Cuti rehat ini akan ditolak dari cuti rehat


yang ia berkelayakan dapat setelah
berkhidmat semula

Cuti berkursus (PAC 9/91)

Perintah Am Bab C tahun 1974


Peruntukan 38 dipinda oleh Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 1991
Lampiran D7 Perenggan 7.

Ketua Jabatan luluskan CR tidak melebihi 7


hari jika anggota masih mempunyai baki cuti
rehat sebelum pergi berkursus.

Bagi guru-guru, guna cuti rehat khas yang


berbaki sebelum pergi berkursus. - CRK

Cuti Tidak Berekod PAC 1974

Cuti gantian
Cuti latihan pasukan sukarela - tidak melebihi 30 hari..
Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan
pertubuhan/persatuan - tidak melebihi 14 hari.
Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama - tidak
melebihi 2 bulan.
Cuti untuk hadir peperiksaan - mengikut hari peperiksaan
sahaja.
Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas - mengikut
tarikh mesyuarat sahaja iaitu menyuarat agung tahunan
dan mesyuarat agung luar biasa sahaja.
Cuti mengambil bahagian dalam olahraga sukan - tidak
melebihi 30 hari. Jika melebihi cuti seterusnya adalah
atas pertimbangan (BPSM,KPM) / KSN.
Cuti tugas khas perubatan - tidak melebihi 14 hari.

Cuti Tidak Berekod Pekeliling

Cuti mengambil bahagian dalam lawatan


kebudayaan PP16/1966

SPP 11/1980 CTB bagi pegawai-pegawai


kerajaan yang dipilih untuk mengambil
bahagian dalam sukan-sukan perwakilan

Rancangan pertukaran belia antarabangsa


dikeluarkan oleh JPA dari semasa ke
semasa

Majlis Bersama Kebangsaan/Jabatan

Program rakan muda

Cuti Tidak Berekod Pekeliling

Kemudahan Cuti Isteri bersalin Perenggan


58.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9
Tahun 1991.

Peraturan memberikan kebenaran tidak hadir


kerja atas sebab-sebab kecemasan am
Pekeliling Perkhidmatan 1/1986

Disapina untuk hadir di mahkamah (luar


stesen) sebagai saksi pihak bukan Kerajaan
Srt JPA(S)22/8/3-3 Sk.4/(11) 26 Julai 1994

Cuti kematian keluarga terdekat Pekeliling


Perkhidmatan Bilangan 9/2002.

Cuti Gantian

Seseorang
pegawai
yang
tidak
berkelayakan mendapat bayaran kerana
bekerja lebih masa atau sebarang bayaran
khas lain boleh diberi cuti gantian kerana
dipanggil bertugas lebih masa pada hari
bekerja biasa, hari cuti am atau hari
kelepasan mingguan.

Cuti gantian hendaklah sama banyak


dengan masa yang dipanggil bertugas lebih
masa itu.

Cuti Gantian

Layak kepada pegawai dalam kumpulan


sokongan yang tidak mendapat bayaran
lebih masa dan pegawai dalam pengurusan
tertinggi dan kumpulan pengurusan dan
profesional

Syarat
- Arahan dikeluarkan oleh KJ untuk tugas
lebih masa
- Tugas lebih daripada masa bekerja biasa
atau masa kecemasan, hari cuti am atau
hari kelepasan mingguan

Cuti Gantian
Corak-corak kerja lebih masa (PP)9/91 LD26
P24):1. Kerja-kerja kecemasan
2. Kerja mustahak tak boleh tangguh kepada
hari berikutnya (memudaratkan perkhidmatan
jika ditangguh)
3. Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh
anggota melebihi bidang tugas biasanya
4. Kerja-kerja yang perlu
jangkamasa terhad

diuruskan

dalam

Cuti Gantian

Bagi pegawai yang diarah membuat


perjalanan maka hari yang digunakan untuk
perjalanan tidak melayakkan untuk diberi
cuti gantian (Perintah Am 20 Bab G).

Kuasa melulus Ketua Jabatan

9 jam kerja lebih masa bersamaan 1 hari


cuti gantian.

Cuti latihan pasukan sukarela

Pegawai hendaklah ahli pasukan sukarela


seperti di Lampiran A

KJ boleh lulus tidak melebihi 30 hari dan 2


hari bagi perjalanan pergi dan balik.

Cuti selebihnya tolak cuti rehat jika tiada


kemukakan
ke
BSM,
KPM
untuk
pertimbangan/kelulusan.

Cuti latihan pasukan sukarela


1. Askar Wataniah
2. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut
Di Raja
3. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara
Di Raja
4. Simpanan Sukarela Polis
5. Pertahanan Awam

Cuti latihan pasukan sukarela

Dihadkan bagi tujuan menghadiri latihan


atau khemah tahunan sahaja samada di
dalam atau di luar negeri.

Perlu surat arahan rasmi dari pemerintah


Pasukan Sukarela yang menyatakan
tempoh diperlukan.

Kelulusan cuti tertakluk kepada kepentingan


perkhidmatan

Catatkan kelulusan dalam Kenyataan


Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

Cuti menghadiri latihan atau khemah


tahunan pertubuhan/persatuan

Pegawai hendaklah ahli pertubuhan/persatuan


dibenarkan oleh KPPA seperti di Lampiran B

KJ boleh lulus tidak melebihi 14 hari dan 2 hari


bagi perjalanan pergi dan balik. Cuti selebihnya
guna Cuti Rehat/tanpa gaji.

Aktiviti dalam Malaysia sahaja.

Nama Pertubuhan/Persatuan
Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a)
1. Kadet Laut
2. Pasukan Kadet Persekutuan
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pasukan Latihan Udara Persekutuan


Pertubuhan Pengakap
Pertubuhan Pandu Puteri
Briged Budak Lelaki
Bersambung
Briged Budak Perempuan
St John Ambulan

Nama Pertubuhan/Persatuan
Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a)
9.

- sambungan

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

10. Persatuan Perancang Keluarga


11. PEMADAM
12. Persatuan Penyelamat
Cawangan Malaysia
13. Persatuan
Penyeliaan

Membantu

Kelemasan
Orang-orang

Di

Raja
Dalam

14. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi


Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID)
Bersambung

Nama Pertubuhan/Persatuan
Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a)

- sambungan

15. Pertubuhan Orang-orang Buta


16. Institut Dakwah Dan Latihan Islam, Jabatan
Perdana Menteri, Malaysia
17. Jabatan Perpaduan Negara, JPM,
18. Persatuan Penguna-Penguna
19. Persatuan Bagi Mencegah
Malaysia

Penyakit

20. PUSPANITA
Bersambung

Tibi

Nama Pertubuhan/Persatuan
Perintah Am Bab C Peruntukan 42 (a)

- sambungan

21. Jawatankuasa
Kemajuan
Dan
Keselamatan
Kampung, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JKKK)
22. Pasukan Kadet Polis
23. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)
24. PERKIM
25. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia
(N.C.W. O)
26. Majlis Keselamatan Negeri, JPM
27. Persatuan Stem Malaysia
28. Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

Cuti menghadiri latihan atau khemah


tahunan pertubuhan/persatuan

Pegawai
hendaklah
ahli
pertubuhan/persatuan
dibenarkan
oleh
KPPA seperti dilampiran B dah ahli
persatuan kebajikan dan sukan di Jabatan
Kerajaan yang berdaftar dengan pendaftar
pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA

KJ boleh lulus tidak melebihi 14 hari dan 2


hari bagi perjalanan pergi dan balik. Cuti
selebihnya guna Cuti Rehat/tanpa gaji.

Cuti menghadiri latihan atau khemah


tahunan pertubuhan/persatuan

Aktiviti dalam Malaysia sahaja.

Dibenarkan untuk aktiviti berikut sahaja


- Kursus latihan
- Khemah latihan tahunan
- Mesyuarat Agung Tahunan
- Mesyuarat Luar Biasa
- Seminar
- Aktiviti Sukan

Cuti menghadiri latihan atau khemah


tahunan pertubuhan/persatuan

Aktiviti sukan anjuran Persatuan Kebajikan


dan Sukan Jabatan Kerajaan hendaklah
diadakan pada hari-hari cuti mingguan atau
cuti am dan tidak menggunakan waktu
pejabat (Surat Pekeliling Am Bilangan 3
Tahun 1993)

Terhad kepada Pertubuhan/Persatuan yang


tersenarai sahaja

Kemudahan
ini
tertakluk
kepentingan perkhidmatan

Catatkan dalam KP dan KC (BRP)

kepada

Cuti lain-lain kursus

Perintah Am 42 (b) Bab C

Pegawai-pegawai
menghadiri

yang

dikehendaki

Kursus di sekolah latihan semangat

Latihan pimpinan belia yang dianjurkan


oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Kursus
Kesatuan
Sekerja
yang
diluluskan oleh Kementerian Sumber
Manusia

Cuti lain-lain kursus

Ahli Kesatuan Sekerja yang menghadiri


Persidangan Perwakilan, di peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa yang
diadakan di Malaysia.

Ahli kesatuan sekerja yang menghadiri


mesyuarat agung tahunan/luar biasa di
peringkat Kebangsaan

Kursus kesatuan sekerja yang akan dihadiri


perlu
terlebih
dahulu
dilulusksan
Kementerian Sumber Manusia

Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

Ahli syarikat kerjasama yang membuat


akuan untuk memegang jawatan di dalam
Syarikat Kerjsamasa

Pegawai-pegawai
yang
Syarikat Kerjasama

Kursus Latihan, seminar dan mesyuarat SK


sahaja.

Aktiviti Syarikat Kerjasama diluluskan oleh


Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama,
Kementerian Tanah dan Pembangunan
Koperasi.

menjadi

Ahli

Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

Tempoh 2 bulan (utk kursus sahaja)

Akuan memegang jawatan 2 tahun

KJ luluskan aktiviti dalam Malaysia sahaja.

KSU luluskan aktiviti luar Malaysia

Catatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan

Cuti Untuk Masuk Peperiksaan


(Perintah Am Bab C Perkara 44)

Peperiksaan yang boleh membaiki peluang


hidup pegawai berkenaan

Pada hari peperiksaan sahaja

Kelulusan catatkan dalam Kenyataan


Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti

Cuti Untuk Mengambil Bahagian dalam


Olahraga - Sukan

Perlawanan Sukan di peringkat Negeri atau


Antarabangsa

Ketua Jabatan luluskan Cuti Tidak Berekod


yang tidak melebihi 30 hari

Ahli
majlis/jawatankuasa
pertandingan,
pegawai-pegawai yang menjadi ahli manamana
majlis
atau
jawatankuasa
pertandingan
Negeri/Antarabangsa

Pengurus Pasukan & Pengadil dan Jurulatih


Penyeliaan Pasukan

Cuti Untuk Mengambil Bahagian dalam


Olahraga - Sukan

Ketua Setiausaha Kementerian akan


luluskan cuti kepada anggota yang
dikehendaki menyertai sukan melebihi 30
hari di dalam sesuatu tahun atau pun
pertandingan sukan di Luar Negara

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11


Tahun 1980

Catatkan kelulusan cuti dalam kenyataan


perkhidmatan dan kenyataan cuti

Cuti bagi pegawai yang dipilih untuk mengambil


bahagian dalam lawatan kebudayaan PP
16/1966

Mengambil
bahagian
dalam
lawatan/pertunjukan
kebudayaan
yang
dianjurkan atau dibiaya oleh Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Warisan.

Jumlah
KKKW.

Kuasa meluluskan cuti tanpa rekod dalam


Malaysia ialah Ketua Jabatan

Luar Malaysia KSU Kementerian

Catatkan kelulusan cuti dalam KP dan KC

cuti

berdasarkan

surat

arahan

Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa

Kelulusan dikeluarkan
semasa ke semasa.

oleh

KPPA dari

Kuasa melulus ialah KSU Kementerian.

Tempoh layak berdasarkan surat kelulusan


dari Kementerian Belia dan Sukan.

Tertakluk
kepada
demi
kepentingan
perkhidmatan dan catatkan dalam BRP.

Cuti Tanpa Rekod


Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002

Tujuan untuk menziarahi jenazah dan urusan


pengkebumian ahli keluarga terdekat

Maksud ahli keluarga terdekat : suami atau isteri ,


anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada
anggota berkenaan.

3 hari sahaja mulai tarikh kematian atau hari


berikutnya jika ahli keluarga meninggal selepas
waktu pejabat.

Tarikh kuatkuasa 1 Januari 2003.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada


Anggota Perkhidmatan Awam Yang Dilantik
Sebagai Jurulatih Program Khidmat Negara

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2004.

Dilantik sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat


Negara.

Mengikuti kursus untuk jurulatih.

Menjalankan tugas sebagai jurulatih.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Untuk Anggota


Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai
Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara

Tarikh kuatkuasa mulai 1 Oktober 2003.

Tempoh yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan


ialah berdasarkan tempoh sebenar program,
tambahan
sehari
sebelum
dan
selepas
(perjalanan).

SEKIAN
Yang baik itu datang dari Allah,
yang tidak molek itu atas kesilapan,
kealpaan dan kecuaian saya jua yang
tidak disengajakan.
Harap maaf
dipinta.
TERIMA KASIH

You might also like