Professional Documents
Culture Documents
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 Pekerjaan Di Kampong Saya
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 Pekerjaan Di Kampong Saya
Tajuk Kajian
Jenis-jenis Pekerjaan Penduduk di Kampong
Baru Batu Tumboh, 22200, Besut, Terengganu
Nama Murid
Mohamad Amirul Ashraff bin Mohd Niza
Tingkatan
2 Ibnu Khaldun
Nama Guru
Puan Haliza Binti Ishak
Tarikh
Senarai Kandungan
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
TAJUK
TAJUK KAJIAN
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF
KAWASAN
KAEDAH
HASIL
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
HALAMAN
Penghargaan
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini
saya telah mendapat ramai bantuan daripada pihak-pihak yang lain. Bantuan yang
diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya dapat
menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini.
Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru yang
telah mengajar saya mata pelajaran Geografi iaitu Puan Haliza binti Ishak. Puan Haliza
telah memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini.
Dengan bantuan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, tidak juga saya lupa akan kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak
membantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Ibu bapa saya selalu membantu saya
dalam kerja kursus kerana telah menjelaskan kepada saya tentang hal-hal yang berkaitan
dengan kampong saya ini.
Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah membantu saya semasa dalam proses temu
bual dengan penduduk yang berada di kampung saya ini. Saya amat menghargai
pertolongan yang diberikan mereka.
Saya juga ingin memberikan penghargaan terhadap penduduk-penduduk
Kampong Baru Batu Tumboh kerana telah memberikan kerjasama kepada saya dalam
menyiapkan kerja kursus Geografi ini.
Akhir sekali saya ingin menyatakan juga penghargaan saya ini kepada pihak-pihak
luar yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih atas
pertolongan yang telah diberikan.
Pendahuluan
Saya, Mohamad Amirul Ashraff bin Mohd Niza yang bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud telah menjalankan kajian saya di di kawasan
kediaman saya iaitu Kampong Baru Batu Tumboh. Saya menjalankan kajian tentang
jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan oleh penduduk-penduduk di Kampong Baru Batu
Tumboh ini.
Saya memilih kawasan kediaman saya di Kampong Baru Batu Tumboh kerana
kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya
untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu
tempat yang jauh.
Tempoh yang diberikan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Geografi ialah
selama seminggu cuti sekolah. Masa yang diberikan oleh guru saya sudah memadai
kerana saya mempunyai banyak waktu terluang kerana pada waktu cuti sekolah, saya
tidak mempunyai kelas untuk dihadiri.
Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod fakta.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang pekerjaan-pekerjaan yang
dijalankan oleh penduduk-penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Saya berbangga dapat
menjadi penduduk di sini kerana kampung ini mempunyai suasana yang aman dan damai.
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Saya memilih kawasan kediaman saya di Kampong Baru Batu Tumboh kerana
kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya
untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu
tempat yang jauh.
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Melalui kajian yang telah saya jalankan selama seminggu di kampung saya iaitu
Kampong Baru Batu Tumboh, saya memperolehi beberapa maklumat tentang pekerjaanpekerjaan yang dijalankan di Kampong Baru Batu Tumboh.
Pekerjaan-Pekerjaan Yang Terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh
Dalam pekerjaan seperti guru dan kerani, bilangan wanita lebih ramai daripada
lelaki. Ini kerana pekerjaan seperti guru memerlukan seseorang yang sabar dalam
mengajar. Sifat ini lebih banyak terdapat pada wanita. Pekerjaan yang berat seperti
peternak yang memerlukan tenaga dan kekuatan yang tinggi yang lebih banyak terdapat
pada lelaki.
Peluang
Pekerjaan
Bentuk Bumi
Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi
Pekerjaan
Taraf
Pendidikan
Kemudahan
Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang berdekatan dengan Kampong Raja iaitu
kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru
Batu Tumboh.
Faktor yang terakhir ialah faktor bentuk muka bumi. Kampong Baru Batu
Tumboh mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah. Kawasan yang luas berpotensi
untuk dimajukan sebagai kawasan tumpuan penduduk, jaringan pengangkutan,
pertumbuhan bandar, pertanian dan perindustrian.Ini dapat meningkatkan lagi pekerjaan
di Kampong Baru Batu Tumboh.
Perkhidmatan
Jenis-Jenis
Pekerjaan di
Kampong Batu
Tumboh
Pertanian
Perniagaan
pendidikan seperti sekolah, pusat tusyen, dan tadika. Sekolah yang terdapat di
kawasan kajian saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud.
Kemudahan-kemudahan ini menjadi kebanggaan dan penduduk di kawasan ini
amat bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan.
2. Pertanian- Kampong Baru Batu Tumboh yang mempunyai tanih aluvium yang
subur dapat menggalakkan penanaman sayur-sayuran atau kebun-kebun kecil.
Antara tanaman yang ditanam ialah kubis,cili dan sebagainya. Kebun-kebun ini
diwujudkan hanya berkonsepkan sara diri bukannya untuk dagangan atau import.
3. Perniagaan-Perniagaan merupakan antara pekerjaan yang banyak dilakukan oleh
penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Hal ini kerana hampir 35% penduduk
Kampong Baru Batu Tumboh menjalankan aktiviti perniagaan. Kampong Baru
Batu Tumboh mempunyai beberapa kedai runcit. Kedai-kedai runcit ini penting
bagi penduduk sekitar kerana dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan
keperluan harian di sana. Perniagaan yang kedua terbesar ialah restoran atau kedai
makan. Kedai makan atau restoran biasanya dibuka bertujuan untuk sarapan pagi
atau makan tengah hari.
Bil
Jenis Perniagaan
Peratus
Runcit
70%
Restoran/kedai makan
30%
Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh lebih ramai yang
makan gaji kerana ramai penduduk Kampong Baru Batu Tumboh yang menjadi guru
yang makan gaji. Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh juga
diperoleh daripada perniagaan. Perniagaan barang runcit di Kampong Baru Batu Tumboh
menerima banyak permintaan.
Selain itu, sumber pertanian dan bekerja sambilan juga menjadi sumber
pendapatan di Kampong Baru Batu Tumboh. Terdapat juga peduduk yang mengusahakan
kebun dan ladang kecil. Mereka biasanya menanam sayur-sayuran seperti kubis, cili dan
sebagainya.
Rumusan
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan di Kampong Baru Batu Tumboh
menunjukkan bahawa Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak pekerjaan.
Pekerjaan yang banyak dilakukan di Kampong Baru Batu Tumboh ialah Guru. Sumber
pendapatan penduduk ialah makan gaji, pertanian, perniagaan dan bekerja sambilan.
Makan gaji ialah sumber pendapatan yang paling banyak di Kampong Baru Batu
Tumboh. Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah,
kedai, pasaraya dan sebagainya. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang
berdekatan dengan Kampong Raja iaitu kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat
meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh.
Oleh itu, saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi ini.
Saya juga berasa bangga kerana dapat menjadi penduduk di Kampong Baru Batu
Tumboh. Keadaan yang aman dan damai menyebabkan saya rasa selesa tinggal di sini.
Peluang
Pekerjaan
Bentuk Bumi
Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi
Pekerjaan
Kemudahan
Taraf
Pendidikan
Perkhidmatan
Jenis-Jenis
Pekerjaan di
Kampong Batu
Tumboh
Pertanian
Perniagaan
Rujukan
Dalam proses menyiapkan kerja kursus geografi ini, saya telah
mengunakan beberapa rujukan bagi memudahkan saya untuk menyiapkan kerja
kursus saya ini.
Rujukan saya yang pertama ialah buku ilmiah.Saya telah merujuk buku
teks Geografi Tingkatan 1 dan buku teks Geografi Tingkatan 2 untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Daripada buku teks ini saya dapat mengetahui dengan lebih
lanjut tentang kegiatan ekonomi atau pekerjaan.
Rujukan saya yang kedua ialah orang sumber.Saya telah menemu ramah
seorang responden yang sudi di temu ramah oleh saya Ahmad Zainuddin bin
Ibrahim yang juga merupakan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh.
Melaluinya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang pekerjaannya
iaitu guru.
Rujukan saya yang ketiga ialah internet saya telah merujuk beberapa
laman web untuk mencari peta yang menunjukkan kawasan Kampong Baru Batu
Tumboh. Antara laman web yang saya guna ialah http://www.google.com.my,
http://www.yahoo.com dan http://ms.wikipedia.com.
Rujukan saya yang terakhir ialah fail-fail dokumen. Fail-fail dokumen ini
saya dapati daripada pejabat penghulu kampung. Dokumen-dokumen ini
menceritakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Kampong Baru Batu
Tumboh.