You are on page 1of 2

Penulisan Reflektif

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan izinNya, akhirnya dapat juga kami menjalani Program Bina Insan Guru untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5/Jan 2014. Saya ingin
merakamkan penghargaan terima kasih saya kepada semua ahli jawatankuasa yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program BIG seminar
kali ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para pensyarah yang tidak putusputus memberi bantuan agar program berjalan lancar.
Untuk program BIG 5/2014, kami pelajar PISMP Semester 5 telah menghadiri 1
seminar yang telah diadakan pada 30 April 2014. Seminar tersebut bertempat di Dewan
Syarahan Tan Sri Professor Abdul Jalil Hassan. Seminar ini terdiri daripada 2 slot iaitu
slot pertama bertajuk Peranan PPD yang telah disampaikan oleh wakil dari PPD
Petaling Perdana dan slot kedua iaitu Guru dan Perundangan yang telah disampaikan
oleh Dr Hussin.
Melalui program BIG ini, banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi.
Antaranya ialah saya dapat mengutip pelbagai tips dan ilmu yang bermanfaat hasil
perkongsian pensyarah kami iaitu Dr. Mohd. Hussin bin M. Yusuf. Dalam slot yang
kedua, kami mendapat banyak pengetahuan baru tentang undang-undang dalam
profesion perguruan. Terdapat pelbagai akta dan peraturan telah digubal dalam usaha
memastikan martabat perguruan di tahap yang tinggi dan dihormati. Guru juga perlu
sentiasa menjaga imej diri kedrana guru menjadi role model dalam masyarakat. Melalui
slot ini juga, Dr. Hussin sempat berpesan kepada kami supaya meningkatkan mutu
perkhidmatan dan mengelakkan rasuah dan penyelewengan dalam pekerjaan kerana
tugas guru merupakan tugas yang mulia.
Di samping itu, saya juga menyedari bahawa menjadi seorang guru bukanlah satu
kerja yang mudah. Namun saya tahu bahawa kerja ini sangat mulia di sisi Islam. Melalui
perkongsian tersebut, saya terfikir bahawa guru yang sekarang bukan lagi guru yang
dahulu. Jika dahulunya guru boleh menghukum sesuka hati tanpa risau dengan ugutan
dari ibu bapa, sekarang tidak lagi. Jadi, sebagai seorang guru, kita hendaklah

menggunakan pendekatan yang lebih lembut dan mesra murid agar disenangi dan
dihormati oleh semua murid di sekolah supaya tidak berlaku kes saman dan
seumpamanya di sekolah.
Selain daripada itu, saya menyedari bahawa guru hendaklah menjadi insan yang
serba boleh. Melalui slot yang disampaikan oleh Encik Mohd Fahim dari PPD Petaling
Perdana, saya dapat menyimpulkan bahawa tugas seorang guru bukanlah mengajar
semata-mata bahkan banyak lagi tugasan lain yang akan dipikul. Melalui slot ini juga
saya mengetahui peranan PPD yang sebelum ini saya tidak tahu. Sebagai seorang
guru, kita hendaklah mengetahui peranan PPD kerana PPD merupakan perantara
antara guru dan pegawai atasan dan kementerian.PPD berperanan menyebarkan
secara bertahap dasar dan program berkaitan pentadbiran, pendidikan, dan kawasan
daripada pihak pusat ke sekolah-sekolah di bahagiannya.
Akhir kata pengalaman saya menjalani BIG 5 ini menaikkan semangat saya dan
membuat saya teruja untuk melaksanakan tugasan sebagai bukan sahaja seorang
guru, malahan sebagai fasilitator dan pembimbing kepada murid dan masyarakat
apabila mereka berada di sekolah. Saya dapat merasakan nikmatnya apabila usaha
untuk mendidik modal insan berjaya dan saya dapat berbakti untuk generasi akan
datang. Sekian wassalam.

NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN (PISMP 5.06)

You might also like