You are on page 1of 3

KERTAS KONSEP

1) TAJUK

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam meningkatkan penguasaan menyambung

huruf hijaiyyah untuk membentuk perkataan.

2) ABSTRAK

Murid-murid Tahap 1 di sekolah-sekolah rendah telah menghadapi masalah dalam kemahiran

menulis khususnya dalam kemahiran menyambung huruf-huruf hijaiyyah untuk membentuk

perkataan. Masalah ini akan menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah jika terdapat

soalan menyambung huruf dalam peperiksaan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mencari pendekatan terbaik menggunakan bahan bantu yang menarik bagi memudahkan murid

mengenali huruf tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Dengan kajian

yang dijalankan ini, diharap masalah menyambung huruf dalam membentuk kalimah dapat

dikurangkan.

3) PENGENALAN

Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pembelajaran Pendidikan Islam masa kini.

Murid akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari Pendidikan Islam sekiranya murid

tidak menguasai Jawi dengan baik. Justeru, penguasaan kemahiran dalam tulisan Jawi
termasuklah kemahiran menyambung huruf perlu dititik beratkan dalam pelaksanaan sesi

pengajaran dan pemudahcaraan subjek Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, terdapat

segelintir murid yang lemah dalam mengusai kemahiran menulis dalam menyambung huruf.

Sebahagian murid tidak dapat membezakan huruf-huruf yang boleh dan tidak boleh

disambung. Hal ini boleh mendatangkan masalah terutamanya kepada murid kerana kemahiran

menyambung huruf adalah salah satu aspek yang penting dalam tulisan Jawi. Oleh itu, kajian

ini telah mengemukakan cadangan untuk menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang

bersesuaian bagi memudahkan murid mengenal pasti huruf yang boleh disambung dan tidak

boleh disambung dalam aspek Jawi.

4) ISU/ MASALAH YANG DIKETENGAHKAN

Isu yang ingin diketengahkan dalam kertas konsep ini ialah masalah penguasaan kemahiran

menyambung huruf dalam kalangan murid sekolah rendah terutamanya murid yang berada

pada Tahap 1. Murid dalam Tahap 1 masih sukar membezakan antara huruf yang boleh

disambung dan tidak boleh disambung bagi tulisan Jawi.

5) CADANGAN PELAKSANAAN

6) KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat membantu murid dalam mengatasi

masalah menyambung huruf. Saya berpendapat kajian tindakan merupakan wasilah penting

dalam membaiki amalan pengajaran guru. Kajian tindakan juga merupakan salah satu perkara

yang dapat membantu guru dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku

sepanjang pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa betapa

peri pentingnya penghasilan kajian tindakan sebagai rujukan dan amalan reflektif seorang

guru. Dengan penghasilan kertas konsep ini, diharapkan kajian akan dapat dilaksanakan dan

dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran menyambung huruf hijaiyyah bagi tulisan

Jawi.

7) RUJUKAN

You might also like