You are on page 1of 2

1.

Pengenalan
Terdapat 5 jenis kord ketujuh yang biasa digunakan di dalam muzik iaitu kord
dominan ketujuh (dominant seventh), kord dominan ketujuh harmonik (harmonic
seventh chord), kord major dan minor ketujuh (major and minor seventh chords),
kord separuh diminished ketujuh (halfdiminished seventh chord), dan kord
diminished ketujuh (diminished seventh chord). Dominan Ketujuh adalah antara kord
yang sering dipraktikkan di dalam permainan muzik. Kord Dominan Ketujuh terhasil
apabila major triad dan minor ketujuh digabungkan.
Secara khususnya, not not dalam kord dominan ketujuh adalah disusun
dalam susunan 1 3 (5) b7 ( 5 dikurungkan kerana ia biasanya tidak dimainkan
dan ia boleh di syap dan di fletkan tanpa merosakkan atau mengubah fungsi kord).
Kord dominan ketujuh adalah datakrifkan sebagai kord yang tidak stabil
dan menginginkan resolusi. Sebab utama ketidakstabilan kord dominan ketujuh ini
adalah kerana diminished kelima diantara 3 dan b7, yang mencari resolusi major
atau minor ketiga. Resolusi yang paling berkesan adalah untuk memajor atau
meminorkan triad yang rootnya adalah 5th bawah.
Kord dominan ketujuh biasanya digunakan sebagai secondary dominant
dimana ia digunakan sebagai kord kromatik yang bergerak menjadi kord diatonic
tanpa mengganggu harmoni.
Ketika zaman muzik klasikal, kord dominan ketujuh ditambah dalam
penghasilan muzik untuk menambahkan unsur bunyi ketegangan. Ini adalah kerana
kecenderungan kord tersebut untuk diresolusikan menjadi kord tonic. Oleh itu ia
digunakan untuk memperkukuhkan lagi tanda nada sesuatu hasil karya muzik
tersebut. Not ketujuh turut mempunyai kecenderungan untuk diresolusikan kepada
not 3 daripada kord tonik (menurun kebawah satu semiton).
Kecenderungan ini telah dijadikan salah satu peraturan harmoni yang
telah wujud sejak daripada zaman muzik klasikal dahulu lagi. Tetapi pada masa kini,
peraturan ini tetap masih dipraktikkan lagi namun hanya ketika ianya diperlukan
sahaja.

Oleh kerana kord dominan ketujuh mempunyai kecenderungan yang


tinggi untuk diikuti oleh kord tonic, ia boleh digunakan dalam perubahan key ataupun
dalam nama yang lain modulation. Untuk modulasi yang mudah kepada key yang
baru, kord dominan ketujuh daripada key yang baharu ditambah kedalam
pergerakan kord diikuti dengan kord tonic key yang baharu. Secara khususnya,
dominan ketujuh di dalam key C adalah G7, oleh itu apa-apa dominan ketujuh akan
menghasilkan key yang baharu, major atau minor.

Himpunan Kord Dominan Ketujuh


Susunan kord dominan ketujuh yang telah saya himpunkan terdiri daripada:
Major skel (syap)
Minor harmonik skel (syap)
Major skel (flat)
Minor harmonic (flat)

Rumusan
Kord dominan ketujuh merupakan sebahagian daripada kord-kord ketujuh yang
mempunyai keistimewaan bunyi dan ciri-ciri nya yang tersendiri. Kord-kord ini amat
penting dalam pengolahan muzik dan permainan muzik. Oleh itu, penguasaan
kefahaman di dalam topik ini adalah amat penting kepada mana-mana pelajar
muzik. Kefahaman ini haruslah diperolehi satu persatu dengan kajian dan
pendengaran yang peka. Ini adalah kerana, sesetiap perkara itu memerlukan masa
dan usaha untuk difahami.

You might also like