You are on page 1of 12

Disediakan oleh:

Cheang Jia Yi Low Yin Shih Ng Huah Lin Teo Lei Kun

HARMONI

Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Gabungan not-not ini membentuk kord. Contoh:

Kord yang stabil dan tenang digelar consonance. Ia digunakan untuk menandakan ketibaan, rehat dan resolusi. Kord yang tidak stabil dan tertekan digelar dissonance. Ia merupakan kord yang tegas dan mengekspreskan kesakitan, kesedihan dan konflik.

TRIAD (TRIAD)
Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Untuk membentuk triad, not yang biasa digunakan ialah not asas (not tonik), not ketiga dan not kelima dari satu skel. Contoh:

Skel

Major C : C D E F G A B C

Traid

: C E G

Kord

ini digelar kord tonik

Tonic Supertonic Mediant Subdominant Dominant Submediant Superdominant Leading Note - Subtonic

I II III IV V VI

VII

ARPEGGIO (ARPEGGIO)
Not kord yang dibunyikan secara satu demi satu. Sama ada secara menaik atau menurun.

PERGERAKAN KORD (CHORD PROGRESSION)


Apabila satu kord bergerak kepada kord yang lain, ia disebut pergerakan kord. Antara pergerakan kod selalu digunakan ialah pergerakan kod I-IV-V. Kod ini dinamakan sebagai kord primer.

KADEN (CADENCE)
Kaden merupakan suatu titik rehat, sama ada untuk seketika atau kekal dalam komposisi atau kesimpulan Triad dalam sesuatu kaden mempunyai 2 not asas, 1 not ketiga, 1 not kelima dan 1 not yang lain

Kaden

autentik Kaden plagal Kaden setengah

KADEN AUTENTIK (AUTHENTIC CADENCE)


Pergerakan kord VI (Skel Major) atau VI (Skel Minor) Ia merupakan kaden yang paling kuat Ia memberikan tekanan bahawa lagu itu telah tamat

KADEN PLAGAL (PLAGAL CADENCE)


Pergerakan kord IVI (skel major) atau ivi (skel minor) Ia mempunyai sifat sendu seperti kalau kita mengucap "Amen" dalam solat Kaden ini berupaya untuk memberikan tekanan bahawa lagu itu telah tamat, tetapi ia tidak sekuat kaden autentik, jadi ia kurang digunakan

KADEN SETENGAH (HALF CADENCE / SEMI-CADENCE)


Pergerakan kord dari mana-mana kord ke kord V Kaden ini memberikan suatu perasaan hentian sementara. Kaden ini tidak boleh berfungsi untuk mengakhiri sesuatu bahagian atau seluruh lagu kerana ia berakhir dengan kord V Kord V berbunyi tidak lengkap atau tergantung

You might also like