You are on page 1of 5

ISTILAH-ISTILAH DALAM TARANNUM

Pada kali ini, saya ingin berkongsi maklumat mengenai istilah-istilah yang terdapat semasa
mempelajari ilmu tarannum al-Quran.

1) HARAKAT

Harakat adalah gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit'ah dengan mahatah
yang tertentu.

HARAKAT PERANAN

Harakat pertama Mesti disesuaikan dengan harakat terakhir


pada lagu sebelumnya.

Harakat kedua Member semangat dan galakan kepada


harakat-harakat yang brikutnya.

Harakat ketiga Harakat jawab(harakat tinggi)

Harakat keempat Harakat jawabul jawab(harakat paling


tinggi)

Harakat kelima Harakat menurun(persediaan)

Harakat keenam Harakat penutup

2) QIT'AH

Qit'ah adalah suatu rentak lagu yang paling pendek tanpa mahatah yang tertentu.

Terdapat dua jenis qit'ah iaitu qit'ah diwakafkan dan diwasalkan. Qit'ah diwakafkan ialah
mengikut kehendak kalimah ayat.Manakala qit'ah diwasalkan adalah sambungan kepada
beberapa ayat sehingga kepada mahatah yang sempurna.

Terdapat beberapa peranan qit'ah iaitu daya penggerak, daya penghidup, membawa kepada
pnekanan jiwa bagi yang menyampaikan dan dapat memberi penyesuaian kepada ayat2
tertentu.
3) TABAQAT

Tabaqat adalah tingkatan suara yang dibawa oleh lagu2 yang tertentu.

Terdapat beberapa tabaqat suara iaitu suara rendahatau QARAR. Suara ini dari suara
dada. Selain itu terdapat tabaqat yang lain iaitu tingkatan suara
sederhana atau NAWA. Sumber suara ini dar suara tekak. Seterusnya ialah suara
tinggi atau JAWAB. Sumber suara ini dari suara hidung.
Tabaqah yang seterusnya ialah tingkatan suara yang tertinggi atau JAWABUL JAWAB.
sumber suara ini ialah suara otak.

Peranan tabaqat ialah memberi tenaga dan peningkatan kepada sesuatu bacaan. Selain itu,
tabaqat juga berperanan sebagai penggunann suara dan harakat yang berbeza dan mencapai
tahap keahlian dalam sesuatu bacaan.

4) MAHATTAH

Mahattah ialah tempat berhenti iaitu berhenti pada setiap hujung lagu.

Peranan mahattah ialah dapat memvariasikan harakat yang berbeza. Selain itu, ini juga
dapat membezakan bacaan di antara qari-qari yang lain. Kemudian dapat menyesuaikan
dengan gaya dan tabaqat yang tertentu.

5) BURDAH

Burdah ialah bunga2 lagu atau getaran suara.

Terdapat 2 jenis burda iaitu:-

 Burdah Asli iaitu getaran suara semula jadi.

 Burdah Syina'i iaitu bunga2 lagu yang disusun dan digubah mengikut kehendak
sesuatu lagu.

Sifat2 burdah ialah:-

 kasar atau halus.


 kasar atau lembut.

 banyak atau sedikit.

Peranan burda ialah:-

 daya penarik.

 daya penggerak.

 daya penghias.

 daya rangsangan yang bersemangat.

6) WUSLAH AL-MUMATHALAH

Maksudnya ialah campuran lagu secara sentuhan/salingan ketika mengalunkan sesuatu lagu
yang tertentu.

Terdapat 2 bentuk iaitu:-

 gaya harakat yang dicampurkan di antara dua irama lagu yang berbeza.

 suatu oendekatan harakat algu kepada harakat lagu yang berlainan untuk dipindahkan
kepadanya.

Peranannya ialah:-

 menambah kecantikan dalam sesuatu lagu.

 menghidupkan semula harakat2 yang telah kaku.

7) AT-TADARRUJ

tadarruj ialah peningkatan pada tabaqah dan harakat dari bawah ke atas.

8) TAQLIL

Taqlil ialah meniru jalan lagu seseorang qari secara keseluruhan dalam surah2 tertentu.

9) KHITAM
Khitam ialah penutup sesuatu bacaan dan mesti ada persamaan dengan permulaan lagu
pertama sesuatu bacaan.

10) QARAR

Qarar ialah suara rendah atau dada.

11) NAWA

Nawa ialah suara sederhana atau suara tekak.

12) JAWAB

Jawab ialah harakt ketiga dalam lagu bayati selepas bayati husaini.

13) JAWABUL JAWAB

Jawabul jawab ialah harakat yang tinggi selepas jawab. Sebagai peringatan harakat jawabul
jawab bukan harakat penutup.

14) SALALIM TULU'/SU'UD

Maksudnya ialah tangga naik sesuatu lagu.

15) SALALIM NUZUL/HUBUT

Masudnya ialah tangga turun sesuatu lagu.

16) IKHTILAL AL LAHNI

Maksudnya ialah nada suara yang sumbang berlaku akibat disengajakan mengikut irama dan
tabaqat sesuatu lagu.

You might also like