You are on page 1of 33

KONSTRUK DALAM

PEMBINAAN ITEM

Unit Kejuruteraan dan Teknologi Asas, SPUTV, LEMBAGA PEPERIKSAAN

KANDUNGAN
1

Objektif

Konstruk

Bidang konstruk

Ciri-ciri konstruk

Domain kognitif

OBJEKTIF
Mengetahui dan memahami konsep konstruk dalam
pentaksiran.
Mengetahui bidang dan contoh konstruk
Memahami makna konstruk tertentu dalam konteks
spesifik mata pelajaran
Memahami kepentingan konstruk dalam penulisan
item.

www.moe.gov.my/lp

KONSTRUK
Perkara yang ditaksir atau diukur. Konstruk juga merupakan
dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak.
Konstruk yang hendak dibangunkan atau dikembangkan
melalui hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan Sukatan Pelajaran (SP).

www.moe.gov.my/lp

BIDANG KONSTRUK
PENGETAHUAN
Konstruk ini mengukur sejauh mana murid faham
akan sesuatu perkara selepas melalui proses
pembelajaran.
Contoh: Pengetahuan tentang terminologi

KEMAHIRAN
Konstruk ini mengukur sejauh mana murid
berupaya melakukan sesuatu selepas melalui
proses pembelajaran
Contoh: Kemahiran mengaplikasi

Nilai dan sikap

K
O
N
ST
R
U
K

Konstruk ini mengukur sejauh mana murid boleh


mempamerkan dan mengamalkan sikap yang
positif selepas melalui proses pembelajaran.
Contoh: Penghayatan dan amalan nilai murni
www.moe.gov.my/lp

CIRI-CIRI KONSTRUK
BOLEH DIPERHATIKAN
Boleh diperhatikan secara
langsung atau tidak langsung.

RELEVAN
Berkaitan dengan
perkara-perkara yang
dipelajari oleh murid
sahaja

MENCAKUPI
Mencakupi sebahagian besar
daripada konstruk yang
diberikan penekanan dalam
pembelajaran

BOLEH DIUKUR
Tahap sesuatu konstruk dalam
diri muri dapat ditentukan

CIRI
KONSTRUK

BOLEH DIURUS
Mudah ditadbir dan tidak
mempunyai halangan
atau kekangan

SEIMBANG
Konstruk yang diberikan
keutamaan dalam kurikulum
perlulah sama dalam
pentaksiran
www.moe.gov.my/lp

DOMAIN KOGNITIF

ANALISIS

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI

TAKSONOMI
KOGNITIF
BLOOM

SINTESIS

PENILAIAN

Taksonomi Bloom mengujudkan satu kemudahan untuk


mengorganisasikan tingkahlaku kognitif kepada enam kategori
www.moe.gov.my/lp

Pengetahuan
Kebolehan kognitif untuk mengingat semula atau mengenal
pasti perkara spesifik yang terdapat dalam suatu kandungan
mata pelajaran.
Pengetahuan boleh
komponen kecil iaitu:
P01
P02
P03
P04
P05
P06
P07
P08
P09

dibahagikan

kepada

beberapa

Pengetahuan tentang terminologi


Pengetahuan tentang fakta
Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
Pengetahuan tentang urutan
Pengetahuan tentang pengkelasan
Pengetahuan tentang kriteria
Pengetahuan tentang metodologi / kaedah
Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
Pengetahuan tentang teori dan struktur
www.moe.gov.my/lp

Pengetahuan
Penerangan ringkas bagaimana sesuatu item itu dibina dan
dilabelkan mengikut konstruk:
P01 Pengetahuan tentang TERMINOLOGI
Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara.

P02 Pengetahuan tentang FAKTA


Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti
fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen.

P03 Pengetahuan tentang KONVENSYEN


Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu
kelaziman seperti simbol atau tanda lazim.

www.moe.gov.my/lp

Pengetahuan
P04 Pengetahuan tentang URUTAN
Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara
tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti.

P05 Pengetahuan tentang PENGELASAN


Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan
sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan.

P06 Pengetahuan tentang KRITERIA


Pengetahuan tentang sesuatu perkara yagn berkaitan dengan ciri-ciri, sifat
atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara.

P07 Pengetahuan tentang METODOLOGI


Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja.
www.moe.gov.my/lp

Pengetahuan
P08 Pengetahuan tentang PRINSIP ATAU GENERALISASI
Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan
pemerhatian terhadap sesuatu kajian, arahan atau kerja.

P09 Pengetahuan tentang TEORI DAN STRUKTUR


Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukan sesuatu
fenomena yang dapat dibuktikan dengan kukuh hasil daripada kajian,
penyelidikan atau pemerhatian.

www.moe.gov.my/lp

Kefahaman
Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan
penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu dan tidak
memerlukan
atau
memerihalkan
implikasi
terhadap
pengetahuan tersebut.
Kefahaman dapat dibahagian kepada tiga kemahiran kognitif
iaitu penterjemahan, interpretasi dan ektrapolasi.

www.moe.gov.my/lp

Kefahaman
PENTERJEMAHAN
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan sesuatu konsep
yang diketahui dengan perkataan atau simbol yang lain.
Contohnya:
Menterjemah secara literal daripada satu bahasa kepada bahasa lain
Menukar daripada bentuk simbol kepada bentuk verbal atau sebaliknya
Membaca al-Quran
Membaca skor muzik

www.moe.gov.my/lp

Kefahaman
INTERPRETASI
Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagianbahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam
bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna
set komunikasi itu.
Contohnya:
Menyatakan pernyataan, peristiwa atau konsep dengan menggunakan
olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya
atau meringkaskannya tanpa mengubah makna dan tujuan asal.
Menginterpretasikan bahan grafik seperti graf, carta, peta, jadual,
kartun kepada bentuk verbal atau sebaliknya.
Memperjelas maksud kata atau rangkai kata berdasarkan konteks.

www.moe.gov.my/lp

Kefahaman
EKSTRAPOLASI
Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi
tetapi melampaui maklumat yang terdapat dalam set
komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan,
inferens
atau
anggaran
berdasarkan
pemerhatian,
pengalaman, corak, trend atau sesuatu urutan berkala.
Contohnya:
Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan
pengalaman.
Membuat ramalan berdasarkan set, data atau graf.
Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam sesuatu
situasi.
www.moe.gov.my/lp

Aplikasi
APLIKASI ialah kebolehan kognitif dalam menggunakan prinsip
dan generalisasi tentang sesuatu masalah dalam situasi baru.
Contoh penggunaan aplikasi;

Kebolehan mengenal pasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan


untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Menentukan had lingkungan prinsip atau generalisasi itu sesuai untuk
digunakan.
Mengenal
pasti
pengecualian
tentang
generalisasi
untuk
menyelesaikan masalah.
Menerangkan fenomena yang baharu dengan menggunakan prinsip
atau generalisasi.
Meramalkan perkara yang akan berlaku dengan menggunakan prinsip
atau generalisasi.
Memberikan justifikasi terhadap sesuatu tindakan atau keputusan
dalam masalah baharu dengan menggunakan prinsip atau generalisasi.
www.moe.gov.my/lp

Aplikasi
CONTOH
Pindahkan sebatang sahaja kayu mancis dalam susunan
di bawah ke tempat yang sesuai agar membina satu ayat
matematik yang benar. Anda hanya dibenarkan untuk
memindahkan tanda +, - atau nombor sebelah kiri tanda =
sahaja.

www.moe.gov.my/lp

Analisis
ANALISIS ialah kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu
set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya
sehingga satu bentuk pertalian antara elemen atau bahagian
yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas.
Analisis dibahagikan kepada tiga iaitu;
1. Analisis elemen
2. Analisis perkaitan
3. Analisis organisasi

www.moe.gov.my/lp

Analisis
Analisis Elemen ialah kemahiran mengenal pasti perkara pokok
yang terdapat dalam satu set komunikasi seperti anggapan,
pandangan, sifat, fungsi, nilai dan sebagainya.
Antara aktivitinya ialah;
Mengecam dan mengenal pasti fakta daripada pernyataan
set komunikasi.
Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang
menyokongnya.
Mengenal pasti anggapan yang tidak dinyatakan secara
eksplisit dalam set komunikasi.
Mengenal pasti motif dalam lukisan.
www.moe.gov.my/lp

Analisis
Analisis Perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling
kaitan antara elemen atau bahagian dalam satu set komunikasi
seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan
dengan hujah, sebab dan akibat dan sebagainya.
Antara aktivitinya ialah;
Mengenal pasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberikan dan
anggapan yang dibuat.
Mengenal pasti sesuatu perkara yang relevan dengan penilaian.
Mengenal pasti perkaitan sebab dan akibat dalam satu peristiwa
sejarah.
Mengenal pasti perkaitan sebab dan kesan dalam fenomena ekonomi.

www.moe.gov.my/lp

Analisis
Analisis Organisasi ialah kemahiran mengenal pasti susunan
yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan
sebagainya yang mengorganisasikan suatu set komunikasi.
Antara aktivitinya ialah;
Mengenal pasti tujuan, pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya
dalam suatu set komunikasi.
Mengenal pasti laras warna (tone), mood atau motif dalam lukisan.
Mengenal pasti bentuk dan corak.
Mengenal pasti sikap bias dalam penulisan dan pertimbangan.
Mengenal pasti pendekatan yang dilakukan dalam penyelidikan sains.

www.moe.gov.my/lp

www.moe.gov.my/lp

www.moe.gov.my/lp

Sintesis
SISTESIS ialah kemahiran kognitif yang menggabungkan
elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk
suatu set komunikasi. Peingkat ini melibatkan proses
menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk
struktur, persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya.
Bersifat pemikiran bercapah dan kreatif, iaitu jawapan atau
persembahan murid agak bebas dan unik.
Sintesis dibahagikan kepada tiga iaitu;
1. Penghasilan set komunikasi yang unik
2. Penghasilan cadangan satu set operasi
3. Penghasilan satu set pertalian perkara-perkara abstrak

www.moe.gov.my/lp

Sistesis
Penghasilan set komunikasi yang unik di mana peringkat ini
berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan produk
bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau
sebagainya.
Antara aktivitinya ialah;
Mengemukakan idea penulisan atau ucapan dengan organisasi yang
baik.
Menulis cerpen, cerita, karangan atau puisi.
Mencipta lagu.

www.moe.gov.my/lp

Sistesis
Penghasilan cadangan satu set operasi di mana peringkat ini
berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan
pelan kerja atau cadangan untuk melakukan sesuatu aktiviti
terancang.
Antara aktivitinya ialah;
Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
Mereka bentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.

www.moe.gov.my/lp

Sistesis
Penghasilan satu set pertalian perkara-perkara abstrak di
mana peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang
melibatkan pembinaan rumusan bagi satu set perkara yang
abstrak untuk menerangkan satu set data atau fenomena.
Antara aktivitinya ialah;
Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan
perumusan maklumat matematik.
Membina kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan
pengalaman.

www.moe.gov.my/lp

Sistesis

www.moe.gov.my/lp

Sistesis

www.moe.gov.my/lp

Penilaian
PENILAIAN ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan
menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai untuk
menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan
tentang nilai, makna, pendapat, penyelesaian prosedur, produk
dan sebagainya.
Penilaian dapat dibahagi kepada dua iaitu;
1. Penilaian berdasarkan evidens dalaman
2. Penilaian berdasarkan evidens luaran

www.moe.gov.my/lp

Penilaian
Penilaian berdasarkan evidens dalaman ialah kemahiran
membuat pertimbangan menggunakan maklumat dalam satu
set komunikasi.
Antara aktivitinya ialah;
Mengenal pasti ketepatan, kecukupcakupan dan
kerelevanan data.
Mengenal pasti sama ada data, metodologi dan
perbincangan menyokong sesuatu dapatan atau
kesimpulan yang dibuat.
Mengenal pasti sifat bias dan beremosi dalam
persembahan.
Mengenal pasti ketepatan dan kebolehpercayaan pelaporan
sesuatu pemerhatian tentang fenomena alam. www.moe.gov.my/lp

Penilaian
Penilaian berdasarkan evidens luaran ialah kemahiran
membuat pertimbangan terhadap sesuatu hasil kerja
berdasarkan kriteria dan piawaian yang dirumus oleh individu
yang mahir dalam bidang berkenaan.
Antara aktivitinya ialah;
Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan kriteria

www.moe.gov.my/lp

Terima Kasih.

www.moe.gov.my/lp

You might also like