You are on page 1of 1

Rumusan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia

Pendidikan di tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah adalah tidak


formal dan tidak mementingkan perkembangan kongnitif pelajar. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kewujudan sistem pendidikan agama yang dikenali sebaga
sekolah pondok. Sekolah ini didirikan di madrasah dan dikendalikan oleh para
ulama islam terkenal. Memberi pengajaran al Quran, tingkah laku, akhlak yang
baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.
Selain itu turut wujud sistem pendidikan yang membahagikan sekolah
mengikut kaum. Sistem ini dikenali sebagai sistem pendidikan vernakular.
Dibahagikan kepada tiga jenis sekolah iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan
sekolah India. Sekolah melayu ditubuhkan bagi mempertahankan dan
memelihara cara hidup tradisonal Melayu. Manakala sistem pendidikan lebih
efektif kerana guru-guru dan buku teks diimport dari Negara China dan
menyediakan pelajar-pelajarnya ke universiti luar negara. Berbeza dengan
sistem sekolah Tamil pula, mutu pendidikanTamil adalah rendah kerana Gurunya
terdiri daripada Kangani(mandur), kerani @ pekerja yg boleh membaca & menulis
Tamil.
Disamping itu, sistem sekolah Inggeris juga wujud di tanah melayu.
Pendidikan sekolah inggeris Mewajibkan murid-murid bukan bragama Islam unutk
mengikuti pelajaran agama Kristian. Selain itu, sekolah inggeris juga
memperluaskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan
mendapat bantuan kewangan dan sokongan daripada kerajaan British.

You might also like