You are on page 1of 9

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Tarikh

: 27 April 2012 (Jumaat)

Tempat

: Pusat Kokurikulum Sabah, Malanggang Kiulu

En. Anuar Bin Ibrahim merupakan pegawai yang telah memberi taklimat
berkaitan dengan cara mendirikan khemah kepada para peserta kem Bina Insan
Guru. AJK perkhemahan juga telah membahagikan tempat-tempat untuk
mendirikan khemah mengikut nombor yang telah ditetapkan dan mengagihkan
khemah mengikut senarai nama yang telah ditetapkan,setiap guru-guru pelatih
telah dibahagikan kepada 4 orang ahli dalam kumpulan untuk mendirikan
khemah masing-masing. Berdasarkan pengalaman menyertai kem semenjak di
bangku sekolah lagi saya tidak mempunyai kekangan untuk mendirikan khemah
dan berjaya mendirikan khemah berdasarkan arahan yang telah diberikan oleh
pegawai yang bertugas.
Hasil daripada aktiviti ini : Guru-guru pelatih dapat mempelajari caracara mendirikan khemah dengan betul. Semangat kerjasama kumpulan dan
saling Bantu membantu dikalangan ahli kumpulan dapat dibentuk melalui aktiviti
ini dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame para peserta.
Briefing oleh Cik Diah
Selepas makan tengahari, kami meneruskan program Bina Insan Guru
bermula dengan sesi ice breaking. Briefing pada hari pertama diberikan oleh Cik
Diah.Cik Diah merupakan seorang daripada pegawai atau juralitih yang
berkhidmat di kem Melanggang.Beliau menyampaikan peraturan dan tatasusila
yang perlu dipatuhi oleh para peserta kem bina insane guru. Setiap peraturan
yang di sampaikan mudah di fahami dan dipatuhi oleh saya dan beliau juga
merupakan seorang yang amt dedikasi dan meninitikberatkan aspek disiplin
guru. Setiap permainan dan aktiviti kumpulan yang diberikan oleh beliau juga
amat menghiburkan dan bermanfaat untuk para guru.Sebagai peserta Bina Insan
Guru saya tidak mempunyai sebarang masalah dan kekangan untuk mematuhi
peraturan yang diberikan.
Sesi LDK 1 dengan Dr. Khairuddin Melukis / mencipta Logo
Sesi seterusnya adalah sesi LDK 1

bersama Dr.Khairuddin dan aktiviti

yang dijalankan adalah mencipta logo kumpulan masing-masing.Melalui aktiviti


1

ini

saya

para

peserta

mencipta

logo

dan

tema

kumpulan

untuk

dibentangkan.kebaikan aktiviti ini ialah memupuk kerjasama dan mengabungkan


kreativiti kumpulan untuk mencipta logo yang baik.Saya merupakan ahli
kumpulan Champion.

Sesi ceramah 1 dengan Prof. Hamzah Mengurus waktu (waktu


malam)

Sesi seterusnya ialah sesi ceramah.Sesi ceramah ini ialah bersama Prof.
Hamzah iaitu berkaitan dengan mengurus waktu.pada sesi ceramah ini para
peserta

diberi

tips-tips

untuk

menguruskan

masa

dengan

baik

dan

membahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin semasa menjadi seorang
guru dan sebagai seorang penuntut.Kabaikan ceramah ini ialah para peserta
dapat belajar cara menguruskan masa dengan baik dan tidak

mensia-siakan

masa yang ada dengan perkara yang baik.

Tarikh

:28/04/ 2012 (Sabtu)

Tempat

: Pusat Kokurikulum Sabah, Malanggang

Kawad kaki
Pada hari kedua aktiviti pertama yang dijalankan pada waktu pagi ialah
kawad kaki dan kami dibahgikan mengikut kumpulan masing-masing serta
melantik sendiri seorang ketua untuk memberi komand kawad.Para peserta
diwajibkan berkawad pada waktu pagi bagi memupuk disiplin dalam diri seorang
guru dan mendedahkan para guru dengan aktiviti kawad.Aktiviti kawad
merupakan aktiviti yang sangat baik dari aspek memupuk disiplin kendiri
seorang guru, disamping menguatkan lagi mental seorang guru.Saya tidak
mempunyai sebarang bentuk kekangan untuk menyertai aktiviti ini.Ini kerana
pengalaman sebelum ini saya pernah menyertai kem-kem bina insan dan saya
tidak mempunyai kekangan atau masalah dalam mendengar arahan yang
diberikan oleh ketua koman kawad kaki paltun atau kumpulan kami.

Sesi Ceramah 2 bersama dengan Dr. Suhaimi Pembentukan


Sahsiah Guru

Aktiviti Bina Insan Guru seterusnya ialah kami mengikuti sesi ceramah 2
yang bertajuk Pembentukan Sahsiah Guru bersama dengan Dr. Suhaimi Bin Taat
selama 2 jam bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.Cermah ini amat baik
sekali untuk membentuk sasiah dan peribadi seorang guru yang sebenarnya.
Sebagai seorang peserta kem ini saya tidak mempunyai sebarang bentuk
kekangan dan pada pendapat saya ceramah ini adalah bertujuan membentuk
sasiah dan disiplin seorang guru dialam perkerjaan suatu hari kelak.

Sesi LDK 2 dengan Dr. Rosli Pembangunan Profesionalisme Guru

Tayangan video

Sesi LDK2 seterusnya ialah bersama Dr.Rosli dan beliau menyampaikan


ceramah

berkaitan

dengan

profesionalisme

guru.Saya

tidak

mempunyai

sebarang bentuk kekangan untuk menyertai sesi ceramah ini.Kami diberi


penerangan ringkas berkenaan dengan Pembangunan Profesionalisme Guru dan
diteruskan dengan tayangan video yang memaparkan tentang kesusahan dan
kesukaran seorang guru perempuan yang baru ditempatkan ke sekolah di Pulau
Bangi, Sabah dan seorang guru lelaki yang ditempatkan di sebuah sekolah
pedalaman di Daro, Sarawak. Memandangkan pernah mendidik anak bangsa di
sekolah pedalaman Sarawak,saya pernah mengalaminya sebagai seorang guru
dan saya tidak begitu

dengan keadaan dalam tayangan tersebut, serta tidak

mempunyai kekangan jika di hantar mengajar di pedalaman.Hasil daripada


aktiviti ini: semua guru pelatih harus mengambil iktibar daripada tayangan
tersebut dan mengetahui bahawa tanggungjawab seorang guru sangat besar
dalam mendidik anak bangsa bukan hanya di bandar sahaja sebaliknya guru
mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar di pedalaman.

Sesi soal selidik dengan Cik Dayang Keberkesanan Hidup


Semasa sesi sola selidik bersama Cik Dayang saya terpaksa dikecualikan
dan berehat di bilik rawatan kerana mengalami sakit kepala dan demam.Saya
terpaksa berehat dan berusaha untuk pulih.Dalam kotak fikiran saya ketika itu
begitu teruja menyertai rafting keesokan harinya dan saya menanam semangat
untuk cepat sembuh dan mngambil rehat yang secukupnya agar demam yang
saya alami tidak menjadi.

Sesi LDK 3 bersama dengan Dr. Khairuddin Membina Menara


dengan
menggunakan bahan buangan
Pada Sesi LDK 3 kami sekali lagi bersama dengan Dr. Khairuddin Abdullah.
Semasa LDK 3 ini semua pasukan diminta untuk membina menara kumpulan
masing-masing daripada bahan buangan. Dalam masa yang sama, semua guru
pelatih melakarkan satu gambaran tentang aktiviti yang akan dilakukan oleh
kami pada hari-hari seterusnya semasa Kem Bina Insan Guru ini.Saya turut
mengagahkan diri walaupun tidak berapa sihat, Namun demam yang saya alami
agak baik berbanding sebelum dengan berbekal ubat yang ada.
Hasil daripada aktiviti ini: Guru pelatih bekerjasama dan bertungkus
lumus menyiapkan semua aktiviti yang dijalankan tepat pada masa yang
ditetapkan.

Sesi ceramah 3 dengan Dr. Khairuddin Mengingati peristiwa


suka duka
sepanjang hidup (Malam)
Sesi Bina Insan Guru seterusnya diteruskan dengan aktiviti

3 bersama

dengan DR. Khairuddin. Dalam ceramah ini kami diingatkan supaya mengingat
kembali pengalaman suka duka dari umur 1 tahun hingga ke peringkat universiti
dan seterusnya sehingga kami mendapat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(DPLI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semasa sesi ini berlangsung, dua
orang rakan guru pelatih berani tampil ke depan untuk berkongsi pengalaman
suka duka mereka.
Hasil daripada aktiviti ini: saya dapat mempelajari sesuatu yang
sangat bernilai dalam hidup dan bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga
yang bahagia dan akan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku
dalam kehidupan kawan itu sebagai panduan hidup pada masa akan datang.
Tarikh

: 29 April 2012 ( Ahad)

Aktiviti

: White Water Rafting

Tempat

: Kiulu White Water Rafting

Bina Insan Guru yang pertama saya buat pada kali ini turut meninggalkan
memori yang tetap akan terpahat dalam ingatan saya sampai bila-bila. Ini dapat
saya nyatakan melalui aktiviti White Water Rafting yang telah saya alami. Dalam
aktiviti ini saya bersama dengan tujuh orang rakan berkongsi satu bot yang di
ketuai oleh seorang jurupandu rafting yang bernama Azrin.
Hasil daripada aktiviti ini: Saya merasa sangat teruja dan seronok
memandangkan ini adalah pengalaman pertama yang kami lalui. Jarak yang
agak jauh dan mencabar kekuatan fizikal serta mental kami tidak sedikit pun
melunturkan semangat kami dalam aktiviti ini sehingga sampai di tempat
perkhemahan

kami

di

Pusat

Kokurikulum

Sabah.

Aktiviti

rafting

ketika

menjalankan aktiviti air berjaya meningkatkan keyakinan dalam diri saya.


kembara malam

Aktiviti kembara malam turut memberikan pengalaman baru kepada saya


walaupun saya pernah menyertai aktiviti kembara malam sebelum ini. Dalam
5

aktiviti ini kumpulan kami seramai 27 orang guru pelatih telah diarahkan untuk
memulakan kembara malam dengan menggunakan hanya tiga biji lampu suluh
sahaja. Penggunaan lampu yang terhad iaitu sebanyak 3 lampu suluh sahaja, ini
agak menyukarkan kami untuk bergerak. Aktiviti kembara ini agak mencabar di
mana

kami

dikehendaki

mencari

checkpoint

yang

ditetapkan

dengan

berpandukan kepada warning tape diikat pada kayu. Sememangnya kesabaran


yang tinggi perlu ditanam dalam diri masing-masing. Kerjasama yang diberikan
oleh kumpulan saya memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar. Sepanjang
perjalanan, banyak halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi
bersama sebagai satu kumpulan. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya
kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya. Hasil
kerjasama dan interaksi baik yang telah diberikan oleh semua peserta, akhirnya
kami telah berjaya menamatkan night trekking kami dan sampai semula ke
pusat perkhemahan pada jam 2.30 pagi.

Tarikh
Aktiviti

: 30 Mei 2012 (Isnin)


: Flying Fox / Obstacle / Mendaki Tembok

Flying Fox
Satu lagi aktiviti yang turut menarik minat saya semasa mengikuti Bina
Insan Guru tersebut berlangsung adalah aktiviti Flying Fox yang sangat popular
dalam kalangan kami. Aktiviti tersebut juga merupakan aktiviti yang baru kepada
saya dan saya sangat bersyukur kerana program Bina Insan Guru ini memberi
peluang kepada saya untuk melakukan aktiviti tersebut. Pada mulanya saya
memang mengakui bahawa saya takut akan ketinggian dan sebelum melakukan
aktiviti ini saya khuatir saya tidak mampu untuk melakukan aktiviti yang
mencabar itu. Namun pada akhirnya saya sangat gembira apabila berjaya
melakukan aktiviti tersebut. Selain itu, aktiviti seterusnya yang agak mencabar
bagi saya ialah aktiviti obstacle. Saya berpuas hati kerana dapat melakukan
hampir semua aktiviti obstacle kecuali Monkey Rack yang tidak berjaya saya
lakukan. Walaupun tidak berjaya tetapi untuk sampai ke penghujung saya tetap
berpuas hati. Keyakinan juga merupakan salah satu nilai yang perlu dalam diri

setiap individu. Kita harus percaya terhadap kebolehan diri sendiri dan tidak
mudah mengalah dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.
Orienteering
Dalam aktiviti Orienteering yang dijalankan semasa Program Bina Insan
Guru, kami telah dipecahkan kepada 10 kumpulan. Aktiviti pandu arah ini ini
agak mencabar di mana kami dikehendaki mencari checkpoint yang ditetapkan
dengan

berpandukan

lima

bearing

yang

diberi.

Ketua

kumpulan

telah

diamanahkan untuk memegang kompas dan memandu arah kumpulannya.


Sesungguhnya kerjasama daripada semua ahli sangat penting. Setiap ahli
kumpulan saya menaruh kepercayaan sepenuhnya dalam mencari arah yang
hendak

dituju

kami

sentiasa

berbincang

bagi

mencapai

kata

sepakat.

Sememangnya kesabaran yang tinggi perlu ditanam dalam diri masing-masing.


Kerjasama yang diberikan oleh kumpulan saya memudahkan aktiviti berjalan
dengan lancar. Sepanjang perjalanan, banyak halangan yang kami tempuhi.
Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan. Saya berasa
sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan
perjalanan kami dengan jayanya. Hasil kerjasama dan interaksi baik yang telah
diberikan oleh semua peserta, akhirnya kami telah berjaya menamatkan aktiviti
kami dan sampai semula ke pusat perkhemahan tepat pada masa yang telah
ditetapkan.

Malam kemuncak
Pada malam kemuncak aktiviti Bina Insan Guru kali ini ialah semua
kumpulan wajib membuat persembahan
budaya.

Para

kebudayan

peserta

telah

Malaysia.Pada

masing-masing

mempersembahkan
malam

tersebut

sempena malam

persembahan
kumpulan

berbentuk

saya

telah

mempersembahkan Tarian 1Malaysia. Malam kemuncak ini amat memberi


makna kepada saya betapa pentingnya perpaduan dan semangat kekitaan
walaupun berbeza dari segi agama,bangsa,bahasa dan latar belakang.

You might also like