You are on page 1of 11

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,

KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)


SK TUNKU ABDUL MALIK
09000 KULIM
KEDAH DARULAMAN
04-04907591
_______________________________________________________________________
`KEDAH GEMILANG`
Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (2)
Tarikh:12.7.2012
MINIT MESYUARAT AJK ALUMNI SKTAM KALI PERTAMA
Tarikh : 08 Julai 2012
Hari : Ahad
Masa : 2.45 petang
Tempat: Bilik Diraja SKTAM
Kehadiran:
1. Pn. Yuhanais Bt. Abd. Ghani ( Guru Besar SKTAM)
2. En. Rizalafandi B. Abdul Rahim ( SU PIBG)
3. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )
4. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)
5. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)
6. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni)
7. Pn. Noraida Bt. Shamsudin ( AJK Alumni)
8. En Mazlan B. Osman ( AJK Alumni)
9. En. Thanabal a/l Krishnan ( AJK Alumni)
I. Ucapan Penasihat (Guru Besar)
Guru Besar mengucapkan syukur kepada Allah Taala diberikan kesempatan kepadanya untuk
hadir pada hari ini. Juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Alumni yang dapat hadir
ke mesyuarat AJK Alumni SKTAM kali pertama ini.
2. Guru Besar memaklumkan Hari Anugerah Cemerlang SKTAM (HAC)terpaksa ditunda
tarikhnya dari 11.7.2012 ke 23.9.2012. Ini adalah kerana Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara
Kedah tidak dapat hadir pada tahun ini disebabkan kesibukan tugas dan tanggungjawab Yang
Teramat Mulia Tunku sebagai pengerusi jemaah pemangku raja
3. PIBG dan pihak sekolah telah memutuskan untuk menjemput YB Dr. Mohd Puad B. Zarkashi
iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia menyempurnakan HAC pada
23.9.2012 ini.
4. Bersempena sambutan ke 50 tahun SKTAM pada tahun ini, Guru Besar juga mengharapkan
dapat diadakan sambutan JUBLI EMAS SKTAM dan seterusnya dilancarkan Persatuan Alumni
SKTAM (SAHABAT SKTAM) pada 23.9.2012.

5. Guru Besar juga memaklumkan PIBG SKTAM telah dianugerahkan johan PIBG cemerlang
daerah Kulim Bandar Baharu dan tempat ke - 4 peringkat negeri Kedah.
Tindakan: Makluman semua AJK
II. Ucapan Aluan YDP Alumni SKTAM
6. YDP Alumni iaitu En. Abdul Khalid b. Embi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua yang hadir. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar dan cikgu Rizalafandi
S/U PIBG yang banyak memainkan peranan dalam merealisasikan penubuhan Alumni SKTAM.
7. YDP memaklumkan kepada semua AJK iaitu sumber kewangan dari PIBG digunakan untuk
menggerakkan Persatuan Alumni SKTAM atau juga dikenali sebagai SAHABAT SKTAM pada
peringkat permulaan ini. Pinjaman ini perlulah dibayar balik selepas ini.
Tindakan: Makluman semua AJK
III. Kelulusan Pendaftaran Alumni SKTAM
8. Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik,Kulim, Kedah (SAHABAT
SKTAM) telah mendapat kelulusan pada 30.Mei.2012 dan didaftarkan sebagai satu pertubuhan
di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 1078-12-KDH .
9. Untuk itu SAHABAT SKTAM perlu membuka satu akaun bank. Bank Islam dicadangkan oleh
En. Mohd Rozi dan disokong oleh En. Rosidi sebagai bank simpanannya. Syarat untuk
mengeluarkan wang memerlukan dua tandatangan sama ada YDP, S/U dan Bendahari.
Tindakan: YDP. S/U dan Bendahari.
IV. Keahlian Alumni SKTAM
10.Keahlian adalah berdasarkan perlembagaan persatuan (SAHABAT SKTAM) iaitu ahli biasa,
ahli bersekutu, ahli kehormat dan ahli seumur hidup. Borang keahlian boleh didapati di sekolah
SKTAM
11.Pihak sekolah akan cuba mengedarkan borang keahlian kepada semua pelajar untuk
disampaikan kepada waris yang mungkin ibubapa mereka adalah bekas pelajar SKTAM
12. Hebahan untuk menjadi ahli SAHABAT SKTAM juga akan cuba dimasukkan ke facebook,
radio, RTM, website/bog SKTAM
Tindakan : Semua AJK
13. Logo SAHABAT SKTAM. YDP mencadangkan diadakan pertandingan mencipta logo
tetapi penasihat (Guru Besar) menarik perhatian ahli mesyuarat memandangkan jangka masa
yang agak singkat untuk majlis pelancaran SAHABAT SKTAM, maka perbincangan diadakan

terus. YDP mencadangkan logo yang akan dibuat menggunakan lencana sekolah sebagai
lambang utama dan Guru Besar akan memohon bantuan guru iaitu Pn. Mazliana untuk
memperkemaskinikan draf logo yang dicadangkandan akan dibentangkan kepada J/kuasa utama
secepat mungkin. Ini disebabkan logo tersebut akan digunakan untuk bahan-bahan cenderahati
yang akan dijual pada hari pelancaran nanti.
Tindakan : Guru Besar, SU PIBG dan Pn. Mazliana
V. Pelancaran Alumni SKTAM
14. Pelancaran SAHABAT SKTAM akan diadakan pada 23.9.2012 (Ahad). Akan dirasmikan
oleh tetamu utama Hari Anugerah Cemerlang (HAC).
15. Adakan satu sudut Alumni di hujung garaj kereta yang mengandungi bahan-bahan yang
berkaitan dengan nostalgia SKTAM
Tindakan: Semua AJK dan ahli yang berminat.
VI. Hal-hal lain.
16. YDP berhasrat membawa Guru Besar dan AJK SAHABAT SKTAM menziarahi Tunku Abdul
Malik dan isteri baginda di Alor Setar yang kini agak uzur. Lawatan ini akan diadakan dalam
masa terdekat. Seramai 10 orang akan menyertai kunjungan ini.
Tindakan : YDP
17. Penasihat mencadangkan SAHABAT SKTAM mengambil inisiatif mengadakan sambutan
hari raya pada tahun ini.
18. Mesyuarat jika boleh diadakan selain dari hari Ahad kerana kebanyakan AJK agak sibuk
pada hari tersebut. Ini disarankan oleh YDP dan NYDP sendiri.
19. Sekali lagi Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana hasrat penubuhan alumni ini
tercapai.
Sekian, terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 4.15 petang.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_________________________________

_____________________

(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI)


SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAM
TARIKH:

( ABDUL KHALID B. EMBI)


YDP SAHABAT SKTAM

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,


KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)
SK TUNKU ABDUL MALIK
09000 KULIM
KEDAH DARULAMAN
04-04907591
_______________________________________________________________________
`KEDAH GEMILANG`
Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (3)
Tarikh: 24.9.2012
Kepada,

Tuan / Puan,

MESYUARAT AJK PERSATUAN ALUMNI SKTAM KALI KEDUA


Dengan hormatnya dimaklumkan tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat di atas.
2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 1.10.2012
Masa : 4.00 PETANG
Tempat : Bilik Informasi SKTAM
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:3.1. Perutusan Pengerusi
3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3.3. Perkara Berbangkit
3.4. Pelancaran ALUMNI SKTAM
3.5. Borang keahlian ALUMNI
3.6 Hal hal lain
4. Kehadiran semua AJK yang terlibat adalah amat-amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
SENTIASA CEMERLANG
Saya yang menjalankan tugas,

(PN.HALIMAHTUN SAADIAH)
Setiausaha,
Persatuan Alumni Sek.Keb. Tunku Abdul Malik,

Kulim,Kedah (SAHABAT SKTAM)

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,


KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)
SK TUNKU ABDUL MALIK
09000 KULIM
KEDAH DARULAMAN
04-04907591
_______________________________________________________________________
`KEDAH GEMILANG`
Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (4)
Tarikh: 4.10.2012

MINIT MESYUARAT AJK ALUMNI SKTAM KALI KEDUA


Tarikh : 1 Oktober 2012
Hari : Isnin
Masa : 4.00 petang
Tempat: Bilik Informasi SKTAM
Kehadiran:
1. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )
2. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)
3. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni)
4. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)
5. En. Rizalafandi B. Abdul Rahim ( SU PIBG)
I.
Perutusan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Alumni yang hadir ke
mesyuarat AJK Alumni SKTAM kali kedua ini. Juga berharap semua AJK dapat
membuat persediaan yang sepatutnya untuk pelancaran Alumni (SAHABAT SKTAM)
yang akan diadakan serentak pada Hari Anugerah Cemerlang iaitu 3.10.2012.
II.
Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
En. Rosidi mencadangkan minit mesyuarat kali pertama disahkan dan disokong oleh
En. Rozi.
III.
Perkara berbangkit.
1. Akaun bank untuk Alumni telah selesai dibuka di Bank Islam Kulim.
2. Hari Anugerah Cemerlang ditunda dari 29.3.2012 ke 3.10.2012
3. Logo SAHABAT SKTAM yang disarankan tidak boleh digunakan lagi kerana perlu
mendapatkan kelulusan dari pihak pendaftar pertubuhan (ros). Terlebih dahulu
SAHABAT SKTAM perlu membuat permohonan dari pihak ros selepas mengadakan
mesyuarat agung.

4. Lawatan (ziarah) Tunku Abdul Malik dan isteri- tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan
masa/hari yang hampir dengan bulan puasa.
5. Sambutan Hari Raya tidak diadakan kerana SAHABAT SKTAM masih baru dan dalam
proses mencari keahlian.
IV.
Pelancaran Alumni
6. En. Khalid akan duduk bersama-sama tetamu kehormat yang lainnya di atas pentas.
7. Gong akan diketuk oleh tetamu kehormat sebagai gimik pelancaran Alumni.
8. Cenderahati akan disediakan oleh pihak Alumni. Anggaran harga cederahati dibawah RM
100 sahaja.
Tindakan : En. Rosidi
9. Jualan cenderamata disediakan pada hari tersebut. Barangan yang disediakan ialah tuala
muka, non-woven beg, pen, buku nota dan buku nota poket yang telah ditempah oleh GB
sebanyak 200 unit bagi setiap barangan tersebut.. Setiap barangan mempunyai lencana
sekolah dan tertulis Jubli Emas 1962-2012.
V.
Borang keahlian Alumni
10. Borang telah dicetak. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En. Rizal kerana
membantu menyiapkan borang keahlian. Borang-borang ini bolehlah diedarkan pada Hari
Anugerah Cemerlang yang juga bersempena dengan pelancaran Alumni sekolah.
Tindakan: En. Rozi dan Pn. Halimahtun.
11. Nombor pendaftaran bermula dengan 00001-00007 adalah untuk AJK.
VI.
Hal-hal lain
12. Bendahari dikehendaki membuat 2 buku iaitu: 1- buku tunai dan
2- buku bank
13. Bendahari juga dikehendaki membuat buku resit yang ada cop nama Alumni
Tindakan: En. Rozi
14. Keperluan alat tulis boleh dibeli mengikut keperluan dan buat tuntutan bayaran kepada
bendahari beserta resit pembelian.
15. AJK menyuarakan pandangan jika boleh yuran tahunan keahlian dikurangkan ke RM20.
Pengerusi menjelaskan perubahan ini melibatkan perlembagaan Alumni yang telah
didaftarkan dengan ROS. Oleh itu apa-apa pindaan yang melibatkan perlembagaan yang
hendak dibuat mestilah melalui mesyuarat Agong nanti dan seterusnya mestilah dengan
kebenaran dari pihak ROS.
Sekian, terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.30 petang.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..
(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI)
SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAM

(ABDUL KHALID B.EMBI)


YDP SAHABAT SKTAM

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,


KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)
SK TUNKU ABDUL MALIK
09000 KULIM
KEDAH DARULAMAN
04-04907591
_______________________________________________________________________
`KEDAH GEMILANG`
Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (5)
Tarikh: 19.2. 2013
Kepada,

Tuan / Puan,

MESYUARAT AJK PERSATUAN ALUMNI SKTAM KALI KE-3


Dengan hormatnya dimaklumkan tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat di atas.
2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 24.2.2013
Masa : 4.00 petang
Tempat : Pejabat Penghulu Mukim Keladi
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:3.1. Perutusan Pengerusi
3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3.3. Perkara Berbangkit
3.4. Mensyuarat Agong ALUMNI kali pertama
3.5. Laporan keahlian
3.6 Laporan kewangan
3.7 Hal hal lain
4. Kehadiran semua AJK yang terlibat adalah amat-amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
SENTIASA CEMERLANG
Saya yang menjalankan tugas,

(PN.HALIMAHTUN SAADIAH)
Setiausaha,
Persatuan Alumni Sek.Keb. Tunku Abdul Malik,
Kulim,Kedah (SAHABAT SKTAM)

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,


KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)
SK TUNKU ABDUL MALIK
09000 KULIM
KEDAH DARULAMAN
04-04907591
_______________________________________________________________________
`KEDAH GEMILANG`
Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (6)
Tarikh : 28.2.2013

MINIT MESYUARAT AJK ALUMNI SKTAM KALI KETIGA


Tarikh : 24.2.2013
Masa : 4.00 petang
Tempat: Pejabat penghulu Mukim Keladi
Kehadiran:
1. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )
2. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)
3. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni)
4. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)
5. En. Rizalafandi B. Abdul Rahim ( SU PIBG)
I.
Perutusan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Alumni yang hadir ke mesyuarat
AJK Alumni SKTAM kali ketiga ini. Mesyuarat pada kali tidak dibuat di SKTAM kerana kurang
keselesaan. Berharap perbincangan lebih terbuka tanpa kehadiran Guru Besar SKTAM yang
agak mengongkong perbincangan dalam mensyuarat yang lalu. Pengerusi sendiri terasa seperti
kakitangan atau staf sekolah SKTAM.
II.
Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan En. Rosidi mencadangkan minit
mesyuarat kali kedua disahkan dan disokong oleh En. Rozi.
III.
Perkara berbangkit.
1. Pengerusi melahirkan rasa ketidakpuasan hati tentang pelancaran ALUMNI SAHABAT
SKTAM kerana semuanya diatur oleh Guru Besar. Pengerusi dan AJK tidak dapat
memberi pendapat atau cadangan tentang pelancaran tersebut.

2. Yuran tahunan keahlian tidak dapat dikurangkan ke RM 20 seperti yang diminta kerana
untuk mengurangkan yuran tahunan ini perlu dilakukan semasa mesyuarat agong nanti.
Mesyuarat AJK tidak dibolehkan untuk menurunkannya. Oleh itu masalah ini akan
dikemukakan semasa mesyuarat agong yang pertama nanti. Seterusnya perlu
mendapatkan persetujuan daripada lembaga pendaftaran (ROS).
IV.
Mensyuarat Agong ALUMNI kali pertama
Mesyuarat akan dibuat sebelum berakhirnya bulan Mac ini tetapi pengerusi akan cuba mendapatkan
penangguhan dari pihak ROS kerana bilangan keahlian kita sedikit.
V. Laporan keahlian
Bilangan keahlian setakat ini hanya 14 orang
VI. Laporan kewangan
En. Rozi akan rujuk dengan En. Rosidi untuk membuat laporan kewangan yang lengkap pada
mensyuarat yang akan datang. Duit yang ada ditangan pada ketika ini ialah RM350.80
VII. Hal hal lain
1. Pengerusi akan menelefon pihak ROS untuk ditangguhkan mesyuarat agong ALUMNI.

2. En. Rosidi akan cuba menembahkan bilangan keahlian ALUMNI melalui facebook beliau
sendiri.
Sekian, terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.05 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..
(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI)
SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAM

(ABDUL KHALID B.EMBI)


YDP SAHABAT SKTAM

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,


KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)
SK TUNKU ABDUL MALIK
09000 KULIM
KEDAH DARULAMAN
04-04907591
_______________________________________________________________________
`KEDAH GEMILANG`
Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (3)
Tarikh: 5.4.2013

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN ALUMNI SKTAM KALI - I


Tarikh : 31 Mac 2013
Hari : Ahad
Masa : 4.00 petang
Tempat: Pejabat Penghulu Mukim Keladi
Kehadiran:
1. En. Abdul Khalid B. Embi (YDP Alumni )
2. En. Rosidi B. Wan Basir ( NYDP Alumni)
3. Pn. Halimahtun Saadiah Bt.Mohd Radzi ( SU Alumni)
4. En. Mohd Rozi B. Din (Bendahari Alumni)
Mesyuarat Agung Persatuan Alumni SKTAM kali pertama tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup
korum (kehadiran) keahlian yang membenarkan mesyuarat dijalankan.
Sekian, terima kasih. Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..
(HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI)
SETIAUSAHA MESYUARAT SAHABAT SKTAM

(ABDUL KHALID B.EMBI)


YDP SAHABAT SKTAM

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK,


KULIM,KEDAH (SAHABAT SKTAM)
SK TUNKU ABDUL MALIK
09000 KULIM

KEDAH DARULAMAN
04-04907591
_______________________________________________________________________
`KEDAH GEMILANG`
Ruj Kami:SKTAM/60/022/39-A (3)
Tarikh: 20.1.2014
Kepada,

Tuan / Puan,
PEMBUBARAN PERSATUAN ALUMNI SKTAM
Berhubung dengan perkara diatas Persatuan Alumni SKTAM telah dibubarkan . Ini adalah kerana tiada
sambutan serta kerjasama dari pihak ahli persatuan dan juga AJK yang telah dilantik.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni SKTAM telah pun dibatalkan keahliannnya oleh
pihak ROS(Kedah) pada bulan Disember 2013.
Sekian, terima kasih.

SENTIASA CEMERLANG
Saya yang menjalankan tugas,

(PN.HALIMAHTUN SAADIAH)
Setiausaha,
Persatuan Alumni Sek.Keb. Tunku Abdul Malik,
Kulim,Kedah (SAHABAT SKTAM)

You might also like