You are on page 1of 4

Nota Pembelajaran

Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sukatan Pelajaran Matematik 4,sila layari

http://www.scribd.com/doc/493811/Matematik-Tahun-4

Sejarah Matematik

Perkataan pecahan(fractiondalam bahasa Inggeris)berasal daripada perkataan


Latin,frangere,yang bermaksud pecah.Brahmagupta,ahli matematik
India,telah mengikuti cara menulis pecahan,iatiu pengangka ditulis dibahagian
atas dan penyebut ditulis dibahagian bawah,pada kurun ke-7.Kemudian ,orang
Arab menyempurnakan tulisan ini dengan meletakkan satu garisan(-)di antara
dua angka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah pecahan ,layari laman sesawang
http://nrich.maths.org/2515

Istilah pecahan

Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau beberapa bahagian daripada
satu keseluruhan yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama
besar.

Menyebut suatu pecahan


Apabila sebiji kek dipotong kepada 4 bahagian yang sama,setiap bahagian itu
adalah daripada keseluruhan kek itu.

Maka, 1/4 ialah satu pecahan dan dibaca sebagai satu perempat.

Menerangkan pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.

1/4 bermakna satu daripada empat bahagian yang sama

Jika sebiji kek dipotong kepada 2 bahagian yang sama,setiap bahagian itu adalah
1/2 daripada keseluruhan kek itu.

Oleh itu, 1/2bermakna satu daripada dua bahagian yang sama

Mewakilkan suatu pecahan

Dalam suatu pecahan,angka di atas garis dinamakan pengangka dan angka di


bawah garis dinamakan penyebut

- pengangka
- penyebut

Pengangka menunjukkan bilangan bahagian yang sama daripada keseluruhan


manakala penyebut menunjukkan jumlah keseluruhan bilangan bahagian yang
sama.

Pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut di sebut pecahan


wajar
Nilai satu pecahan wajar adalah kurang daripada 1.

Langkah-langkah untuk mewakilkan dengan gambar rajah

i.

Lukis satu rajah

ii

Bahagikan rajah itu kepada 8 bahagian yang sama besar

iii

Warnakan sebarang 3 bahagian

Menulis pecahan berdasarkan gambar rajah yang diberi

Satu jalur kertas dilipat kepada 6 bahagian yang sama besar.5 bahagian
daripada kertas itu dilorekkan.Pecahan yang diwakili oleh bahagian berlorek ialah
5/6

You might also like