You are on page 1of 8

KOMUNIKASI VISUAL

A. REKA BENTUK GRAFIK

1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lainlain adalah sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar,
majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.

2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi
maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga,
beberapa lipatan dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi,
simbol dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel,
dan Sarkis

3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar,

disimpan dan dipamer


b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan
dan sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai
maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna,
campuran dan sebagainya

5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi

e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan


f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.

6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli e. Sumber maskot diambil daripada
haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya.

SENI HALUS
A. LUKISAN
1. Pengenalan
- Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering
seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel
dan sebagainya
- Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak
perlu dilarutkan

2. Teknik-teknik lukisan
- Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang,
garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan

teknik campuran

3. Proses melukis
- Pilih objek yang hendak dilukis
- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya
- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan
ruang hadapan
- Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut
- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

B. CATAN

1. Pengenalan
- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah
- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak
untuk cat minyak (cat kilat)

2. Sejarah catan
- Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba
- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak,
pelukis yang terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya Mona Lisa
- Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18
- Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya
Impressionisme, Ekspressionisme dan Kiubisme

- zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme

3. Aliran seni lukis / gaya catan


a- Realisme lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar
b- Impresionisme mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan
kepada pencahayaan
c- Ekspresionisme menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas
digambarkan
d- Ekspresionisme Abstrak catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada
sifat realistic
f- Kiubsisme mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah
serta menimbulkan ilusi 3 dimensi
g- Surealisme menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan
h- Seni Pop menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial
i- Seni Op (optic) reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk
menghasilkan imej gerak pada penglihatan

4. Teknik Catan
a- Teknik impasto menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna
kepada berus atau pisau palet ke atas kanvas
b- Teknik glazing mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan
lembut, licin dan berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk
membentuk objek
d- Teknik Hard Edge mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan

yang tepat, menggunakan masking tape untuk memisahkan warna


e- Teknik Scumbling (melembut) menggunakan lapisan nipis warna legap di
atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
f- Teknik kolaj menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk
menghasilkan kesan tertentu
g- Teknik asemblaj teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu,
logam, dan sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat
kolaj timbulan atau arca

C. ARCA
1. Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati
nilai estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai

2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk
tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati
nilai seninya

3. Bahan binaan arca


- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan
campuran bahan-bahan tersebut

4. Teknik membina arca


a- Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan
bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan
sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki
c- Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu,
logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin,
simen, tanah liat dsb ke dalam acuan
e- Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2
dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar,
biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang
ringan
g- Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan
dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas

D. CETAKAN
1. Pengenalan
- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di
atas kertas, kain atau bahan lain
- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping
salinanyang asli

B.

2. Jenis-jenis cetakan
a- Cetakan timbul proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat
pada permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas
perlu dilembapkan dahulu sebelum mencetak
c- Cetakan litografi menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan
penolakan minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid menggunakan kepingan logam dan asid untuk
membentuk jaluran parit
e- Cetakan saring sutera/stensil menggunakan pemidang kain sutera
dengan menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan
skrin foto

3. Kaedah cetakan stensil


a- Kaedah kertas pendua imej digunting di atas kertas pendua
b- Kaedah profilem filem laker diguna untuk membentuk corak/motif,
seterika diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidang
c- Kaedah skrin foto menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan
melalui proses dedahan cahaya lampu (250W 500W) atau cahaya matahari

You might also like