You are on page 1of 8

Falsafah politik Tun Mahathir adalah bersifat terbuka untuk mengatasi masalah-masalah

secara terbuka. Beliau berpendapat bahawa dengan menyembunyikan sesuatu, bersifat


manis tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana. Mengenai polisi luar negara, Tun
mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara sama ada sesuatu negara itu
mengamalkan sistem pemerintahan sosialisme atau komunisme. Konsisten dengan prinsip
ASEAN iaitu mengamalkan sikap tidak campurtangan dalam hal ehwal negara asing, Tun Dr
Mahathir mempunyai harapan yang sama iaitu tidak mahu urusan pentadbiran negara
dicampuri oleh negara asing
Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat
Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar
AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah
yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di
kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7
serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah
melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang
ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat
multinasional
global.
Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau
menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik
global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia
dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEANEropah
(ASEM)
dan
akhir-akhir
ini
OIC.
Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan
sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model
pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi kegiatan yang boleh
disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai
Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia
dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau
itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau
dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus
menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu
fenomena. - Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian
Oksidental (Ikon).

Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke


Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun
dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan
aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr
Mahathir memperkenalkan kempen "Bersih, Cekap, Amanah" yang bertujuan meningkatkan
produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Menyusul
selepas itu ialah kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk sifat-sifat
kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan
Kerajaan. Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan
inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada

yang berasaskan industri, pada pertengahan 1980an. Berikutan langkah berani dalam
percubaan menyaingi negara-negara maju (seperti terbukti dengan penubuhan HICOM dan
pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada 1985), Dr Mahathir
memperkenalkan pula slogan "Malaysia Boleh" yang pada hakikatnya bukan sekadar
slogan kosong yang mahu mengatakan keupayaan Malaysia melakukan apa sahaja. Lebih
dari sekadar slogan, Malaysia Boleh adalah konsep yang digunakan sebagai salah satu
strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat Malaysia kepada dunia
penuh peluang dan kesempatan. Lebih penting, konsep Malaysia Boleh adalah pernyataan
keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang telah memungkinkan ramai
rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 pelan sembilan cabaran yang
menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf
negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah
yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang
berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. Pada 1996 Dr
Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali
ini ke arah Zaman Maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah
peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke taraf negara
maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti
kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.

Di satu hujung MSC terletak Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di


satu hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat
tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah
pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar
pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Kesemua projek berbilionringgit ini, dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah
yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projekprojek bertaraf dunia, kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan. Namun
Dr Mahathir bukanlah seorang yang berpandangan cetek, seperti katanya baru-baru ini:
"Kita sudah biasa dengan orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini
telah terbukti mereka patut menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian."
Ramai menganggap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling berani
dan lantang sehingga kini. Di tanah air mahupun di arena antarabangsa, Dr Mahathir
secara berani dan terbuka menyuarakan pendirian negara. Beliau dianggap jurucakap
kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia Islam. Antara lainnya, Dr Mahathir
menjadi pengkritik utama kuasa Barat tentang kegagalan menangani pedagang matawang
yang menjadi punca krisis ekonomi pada lewat 1990an. Kemudian bila keganasan
antarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Dr Mahathir dengan lantang mengecam
tindakan pengganas, dan berulang kali menegaskan bawa satu-satunya cara menangani
keganasan ialah dengan mencari puncanya.Pada 22 Jun 2002 di hari terakhir Perhimpunan
Agung Umno ke56, Dr Mahathir membuat satu pengumuman yang mengejutkan seluruh

negara, bahawa beliau ingin meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti. Selepas
rayuan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi serta penyokong-penyokong parti, Dr Mahathir
kemudiannya mengumumkan yang beliau akan terus memimpin negara sehingga selesai
Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada Oktober 2003 yang mana
Malaysia menjadi Pengerusi. Untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar, Dr Mahathir
menamakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir telah menyatakan bahawa meskipun beliau akan bersara, beliau akan terus
mnyumbangkan usaha dan tenaga ke arah memajukan parti dan negara. Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad adalah pemimpin serba boleh, yang mungkin hanya satu dalam sejuta.
Beliau adalah doktor, arkitek, jurutera, artis, pakar niaga dan pemidato. Beliau juga adalah
guru, pemikir, perancang dan pelaksana. Beliau adalah ayah dan sahabat. Paling penting,
beliau adalah negarawan terulung yang dilahirkan di bumi bertuah ini.

Pada Mei 2003, satu koleksi 14 buku tentang pemikiran dan wawasan Dr Mahathir telah
dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebuah institut pemikiran Dr Mahathir juga sedang
dibangunkan. Di waktu Malaysia menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke46 ini,
rakyat berasa amat terhutang budi kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di atas
wawasan jauh dan sumbangan gergasinya kepada negara. Hampir separuh dari 46 tahun
usia Kemerdekaan negara, kita berada di bawah kepimpinan beliau yang dinamis dan tidak
mengenal penat lelah.
Dalam hubungan antarabangsa, beliau berjaya menarik perhatian dunia di Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam ucapan-ucapannya di badan dunia itu, kritikankritikannya kepada kuasa barat dan kuasa besar dunia memeranjatkan banyak pihak. Ini
menjadikan beliau sebagai pemimpin dunia ketiga yang mula diberi perhatian media
antarabangsa.

Penglibatan di peringkat antarabangsa :

President of United Nations Sponsored International Conference on Drug Abuse


and Illicit Trafficking (ICDAIT), Vienna, Austria (1987)

Chairman of the High Level Appraisal Group (HLAG) CHOGM (1989)

Pengerusi 27th CHOGM Conference di Kuala Lumpur.

Chairman of the Group 11 Commonwealth Heads of Government

Perasmi Zimbabwe International Trade Fair, orang bukan Afrika pertama diberi
peluang sejak ia dijalankan 34 tahun yang lalu (1994)

Vice President of the World Solar Commision, (1996)

Siapa berani mencabar Barat selepas Tun Dr Mahathir?

Oleh Pusat Media Forum Keamanan Perdana III (dipetik dari Malaysia Today
(www.malaysia-today.net), 13 Feb 2007)

Baru-baru ini, Forum Keamanan Perdana III, Membongkar Jenayah Peperangan:


Menjenayahkan Peperangan, 5-7 Februari 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, begitu banyak
hujah-hujah berserta bukti-bukti dan akuan bersumpah mereka yang menjadi mangsa
peperangan, terutama di Asia Barat, diutarakan. Isu isu yang tiada penyelesaian seperti Isu
Palestin, Penentangan ke atas Penubuhan Israel, Pencerobohan Iraq dan tafsiran Barat,
terutama AS dan UK terhadap keganasan yang berpunca kunun-kunun dari umat Islam
begitu intensif dibincangkan.

Pakar-pakar perundangan, sains radiasi, ekonomi antarabangsa, hubungan antarabangsa


dan diplomasi, mantan penjawat utama PBB, penganalisa politik, termasuk dari Barat dan
ahli politik AS yang menentang peperangan sendiri membentangkan kes-kes mereka
mengenai kekejaman yang timbul dari dasar dan tindakan AS, UK, Israel dan Australia
kepada berjuta umat Islam tidak berdosa dan tertindas di sekitar Asia Barat. Berpuluh kertas
kerja dibentangkan dan sesi soal jawab yang tidak kurang hangat menyusul di setiap akhir
setiap sessi.

Semasa Ucaputama Majlis Pembukaan persidangan ini, mantan Perdana Menteri Malaysia
dengan lantang menegaskan bahawa Sejarah sepatutnya mengingati bahawa Blair dan
Bush ialah sebagai Pembunuh Kanak Kanak dan/atau Perdana Menteri dan Presiden yang
berbohong! Apa yang Blair dan Bush telah lakukan adalah lebih buruk dari apa yang
Saddam telah lakukan. Kita tidak sepatutnya menggantung Blair sekiranya Tribunal
Peperangan ini mendapati mereka bersalah TETAPI mereka seharusnya membawa label
dan dikenali sebagai Penjenayah Perang, Pembunuh Kanak-kanak dan Pembohong. Ini
juga sepatutnya kepada Bush dan Bush yang di dalam poket, yang tinggal di Bushland.

Usaha mengadakan Suruhanjaya Peperangan Kuala Lumpur, yang akan mengkaji aduan
aduan bersumpah dan membawa kes-kes mereka yang dizalimi dari sudut jenayah
peperangan dan hak-hak mereka yang dicabuli, akibat kancah konflik haram kepada
Tribunal Peperangan Kuala Lumpur mendapat perhatian dunia. Kes-kes seperti Ali Shalah,
Abbas Zaid (yang diseksa tentera pencoboh AS dipenjara Al Ghuraib) dan rayuan remaja
tidak berdosa, Najwa kerana dizalimi tentera ganas Israel adalah manifestasi berapa
pentingnya kancah konflik bersenjata ini perlu diharamkan dan pemimpin Barat seperti

George W Bush, Tony Blair dan John Howard wajar dilabel sebagai Pembohong,
Pembunuh Kanak-kanak dan Penjenayah Perang oleh warga dunia, termasuk rakyat
mereka sendiri dan ini kekal sebagai mercutanda mereka dalam lipatan sejarah.
Semasa Ucapan Penggulungan pula, Tun Dr Mahathir menegaskan bahwa bangsa Barat
tidaklah seperti bangsa Timur. Kita di Malaysia ini sudah menjalankan perhubungan dan
perdagangan dengan bangsa Timur seperti China melebihi 1000 tahun dan mereka tidak
pernah sekalipun mengancam keselamatan kita, apatah lagi ingin menceroboh dan
menakluki kita. Tidak seperti Barat, mereka yang asalnya datang untuk berdagang, mudah
sangat merasa tamak dan ingin membolot kepentingan perdagangan itu dengan
menggunakan kuasa. Ini dibuktikan banyak kali oleh Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris
dan akhir sekali, Amerika, semenjak 500 tahun ini. Akibatnya, banyak tanah tanah di Asia ini
jatuh kepada pencerobohan dan penjajahan Barat dalam tempoh itu dan peperangan dan
keganasan merupakan saluran untuk sampai kepada agenda ketamakan itu.

Dunia melihat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia
merangkap mantan Pengerusi NAM dan OIC, makin lantang mengutarakan pandangan dan
pendirian menentang dasar berat sebelah Barat, terutama AS, UK dan sekutu-sekutu kuat
mereka dalam banyak isu melibatkan diplomasi antarabangsa, isu Palestin dan konflik Asia
Barat, isu Afghanistan, isu perdagangan, isu keganasan berstruktur mengunakan bala
tentera dan sebagainya. Semasa beliau dalam jawatan, pemimpin kuasa besar dunia seperti
Presiden Perancis Jacques Chirac dan terakhir sekali, Presiden Russia Vladimir Putin
sanggup menurunkan sokongan mereka kepada isu-isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir.
Penentang imperialisme Barat AS paling utama, iaitu Presiden Fidel Castro juga amat
mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia ini kerana ketegasan dan sikap terbuka,
kepada isim dan roh sebenar demokrasi, iaitu hak suara ramai didengar (bukan tafsiran
demokrasi ala AS, yang memberi tafsiran berat sebelah yang hanya mementingkan mereka
sahaja!)

Tun Dr Mahathir juga menerima banyak perhatian negatif dan kecaman media Barat apabila
dalam tahun 90-an, beliau dengan lantang mendedahkan bahawa kaum Yahudi mengawal
dunia secara proksi.

Hari ini, sebagai rakyat Malaysia dan warga dunia, beliau masih lagi begitu lantang
mempersoalkan dengan penuh keyakinan bahawa kuasa Barat seperti AS, UK dan sekutu
mereka seperti Australia mengunakan kudrat mereka untuk menzalimi dunia, terutama
sebahagian orang-orang Islam di Asia Barat. Kini beliau memulakan usaha antarabangsa
dalam menggelar pemimpin AS, UK dan Australia iaitu George W Bush, Tony Blair dan John
Howard sebagai Pembunuh kanak-kanak, pembohong dan penganas!

Suara lantang Tun Dr Mahahir ini datang dari seorang pemimpin yang akan mencecah 82
tahun, Julai ini. Adat alam, jika kita semua, warga dunia bergantung kepada insan mulia ini
meneruskan Perjuangan ini, mungkin tidak lama. Persoalan sekarang, siapa lagi yang

tinggal dalam dunia ini yang mampu meneruskan obor Perjuangan menentang kezaliman
dan ketidakadilan Barat, selepas Tun Dr Mahathir?

Apakah ada pemimpin-pemimpin dunia Islam hari ini, yang cukup merdeka dan bebas
dari belenggu Barat, untuk benar-benar memperjuangkan hak dan kesengsaraan saudarasaudara seIslam mereka? Pemimpin mana yang mampu mengatakan yang benar dan hak,
tanpa sebarang sekatan dan tekanan, sama ada langsung atau tidak? Pemimpin mana yang
sanggup dan ada waja diri untuk bangkit dan didengari, bagi pihak mereka yang tidak
berdaya berbunyi?

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia? Raja Al Malik Abdullah Al Saud? Raja
Abdullah, Jordan? Presiden Gen Pervez Musharaff, Pakistan? Presiden Muammar Al
Ghadaffi, Libya? Presiden Bashir Al Assad, Syria? Raja Sheikh Al Sabah, Kuwait? Presiden
Sheikh Al Makhtoum, UAE? Presiden Hosni Mubarak, Mesir? Sultan Hassanal Bolkiah,
Brunei? Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Indonesia? Presiden Ahmadinejad, Iran?

Mungkin hadiah keamanan tahunan Alfred Nobel yang amat berprestij yang dicadangkan
beberapa NGO di Bosnia dan Croatia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya belum
memadai bagi dunia betul-betul menghargai usaha, keberanian, kecekalan dan ketegasan
beliau meletakkan apa yang hak di tempatnya. Dunia akan benar-benar menunjukkan
penghargaan apabila ada legasi meneruskan apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat
selama 25 tahun ini, terutama dari ketegasan mesej-mesej beliau melalui Perdana Global
Peace Organisation.
Pencapaian bertaraf dunia

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila
struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan
pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan
semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara
ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak
bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan
bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara
berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal
menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara
'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa
tahun yang akan datang.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu
Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi,
projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang
terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari

bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih
tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang
di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan
terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila
siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan
pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia

Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di
pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada
tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan
menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia
yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi
maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar
ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya
bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti
multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan,
kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia
Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri pendidikan.
Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk
mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri
bersaing menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan akademik
menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia kini
menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga
kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan
membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi
pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan
tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan
pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah
bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.

Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha
membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikatsyarikat Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta
menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini
Malaysia merupakan pelabur terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di
Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya
sangat dirasai di Myanmar Afrika Selatan, Zimbabwe dan Maldives.

Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau
negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum
antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah
menindas dengan prejudis. Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau
jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten.
Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik
tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.

Tun Dr. Mahathir di pentas dunia

Semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan
untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA,
CHOGM, Kumpulan Selatan-Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996. Beliau juga
adalah pencetus idea program 'Dialog antara bangsa Langkawi' dengan membawa konsep
menang menang.

Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya
meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan
negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari
belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi
Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya
bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.

Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay
Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir
memegang pacuan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk
untuk memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr
Mahathir Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun
terhadap polisi-polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk
merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik
antarabangsa.

You might also like