You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU

78000 ALOR GAJAH, MELAKA.


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN KALI KEDUA 2011.
Tarikh
Hari
Tempat
Masa

: 20 Jun 2011
: Isnin
: Bilik Gerakan
: 1.30 tengah hari

Kehadiran
1.
2.
2.
3.
4.
5.
6.

Pn Hjh Jamaliah Bt Abd Rashid


En. Amiza b. Ibrahim
En. Mohd Azmawi Bin Mat Yacob
En. Mazli b. Malek
En. Saiful Bahari Bin Mohd Sukri
Pn Anasuzza Bt Kamarudin
Pn Rosilahwati Bt Ahmad

GPK KOKU
Ketua Panitia
Setiausaha
AJK
AJK
AJK
AJK

Agenda Mesyuarat
1.

Ucapan Pengerusi Majlis : En. Amiza b. Ibrahim


Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk panitia yang dapat
menghadirkan diri bagi mesyuarat kali ke 2 sesi 2011.
Mengalu-alukan kesudian GKP KOKU dapat meluangkan masa dan sudi
merasmikan mesyuarat pada kali ini.
Menyatakan agenda yang akan dibincangkan pada hari ini berkenaan analisa
Ujian Pertengahan Tahun khususnya bagi matapelajaran PJK dan keputusan
ujian Segak yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu.
Pengerusi majlis juga mengharapkan kerjasama yang berterusan bagi
menjayakan pelbagai aktiviti dan program yang dirancang bagi tahun semasa.

2.

Ucapan GPK Kokurikulum : Pn Hjh Jamaliah Bt Abd Rashid


Merakamkan ucapan terima kasih kerana dijemput untuk merasmikan mesyuarat
pada kali ini.
Juga kepada semua guru yang dapat hadir pada petang ini dan semoga perjalanan
mesyuarat akan berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan.

Berkenaan ujian segak, beliau mengharapkan agar semua laporan hendaklah


dihantar kepada Unit Sukan tepat pada masanya dan hendaklah dilengkapkan
dengan betul.
Ini kerana ada sebahagian kecil sekolah yang masih belum menghantar laporan
segak kepada jabatan. Syabas dah tahniah kepada pengurusan panitia PJK kerana
dapat menyiapkan dan menghantar laporan SEGAK tepat pada masanya kepada
Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Melaka.
Selaras dengan dasar baru kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang
menggariskan setiap murid wajib mendalami 1 jenis sukan yang ada di sekolah.
Oleh itu semua guru PJK dimestikan menguasai sukan teras sekolah dan menjadi
pembimbing kepada guru-guru lai.
Selepas itu, pengerusi menyuruh semua ahli panitia membaca minit mesyuarat
kali pertama dan jika tiada sebarang pindaan hendaklah disahkan terlebih dahulu.
.
3.

Pengesahan Minit Mesyuarat.


Cadangan : Pn Rosilahwati Bt Ahmad
Sokongan : En Mazli Bin Malek

Ujian SEGAK dan Laporan PKBS 1

4.1 Ujian SEGAK


Ketua Panitia telah mengedarkan laporan ujian SEGAK kepada semua ahli
panitia. Ujian ini diadakan pada awal bulan April yang lepas melibatkan semua
murid tahap 2.
Hasil yang diperolehi menunjukkan sebilangan kecil murid di tahap 2 SK Lendu
adalah tergolong dalam kalangan obesiti. Walaupun peratusannya sangat kecil,
ianya boleh memberi gambaran gaya hidup yang kurang sihat.
Walaubagaimanapun, kesimpulan umum menunjukkan peratusan murid yang
lulus ujian SEGAK masih lagi di tahap yang sangat baik. Hanya sebilangan kecil
sahaja yang gagal dalam beberapa siri ujian segak.
Terdapat sedikit kesukaran semasa menjalankan ujian segak terutamanya kepada
murid di tahun 4. Ini kerana mereka perlu diberi penjelasan dan tunjuk ajar yang
agak mendalam kerana baru pertama kali menjalankan ujian ini.
4.2 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKBS 1)
Setiausaha Panitia mengedarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan tahunn bagi
matapelajaran PJK kepada GPK Kokurikulum dan semua ahli.
Ketua Panitia menjelaskan dan menerangkan tentang keputusan bagi ujian
tersebut kepada semua yang hadir.
Secara umumnya keputusan tersebut adalah sangat baik. Walaubagaimanapun
jurang skor markah bagi pelajar yang berada di kelas A sedikit ketara dengan
pelajar di kelas B peratusan lulus yang ditunjukkan juga masih lagi di atas 80%.

Antara kelemahan ketara yang dikenalpasti ialah pelajar kurang input berkaitan
pendidikan kesihatan kerana penekanan lebih kepada aktiviti di padang walhal
solan yang dikemukakan adalah agak seimbang.
Bagi mengatsi masalah ini, pelajar mesti memperbanyakkan aktiviti pengukuhan
dan menjawab soalan yang terdapat di dalam buku kerja yang telah dibekalkan di
awal tahun.
5.
.

Hal-hal lain.
Pn Hjh Jamaliah mengingatkan kepada semua guru yang mengajar PJK supaya
mengajar dengan menggunakan kaedah yang betul dan memastikan setiap murid
mengikuti aktiviti di padang selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh
KPM.
Ketua Panitia mengumumkan duit dari tabung panitia masih lagi ada dan
mencadangkan duit tersebut digunakan untuk membeli beberapa alatan yang
sudah rosak seperti bola sepak, bola baling dan net bola baling. Perkara ini
dipersetujui sebulat suara.
Pn Jamaliah juga mengingatkan kepada guru yang mengajar PJK tahun 6 supaya
menjalankan aktiviti tersebut seperti biasa di padang sehingga jadual anjal dibuat
dan diedarkan kepada semua guru terlibat.
Berkenaan KSSR tahun 1, beliau berharap semua dokumen dan bahan-bahan
untuk menjalankan pentaksiran disediakan dan dijalankan mengikut apa yang
telah ditaklimatkan sebelum ini.

6.

Penutup
Pengerusi berharap segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.15 petang.

Disediakan oleh,

(MOHD. AZMAWI BIN MAT YACOB )


Setiausaha Panitia PJK 1

Disahkan Oleh,

....
( AMIZA BIN IBRAHIM)

Pengerusi Panitia PJK 2011

You might also like