You are on page 1of 5

https://www.academia.

edu/1803174/Sistem_Pendidikan_di_Malaysia_Dasar_Cabaran
_dan_Pelaksanaan_ke_Arah_Perpaduan_Nasional
Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan
Nasional
Humaira Niza

https://www.academia.edu/6870847/sekolah_pembentuk_perpaduan
sekolah pembentuk perpaduan
Mayo Liyya

http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapaiperpaduan_8.html
7 july 2014
TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI

1.

Berbeza Dalam Sistem Pendidikan

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan
yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan
sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah
aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan


yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak
kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan
ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan
sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti
ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut
sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang.
Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum
atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah
rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari
segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan
zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan
matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni
yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan
rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan
adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar
Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas
dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif,
terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara
masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia
ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan
sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan
telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi
impak yang besar kepada dasar pendidikan.
Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan
keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan
kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah
kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian
yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini
sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan
daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang
berbeza.

Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di
Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia
masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi
semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa
beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah
sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut
sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan
satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin
menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat

dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan
mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja.
Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin
hak-hak mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan
perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan
dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity
kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang
kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum
masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka
belajar di sekolah yang sama aliran.

2.

Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah
dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar
ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang
ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan
ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina
ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti
perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat
India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah
menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan
menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di
mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah
sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga
dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat
dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh
orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang.
Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana
masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku
dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana

perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di
antara sesama kaum terbabit.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek
ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke
dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah
kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa
dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di
dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi
dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini
walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke
dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar)
dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam
sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr
Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu
bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan
diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka.

Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang


dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan
hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan
menghapuskannya.

3.

Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing.


Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk
orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah
menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin
memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan
melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan
yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang


bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman.
Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh
perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut
Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masingmasing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan
kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang
utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama

berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama
demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.

Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun
1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip
tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi
negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah
Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang
penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang
sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara
masyarakat.

Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan
bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak
perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha
integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.

You might also like