You are on page 1of 13

PENGURUSAN BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID(BJKM)

1.0 Pengenalan
BJKM merupakan dokumen rasmi yang penting dan sah dari segi
perundangan dan kewangan. Ia juga digunakan bagi merekod kedatangan
murid setiap hari persekolahan dan sebagai rujukan maklumat murid.
1.1 Objektif
a. Memberi pendedahan tentang cara
mengurus dan mengendalikan Buku
Jadual Kedatangan Murid
b. Menyelaras cara mengendalikan
maklumat dalam BJKM

1.2 Peraturan Pengurusan BJKM


a. BJKM perlu disimpan di tempat selamat
b. Di bawah jagaan guru tingkatan
c. Ianya hanya boleh dibalut dengan pembalut lutsinar.
d. Murid tidak boleh mengambil, mencatat dan mengembalikan BJKM ke
pejabat.
e. Penggunaan sebarang jenis pemadam tidak dibenarkan. Jika berlaku
kesilapan, sila batalkan dan tandatangan ringkas.
f. Butir-butir di dalam BJKM hendaklah ditulis terus dan tidak boleh disalin
dari kertas lain atau seumpamanya dengan alasan supaya bersih atau
sebagainya.

g. Sekiranya berlaku kehilangan, guru kelas hendaklah membuat laporan


kepada pihak pengurusan sekolah untuk dibuat laporan polis.
h. BJKM hendaklah diambil pada permulaan hari persekolahan dan
dikembalikan ke pejabat selewat-lewatnya waktu kedua berakhir.
i. Buku tersebut tidak boleh disimpan di atas meja guru atau dibawa balik
ke rumah dan mesti sentiasa berada di pejabat sekolah.
j. Semua ruangan pada setiap muka surat mestilah diisi dengan cermat dan
betul.
k. Surat Jabatan Pelajaran Negeri yang membenarkan seseorang murid
bukan warganegara belajar di sekolah berkenaan hendaklah dicatatkan
di ruangan catatan.
l. Tandakan Jadual Kedatangan ini dengan dakwat hitam atau biru. Hanya
gunakan satu warna sahaja bagi menulis keseluruhan maklumat.
m. Guru tingkatan bertanggungjawab menanda kehadiran kelas pada setiap
hari dan menutup BJKM pada hari akhir belajar setiap bulan.

* Sekiranya Guru Tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan


Bertanggungjawab melengkapkannya. Sekiranya kedua-dua guru berkenaan
tidak hadir, guru lain akan diminta untuk menjalankan tugas tersebut.

2.0 Maklumat Dalam Buku Jadual


Kedatangan Murid

2.1 Muka Depan


Isikan butiran di muka hadapan menggunakan huruf besar
dengan jelas dan terang.

CONTOH:
a) NAMA SEKOLAH

: SMK PASOH 2

b) ALAMAT SEKOLAH : SIMPANG PERTANG, 72300


JELEBU,N.SEMBILAN
c) TINGKATAN

: 5 BIRUNI

d) TAHUN

: 2011

e) NAMA GURU

: PN HASMALIZA BINTI ABU HASSAN

PERINGATAN: Jika berlaku pertukaran guru kelas, catatkan nama guru bersama-sama tempoh
beliau menjadi guru kelas tersebut.

Contohnya

: PN HASMALIZA BINTI ABU HASSAN (JANUARI-MAC)


EN ALI SABRI (APRIL-

2.2 Jadual Kedatangan Harian


a. Nombor pendaftaran murid
i. Ditulis pada setiap bulan lengkap.
Contoh: 1111/07

ii. Nombor Pendaftaran Murid Rayuan Bersekolah Semula dari


sekolah yang sama perlulah menggunakan nombor
pendaftaran asal.

b. Nama penuh
i. Mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan dan ditulis
dengan HURUF BESAR mengikut abjad bagi setiap bulan.
ii. Jika ada murid yang baru mendaftar atau murid rayuan
bersekolah semula tuliskan nama murid tersebut di bahagian
bawah nama murid yang sedia ada dan kekal hingga ke
hujung tahun.
iii. Nama murid yang berpindah, berhenti atau dibuang
sekolah perlu dikekalkan dalam BJKM pada ruang asalnya
sehingga hujung tahun.

c. Jantina : Tuliskan L atau P bagi setiap murid


d. Cara menanda kehadiran
i. Tandakan / sekiranya murid hadir.
ii. Tandakan O sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab
iii. Tandakan S dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab. (surat
pengesahan daripada

ibu bapa/ penjaga atau sijil sakit).

iv. Tandakan L dalam bulatan sekiranya murid lewat dan murid ini dikira
hadir.

v. Tandakan W dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah dan


dikira hadir.
vi. Tandakan G dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan
dan dikira tidak hadir.
d. Jika seseorang murid meninggalkan kelasnya sebelum cukup dua jam
dia berada di dalam kelas itu maka kedatangannya hendaklah tandakan
sebagai murid yang tidak hadir.
f. Hari cuti kelepasan hendaklah ditandakan di ruangan berkenaan.
g. Jumlah kedatangan dan jumlah murid yang tidak hadir hendaklah
dicatatkan pada akhir waktu persekolahan.
h. Lajur Ringkasan.

i. Hitung Panjang Kedatangan


Jumlah kedatangan murid-murid yang sebenarnya dibahagi
dengan bilangan hari belajar. Jika hasil adalah dalam
perpuluhan, hendaklah digenapkan atau dibundarkan.

= Jumlah kedatangan murid sebenar


Jumlah bilangan hari belajar

Contoh : 630 = 28.63


20
= 29

(nombor bulat )

ii. Peratus kedatangan


= Jumlah kedatangan murid sebenar x 100
Jumlah kedatangan murid sepatutnya

Contoh : 630 x 100 = 84.22%


748
= 84.2% ( satu tempat perpuluhan)

iii. Hitung Panjang Bilangan Murid ialah jumlah kedatangan murid


yang sepatutnya dibahagi dengan bilangan hari belajar. Jika hasil
adalah dalam perpuluhan maka hendaklah digenapkan atau
dibundarkan.

= Jumlah Kedatangan sepatutnya


Bil. hari belajar
Contoh :

748

= 34 ( nombor bulat)

22

iv.

Jumlah murid dalam daftar hujung bulan lepas


- Bagi bulan Januari tandakan
- Bagi bulan-bulan selepas Januari isikan bilangan murid dalam kelas
pada hujung bulan lepas.

v.

Jumlah murid yang masuk :

- Untuk bulan Januari, bilangan murid ialah jumlah murid yang ada dalam
jadual kedatangan. Bagi bulan-bulan berikutnya rujuk contoh di bawah.

Contoh : untuk bulan Februari

Jumlah murid dalam daftar hujung Januari = 36


Jumlah murid yang masuk = 2
Jumlah murid yang keluar = 1

Jumlah murid dalam daftar pada hujung Februari = 37

2.3 Analisa Kedatangan Setahun

a. Jumlah Murid adalah bilangan murid dalam kelas pada akhir bulan
berkenaan.
b. Hitung Panjang Kedatangan dan Peratus Kedatangan perlu diisi dengan
merujuk kepada ruangan ringkasan setiap bulan berkenaan.
c. Catatan : Di ruangan ini dicatatkan bilangan murid yang baru masuk
atau keluar pada bulan berkenaan.
d. Bagi bulan Disember , isikan ruangan jumlah murid sahaja.

2.4 Pernyataan Bulan Mengikut Bangsa.

a. Jumlah murid mengikut bangsa pada muka surat ini dikira berdasarkan
jumlah murid untuk bulan berkenaan.
b. Analisa keturunan : Lain-lain bangsa melibatkan Ceylonese/Sri Lankan,
Pakistan, Indonesia dan Thai. Keturunan Punjabi dicatatkan sebagai
India. Rujuk sijil kelahiran murid untuk kepastian.
c. Guru perlu tandatangan pada setiap bulan.
d. Ruangan catatan: Catatkan bilangan murid keluar/masuk.
Contoh: 1 murid Melayu masuk, 2 murid Cina keluar.
e. Maklumat di ruangan jumlah dan jumlah besar adalah sama.
f.

Isikan ruangan berkenaan bagi bulan Januari hingga bulan Disember.

2.5 Pernyataan Bulan Mengikut Agama

a. Jumlah murid mengikut agama pada muka surat ini dikira berdasarkan
jumlah murid untuk bulan berkenaan.
b.

Analisa Agama: Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Selain daripada


agama yang di atas dicatatkan di ruangan Agama lain.

c. Guru perlu tandatangan pada setiap bulan.


d. Ruangan Catatan: Catatkan bilangan murid keluar/masuk.
Contoh: 1 murid Kristian masuk/keluar.

2.6 Bayaran Khas

a. Menulis bayaran tambahan dan nombor resit dalam setiap ruangan yang
disediakan bagi setiap murid.
b. Jika bayaran majalah dijelaskan oleh adik, abang atau kakak, catatkan
nama, tingkatan dan nombor resit pembayar.
c. Bagi murid yang berpindah kelas, Guru Tingkatan asal mencatatkan
BERPINDAH KE TINGKATAN....., TARIKH, di lajur catatan. Guru
tingkatan baru mencatatkan BERPINDAH DARI TINGKATAN....,
TARIKH, N0. RESIT di lajur catatan.
d. Bagi murid yang berpindah masuk dari sekolah lain, Guru Tingkatan perlu
mencatatkan BERPINDAH MASUK DARI SMK....., TARIKH, NO. RESIT
di lajur catatan. Murid baru tanpa resit pembayaran mesti membuat
Bayaran Tambahan sepenuhnya.
e. Bayaran Tambahan perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada akhir bulan
Mac.
f. Bayaran PIBG, Koperasi dan bayaran-bayaran lain yang tidak termasuk
dalam pakej tidak perlu dicatatkan dalam Jadual Kedatangan Murid.
Bayaran-bayaran ini dicatatkan dalam Buku Persediaan Mengajar Guru
Tingkatan berkenaan.

2.7 Maklumat Peribadi

a. Lengkapkan semua maklumat dalam ruangan berkenaan selewatlewatnya akhir bulan Januari.
b. Tarikh masuk sekolah adalah tarikh murid mendaftar pada hari pertama
di sekolah .
c. Nombor rujukan surat-surat untuk Murid Bukan Warga Negara perlu
dicatat di ruangan catatan.

2.8 Maklumat Peribadi Ibubapa / Penjaga

a. Lengkapkan semua maklumat dalam setiap ruangan dengan teliti dan


kemas selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari
b.Tarikh murid meninggalkan kelas adalah tarikh murid pindah/berhenti
/dibuang.
c. Sijil berhenti perlu dikeluarkan bagi murid yang berhenti sekolah/dibuang

sekolah/ ke SMK Teknik / ke intitusi pendidikan swasta.


d. Alamat rumah hendaklah ditulis dengan pen. Jika murid berpindah
catatkan tarikh murid berpindah.

10

2.9 Kegiatan Kokurikulum

a. Semua maklumat mesti dilengkapkan selewat-lewatnya pada


penghujung
Bulan Januari.
b. Setiap murid mesti menganggotai sekurang-kurangnya satu
persatuan/kelab, satu permainan, satu badan beruniform dan satu rumah
sukan.

2.10 Penyata Ketidakhadiran dan Ponteng

a. Mesti dilengkapkan pada akhir setiap bulan.


b. Seseorang murid hanya berada dalam satu katogeri sahaja sama ada
tidak hadir atau ponteng. Sekiranya murid tersebut pernah tidak hadir
dan ponteng pada bulan yang sama, penentuan kategori hendaklah
mengikut bilangan yang terbanyak.
Contoh bagi seorang murid:
Jumlah hari ponteng(tidak hadir tanpa sebab)=3
Jumlah hari tidak hadir(dengan sebab)=4
Tafsirannya murid ini kategori Murid Tidak Hadir kerana hari tidak hadir
bersebab melebihi hari ponteng.
c.

Kaedah pengiraan ditunjukan pada ruangan berkaitan.

11

Contoh

2
Ramai
murid
dalam
Bul. daftar
pada
hujung
bulan
Nov 17

3
Banyak
hari
belajar
dalam
bulan

4
Jumlah
murid
tidak
hadir

5
6
Peratus Jumlah
murid murid
tidak
ponten
hadir
g
(4/2X10
0)

16

11.77%

2/17X1
00 =
11.77%
Dis 17

7
8
Peratus Jumlah
murid hari
ponten murid
g
tidak
(6/2/X1 hadir
00)
35.3%

1.10%

27

11
Peratus
hari
murid
ponteng
(10X100
/2X3)
9.92%
27X100/

3X
100/17/
16 =
1.10%

6/17X1
00 =
35.3%
-

9
10
Peratus Jumlah
hari
hari
murid murid
tidak
ponten
hadir
g
(8X100/
2X3)

(17/16)

=9.92%
-

12

PERATURAN PONTENG SEKOLAH


ORDINAN PELAJARAN 1957,
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
(DISIPLIN SEKOLAH) 1959

BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BERTERUSAN


AMARAN PERTAMA

3 HARI

AMARAN KEDUA

3 + 7 HARI

= 10 HARI

AMARAN KETIGA

10 + 7 HARI

= 17 HARI

BUANG SEKOLAH

17 + 14 HARI = 31 HARI

BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT

AMARAN PERTAMA

10 HARI

AMARAN KEDUA

10 + 20 HARI = 30 HARI

AMARAN KETIGA

30 + 10 HARI = 40 HARI

BUANG SEKOLAH

40 + 20 HARI = 60 HARI

13

You might also like