You are on page 1of 14

JAWATANKUASA INDUK

OPERASI PAYUNG/TOPENG
TAHUN 2017

Disediakan oleh:
Setiausaha
JK Induk

JAWATANKUASA INDUK OPERASI PAYUNG/TOPENG 2017

0/14
PELAN TINDAKAN KESELAMATAN MENGHADAPI BENCANA ALAM

Pendahuluan
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai dan
mengalami iklim monson tropika. Perubahan-perubahan iklim akan menyebabkan berlakunya
bencana alam seperti banjir, kebakaran, jerebu, rebut taufan dan sebagainya. Kesan daripada
perubahan cuaca tersebut akan menyebabkan berlakunya wabak penyakit.

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi menghadapi apa jua keadaan ketika berlaku
bencana tersebut.

Objektif
 Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menghindari kemalangan di kalangan
warga sekolah.
 Menyediakan peraturan bagi menghadapi bencana alam secara selamat.
 Mengadakan latihan menghadapi bencana alam.
 Menjadikan warga sekolah yang prihatin dan sentiasa bersedia menghadapi kecemasan.
 Mewujudkan permuafakat dan perasaan tanggungjawab di kalangan warga sekolah dan
komuniti ketika menghadapi bencana alam.

Bilik kawalan & operasi bencana (BKOB)


Bilik Kawalan & Operasi Bencana (BKOB) iaitu Bilik Mesyuarat, Sekolah Agama Al-Islahiyah
(Menengah) diaktifkan semasa sesuatu bencana diisytiharkan jawatankuasa berkumpul bagi
mengurus, menyelaras, mengawasi dan memantau situasi bencana serta menjalankan fungsinya
dalam memastikan hal ehwal kebajikan staf dan pelajar terpelihara.

Senarai bencana alam yang akan dibincangkan


 Banjir
 Kebakaran

1/14
 Perubahan cuaca
 Wabak Penyakit

Peranan Kaunselor
 Menubuhkan jawatankuasa kecemasan.
 Menyediakan peraturan menghadapi bencana alam dengan selamat.
 Mengadakan latihan kecemasan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
 Memberi arahan kepada murid dari masa ke semasa.
 Bertindak mengawal keadaan supaya tidak panik dan kelam-kabut.
 Guru kelas menyemak jadual kedatangan murid dan memastikan semua murid berada di
tempat yang selamat. Sila cari murid yang tiada.
 Menyediakan jaket keselamatan.
 Meminta bantuan daripada pihak tertentu jika perlu seperti tentera dan polis.
 Memastikan pihak Persatuan Bulan Sabit Merah sentiasa bersedia memberi pertolongan
cemas jika berlaku kemalangan atau kecederaan.
 Melaporkan bencana yang dihadapi kepada PPD/JPN atau Ketua Komuniti/PIBG.
 Memastikan semua suis elektrik dipadamkan.

Peranan Murid
 Jangan panik.
 Patuhi peraturan dan arahan yang diberikan.
 Menutup semua suis elektrik.
 Berpindah ke tempat tinggi yang lebih selamat.
 Membantu kawan-kawan yang perlukan bantuan.
 Laporkan sebarang insiden dengan segera kepada guru atau Kaunselor Sekolah.

Peranan Ibu bapa


 Sentiasa mengikuti perkembangan semasa laporan kaji cuaca dan amaran banjir.
 Menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini.

2/14
 Memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak sekolah semasa banjir.

1.0 BANJIR
Definisi
Banjir merupakan satu keadaan dimana sesuatu kawasan ditengelami air atau lumpur.
Banjir boleh dikategorikan sebagai :
 Banjir Kilat berlaku akibat hujan lebat berterusan dan system perparitan yang
tidak berkesan di sesuatu kawasan.
 Banjir Lumpur ialah aliran air deras bercampur Lumpur dari tanah tinggi ke
kawasan lembah.

1.1 Banjir Kilat


 Jangan panik.
 Tutup atau matikan semua suis.
 Guru hendaklah membawa murid-murid ke tempat selamat.
 Ketua kelas / Guru kelas memastikan bilangan murid mencukupi.
 Murid yang tiada hendaklah dicari.
 Bawa barangan peribadi yang perlu sahaja.
 Ikut arahan guru.
 Lapor diri kepada ketua darjah/guru kelas sewaktu di tempat perpindahan.
 Guru dikehendaki menghubungi pihak penjaga.
 Guru dikehendaki menghubungi pihak bomba dan penyelamat serta unit
pertolongan cemas.

No. Tel. Bomba Dan Penyelamat : 994

No. Tel. Unit Pertolongan Cemas : 999

 Murid tidak perlu pergi ke sekolah sekiranya banjir membahayakan pada


hari berikutnya.
3/14
 Jika keadaan banjir sangat membahayakan. Semua murid hendaklah
berada di tempat yang selamat di sekolah sehingga mendapat bantuan
daripada pihak tertentu seperti polis/tentera/pasukan penyelamat ataupun
sehingga banjir surut.

1.2 Banjir Lumpur


(Sekolah ditepi sungai/di lereng bukit/di atas bukit)

 Sekiranya hujan lebat berterusan, murid hendaklah berpindah ke tempat


yang selamat.
 Bawa bersama barangan peribadi yang penting.
 Tutup/matikan semua suis.
 Susun buku-buku dan alatan di tempat yang selamat sebelum
meninggalkan kelas.
 Ketua kelas/guru kelas hendaklah memastikan bilangan murid mencukupi.
 Murid yang tiada hendaklah dilaporkan dan dicari.
 Laporkan diri kepada ketua darjah/guru kelas sewaktu di tempat
perpindahan

2.0 KEBAKARAN
Kebakaran yang berlaku disebabkan oleh litar pintas, pembakaran terbuka dan kecuaian
pengguna.
 Jangan panik dan laporkan kepada guru sekiranya ada kelihatan tanda-
tanda kebakaran.
 Tutup suis utama.
 Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan.
 Murid-murid diminta segera meninggalkan kelas apabila mendengar
loceng kecemasan.
 Sila tutup pintu dan tingkap sekiranya ada kesempatan.
 Ikut laluan kecemasan yang diberikan/disediakan.

4/14
Ketua kelas memastikan bilangan murid menyamai jumlah kehadiran pada hari tersebut.
 Laporkan kepada guru sekiranya bilangan ahli kelas tidak mencukupi.
 Pihak pentadbiran sekolah dikehendaki menghubungi pihak bomba.
 Menjerit meminta tolong sekiranya murid terperangkap.
 Murid jangan lari ke bilik air.
 Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan segera dengan mengarahkan
murid bergolek di atas lantai. Siram / jiruskan air.
 Guru boleh menggunakan alat pemadam api sekiranya kebakaran kecil
atau sementara menunggu kedatangan pihak bomba.
 Hantar ke hospital dengan kadar segera sekiranya ada murid yang
mengalami kecederaan.
 Pihak sekolah perlu menghubungi penjaga murid yang terlibat.
 Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius.
 Buat tuntutan insurans kebakaran takaful dengan menyediakan :
- Slip hospital
- Laporan polis
- Borang Takaful yang lengkap

3.0 PERUBAHAN CUACA


Perubahan cuaca berlaku daripada panas kepada hujan dan sebaliknya.

3.1 Kemarau / Panas Berpanjangan.


Keadaan panas yang berpanjangan akibat hujan tidak turun dalam jangka masa panjang,
suhu meningkat, bumi kering, udara berdebu, tumbuh-tumbuhan kering dan mudah
berlaku kebakaran.
 Elakkan aktiviti luar.
 Perlu banyak minum air.
 Sekiranya ada tanda-tanda ganguan kesihatan, dapatkan pemeriksaan doktor
dengan segera.

3.2 JEREBU

5/14
Jerebu merupakan satu keadaan di mana ruang udara diselubungi dengan debu akibat
dari pembakaran terbuka, asap dari kenderaan, kilang dan sebagainya.
 Elakkan daripada aktiviti pembakaran terbuka.
 Gunakan corong pernafasan.
 Elakkan daripada terdedah kepada udara luar.
 Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan, dapatkan pemeriksaan doktor
 dengan segera.
 Sentiasa memasang lampu apabila menunggu basikal atau motosikal.
 Jangan pakai pakaian berwarna gelap.

3.3 HUJAN
 Jangan bermain hujan.
 Jangan berpayung ketika menunggang basikal atau motosikal.
 Sentiasa bersedia membawa peralatan seperti baju hujan, payung dan lain-
lain.
 Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir.
 Jika pakai payung, pegang payung dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan dan gunakan payung yang berwarna terang.

3.4 RIBUT, PUTING BELIUNG DAN ANGIN KENCANG


Ribut/taufan ialah tiupan angin kencang yang boleh mengakibatkan kemusnahan
bangunan, harta benda, tumbuh-tumbuhan dan mengancam nyawa. Keadaan ini lazimnya
berlaku secara serta-merta dan dalam tempoh sekelip mata.
 Jangan panik.
 Murid hendaklah berada di dalam kelas atau ditempat selamat.
 Tutup tingkap dan pintu.
 Jangan hiraukan loceng sekolah.
 Patuhi arahan pihak sekolah.
 Jauhkan diri dari tempat yang memungkinkan kemalangan.
 Utamakan keselamatan diri.

6/14
 Sekiranya perlu berpindah, sila bawa barangan penting sahaja.
 Jauhkan diri dari bahan api dan bahan-bahan logam.
 Jauhi diri daripada cermin-cermin dan tingkap bercermin.
 Murid-murid dilarang bermain di padang atau ditempat-tempat yang lapang.
 Sekiranya berada diluar bangunan, jangan berlindung di bawah pokok besar,
bangsal terbuka dan kawasan-kawasan tinggi.
 Guru Besar hendaklah mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu
sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan.

4.0 BIDANG WABAK PENYAKIT


Wabak penyakit berlaku akibat daripada jangkitan kuman dan keracunan makanan akibat dari
kurang penjagaan kebersihan, persekitaran dan kebersihan diri.

4.1 PENYAKIT BERJANGKIT


 Penjaga wajib memaklumkan taraf kesihatan murid kepada pihak sekolah.
 Dapatkan surat kebenaran mendapatkan rawatan daripada pentadbiran sekolah.
 Dapatkan rawatan daripada doktor.
 Dapatkan surat cuti sakit dan menyerahkan kepada pihak sekolah.
 Murid dinasihatkan supaya mengutamakan kebersihan diri, pakaian dan tempat
tinggal.
 Prihatin terhadap poster-poster dan informasi-informasi kesihatan.
 Pihak sekolah dicadangkan mengadakan ceramah kesedaran kesihatan.

4.2 KERACUNAN MAKANAN


 Laporkan segera kepada guru kelas atau guru bertugas.
 Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat daripada doktor.
 Minum seberapa banyak air masak.
 Dapatkan surat kebenaran rawatan daripada sekolah.
 Segera ke hospital atau pusat kesihatan.
 Buat aduan ke pejabat kesihatan.

7/14
 Maklumkan kepada penjaga.
 Murid dinasihatkan supaya berehat di rumah / di hospital sehingga pulih seperti biasa.
 Kantin hendaklah ditutup atas arahan Pengetua.

5.0 FUNGSI UMUM JAWATANKUASA


1. Penghindaran
 Mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian bencana atau sekurang-
kurangnya mengambil langkah untukmengurangkan kesan bencana sekiranya tidak dap
at dielakkan.

2. Persediaan
 Merancang dan menyediakan Pelan Bencana atau Emergency Respon Plan atau Prosed
ur Tetap Operasi (SOP)melibatkan semua pihak yang terbabit secara total dalam respo
ns terhadap bencana.

3. Respon
 Bertindak dengan sewajarnya untuk menangani situasi bencana yang berlaku.

4. Pemulihan
 Mengambil tindakan susulan atau usaha-usaha yang dilakukan bagi mengembalikan
semula semua kerosakan kepada keadaan asal.

6.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

1. Sebelum
 Berhubung dengan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat berkaitan
bencana
 Menghebah dan mengwarwarkan maklumat berkaitan bencana kepada staf dan pelajar
dari masa ke semasa.

8/14
 Mengumpul data staf dan pelajar
 Merancang persiapan bagi urusan kebajikan staf dan pelajar yang berkemungkinan
menjadi Mangsa Bencana

2. Semasa
 Mengenalpasti dan menghubungi staf dan pelajar yang menjadi mangsa bencana
 Menyediakan bantuan asas (pusat pemindahan/ keperluan asas/ perubatan) kepada staf
dan pelajar yang menjadi mangsa
 Memberi sokongan emosi dan kaunseling kepada staf dan pelajar yang menjadi mangsa

3. Selepas
 Menyediakan khidmat sukarelawan untuk tujuan pembersihan di rumah kediaman staf
dan pelajar yang menjadi mangsabencana

7.0 PENUTUP
Dengan langkah-langkah yang tersebut di atas, adalah difikirkan bahawa perjalanan dan
keselamatan peperiksaan serta kehadiran calon-calon tidak akan terganggu melainkan banjir
yang berlaku itu merupakan banjir besar yang menimbulkan keadaan darurat. Walaupun berlaku
banjir, Lembaga Peperiksaan akan meneruskan peperiksaan. Pembatalan atau penangguhan
peperiksaan hanya merupakan pilihan terakhir yang akan diumumkan melalui media massa oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

……………………………. ……………………………. …………………………..

JAWATANKUASA BERTINDAK MENGHADAPI BANJIR


YANG MENGANCAM PERJALANAN PEPERIKSAAN (OPERASI PAYUNG)
PEPERIKSAAN PT3/SPM/STAM 2017

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

9/14
PENGERUSI/ PENGARAH OPERASI

TIMBALAN PENGERUSI 1

TIMBALAN PENGERUSI II

TIMBALAN PENGERUSI III

TIMBALAN PENGERUSI IV

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA

JK BERTINDAK BENCANA ALAM

Banjir

Tanah Runtuh

Gempa Bumi

Jerebu

Gelombang Tsunami

Petir/Pokok Tumbang/Kemalangan Luar Jangka

SENARAI NOMBOR TELEFON PEGAWAI SEMASA KECEMASAN

10/14
11/14
12/14
SENARAI NOMBOR TELEFON AGENSI PENYELAMAT YANG BERKAITAN

13/14

You might also like