You are on page 1of 2

SOALAN 2

Laporan Drama Kreatif Kisah Monyet yang nakal.

Dalam tugasan persembahan drama kreatif, saya telah dilantik sebagai ahli
jawatankuasa buku program. Saya Effe fizfe Shunting bertindak sebagai ketua ahli
jawatankuasa buku program dan sahabat saya iaitu Melvin bin Sapon selaku pembantu saya.
Selaku ketua ahli jawatankuasa buku program, saya telah berbincang dengan penolong saya
berkenaan dengan cara penghasilan buku program yang bersesuaian dengan aktiviti kami. Di
dalam buku program itu, saya memastikan segala maklumat seperti masa dan tarikh aktiviti
dijalankan adalah betul untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
Seterusnya saya juga telah menyelitkan maklumat-maklumat penting di dalam buku
program seperti senarai ahli jawatankuasa pelaksana agar rakan-rakan yang lain dapat
mengetahui tugas masing-masing. Tambahan pula, saya telah menyusun tentatif aktiviti dengan
teratur agar semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan para pensyarah tahu akan urutan
aktivit dalam drama kreatif ini. Malahan, saya juga turut menulis penghargaan kepada pihakpihak yang terlibat ketika menjayakan drama ini.
Dalam drama kreatif ini, kami sekelas telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan
yang mengandungi enam orang ahli di dalam satu kumpulan. Kumpulan kami telah bersepakat
untuk memilih tema haiwan sebagai tajuk utama dalam jalan cerita drama kami. Drama kami
mengisahkan tentang dua ekor monyet yang sangat nakal dan suka mencuri harta benda dari
orang lain. Akhirnya setelah dua ekor monyet tersebut ditangkap dan dihukum oleh Raja Rimba
iaitu singa, mereka berasa sangat menyesal dan meminta maaf. Saya dan rakan kumpulan
saya iaitu Vellyzro Joannes memainkan watak sebagai dua ekor monyet yang nakal.
Dalam persediaan drama tersebut, kami telah membahagi-bahagikan tugas agar kerja
dapat disiapkan secepat mungkin dan semua ahli boleh melibatkan diri secara aktif. Pertama
sekali, kami telah bersama-sama duduk berbincang untuk memikirkan jalan cerita kami.
Kemudian, kami telah membahagikan watak dalam drama tersebut kepada semua ahli
kumpulan kami. Dalam persediaan drama ini, saya telah ditugaskan untuk membuat kostum
watak saya iaitu monyet, saya telah menggunakan kain hitam sebagai topeng monyet kemudian
saya telah menjahit telinga kertas di topeng itu untuk menjadikan topeng tersebut lebih realistik.
Untuk bahagian badan pula, saya telah mencari pakaian yang serba hitam untuk mewakili

monyet berbulu hitam, ekor monyet pula telah saya hasilkan daripada kertas hitam yang
digulung-gulung membentuk ekor yang panjang.
Selain itu, saya turut diberi tugasan dalam menyediakan audio dan bunyi latar semasa
drama dijalankan. Ketika menjalankan tugas ini, saya telah memilih bunyi latar yang sesuai
dengan situasi di dalam drama, contohnya, semasa monyet sedang mencuri buah pisang, saya
memilih muzik dari kartun pink phanter. Saya turut mencari muzik yang sesuai bagi babakbabak seterusnya seperti contoh, babak di kebun pak pijan babak semasa perjumpaan
dengan raja singa dan babak semasa haiwan bertemu.

You might also like