You are on page 1of 1

Bahagian B Penulisan Kritis

Dalam proses dokumentasi pembelajaran yang telah kami buat, kami telah
menerapkan banyak unsur dan bahan ICT untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran

murid

menjadi

lebih

menyeronokkan.

Kaedah

ini

bukan

sekadar

menyeronokkan malah, mampu memudahkan maklumat dan isi pembelajaran difahami dan
diingati oleh murid. dalam isi pembelajaran yang kami rancang, kami akan menayangkan
video dahulu mengenai topik yang akan kami ajarkan sebagai set induksi. Kaedah ini
mampu merangsang pendengaran dan penglihatan murid-murid agar tertumpu dengan
suasana pembelajaran. Semasa slot aktiviti pula, kami akan menggunakan bahan interaktif
dalam bentuk digital iaitu microsoft powerpoint yang mempunyai soalan dan jawapan
berkaitan dengan topik yang diajarkan iaitu bentuk. Dengan penggunaan media interaktif ini,
murid-murid mampu mengukur tahap pemahaman masing-masing apabila mereka
menjawab soalan-soalan yang disediakan, kerana, bahan itu akan memberitahu keputusan
jawapan yang mereka pilih samaada betul atau tidak. Dengan kaedah demkian, mereka
akan berasa semakin teruja dan seronok untuk mencuba sekali lagi jika mereka tersalah
memilih jawapan. Hal ini kerana, murid-murid pada zaman ini lebih sukakan benda-benda
yang berunsurkan teknologi, bahkan dalam kehidupan harian mereka pun, mereka banyak
menggunakan alat-alat ICT untuk memudahkan urusan kehidupan harian mereka.
Media digital yang telah kami laksanakan dalam bentuk powerpoint itu adalah sangat
interaktif kerana kami telah menggunakan fungsi hyperlink agar murid dapat menekan
button yang telah kami hasilkan. Dalam media pengajaran itu juga, kami telah gabungkan
banyak unsur seperti teks, imej, bunyi, icon dan video. Oleh itu kaedah ini adalah lebih
berkesan daripada kaedah biasa yang menggunakan papan hitam/putih sahaja. Selain itu,
tahap kesukaran soalan juga kami sediakan secara berperingkat daripada mudah kepada
sukar

You might also like