You are on page 1of 1

Pengenalan

Maksud PEDAGOGI ialah

belajar melalui bermain adalah kaedah pembelajaran

yang menawarkan skop perkembangan yang menyeluruh untuk kanak-kanak, termasuk


perkembangan kemahiran

fizikal, sosial, emosi, intelek dan estatika, Ianya berbeza dari

pendekatan akademik yang sering tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus.
Pedagogi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pedagogi Konstruktivis dan Pedagogi
berasaskan kecerdasan pelbagai. Maksud Pedagogi konstruktivis ialah kaedah konstruktivis
adalah cara mengajar yang menggunakan kerangka pembelajaran yang disediakan oleh
pendidik sebagai konteks untuk meneroka dan terlibat melaksanakan aktiviti tersebut. Dalam
menyediakan kerangka pembelajaran, pendidik perlu bermula dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada kanak-kanak (the childs background or prior knowledge) yang
disebut oleh Piaget sebagai skema dan minat mereka. Pedagogi ini membolehkan kanakkanak belajar daripada satu sama lain, dalam persekitaran sosial yang dirancang mengikut
minat dan berkebolehan mereka. Pedagogi ini juga dikenali sebagai konstruktivis-sosial
(Bronfenbrenner,1979).
Pedagogi ini sangat sesuai untuk aktiviti kurikulum Pertama yang melibatkan sesuatu
projek,atau aktiviti yang mempunyai elemen penerokaan alam persekitaran. Kaedah
pengajaran ini menjadi lebih berkesan apabila digabungkan dengan strategi-strategi yang
bertujuan (scaffold) pembelajaran.
Pedagogi

berasaskan

kepelbagaian

kecerdasan

adalah

teori

kepelbagaian

kecerdasan oleh Howard Gardner telah diterima pakai dalam sistem pendidikan masa kini
yang merangkumi kecerdasan Linguistik (Bijak belajar), Logik matematik (Bijak nombor),
Ruang

(visual-spatial)

(bijak

gambar),

kinestetik-badan (Bodily-kinesthetic)

(Bijak

pergerakan badan), Muzikal (Bijak muzik), Naturalis (Bijak alam semulajadi), interpersonal
dan Intrapersonal. Ini memperakukan bahawa setiap individu mempunyai beberapa jenis
kecerdasan yang boleh dikembangkan. Kaedah mengajar ini menggalakkan pembelajaran
mengikut bidang minat dan kecerdasan kanak-kanak yang berbagai. Kanak-kanak boleh
memilih aktiviti pembelajaran yang mereka minati dan pendidik adalah sebagai sebagai
penyokong yang menggalakkan kanak-kanak terus membina kemahiran dalam bidang yang
mereka pilih.

You might also like