You are on page 1of 27

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah
di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara
kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;
Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari
pelajar di sekolah

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah
menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Bermoral teguh.

Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.


Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.

Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai


kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri


(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat


profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah


bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan


masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan
bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus
laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran
didokumentasikan .

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan


kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar
secara aktif dalam P&P.

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan


kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar
secara aktif dalam P&P.

Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam
dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan
hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang
yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah
seperti berikut:

Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang


pengkhususannya.
Komitmen yang menyeluruh.
Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi
pandangan yang bernas.
Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi
sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan
oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri


*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu


*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional
dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan
kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat,
dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan
program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.


*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang
positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan
dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

ESEI
Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

1.0 Pendahuluan

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam
bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan
aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi
atau dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik
memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar
yang amat rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan
memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara
dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai
kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari
ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini
terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi,
zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka
dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu
memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika
perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan
cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan


sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya
Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan


penting
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md
Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan
program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis
insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat,
kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan
dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan
atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh
setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang
halus (sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip
moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan,
persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam
di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada
penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai
matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman
dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan
tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah,
membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard
mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas
dan berkesan.
4.0 Tonggak Dua Belas

4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas


Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato Seri Ahmad
Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas
merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai
Murni dalam Tonggak Dua Belas

4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)

4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)


4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)


4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)
4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; Tonggak
membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan
Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk
menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti
perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan
amalan positif
bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu
hasrat dan tindakan.

5.1Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan
Awam di Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan
secara dalaman dan luaran.tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi
mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan
berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong
dalaman dan benteng pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan
terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
sesebuah organisasi.

5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa


dalam segala urusan perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah
sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu sentiasa menepati masa,
berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan
menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang
perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak
berkualiti.

5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau


fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam
perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi
bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi
meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan
Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa
ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif dalam kalangan
penjawat awam.

5.4Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi


nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan
melahirkan penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka
bangga dengan kerja berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan
secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat berpasukan,
mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya
seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam
kalangan pemimpin organisasi untuk merancang, mengurus dan melaksanakan
iklim yang kondusif di tempat kerja.

5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakan


perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua
Belas. Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah
tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya menerapkan
nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan berhemah tinggi dalam
kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan
penjawat awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.

5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan

berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut
individu antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam
menguruskan perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak, sikap,
perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi akan
membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja
dan peningkatan mutu kerja.

5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.


Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam
bukan sahaja memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri
sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil,
saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai amalan
dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati,
menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni.

5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan
yang terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah
hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi
dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang hebat. Pemimpin bukan
sahaja mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang
dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih
berkesan jika seseorang pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik.
Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif seperti
hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek akal dan
mementingkan emosi.

5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan


yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai
ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini
dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat,
berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan
kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai
nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja
sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan
menunggu kerja .

5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.

Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam
kehidupan. Inilah yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam
Tonggak Dua Belas. Nilai ini
membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan
utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi
semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi. Oleh
itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja tanpa
kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan
negatif yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi.

5.11Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud Sabar itu salah satu dari cabang iman .
Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan
Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di
kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal, berpandangan
jauh, tenang, lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan menjalankan
kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus
asa, mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan
sempit.

5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan


dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi
dan penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam
sesebuah organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam
Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi tumpuan
kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.
5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa
puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha
itu diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat
Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam
berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan
kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak
kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan.
Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka pembaharuan, takut
kepada perubahan dan sebagainya.

6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah

Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam
Tonggak Dua Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.
Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang
terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini
sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan
murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana
nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilainilai tersebut ialah:a. Menghargai Masa
b. Ketekunan Membawa Kejayaan
c. Keseronokan Bekerja
d. Pengaruh Teladan
e. Kewajipan Menjalankan tugas
6.1 Menghargai Masa
6.1.1 Menepati Masa
Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga
dari emas. Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan
berikut: a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30
pagi hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah
dan mula diurus dengan mencatat kehadiran mereka.
b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran
bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam
jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan budaya menepati masa apabila
masuk dan keluar pada
waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan,
aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan
aktiviti menepati masa dalam menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM
dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya sense of emergency dan sense of
urgency. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan
keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar,
Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan sebagainya.

d. Sebagai membina watak sekolah, guruguru dan kakitangan sekolah dinasihati


agar menepati masa semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan
sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar
warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji
sebagai penjawat awam yang baik.
6.1.2 Merancang Pengurusan Masa
Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang
diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang
diberi harus diurus dengan baik agar sasaran kerja
tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar
warga sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :

a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi
takwim kurikulum, takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam,
takwim sukan dan permainan, takwim kewangan dan audit, takwim bimbingan dan
kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan sebagainya.

b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak
melalui pendekatan yang utama diutamakan dahulu, memiliki senarai semak,
sentiasa peka kepada target date dan sebagainya. Sebagai contoh guru mata
pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual
peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang
pada hujung tahun.

6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan
mestilah berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan
tugas berjaya diamalkan di sekolah

6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.

a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti
bagi merealisasikan misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.

b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya
seperti prinsip semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian
100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan,
kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar dalam kalangan
warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi,
sanggup berkorban demi kejayaan sekolah.

c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah


menambah ilmu, kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah
memulakan proses dengan pengumpulan segala data, menyusun maklumat,
membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan
melakukan penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target
sekolah.

6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan


dan Kesepunyaan.
a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja.
Kehebatan pencapaian sekolah terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan
gigih. Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama.
Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan
bermaksud segala yang berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah
disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan
sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti menguruskan skuad bolasepak,
sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan pantun, hari
keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar
seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal
ehwal murid, program bersama PPD, JPN dan KPM.

6.2.3Mencetuskan semangat Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan


a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala
pengalaman, kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru
dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap program atau projek.
Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya
kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru.

b. Budaya in house training turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini


penyebaran dan perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru
dan memiliki pelbagai kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu
memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat. Melalui usaha ini
diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta
berpeluang menggunakan berbagaibagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh
guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru perlu tekun mencuba
berbagai bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan
matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja
cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada
hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.

6.3 Keseronokan Bekerja


Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan
meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja
lebih
menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa
contoh aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan
Keseronokan Bekerja.

6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah


a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai
ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj
Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan
dan majlismajlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna, bacaan Al
Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan
majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak
memisahkan kerja dengan ibadah. Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti
berusaha bersungguh-sungguh dan
mereka redha dengan ketentuan Tuhan.

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir

a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan,


seminar, menghadiri kursus dan in house training. Sekolah membeli bukubuku
pendidikan, menyebar luas naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus
mengikut agihan tugas dan mengadakan in house training pada hari Sabtu.

b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti


panitia melalui perbincangan, mesyuarat dan kajian kes.

c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan


kertas kerja, laporan aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain.

6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif

a.Membina kawasan sekolah yang kondusif


seperti selamat, bersih dan ceria.

b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan


cepat, jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan
kepada tindak balas kepada maklumat.

6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan

a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan


dan permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah.

b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian


seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.

6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran

a.Memberi peluang dan kebebasan kepada


guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru
mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,
setiausaha PIBG dan sebagainya.

b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat


yang berinovasi seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A,
Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan,
Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya.

6.3.6 Menjadikan Sekolah Ku Rumah Ku

a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan
dan sebagainya di sekolah.

b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk
aktiviti sosial, agama dan kebajikan.

c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya
sebagai usaha promosi sekolah dan membina watak sekolah.

d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.
6.4 Pengaruh Teladan
6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan
a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh
dan teladan kepada warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat
awam yang baik dengan mengamalkan nilai- nilai murni, berpegang teguh kepada
agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai contoh
pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan,
mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan.

b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat


dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha
menerapkannya dalam kalangan warga sekolah.

c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah.
Usaha ini menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah
cemerlang. Semua jentera sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga
sekolah disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat
ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan
berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan.
d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah
yang lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan
perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan
sekolah dan sebagainya.

6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional


Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan
kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan
tetap penting dalam organisasi sekolah kerana core busines sekolah ialah
pengajaran
dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh
dan teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti
berikut:-

a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti


penyeliaan.

b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan
peperiksaan yang dijalankan.

c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan


guru atau antara guru dengan guru.

d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian


bijak dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme
guru-guru melalui kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh Panitia
Daerah, PPD, JPN,
KPM dan sebagainya.

e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan


mengadakan perbincangan mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula,
targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan dan pentafsiran, home
learning dan sebagainya.

f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer,
kelengkapan alatan sains dan kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan
sebagainya.

6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.


Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh
membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa
yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan
kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu
sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan
membentuk pengajaran yang baik.

6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap


a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai
contoh, hasrat sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam

bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran,


tiada defisit pembelajaran dan sebagainya.

b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan
berdasarkan andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan
sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala
ponteng sekolah ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada
sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan
menuntut kecekapan individu-individu yang terlibat.

c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan


warga sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih
alternatif terbaik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan
memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam
untuk menjalankan kewajipan.

6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan


dan kemahiran
a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan
kemahiran. Tugasan diberi mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, track
record, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan
pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina
insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras
kecenderungan dan kelayakan.

b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa.
Mereka bekerja dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan.
Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah
3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah
dipersetujui.

c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan
kerja sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan
bertindak mengikut maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai
prestasi yang diharapkan akan

terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu


seperti prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang,
rekod pencapaian atlit olahraga sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas,
lokasi dan sebagainya.

7.0Penutup
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu
perkhidmatan awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja
melibatkan penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan
etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam.
Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi
meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota
perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu menjadikan nilai-nilai yang
dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi melahirkan budaya
kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini
setanding dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor
lain. Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di
negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah
birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik
dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di
tangga kerana berasa selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka
tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana cabaran yang menanti pada abad ke
dua puluh satu ini semakin mencabar
Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang
dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu
perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin
sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan
dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang
tinggi bagi memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat
dicapai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

Rujukan :

1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.

2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN


3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN
4.Standard Kualiti Pendidikan MalaysiaSekolah, (2003).
Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.
6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.
KL:DBP
7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah
Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan
Budiman Sdn . Bhd.

Ciri-Ciri Guru Cemerlang


Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan
peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia
mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme
perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru,
kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang
mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang
dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana
kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan
lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan
lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000)
dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran
(Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan
2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1.
Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:


Nilai kendiri yang positif
Berakhlak mulia
Adil
Bertimbang rasa
Amanah
Bertanggung jawab
Kreatif
Inovatif
Kemas
Sikap sedia berkongsi
Bersikap terbuka
Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang
berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
Mengamalkan budaya ilmu
Berkebolehan menyelesaikan masalah
Membuat keputusan yang rasional serta objektif
Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu
dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas
menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara
yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan


dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus
profesional, seminar, bengkel.
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan
penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah
satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri
personaliti unggul seperti berikut:
Adil
Sabar
Tegas
Konsep kendiri positif
Kesungguhan
Mesra
Prihatin
Kerjasama
Menepati masa
Bertanggung jawab
Berakhlak mulia
Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciriciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru
cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:


- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,
berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat
menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan
menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan
kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus
masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti
keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil
pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan
penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan
keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,
menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang
tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea
dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha,
sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan,
mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar
untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus,
seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan
ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan
sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru


yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh
membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:


- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,
berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat
menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan
menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan
kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus
masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti
keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil
pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan
penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan
keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,
menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang
tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea
dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha,
sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan,
mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar
untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus,

seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan


ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan
sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru


yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh
membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

You might also like