You are on page 1of 2

PENAAKULAN MORAL BAKAL-BAKAL GURU TERHADAP ETIKA PROFESSION KEGURUAN Oleh: Moriza binti Mohd Alias Profesor Zaitun

binti Sidin Dr. Sanitah binti Mohd. Yusof Universiti Teknologi Malaysia

1.0 PENDAHULUAN Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan niilainilai murni secara komprehensif. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerapkan dan

menyemai nilai-nilai murni adalah melalui matapelajaran tertentu khususnya Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, dalam matapelajaran lain, aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti persatuan sekolah.Manakala etika pula sangat penting dalam kehidupan seharian kerana berhubung rapat dengan perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Ia merupakan sebahagian daripada proses kehidupan yang merangkumi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial (termasuk agama). Kajian ini dijalankan bagi melihat pertimbangan atau penaakulan moral bakal bakal guru di UTM terhadap etika profesion perguruan. Dua kumpulan guru pelatih iaitu satu kumpulan terdiri dari yang tiada pengalaman mengajar dan sekumpulan lagi guru pelatih yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Sebuah instrumen yang dibina oleh penyelidik sendiri telah digunakan. Instrumen tersebut mengandungi enam

scenario yang menggambarkan etika profesion keguruan, diikuti oleh enam pilihan jawapan yang mewakili tahap penaakulan moral. Responden diminta memilih satu jawapan sahaja. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tiada seorang pun responden yang menunjukkan penaakulan pos konvensional tahap enam. Secara umumnya responden berada pada tahap penaakulan yang paling tinggi untuk tanggungjawab kepada pelajar dan ibubapa jika dibandingkan dengan penaakulan mereka terhadap masyarakat dan profesion.

You might also like