You are on page 1of 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mencegah keracunan makanan.


Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Analisis soalan:
Tugasan
:
langkah-langkah untuk mencegah keracunan makanan
Tema
:
Keracunan makanan
Kata kunci
:
Langkah
Isi 1
Isi 2
Isi 3

:
:
:

penyediaan makanan yang bersih


ibu bapa menyediakan bekal kepada anak-anak
penguatkuasaan undang-undang

Keracunan makanan merupakan antara isu yang sering diwara-warakan dalam media cetak
dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuian di situ ada jalan. Persoalannya
apakah langkah-langkah untuk mencegah keracunan makanan?
Pada pendapat saya, antara langkahnya ialah penyediaan makanan yang bersih. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengusaha kantin yang menyediakan makanan yang bersih dapat
memastikan pelajar makan makanan yang tidak tercemar. Di samping itu, penyediaan makanan yang
bersih ini juga dapat mengelakkan seseorang pelajar daripada keracunan makanan kerana mencegah
lebih baik daripada merawat. Sebagai contoh, pengusaha kantin mestilah menutup makanan yang
disediakan supaya tidak dihinggapi lalat. Mereka juga mestilah membasuh sayur-sayuran,
menyimpan bahan mentah ke dalam peti sejuk beku dan sebagainya. Saya ingin menegaskan
bahawa penyediaan makanan yang bersih merupakan antara langkah untuk mengelakkan keracunan
makanan.
Selain itu, ibu bapa menyediakan bekal kepada anak-anak juga dikenal pasti sebagai salah
satu langkah untuk mencegah keracunan makanan. Hal ini bermaksud bekal yang disediakan oleh
ibu bapa mampu memastikan anak-anak makan makanan yang sihat dari rumah. Lagipun,
penyediaan bekal kepada anak-anak ini juga mampu mengelakkan anak-anak membeli makanan
yang tidak berkhasiat di kedai. Contohnya, ibu bapa mestilah membekalkan nasi goreng dari rumah
untuk dimakan oleh anak-anak pada waktu rehat. Mereka juga boleh membekalkan nasi lemak,
sandwic, roti dan sebagainya. Saya ingin menjelaskan bahawa salah satu langkah yang boleh diambil
untuk mengelakkan keracunan makanan dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa mestilah
menyediakan bekal kepada anak-anak mereka.
Langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan keracunan makanan yang berikutnya ialah
penguatkuasaan undang-undang. Dalam konteks ini, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak
Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan berupaya untuk memastikan para peniaga sentiasa
akur dengan peraturan penyediaan makanan. Tambahan pula, penguatkuasaan undang-undang ini
juga berupaya untuk mendisiplinkan para peniaga supaya sentiasa mengutamakan kebersihan dalam
penyediaan makanan. Misalnya, pihak penguatkuasa mestilah mengenakan kompaun yang tinggi
terhadap premis makanan yang kotor. Mereka juga boleh menyita premis berkenaan, mengarahkan
supaya kerja pembersihan dilakukan dan sebagainya. Saya optimis, penguatkuasaan undang-undang
merupakan langkah bijak untuk mencegah keracunan makanan.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk mengelakkan keracunan makanan
agar kesihatan para pengguna akan lebih terjamin. Usaha ini mestilah dilaksanakan secara
berterusan dan jangan pula seperti pahat dengan penukul!
Nota: Esei ini hanyalah panduan untuk menghuraikan isi. Calon diminta ubah suai agar lebih menarik.

You might also like