You are on page 1of 11

GERAK TUMPU

SET 1
_____________________________________________

PT3 2014
PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA
UJIAN BERTULIS
Jam

ARAHAN:
1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang
disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan
yang disediakan dalam kertas soalan ini.
4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada
pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.
Untuk Kegunaan
Pemeriksa
Soalan

Markah
Penuh

10

10

10

10

15

30

Jumlah

100

NAMA : ..
.
1

Markah
Diperoleh

Arahan :

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu


soalan Bahagian D.
BAHAGIAN A
[ 25 markah ]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan


kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i)

Penduduk di kampung itu beruntung amat kerana dapat membeli pelbagai


jenis
kuih di bulan puasa.
________________________

ii)

Buah durian yang terlalu banyak itu tidak termampu dihabiskan oleh saya
kerana
kekenyangan.
_________________________

iii)

Aminah Restoran merupakan salah sebuah restoran Melayu yang terkenal di


Kota Tinggi.
_________________________

iv)

Baginda telah bersetuju untuk merasmikan majlis itu, kata jurucakap istana
itu.
__________________________
[8 markah]

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i)

Tindakan kontrakter binaan yang kurang prihatin terhadap keselamatan


kadangkala boleh menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.
_______________________

ii)

Doktor itu memberikan penjelasan bahawa pesakit itu hanya menghidap


demam
selsema.
__________________________

iii)

Kempen anti dadah yang dianjurkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini telah
berjaya mengurangkan kadar penagihan dalam kalangan remaja di negara ini.
___________________________
[3 markah ]

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


i)

Saya telah menjawab surat itu semalam.


_______________________________________________________

ii)

Ayah membaca surat khabar di ruang tamu rumah setiap pagi.


_______________________________________________________

iii)

Puan Hamidah menyediakan makanan tengah hari untuk keluarganya.


_______________________________________________________

iv)

Kami membaiki kereta kesayangan ibu.


_______________________________________________________

v)

David melayari Internet pada setiap malam di dalam biliknya.


_______________________________________________________
[ 10 markah ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan kedua-dua gambar tersebut.

i)

__________________________________________________________________

ii)

_______________________________________________________________________
[4 markah]
Bahagian B
(30

markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Ana dan semua guru bekerja keras menaikkan prestasi sekolah. Berbagai-bagai usaha
yang dilakukan secara sukarela telah berjaya menaikkan nama sekolah tersebut dalam
bidang akademik dan kokurikulum sama ada pada peringkat daerah mahupun pada
peringkat negeri Pahang. Ana menghabiskan masanya membantu anak-anak didiknya
supaya berjaya dalam pelajaran. Bukan sahaja di sekolah, malah rumah guru yang
didiaminya juga sering juga sering kali menjadi tumpuan murid-murid untuk membuat
ulang kaji mereka.
Ana mulai berasa gelisah apabila sudah tiga hari Milah tidak hadir ke sekolah. Apabila
ditanya pada kawan-kawannya, Ana diberitahu bahawa Milah demam. Sebaik-baik sahaja
selesai aktiviti kokurikulum pada petang itu, Ana menumpang bot salah seorang
muridnya ke Kampung Lenjun.
Setibanya di rumah Milah, Ana hampir tidak percaya apabila melihat keadaan Milah yang
tidak bermaya dan kelihatan pucat lesi. Namun begitu, Milah masih mampu mengukir
senyuman apabila guru kesayangannya datang untuk menziarahinya. Emak Milah
memberitahu Ana tentang gusi Milah sering berdarah dan kulit lengannya kelihatan
lebam.
(Dipetik daripada cerpen Mencari Nafas Baharu,
Antologi Harga Sebuah Lukisan,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i)

Apakah usaha yang dilakukan oleh Cikgu Ana untuk meningkatkan prestasi
akademik di sekolahnya?
(3 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________

ii)

Bagaimanakah keadaan Milah semasa dilawati oleh Cikgu Ana di rumahnya?


(3 markah)

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

iii)

Sebagai seorang murid, nyatakan cara-cara untuk menghargai jasa guru anda.
(4 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Nasihat (Bersatu Hati)


Harun Mat Piah (Penyelenggara)
Gunung Tahan sama didaki,
Sungau Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.
Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.
Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.
Puisi Melayu Tradisional Nasihat dan Pengajaran, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

i)

Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan nasihat yang harus dijadikan panduan oleh
pemuda dan pemudi.
(3 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

ii) Jelaskan pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun di atas?

(3 markah)

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga percakapan atau tutur kata?
(4
markah)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji di
Tingkatan 3.

(i)

6:20 karya Jasmina Ibrahim

(ii) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah


(iii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

Pelbagai nilai positif dapat diamalkan oleh pembaca dalam kehidupan seharian.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan novel yang anda kaji.
[ 10 markah ]

BAHAGIAN C
[15 markah]

Lihat carta pai peratusan kehadiran pelancong di bawah dengan teliti. Berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

BAHAGIAN D
[ 30 markah ]
9

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

i)

Sekolah anda telah mengadakan aktiviti perkhemahan di luar kawasan sekolah baru-baru
ini. Sebagai setiausaha sebuah kelab atau persatuan di sekolah, anda diminta untuk
membuat laporan tentang aktiviti tersebut.
Sediakan laporan itu selengkapnya.

ii) Kebersihan sungai merupakan tanggungjawab kita bersama. Namun, masyarakat kini
masih tidak mengambil peduli tentang pencemaran sungai yang semakin serius.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi
pencemaran sungai.
iii) Amalan membaca bermula di rumah.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

You might also like