You are on page 1of 4

MERENANG GELORA

FOKUS NOVEL 2012


Soalan1:
Merenang Gelora: Persoalan- Tanggungjawab Terhadap Tugas
Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan
persoalan di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora karya Ruslan Ngah. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah Badri bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk
membenteras salah laku disiplin pelajar di sekolahnya.
Selain itu, peristiwa Siew Mei mencari Badri untuk meminta pertolongan Badri
bagi menyiasat perbuatan Meng Kong bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja oleh
bapa Meng Kong.
Akhir sekali, peristiwa Cikgu Jailani bertanggungjawab sebagai seorang guru
disiplin untuk memberi denda kepada pelajar yang melanggar disiplin sekolah.

Soalan 2:
NILAI KEGIGIHAN
Berdasarkan novel Merenang Gelora, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
nilai kegigihan.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora karya Ruslan Ngah. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama, Badri gigih menjalankan tugasnya sebagai seorang
pengawas yang menghadapi banyak cabaran.
Selain itu, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh
yang demikian Badri meminta izin untuk pulang awal.
Akhir sekali, peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga tersungkur.
Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang pengawas.
Soalan 3:
NILAI- KEBERANIAN

Berdasarkan novel Merenang Gelora, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan


nilai keberanian.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora karya Ruslan Ngah. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul
dan kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras.
Selain itu, peristiwa Badri berhadapan dengan Shahrul yang menyerangnya.
Namun kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan Shahrul sehingga
mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Akhir sekali, peristiwa Badri membawa Kumar ke guru disiplin kerana Badri
mengesyaki Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya.

Soalan 4:
NILAI- KASIH SAYANG
Berdasarkan novel Merenang Gelora, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
nilai kasih sayang.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora karya Ruslan Ngah. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama Badri mahu membahagiakan kedua-dua ibu bapanya
sebagai tanda kasih saying mereka membesarkannya.
Selain itu, peristiwa Siew Mei saying akan abangnya, Siew Mei berjumpa Badri
di sebuah restoran untuk meminta bantuan agar abangnya tidak dibuang kerja oleh
bapa Meng Kong.
Akhir sekali, peristiwa Jamil berpindah dan bersekolah di Sarawak kerana
diminta berbuat demikian oleh ibu bapanya.

Soalan 5:
PERWATAKAN WATAK UTAMA BADRI SEORANG YANG BERANI
Berdasarkan novel :Merenang Gelora, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora karya Ruslan Ngah. Watak utama
dalam novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang berani.
Peristiwa pertama ialah Badri berani membawa Kumar ke bilik guru disiplin
kerana Badri mengesyaki Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya.
Selain itu, peristiwa Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan
kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras.
Akhir sekali, peristiwa Badri berani berhadapan dengan Shahrul yang
menyerangnya. Namun kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan
Shahrul sehingga mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Soalan 6:
PERWATAKAN WATAK UTAMA- BADRI SEORANG YANG GIGIH
Berdasarkan novel Merenang Gelora, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora karya Ruslan Ngah. Watak utama
dalam novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang gigih.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga
tersungkur. Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang
pengawas.
Selain itu, peristiwa gigih menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang
menghadapi banyak cabaran.
Akhir sekali, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh
yang demikian, Badri meminta izin untuk pulang awal.

Soalan 7:
PERBANDINGAN WATAKWatak utama- Badri
Watak sampingan- Shahrul
Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak
sampingan?
Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora karya Ruslan Ngah. Terdapat
banyak perbandingan antara watak utama dan watak sampingan.
Perbandingan yang pertama ialah Badri seorang yang bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah manakala Shahrul seorang
yang tidak bertanggungjawab kerana dia telah meninggalkan Nadira ketika diserbu
polis.
Selain itu, Badri tidak suka berfoya-foya dan hidup bebas kerana tidak
mendatangkan faedah kepadanya manakala Shahrul sentiasa berfoya-foya bersama
rakan-rakannya dan sering terlibat dalam lumba haram.
Akhir sekali, Badri seorang yang rajin kerana dia selalu mengulang kaji
pelajaran ketika peperiksaan SPM semakin hampir manakala Shahrul menghabiskan
masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.

You might also like