You are on page 1of 3

Cerpen Kasut Kelopak Jantung

TEMA
1. Cerpen ini bertemakan kemiskinan hidup pelajar di kawasan pedalaman dalam
menempuh alam persekolahan dan cabaran guru dalam mendidik anak murid daripada
pelbagai latar belakang. Ahmad dilambangkan sebagai murid di kawasan pedalaman
yang miskin dan serba kekurangan. Cikgu Harun pula sebagai guru muda yang bertugas
di kawasan pedalaman yang serba payah dan mencabar.....
2. 2. PERSOALAN a) Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman. b) Kedaifan
golongan marhaen di luar bandar. c) Ingatan dan penghargaan terhadap guru. d)
Kesempitan hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. e) Ketegasan guru yang
dalam mendidik anak bangsa. f) Kecekalan dalam menuntut ilmu meskipun berkeadaan
serba kekurangan.
3. WATAK a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Cikgu Harun. b) Watak sampingan yang
dominan ialah Ahmad.
4. PERWATAKAN Cikgu Harun Beliau guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman.
Beliau tegas dan garang Cikgu Harun berwajah bengis. Beliau berjiwa sensitif. Cikgu
Harun sabar mendidik anak-anak muridnya. Ahmad Dia murid tahun tiga. Dia lahir
dalam keluarga yang miskin. Ahmad patuh akan arahan guru. Dia lurus bendul. Dia
berdikari. Dia tabah dan gigih menuntut ilmu. Ibu Ahmad Beliau sudah uzur. Wajah
beliau seiras dengan wajah Ahmad. 5.
5. PLOT BINAAN PLOT Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana adanya
peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik imbas kembali. Peristiwa lebih
tiga dekad yang lalu, iaitu pengalaman mengajar di kawasan pedalaman. Kenangan
tentang Ahmad yang memakai kasut kelopak jantung disampaikan oleh pengarang
dengan mengimbas kembali peristiwa tersebut.
6. PERMULAAN : Cikgu Harun tertanya-tanya tentang bungkusan hadiah yang
diterimanya. Hadiah itu tidak bersetem sebagai tanda dihantar melalui pos. Namun beliau
sudah mengagak siapa pengirimnya kerana itu bukanlah pertama kali beliau menerima
bungkusan tersebut. Yang membuatkannya sangsi ialah niat si pengirim, sama ada ikhlas
atau mahu menyindirnya.
7. PERKEMBANGAN : Cikgu Harun terkenang akan peristiwa lebih tiga dekad yang lalu.,
tatkala beliau mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman. Ahmad, murid
tahun tiga telah menimbulkan kemarahannya setiap kali masuk ke kelas. Puncanya,
Ahmad tidak memakai kasut sekolah dan hanya berkaki ayam sejak tiga minggu lalu,
iaitu selepas selipar jepunnya putus. Apabila ditanya, Ahmad akan memberikan jawapan
yang serupa, iaitu dia belum membeli kasut sekolah.
8. KLIMAKS : Kemarahan Cikgu Harun kian memuncak. Dia mahu merotan Ahmad tetapi
tiba-tiba dia terpandang akan pokok pisang yang rimbun. Di bawah pokok itu ada banyak
kelopak jantung pisang yang besar. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kelopak
jantung itu sebagai kasut dengan mengikatkannya pada kaki menggunakan tali rafia.
Ahmad perlu memakai kasut kelopak itu hingga dia mempunyai kasut sekolah. Ahmad
berasa sangat malu dengan hukuman itu hingga menyebabkan dia mahu berhenti sekolah.
9. PELERAIAN : Selepas seminggu, Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya. Apabila
melihat keadaan rumah Ahmad yang daif dan ibu Ahmad yang uzur, hati Cikgu Harun
disentap pilu. Ahmad baru pulang daripada kebun, tempat dia mengambil upah memetik
cili. Cikgu Harun berasa sebak melihat kasut kelopak jantung yang masih dipakai

Ahmad. Ahmad menyatakan bahawa dia belum cukup duit untuk membeli kasut sekolah.
Akhirnya, Cikgu Harun terus ke pekan untuk membelikan Ahmad baju dan kasut sekolah
yang baru. Selepas tiga dekad, Cikgu Harun sudah bersara dan Ahmad sudah bergelar
pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.
10. TEKNIK PLOT TEKNIK IMBAS KEMBALI Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan
diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung
pedalaman. TEKNIK IMBAS MUKA Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika
itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan.
11. TEKNIK MONOLOG "Jauh juga rumah Ahmad," bisik hati kecil Cikgu Harun.
12. TEKNIK DIALOG "Saya Cikgu Harun," Riak wajah wanita itu berubah mendengar
jawapan itu. "Jemputlah naik," pelawa wanita itu.
13. LATAR Latar Masa a) Pada masa sekarang - Setelah Cikgu Harun bersara daripada guru
dan Ahmad berjaya menjadi seorang pengurus besar di syarikat pengeluaran kasut. b)
Tiga dekad yang lalu - Ketika Cikgu Harun masih baru mengajar di sebuah sekolah
kawasan pedalaman Latar Tempat a) Rumah Cikgu Harun - beliau menerima bungkusan
hadiah pada Hari Guru. b) Kelas Tahun Tiga - Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana
tidak memakai kasut sekolah. c) Padang Sekolah - Ahmad didenda oleh Cikgu Harun
iaitu memakai Kasut Kelopak Jantung. d) Di Pekan - Cikgu Harun membeli sepasang
pakaian sekolah dan sepasang kasut. Latar Masyarakat a) Masyarakat guru dari bandar
yang mengajar di kawasan pedalaman. contoh - Cikgu Harun melalui cabaran mengajar
di kawasan yang jauh daripada pembangunan. b) Masyarakat pedalaman yang miskin.
contoh - Ahmad lahir daripada sebuah keluarga yang daif dan serba kekurangan. c)
Masyarakat yang cekal. contoh - Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun
rumahnya jauh dari sekolah. d) Masyarakat yang berjaya. contoh - Ahmad tidak pernah
menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk berjaya. kini mempunyai kerjaya
mantap. e) Masyarakat yang mengenang budi. contoh - Ahmad tidak pernah lupa
memberikan kasut yang mahal-mahal saban tahun kepada Cikgu Harun, khususnya pada
Hari Guru.
14. GAYA BAHASA a) Simile contoh : Tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung;
berjalan macam lembu sakit kaki; kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik;
bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya. b) Metafora contoh :
membatukan diri; hatinya yang terhiris c) Repetasi contoh : Terasa kakinya seperti kaki
monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. d) Kata-kata puitis contoh :
membiarkan dirinya hanyut dalam arus ingatan; kesabaran masih tersisa dalam jiwanya;
kata yang terlontar melewati bibir kering Ahmad. e) Peribahasa contoh : Anak-anak
kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayam waktu itu; Kadang-kadang
dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul; Dia mula terasa Ahmad itu berkecil hati.
15. NILAI a) Kerajinan Ahmad berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak mahu mewarisi
kemiskinan keluarga. b) Berdikari Ahmad bekerja memetik cili di kebun sayur kerana
hendak membantu keluarga yang miskin. c) Baik Hati Cikgu Harun membeli sepasang
baju seragan dan kasut sekolah untuk Ahmad supaya dia dapat belajar dengan selesa. d)
Semangat bermasyarakat Cikgu Harun membantu Ahmad kerana mahu Ahmad berjaya
dalam pelajaran dan keluar daripada belenggu kemiskinan. e) Pemaaf Ahmad menerima
pemberian Cikgu Harun dan dia ke sekolah kerana tidak menyimpan perasaan dendam. f)
Mengenang Budi Ahmad mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana
hendak membalas budi baik Cikgu Harun terhadapnya tiga puluh tahun yang lalu. 9.

16. PENGAJARAN a) Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya dapat mencapai
kejayaan dalam hidup. b) Kita hendaklah bersikap dermawan supaya dapat meringankan
kesusahan orang lain. c) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya hidup
kita gembira. d)Kita hendaklah membalas budi baik yang telah kita terima supaya
hubungan silaturrahim berpanjangan. e)Guru-guru hendaklah berusaha mendidik muridmurid kerana mereka merupakan negara yang berharga. Copy the BEST Traders and

You might also like