You are on page 1of 2

Pelancaran Ponteng dan Lewat '0'

Program Peningkatan Disiplin

Ke Arah Salah Laku Sifar

DEFINISI
Ponteng sekolah ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran daripada
pengetua atau guru besar. Ia membawa maksud tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah seperti surat doktor
atau surat oleh pihak ibu bapa / penjaga yang telah ditandatangani dengan sah oleh ibu bapa atau penjaga.
Ponteng kelas pula ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran guru. Ia
membawa maksud pelajar lambat masuk ke kelas untuk mengikuti P & P, keluar kelas tanpa kebenaran guru, tidak
menghadiri kelas pada masa tertentu tanpa alasan yang kukuh dan munasabah atau pulang / keluar dari kawasan / premis
sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah.
MATLAMAT
Menangani masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas yang berleluasa di kalangan murid bagi merealisasikan misi SK
Taman Bunga Raya (1) sebagai sebuah sekolah selamat dan terunggul di Hulu Selangor
OBJEKTIF
95% murid hadir penuh setahun. 2.

0% murid ponteng kelas sepanjang tahun. 3.

Memupuk jati diri dan sikap

bertanggungjawab dikalangan murid terhadap diri sendiri, ibu bapa, sekolah, agama dan bangsa. 4.

Meningkatkan

kesedaran kendiri terhadap murid tentang betapa pentingnya hadir ke sekolah untuk mendapat ilmu dan kemahiran. 5.
Meningkatkan disiplin murid untuk mencapai tahap salah laku sifar. 6.
kondusif bagi menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. 7.

Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis dan

Meningkatkan peratus prestasi akademik dan penglibatan

murid dalam semua aktiviti sekolah


.
PERANAN GURU/ SEKOLAH

Guru Besar//PK HEM memberi taklimat kepada guru tentang prosedur menangani masalah ponteng sekolah.
Guru kelas diwajibkan melengkap & mengemaskini maklumat diri murid dalam jadual kedatangan.
Guru kelas dikehendaki menanda kehadiran murid setiap hari di dalam kelas sebelum sesi pembelajaran

bermula.
Guru kelas dikehendaki menyimpan semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/penjaga dan surat keluar
kawasan sekolah dengan baik di dalam fail yang dibekalkan. Surat-surat tersebut disusun mengikut tarikh &

bulan.
Bagi menangani kes ponteng kelas, guru mata pelajaran perlu merekod kehadiran murid dalam kelas semasa P &
P dijalankan dan lain-lain maklumat berkaitan dalam Buku Kawalan Disiplin Kelas. Ketua/penolong ketua kelas

akan menghantar Buku Kawalan Disiplin Kelas selepas waktu persekolahan kepada guru disiplin
Guru kelas melaporkan kes pelajar yang kerap ponteng kepada PK HEM atau Penyelia Petang mengikut tatacara
yang telah ditetapkan.

PERANAN MURID

Mempunyai cita-cita dan jati diri yang tinggi.


Menyedari akan kepentingan hadir ke sekolah dan bersikap positif terhadap pelajaran.
Mendisiplinkan diri masing-msing agar hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Sekiranya tidak dapat
hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab yang munasabah, hendaklah memaklumkan kepada pihak

sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan.


Tidak mementingkan HIBURAN daripada pelajaran.
Mempunyai kemahiran belajar, pelajar digalakkan berjumpa guru mata pelajaran atau kaunselor sekiranya perlu

kaedah/teknik berkenaan.
Mendisiplinkan diri agar bangun awal supaya tidak lambat ke sekolah.
Menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru pada waktu yang telah ditetapkan.
Tidak mengambil kesempatan daripada keadaan suasana yang buruk seperti hujan dan sebagainya.
Menjaga kesihatan dengan baik.

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA


Memastikan anak hadir ke sekolah setiap hari persekolahan.
Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah.
Memberi perhatian kepada anak dalam semua aspek dan menerapkan nilai murni serta ajaran agama.
Mewujudkan interaksi yang baik sesama ahli keluarga.
Membina institusi keluarga yang kukuh dan harmoni.
Mengenalpasti rakan sebaya anak dan pengisian masa lapang mereka.
Menghubungi pihak sekolah sama ada guru kelas, guru disiplin, guru mata pelajaran atau PK HEM untuk
membuat pemantauan atau spot check terhadap kehadiran anak-anak ke sekolah atau masalah yang
lain yang berkaitan..
Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
Menghadiri mesyuarat PIBG dan memberi kerjasama serta sokongan sepenuhnya terhadap semua
aktiviti yang dirancang.
Menerima kelemahan diri anak serta berusaha untuk memperbaikinya.
Bekerjasama dengan masyarakat setempat atau ibu bapa yang lain untuk memantau keadaan
persekitaran dan melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapat murid ponteng.

You might also like