You are on page 1of 1

Pembentangan Usul Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat 2015

Bahawasanya perwakilan pergerakan pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat yang


bersidang pada hari ini mencadangkan kepada pucuk pimpinan agar
mempertimbangkan agar:1) Mencadangkan penubuhan MRSM di dalam Parlimen Hulu Langat @ Selangor
2) Menegakkan Islam di Malaysia
1) Mencadangkan penubuhan MRSM di dalam Parlimen Hulu Langat @
Selangor
-

2014, pelajar yang mengambil UPSR di Selangor ialah 85 392 orang. Yang
mendapat 5A ialah 6 593 orang ( paling tinggi dalam Malaysia jumlah yang
mendapat 5A )

2014, pelajar yang mengambil UPSR di daerah Hulu Langat ialah 16 027
orang. Yang mendapat 5A ialah 1 333 orang. Lulus A, B dan C 70.15%.
Bermaksud Hulu Langat menyumbang 20.2% murid 5A. Ikut kedudukan
pencapaian UPSR Selangor 2014 Hulu Langat tempat ke-2 dari 10 daerah
dalam Selangor.

Selangor telah mencapai status Negeri Maju tetapi HANYA ADA SATU SAHAJA
MRSM iaitu MRSM Kuala Kubu Bharu.
a) Melaka ada 3
b) Negeri Sembilan ada 3
c) Kedah ada 5
Boleh lihat website www.mara.gov.my/senarai-mrsm

YB Datuk Haji Johan b Abd Aziz ( ADUN Semenyih ) adalah Ahli Majlis MARA
Malaysia

Justifikasi yang dinyatakan di atas menguatkan sokongan dan permintaan supaya


MRSM dibina di Selangor dan yang terbaiknya di dalam Parlimen Hulu Langat.
Secara tak langsung menaikkan nama Hulu Langat dan peluang ekonomi.
2) Menegakkan Syariat Islam di Malaysia
-

Menyokong sepenuhnya pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam


(Hudud, Qisas dan Takzir) sejajar dengan prinsip Islam sebagai agama
Persekutuan. Meminta agar semua Ahli Parlimen BN yang Islam agar
memberi sokongan yang tak berbelah bagi bila dibentangkan di Parlimen
kelak. Di samping membantu untuk menjeaskan dan menerangkan kepada
rakan-rakan Parlimen dari BN yang bukan beragama Islam.

Mengimarahkan masjid/surau bagi menampakkan dan menjelaskan bahawa


orang UMNO adalah PENCINTA ALLAH S.W.T DAN MUHAMMAD S.A.W.

You might also like