You are on page 1of 1

Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga

Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga . Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkara
yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan tekun.
Peribahasa ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai dalam sesuatu bidang tetapi jika dia
berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya dalam bidang itu. Kita mesti tidak mudah putus asa dalam
menghadapi cabaran. Berikut adalah pengalaman saya mengenai peribahasa ini
Saya telah mula belajar bermain piano pada usia 8 tahun. Pada mulanya saya mendapati jari-jari saya
sakit. Saya tidak mahu pergi ke kelas piano. Saya memberitahu perkara ini kepada ibu bapa saya.
Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengikuti
nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya mendapat keputusan
yanf cemarlang.
Saya berasa sungguh gembira. Usaha saya telah berhasil. Ibu bapa dan guru piano saya juga memuji
saya. Saya tidak lagi akan melupakan peribahasa Belakang parang selagipun jika diasah akan tajam juga
.

http://asfizahmohdamir65.blogspot.my/p/cabaran-minda.html

You might also like