You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

Kandungan
Isi kandungan

Halaman
1

1.0 Pengenalan CHI SQUARE

2.0 Keperluan data

3.0 Konsep ujian CHI SQUARE

4.0 Prinsip-prinsip CHI SQUARE

5.0 Konsep CHI SQUARE

6.0 Pengujian hipotesis dengan CHI SQUARE

7.0 Formula CHI SQUARE

8.0 Formula darjah kebebasan (df)

Contoh 1

Contoh 2

10

Rujukan

12

Lampiran

13

Slaid Pembentangan
Jadual CHI SQUARE

1.0

Pengenalan CHI SQUARE

Analisis data merupakan satu proses untuk memberi makna kepada data penyelidikan
yang telah dikumpul. Terdapat banyak jenis kaedah untuk menganalisis data.
Antaranya ialah Ujian-T, ANOVA, Korelasi Regresi, Regresi Linear dan Chi Square. Ujian
Chi Square ialah untuk data yang berbentuk nominal, iaitu data yang hanya dalam jenis
kategori. Data jenis ini hanya bersifat kualitatif di mana subjek-subjek diatur mengikut
kategori, contohnya jumlah pelajar mengikut jantina atau negeri asal mereka.
Chi Square juga merupakan ukuran perbezaan antara frekuensi yang didapati
dengan frekuensi yang dijangkakan. Selain itu, ujian Chi Square merupakan satu ujian
yang menggunakan data berbentuk kekerapan bagi menguji hipotesis daripada sesuatu
sampel untuk menentukan sama ada terdapat pertalian atau hubungan (association)
yang signifikan antara dua pembolehubah berkategori dalam sesuatu populasi yang
diuji.
Tatacara statistik inferens yang biasa digunakan untuk data nominal ialah ujian
Chi Square,x^2. Ujian ini membandingkan jumlah kes yang diamati dengan jumlah kes
jangkaan. Ujian ini membandingkan jumlah kes yang diamati dengan jumlah kes
jangkaan. Jika perhubungan antara dua pembolehubah berlaku secara bersahaja, kita
mengharapkan nilai khi kuasa duanya kecil . Nilai x^2 kecil menunjukkan dua
pembolehubah tidak mempunyai sekutuan. Jika nilai x^2 besar dan bererti,
perhubungan antara dua pembolehubah dikatakan wujud. Walaubagaimana pun, x^2
tidak menunjukkan kekuatan hubungan. x^2

hanya memberitahu sama ada

perhubungan yang bererti wujud atau tidak. Untuk tujuan tafsiran, kita menggunakan
indeks sekutuan yang sesuai dahulu.

2.0

Keperluan data

Data ujian ini dalam bentuk bilangan atau kekerapan manakala skala yang digunakan
ialah nominal dan ordinal. Dalam ujian Chi Square, dua set kekerapan dibandingkan
iaitu kekerapan cerapan (yang dilihat dalam bentuk keadaan sebenar dan kekerapan
yang sepatutnya atau kekerapan yang diharapkan (kekerapan mengikut teori bilangan
yang sepatutnya wujud seandainya hipotesis nul adalah benar). Khi Kuasa Dua
selalunya melibatkan penggunaan penjadualan silang (cross tabulation). Prinsip asas
dalam penjadualan silang adalah seperti berikut:
a) Penjadualan silang mestilah yang berbentuk bilangan (kekerapan) bagi sesuatu
pembolehubah atau kes dalam setiap sel.
b) Prosedur statistik yang digunakan untuk menguji hipotesis nul (Ho) adalah
dengan membandingkan bilangan yang diperhatikan (O) dengan bilangan yang
djangkakan (E).
c) Bilangan yang dijangkakan ialah bilangan yang sepatutnya, sekiranya hipotesis
nul adalah benar.
d) Seandainya hipotesis null benar, maka kadar bilangan bagi satu pembolehubah
dengan satu lagi pembolehubah lain adalah sama. Apabila terdapat perbezaan
yang besar antara kekerapan cerapan dengan kekerapan yang dijangkakan,
hipotesis nul (Ho) ditolak.

3.0

Konsep ujian CHI SQUARE

Chi Square ialah pengujian yang bersifat bukan parametrik.

Ujian bersifat bukan

parametrik tidak membuat sebarang andaian tentang taburan populasi dan


keseragaman varians populasi. Ia hanya memerlukan subjek dipilih secara rawak dan
bebas antara satu sama lain. Chi Square juga digunakan untuk menentukan sama ada
wujud hubungan atau tidak antara dua pembolehubah. Chi Square tidak memberi nilai
untuk melihat kekuatan hubungan dan juga arah hubungan. Terdapat dua jenis ujian
3

chi square yang biasa digunakan. Chi Square seperti pada namanya, melibatkan nilainilai yang dikuasaduakan. Ini menyebabkan pemboleh ubah rawak chi square hanya
mengambil nilai-nilai positif sahaja, iaitu daripada 0 kepada +.

4.0

Prinsip-prinsip CHI SQUARE

Terdapat empat prinsip dalam ujian Chi Square iaitu;


a) Merupakan analisis data kategorial (data kualitatif/nominal dan data semua
kuantitatif/ordinal)
b) Data frekuensi bukan peratusan.
c) Menghitung besar perbezaan antara nilai pengamatan (O) dengan nilai harapan
d) Besar sampel hendaklah mencukupi.

5.0

Konsep CHI SQUARE

Kaedah chi square digunakan untuk membandingkan nilai pemerhatian dan jangkaan
dengan beranggapan tiada hubungan antara baris dan lajur di dalam jadual kontigensi.
Selain itu, kaedah chi square juga turut digunakan untuk menguji hipotesis sama ada
wujud hubungan antara dua atau lebih kumpulan atau populasi. Chi square boleh
dibahagi kepada dua iaitu:
(i)

Fit of goodness

(ii)

Independent

Fit of goodness adalah jadual yang terdiri daripada satu baris dan banyak lajur
manakala Independent pula adalah jadual yang mempunyai banyak baris dan lajur.
Ujian chi square dua bagi kebagusan penyuaian (Goodness-of-fit) digunakan untuk
analisis yang melibatkan satu pemboleh ubah kategori manakala ujian chi square bagi
ketaksandaran (independence/relatedness) digunakan untuk analisis yang melibatkan
hubungan antara dua pemboleh ubah kategori.
4

Ujian chi square bagi kebagusan penyuaian (Goodness-of-fit) digunakan untuk


menguji hipotesis nol yang menyatakan bahawa kekerapan cerapan adalah mengikuti
sesuatu corak atau taburan tertentu. Dalam hal ini, kekerapan cerapan (observed
frequency) merupakan kekerapan sebenar yang diperoleh berdasarkan data sampel
manakala kekerapan jangkaan (expected frequency) adalah kekerapan bagi sel-sel
dalam jadual taburan-silang yang dijangka berlaku apabila hipotesis nol yang dibuat
adalah benar.
Ujian chi square bagi ketaksandaran (independence/relatedness) pula menguji
hipotesis nol yang menyatakan bahawa dua pemboleh ubah yang dikaji dalam populasi
adalah tidak berhubung-kait. Ujian ini akan menentukan sama ada wujudnya sesuatu
hubugan yang signifikan secara statistik berdasarkan kekerapan cerapan bagi keduadua pemboleh ubah dalam jadual taburan-silang.

6.0

Pengujian hipotesis dengan CHI SQUARE

Pengujian hipotesis boleh dibuat dengan berdasarkan perbandingan di antara nilai teori
(jangkaan) dan nilai kiraan (pemerhatian). Terdapat dua jenis pengujian hipotesis yang
pertama adalah:
(i)

Hipotesis null (Ho)


Hipotesis null (Ho) bermaksud hipotesis yang ditolak. Jika nilai kiraan
(pemerhatian) lebih besar atau sama dengan nilai teori (jangkaan), maka hipotesis
null ditolak.

X2 pemerhatian > X2 jangkaan


Ho ditolak

(ii)

Hipotesis Alternatif (Ha)


Hipotesis alternatif (Ha) bermaksud hipotesis yang diterima. Jika nilai kiraan
(pemerhatian) lebih kecil dari nilai teori (jangkaan), maka hipotesis alternatif
diterima atau juga boleh disebut seperti hipotesis null gagal ditolak.

X2 pemerhatian < X2 jangkaan


Ha diterima

7.0

Formula CHI SQUARE

Kaedah Chi berganda sering dipraktikkan dalam keadaan di mana dua klasifikasi wujud,
dimana data selalunya disusun dalam bentuk jadual kontingensi.

Formula chi square bagi kedua-dua jenis jadual kontigensi adalah sama.

Di mana

fo = frequency observation (pemerhatian)


fe = frequency expected (jangkaan)

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan nilai fe adalah berbeza bagi kedua


dua jadual tersebut. Bagi fit of goodness, nilai fe boleh didapati dengan
menggunakan kaedah ini.

Dimana

C = bilangan lajur jadual


n = jumlah keseluruhan nilai
6

Manakala, untuk mendapatkan nilai fe bagi jenis independent adalah seperti


berikut:

Dimana

fc = nilai pada lajur


fr = nilai pada baris
n = jumlah keseluruhan nilai

8.0

Formula darjah kebebasan (df)

Pengiraan darjah kebebasan adalah untuk menentukan nilai kritikal pada taburan chi
square. Pengiraan darjah kebebasan juga berbeza bagi kedua-dua jenis jadual kontigensi.
Bagi jenis fit of goodness, df boleh dikira dengan kaedah dibawah:

Manakala, bagi jenis independent pula, nilai df boleh dikira dengan menggunakan
kaedah dibawah:

Dimana

C = bilangan lajur jadual


R = bilangan baris jadual

Contoh 1 (FIT OF GOODNESS)


Dalam satu pemilihan jawatankuasa koperasi, terdapat 3 calon yang bertanding untuk
menyandang jawatan sebagai pengerusi. Calon pertama Ali, calon kedua Bob dan calon
ketiga Chong. Pemilihan tersebut melibatkan 42 orang ahli. Dimana 18 orang memilih
Bob, 17 orang memilih Ali dan 7 orang memilih Chong.

Persoalannya, adakah

pemilihan tersebut berdasarkan kepada ketiga-tiga kategori kecenderungan kegemaran


ahli atau hanya kebetulan.
JAWAPAN :
Nama Calon

Ali

Bob

Chong

Bilangan undi

17

18

: tidak terdapat kecenderungan kegemaran ahli dalam pemilihan jawatan


pengerusi.

: terdapat kecenderungan kegemaran ahli dalam pemilihan jawatan


pengerusi.

n = 42 , = 0.05
df = (C-1) = 3-1
=2
cv = 5.99

e = 1/C x n
= 1/3 x 42
= 14

(o-e) 2
= ---------e

(17- 14) 2
X2 1 = ------------14
(18-14) 2
= -----------14

X2 2

(7-14) 2
----------14

X2

= 0.65

= 1.14

= 3.5

= X2 1 + X2 2 + X2 3
= 0.65 +1.14 +3.5
= 5.28

Kesimpulan:
Berdasarkan hasil keputusan ujian chi-square, menunjukkan bahawa H gagal ditolak
kerana tidak terdapat kecenderungan kegemaran ahli dalam pemilihan jawatankuasa
pengerusi.

Contoh 2 (INDEPENDENT)
Sebuah kilang elektronik telah membuat tinjauan terhadap kualiti VCD, di mana
terdapat dua kumpulan jurutera yang terlibat dalam tinjauan tersebut.
(Gunakan = 0.05)

KUMPULAN
A
B
JUMLAH

VCD 1
90 (70)
10 (30)
100

JENIS VCD
VCD 2
40 (56)
40 (24)
80

Total

VCD 3
10 (140)
10 (6)
20

140
60
200

: tidak terdapat perbezaan kualiti VCD dalam kalangan kumpulan A dan B.

: terdapat perbezaan kualiti VCD dalam kalangan kumpulan A dan B.

= 5 % = 0.05
df = (C-1) (R-1) = (3-1) (2-1) = 2
cv= 5.99

Penghitungan
Frekuensi harapan ( e) = (total Row x total Coloum )/ total keseluruhan

100 x 140
e1= ----------- = 70
200

80 x 140
e2 = ---------- = 56
200

20 x 140
e3 = -------200

=14

100 x 60
e4 = ----------- = 30
200

80 x 60
e5 = ------------ = 24
200

20 x 60
e6 = -------200

=6

10

(o-e) 2
= ---------e

(90- 70) 2
X2 1 = ------------70

(40-56) 2
= -----------50

= 5.71

=2

X2 3 =

(10-14) 2
----------14

= 1.14

X2 4 =

(10-30) 2
---------30

= 13.33

(40-24) 2
----------24

= 10.66

(10-6) 2
X2 6 = ---------6
X2

= 2.66

= X2 1 + X2 2 + X2 3 + X2 4 + X2 5 + X2 6
= 5.71 + 2 + 1.14 + 13.33 + 10.66+ 2.66

X2

= 35.5

Kesimpulan:
Berdasarkan hasil keputusan ujian chi square, menunjukkan H ditolak dan H diterima,
dimana terdapat perbezaan kualiti VCD dalam kalangan kumpulan A dan B.

11

RUJUKAN
[1]

Mohd Nawi Abd Rahman (1984), ASAS STATISTIK, Penerbit Universiti Pertanian
Malaysia, Dicetak oleh Syarikat Pencetakan Selagor, Kuala Lumpur.

[2]

Othman Zainal dan Ishak Ghani (1979), STATISTIK PERMULAAN, terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Ampang, Selangor.

[3]

Albert E. Bartz (1999), BASIC STATISTICAL CONCEPTS, Edisi Keempat, tebitan


Prentice Hall, Inc, Amerika Syarikat.

[4]

http://www.ling.upenn.edu/~clight/chisquared.htm

[5]

http://stattrek.com/chi-square-test/independence.aspx?tutorial=ap

[6]

http://www.statisticssolutions.com/non-parametric-analysis-chi-square/

[7]

https://onlinecourses.science.psu.edu/stat414/node/312

[8]

http://www.r-tutor.com/elementary-statistics/goodness-fit/chi-squared-testindependence

[9]

http://www.biochemia-medica.com/2013/23/143

12

LAMPIRAN

13

You might also like