You are on page 1of 2

PROMOSI HIDUP SIHAT

Promosi gaya hidup sihat merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk menggalakkan masyarakat
terus bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Agensi Penggerak Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan


Sukan dan Kerajaan Negeri
Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri merupakan induk penting
dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

Kaedah Promosi
Pelbagai kaedah promosi telah dijalankan bagi memastikan masyarakat terus mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan menaik taraf segala
kemudahan dan prasarana sukan dan rekreasi seperti taman-taman rekreasi, padang, gelanggang
dan alat-alat permainan di peringkat negeri, bahagian, daerah dan kampung. Di samping itu, kerajaan
juga cuba mendapatkan bantuan lebih ramai pakar kesihatan untuk membuat kajian terhadap
beberapa wabak penyakit yang dihadapi rakyat agar ia dapat dibendung lebih awal.
Langkah ini adalah penting untuk meyakinkan penduduk dan masyarakat setempat bahawa kerajaan
amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti dan memandang berat isu kesihatan rakyat
demi melahirkan masyarakat cergas dan sihat agar negara lebih maju. Dengan peruntukan tinggi
yang diberikan kepada setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti kesihatan, kerajaan berharap agar setiap kemudahan digunakan oleh masyarakat
dengan sebaik-baiknya.
Di samping itu, kerajaan juga dalam Rancangan Malaysia ke-8 telah bekerjasama dengan pihak
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan dalam merencanakan pelbagai aktiviti
kesihatan seperti mengadakan pelbagai karnival dalam mempromosikan kempen "Gaya Hidup
Sihat".
Di antaranya ialah Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan "Sihat Sepanjang Hayat" yang dijalankan
setiap tahun. Kempen ini memberi penekanan dan fokus terhadap amalan-amalan yang boleh
dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk mempromosikan kesihatan mereka.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar merangkumi kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Keutamaan adalah
diberikan kepada kumpulan kanak-kanak kerana pada peringkat ini mereka boleh dididik untuk
mengamalkan corak gaya hidup sihat sehingga dewasa. Ini menjadi sasaran dan matlamat utama
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kumpulan sasar yang lain seperti remaja, dewasa dan warga emas tidak di ketepikan juga kerana
tahap kesihatan kumpulan ini juga perlu diubah supaya menjadi lebih sihat, berkualiti dan produktif.
Ini kerana mereka adalah aset negara dalam membentuk modal insan yang utama untuk
membangunkan negara kita pada masa kini dan juga masa hadapan.
Oleh itu sebagaimana dapat kita perhatikan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak
mensasarkan kepada kumpulan tertentu sahaja dalam usaha mereka untuk menerapkan corak gaya
hidup sihat ini tetapi menetapkan matlamat merentasi generasi dari usia kanak-kanak sehingga ke
warga emas.

Tips Gaya Hidup Sihat

You might also like