You are on page 1of 3

HEALTH EDUCATION, MINISTRY OF HEALTH/KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT


TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI
MALAYSIA- KKM
April 21, 2015 0 Comments

Kementerian

Kesihatan

Malaysia

(KKM)

juga

ingin

memaklumkan mengenai situasi semasa penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand, Foot And
Mouth Disease (HFMD) di Malaysia. Penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku
sepanjang tahun. Sehingga hari terakhir minggu epid 14/2015 (11 April 2015), sejumlah 13,497
kes HFMD telah dilaporkan dengan purata kes dilaporkan seminggu di seluruh negara
sebanyak 964 kes. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 83% jika dibandingkan
dengan minggu yang sama pada tahun 2014 di mana sebanyak 7,368 kes telah dilaporkan
dengan purata mingguan sebanyak 526 kes.
Negeri Sarawak menyumbangkan jumlah kes terbesar setakat ini berbanding negeri lain iaitu
6,333 kes (46.9%), diikuti oleh Selangor 2,727 kes (20.2%), Johor 919 kes (6.8%), WPKL 661
kes (4.9%), Perak 642 kes (4.8%) dan Sabah 593 kes (4.4%), sementara negeri-negeri lain
kurang dari 400 kes. Pada tahun 2015, Negeri Johor melaporkan sebanyak 919 kes iaitu
peningkatan kes HFMD sebanyak 410 kes (81%) tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun
2014 (509 kes). Manakala satu kes kematian disyaki HFMD telah dilaporkan di negeri Johor dan
pihak kementerian masih menunggu keputusan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
(MKAK) Sg. Buloh, Selangor.
Hasil pemantauan 120 sampel virus HFMD sehingga 7 Mac 2015 oleh Makmal Kesihatan Awam
Kebangsaan pula mendapati 39 sampel (32%) positif virus Enterovirus 71 (EV 71) dan 14
sampel (12%) positif virus Coxsackie A16.

Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie
Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair
lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.
Kebiasaan

jangkitan

adalah

ringan(mild) dengan

simptom

demam

diikuti

ruam

melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang
mengidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa 7 ke 10 hari. Kanakkanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang
selera makan. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk
seperti ensefalitis dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku.
Penyakit HFMD ini berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. Jangkitan
penyakit HFMD berlaku apabila manusia terdedah kepada kontak dengan air liur, cecair
lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit. Penyakit ini cepat menular dengan kadar
hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil kurang dari 10 tahun terutamanya di premis tempat
tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika. Justeru, KKM ingin menasihatkan ibu bapa atau
penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan supaya:
1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/ sekolah / taska / tadika / pusat asuhan
kerana boleh merebakkan jangkitan.
2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan
rawatan.
3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas
ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepoh dan
semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.
4. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based)permainan anak
serta lantai rumah terutama tandas.
5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
6. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi
barangan dengan anak-anak yang lain.
7. Pihak pengusaha TASKA, TADIKA dan lain-lain pusat jagaan kanak-kanak disarankan
supaya mengadakan saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) bagi memastikan
tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.
KKM sentiasa memantau kejadian penyakit HFMD di seluruh negara dan mengambil tindakan
kawalan dan pencegahan. Untuk makluman, penyakit HFMD merupakan penyakit berjangkit

yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Akta 342). Orang ramai boleh melaporkan kejadian kes HFMD di premis taska/tadika/sekolah ke
Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Sekian, terima kasih.
YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

You might also like