You are on page 1of 8

5 Panduan Makanan Selamat

Pengenalan
Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit
bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.
Keracunan makanan berlaku disebakan oleh beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh anda :
a.

Keracunan makanan berpunca daripada kuman yang mencemari makanan melalui;

najis

tanah

air

makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas

haiwan ternakan, dan

manusia, terutamanya melalui tangan.


b.

Kuman boleh tersebar dan membiak dengan cepat apabila makanan dicemari. Untuk membiak,
kuman memerlukan ;

makanan

air

masa, dan

suhu yang sesuai.


c.

Tangan anda merupakan sumber yang utama dalam menyumbang kepada pencemaran dan
penyebaran kuman kepada makanan.

Oleh itu, keracunan makanan boleh dielakkan dengan mengamalkan 5 panduan makanan selamat bagi
menjamin kesihatan anda.

Gejala / Simptom
Sekiranya anda mengalami ;

sakit perut

muntah-muntah

cirit-birit,

ia adalah simptom kejadian keracunan makanan.


Simptom boleh berlaku serta-merta apabila anda memakan makanan yang tercemar, atau kebiasaannya ia
mengambil masa di antara 24-72 jam daripada tempoh anda makan.
Penyakit bawaan makanan boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti ;

kanser

arthritis, atau

penyakit saraf,

sekiranya rawatan awal tidak diterima.


Anda juga tidak boleh memandang ringan terhadap penyakit ini memandangkan ia boleh membawa maut.

PANDUAN
1. Jaga Kebersihan
Amalkan perkara berikut :

Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan.

Basuh tangan anda selepas keluar dari tandas.

Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih.

Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.

7 Langkah Membasuh Tangan


Anda perlu bertindak, mengapa?
Kebanyakan kuman tidak menyebabkan penyakit, namun begitu kuman berbahaya tersebar luas dalam :

tanah

air

haiwan

manusia.

Kuman tersebut boleh disebarkan melalui ;

tangan

kain pengelap

perkakas dapur terutamanya pada papan pemotong.

Jika makanan dan kuman bersentuhan, ia boleh menyebabkan makanan tercemar danmengakibatkan
keracunan makanan.

2. Asingkan Makanan Mentah Daripada Makanan Yang Sudah Dimasak


Amalkan perkara berikut :

Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah
dimasak atau makanan yang dimakan terus seperti ulam dan buah-buahan yang telah dipotong.

Guna perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan
makanan yang mentah.

Simpan makanan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan
makanan yang telah dimasak.

Anda perlu bertindak, mengapa?


Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannyamengandungi kuman
berbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.

3. Masak Dengan Cara Yang Betul


Amalkan perkara berikut :

Masak makanan dengan sempurna sepenuhnya terutama daging, hasil ayam, telur dan makanan
laut.

Masak makanan berkuah dan sup sehingga mendidih. Bagi daging dan hasil ayam, pastikan air
rebusannya kelihatan jernih dan bukan berwarna merah jambu.

Masak makanan yang hendak dipanaskan semula dengan sempurna.

Masak makanan seperti burger, daging kisar, ayam panggang dan bahagian tertentu daging
sepenuhnya sebelum dimakan.

Anda perlu bertindak, mengapa?

Memasak makanan dengan sempurna dapat membunuh semua bakteria berbahaya.

4. Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat


Amalkan perkara berikut :

Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (pada suhudi bawah 5C).

Kekalkan suhu makanan yang telah dimasak lebih daripada 60C sebelum dihidangkan.

Tidak membiarkan makanan lebih daripada 2 jam pada suhu bilik.

Tidak menyimpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 3 hari.

Tidak menyimpan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik.

Mengapa?

Pada suhu bilik, kuman boleh membiak dengan cepat. Pertumbuhan kuman akan berkurangan atau
terhenti pada suhu di bawah 5C atau atas 60C.

Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteria yang masih boleh hidup di bawah suhu 5C.

5. Gunakan Air dan Bahan Mentah yang Selamat


Amalkan perkara berikut :

Guna air yang bersih atau yang telah dirawat.

Pilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan.

Basuh sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan mentah.

Basuh dan kupas kulit buah-buahan bagi mengurangkan pencemaran makanan.

Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.

Mengapa?

Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh kuman dan bahan-bahan kimia berbahaya.

Bahan toksik boleh terhasil pada makanan yang berkulat dan rosak.

5 Panduan Untuk Makanan Yang Selamat

Rujukan :
1.

Lima Panduan Makanan Yang Selamat, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2011.

2.

Five keys to safer foods. 2006. Department of food safety, zoonoses and foodborne diseases. World
Health Organization.

3.

J. Schlundt(1), H. Toyofuku (2), J. Jansen (2) & S.A. Herbst(3) Emerging food borne zoonoses. Journal
of Revision Science and Technology of Epidemiology. 2004. 513-533.

4.

Ana Marui. Food safety and security: what were favourite topics for research in the last decade?.
Journal of Global Health. 2011.72-78.

Semakan akhir

: 22 Januari 2014

Penulis

: En. Mohd Nurul Haryadie bin Mazuki

You might also like