You are on page 1of 3

Sistem penyaman udara solar dingin dan penyejuk solar BCT berupaya jimat elektrik:

Sistem penyaman udara solar dingin ialah sistem penghawa dingin hibrid berasakan tenaga solar
pertama diperkenalkan dinegara ini. Berfungsi dengan menggunakan haba tenaga solar pada
siang hari, manakala pada sebelah malam ia digerakkan oleh tenaga elektrik. Sistem ini
menggunakan gas HFC yang mesra alam.
Penyejuk solar BCT yang menggunakan sistem penyejuk berpusat pula sesuai untuk kegunaan
banggunan komersial serta banggunan yang mengunakan jumlah tenaga yang tinggi seperti
hospital,sekolah dan makmal university. Ia dihasilkan dengan menepati garis panduan index
Banggunan Hijau(GBI) yang mana pemilik banggunan yang menggunakan boleh menuntut
100% pengecualian cukai.

Jenis-Jenis Gas Dalam Penghawa Dingin:


1) Gas Pendingin R410a

Gas R410 adalah gas penyejuk yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem
penghawa dingin rumah yang terkini. Gas R410a mengantikan peranan gas R22 yang
mana R22 telah dikatakan penyumbang kepada pemanasan global dan kesan rumah hijau.
Rata-rata semua penghawa dingin jenis inverter menggunakan gas R410a ini. Sistem
perpaipan bagi unit penghawa dingin yang menggunakan gas ini juga berbeza dengan
unit yang menggunakan gas R22 yang mana perpaipan tiup kuprumnya lebih tebal dan
diameter yang lebih kecil. Ini disebabkan sifat gas R410a yang mempunyai tekanan yang
lebih tinggi dan aktif.
2) Gas Pendingin R22

Gas R22, bahan penyejuk yang juga digunakan bagi unit penyaman udara konvensional
(lama). Tetapi penggunaanya mula nak diharamkan di Malaysia kerana kandungan
CFCnya boleh menipiskan lapisan ozon dan menyumbang kepada pemanasan global.

3) Gas Pendingin R134a

Gas R134a adalah gas penyejuk yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem
penghawa dingin kereta. Gas R134a menggantikan peranan gas penyejuk R12 yang
mana R12 dikatakan penyumbang kepada pemanasan global dan kesan rumah hijau.
Hampir kesemua kenderaan keluaran 2006 keatas menggunakan gas bahan penyejuk ini.
4) Gas Pendingin R12

Gas R12, bahan penyejuk yang juga digunakan bagi unit penyaman udara
konvensional(lama) bagi kenderaan. Tetapi penggunaanya mula nk diharamkan di
Malaysia kerana kandungan CFCnya boleh mencemarkan alam.

You might also like