You are on page 1of 5

SEL FUEL OKSIDA PEPEJAL SEBAGAI PENJANA TENAGA ELETKRIK DI

PELANTAR GAS

Cabaran Industri Minyak Dan Gas

Kini, penjanaan elektrik daripada bahan bakar fosil telah menyumbang kepada

pemanasan global, pencemaran karbon dan hujan asid. Industri minyak dan gas

antara penyumbang besar pelepasan gas rumah hijau. Pada 2016, sebanyak 28%

gas rumah hijau Norway adalah berpunca daripada industri itu. Di Malaysia, syarikat

Petronas melaporkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 43.8 juta metrik tan pada

tahun 2021. Oleh itu, kajian yang dijalankan bagi mencadangkan agar penjana kuasa

konvensional, turbin gas ditukarkan kepada Sel Fuel Oksida Pepejal yang mempunyai

kecekapan yang lebih tinggi menukarkan bahan bakar kepada tenaga.

*Perlu ada subtopik di sini yang menceritakan tentang teknologi sedia ada seperti gas

turbine, dan teknologi2 baharu yang sudah diamalkan seperti solar etc

Apa itu Sel Fuel Oksida Pepejal?

Sel Fuel Oksida Pepejal (SOFC) ialah sebuah alat yang menjalankan tindak balas

elektrokimia dengan menukarkan tenaga kimia pada bahan api seperti metana kepada

tenaga elektrik. Sel Fuel bukanlah teknologi baru tetapi telah lama dibangunkan sejak

180 tahun yang lalu dan SOFC merupakan antara jenis sel fuel yang telah berjaya

dibangunkan. Pada 1930-an, Saintis Switzerland, Emil Baur bertanggungjawab

membangunkan SOFC menggunakan elektrolit (sejenis medium perhubungan antara

katod dan anod) tanah liat dan metal oksida seperti zirkonium pada suhu mencecah

1000°C. Kecekapan SOFC dilaporkan mampu beroperasi pada kecekapan sehingga

60% manakala turbin gas hanya mampu mencapai pada sekitar 30%. Ini menunjukkan

SOFC berupaya beroperasi dua kali ganda lebih berkesan berbanding turbin gas.
Bagaimana SOFC Berfungsi?

Sistem SOFC yang terdiri daripada elektrolit dimampatkan dengan dua elektrod, anod

dan katod. Bahan api yang mengandungi hidrogen seperti metana disuapkan pada

bahagian anod dan bertindak balas dengan oksigen yang disuapkan di bahagian

katod menyebabkan pembakaran berlaku. Tindak balas penurunan berlaku pada

katod kerana kepekatan oksigen berkurang. Elektron yang dilepaskan oleh molekul

oksigen akan membentuk ion oksida. Seterusnya, ion oksida akan berpindah ke

bahagian anod melalui elektrolit seperti ytria dan zirkonia menyebabkan tindak balas

pengoksidaan bahan api hidrogen dengan ion oksida. Rajah 1 menunjukkan proses-

proses yang terlibat bagi penjanaan kuasa oleh SOFC.

Rajah 1 Rajah Skematik SOFC


Kajian Simulasi pelantar gas luar pesisir dijalankan menggunakan perisian Symmetry

bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian penggunaan SOFC. Unit operasi yang

terlibat seperti pemisah dua fasa, pemisah tiga fasa, penyejuk, pembersih, pemanas,

pam dan sebagainya seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Suapan gas asli terdiri

daripada sebatian gas hidrokarbon (C1-C6).

Analisis Tekno-Ekonomi Penjana Kuasa


Analisis tekno-ekonomi ialah suatu teknik yang efektif bagi menentukan ketersauran

teknologi dan ekonomi. Analisis Tekno-ekonomi yang komprehensif akan

menekankan beberapa aspek prestasi ekonomi seperti kapasiti peralatan, unit utiliti,

penyelenggaraan, kos pemasangan peralatan dan sebagainya. Analisis yang

dijalankan pada SOFC dan turbin gas menunjukkan perbandingan menarik antara

penjana kuasa. Nilai CAPEX atau pelaburan modal ialah kos yang melibatkan

pembelian unit. CAPEX SOFC berjumlah RM40.61 Juta, lebih tinggi berbanding turbin

gas pada RM16.18 Juta kerana melibatkan tambahan unit operasi iaitu pereformasi

manakala turbin gas hanya memerlukan satu unit. OPEX atau kos pengoperasian

merupakan kos yang melibatkan dari sudut gaji pekerja, penyelenggaraan serta kos

lain bagi memastikan penjana kuasa beroperasi dengan baik. OPEX SOFC berjumlah

RM11.02 Juta lebih rendah berbanding turbin gas pada RM 19.07 Juta kerana faktor

penggunaan bahan api dapat dikurangkan sebanyak 52.7%. Penggunaan bahan api

yang sedikit membuktikan kecekapan SOFC yang tinggi berbanding turbin gas.

Manakah yang lebih menguntungkan?

Pada sudut analisis keuntungan pula, beberapa perkara perlu dinilai bagi menentukan

jenis penjana kuasa yang lebih menguntungkan. Antara elemen yang dititikberatkan

seperti pemulangan modal (ROI), tempoh pembayaran semula (PBP), kadar pulangan

(IRR) dan sebagainya. ROI merujuk kepada julat nilai peratus yang boleh

dibandingkan dengan nilai awal pelaburan. IRR ialah ukuran terhadap kadar faedah

maksimum yang masih mampu dibayar oleh pelabur dan mencapai pulang modal.

Nilai ROI dan IRR yang tinggi, PBP dan tempoh pulang modal yang lebih singkat

menunjukkan penggunaan SOFC mampu menjadi tarikan pelabur.


Jadual 1 Rumusan Tekno-Ekonomi Bagi Penjana Kuasa

Parameter Unit SOFC Turbin Gas


Jangka hayat Tahun 20 20
ROI % 25 13
PBP Tahun 4 7
Susut Nilai RM Juta/Tahun 1.49 0.63
NPV RM Juta -9.98 -10.01
IRR % 21.01 15.8
Pulang Modal Tahun 5 6

Nilai kini bersih atau Net Present Value (NPV) merupakan elemen ekonomi yang lebih

berguna berbanding PBP dan ROI kerana elemen ini akan mengambil kira nilai masa

wang dan variasi perbelanjaan. Mudah kata, nilai NPV menunjukkan jumlah duit boleh

diperolehi pada masa akan datang. Nilai NPV negatif terjadi akibat beberapa faktor

seperti kos awal perbelanjaan, kos pengoperasian dan kos susut nilai. Perkara ini juga

berlaku disebabkan sistem penjanaan kuasa bukanlah projek yang boleh dengan

sendirinya kerana ia adalah sebahagian daripada projek loji

Perbandingan Sudut Alam Sekitar

Gas Rumah Hijau atau Greenhouse Gases (GHGs) merupakan salah satu faktor

besar menyebabkan perubahan iklim. GHGs terdiri daripada karbon dioksida (CO 2),

metana (CH4), nitrus oksida (N2O), ozon (O3), kloroflurokarbon (CFCs) dan karbon

tetraklorida (CCl4) SOFC hanya menghasilkan sekitar 32 ribu tan/tahun GHGs

berbanding turbin gas pada sekitar 81 ribu/tan setahun. Ini menunjukkan pengurangan

sebanyak 59.6%. Keamatan pencemaran = 0.68 tan GHGs/MWj menunjukkan SOFC

menghasilkan 0.68 tan GHGs bagi setiap MWj SOFC, maka ia adalah lebih mesra

alam dalam usaha memelihara iklim. Secara keseluruhannya, pemilihan SOFC


sebagai pengganti penjana kuasa kepada turbin gas di pelantar gas luar pesisir

seharusnya dipertimbangkan.

Pelepasan Gas Rumah Hijau


90000 81,159
80000
70000
60000
Tan/Tahun

50000
40000 32,759
30000
20000
10000
0
Turbin Gas SOFC

Rajah 2 Perbandingan Pelepasan Rumah Hijau

*Cuba dapatkan/kirakan maklumat yang wow bila orang baca, cthnya kalau kita andaikan semua

pelantar gas di Msia menggunakan SOFC berapa byk yang kita boleh kurangkan emission etc.

You might also like