You are on page 1of 20

Implikasi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ke Atas Industri Takaful

di Malaysia: Tumpuan kepada Tadbir Urus Syariah


AHMAD BASYIR BIN YAAKUB

ABSTRAK
Industri Takaful telah diwujudkan di Malaysia dalam menyahut seruan kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub dalam Industri Kewangan Islam.Beberapa
peruntukan undang-undang telah diperkenalkan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan
Industri Takaful seperti Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Artikel ini akan membincangkan kesan peruntukkan
perundangan tersebut dalam aspek tadbir urus syariah Industri Takaful di Malaysia.Kajian ini
menggunakan pendekatan tinjauan dokumen yang mana terbahagi kepada empat
bahagian. Pertama,pengenalan kepada kajian. kedua, penjelasan metodologi kajian. ketiga,
menyentuh mengenai peranan Majlis Penasihat Syariah dan kedudukan dalam Ijtihad berkaitan
kewangan Islam. Keempat perbincangan implikasi Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara
Malaysia 2009, dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dalam tadbir urus syariah
Industri Takaful di Malaysia. Kesimpulan awal mendapati perlunya kepada perubahan
perundangan dalam Industri Takaful untuk memastikan kecukupan kerangka perundangan
selaras dengan perubahan masa operasi Industri Takafulyang telah bertapak selama 30 tahun
lamanya.
Kata Kunci :Implikasi;Kewangan Islam; Tadbir urus Syariah
ABSTRACT
Takaful Industry has been established in Malaysia responding the government call in creating
Malaysia to be a hub for Islamic Financial Industry. Several law allocations were introduced to
ensure smoothness for Takaful Industry implementation such as Takaful Act 1984, Central Bank
of Malaysia Act 2009 and Islamic Financial Services Act 2013. This article will analyze the
effects of allocating law regulations in governing aspect to the syariah takaful industry in
Malaysia. This research will use documental review approach in which divided into four
sections. Firstly, research introduction. Secondly, research methodology explanatory. Thirdly,
conceptual clarification on the role of syariah advisory council and the level of ijtihad relating
to Islamic financial. Lastly, the implication discuss on Takaful Act 1984, Central Bank of
Malaysia Act 2009 and Islamic Financial Services Act 2013 regulating the syariah takaful
industry in Malaysia. Preliminary conclusion suggested the need for legislative changes in the
takaful industry to ensure sufficiency of legal structure conformable with the takaful industry
operation time change that has set its foot for 30 years in duration.
Keyword: Implication; Islamic Financial; Syariah Governance

PENGENALAN
Pembangunan Industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980an didorong oleh keperluan
semasa masyarakat Islam pada ketika itu yang mana mereka inginkan sebuah insuran yang lebih
Islamik serta memenuhi keperluan syariah selain dari insuran sediada iaitu insuran berbentuk
konvensional. Ia juga diwujudkan bagi melengkapkan operasi Perbankan Islam yang ditubuhkan
pada tahun 1983, penubuhan Industri takaful juga boleh dikatakan diwujudkan di Malaysia bagi
menyahut seruan kerajaan selama ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub dalam
Industri Kewangan Islam. Peruntukan perundangan yang berkaitan telah diperkenalkan dalam
memastikan kelancaran pelaksanaan Industri Takaful seperti Akta Takaful 1984, Akta Bank
Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Bermulanya Industri
Takaful di Malaysia iaitu pada tahun 1982 setelah wujud dan tertubuhnya pasukan petugas khas
untuk mengkaji potensi dan daya maju syarikat insuran secara Islam di Malaysia. Ini kemudianya
di ikuti dengan tertubuhnya Perbadanan Syarikat Takaful Malaysia Berhad pada Nov 1984 dan
seterusnya Akta Takaful 1984 dan digezetkan pada Nov1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
(STMB) merupakan syarikat yang pertama berjaya memulakan operasinya pada Ogos 1985.
Bank Negara Malaysia telah diberi tanggungjawab mengawalselia Industri Takaful pada Mei
1988. Setelah begitu lama beroperasi Takaful Malaysia telah berkembang pesat dan mengalamai
berbagai perubahan dalam operasinya termasuklah beberapa perubahan berkaitan peruntukkan
perundangan dalam tadbir urus syariah Industri Takaful. Secara umumnya proses tadbir urus
syariah dalam syarikat Industri Takaful di Malaysia banyak melibatkan pihak-pihak atasan iaitu
termasuklah lembaga pengarah, pegawai pengurus kanan, pegawai bahagian syariah dan lain-lain
kakitangan yang terlibat dalam pematuhan syariah. Makalah ini lebih memfokuskan kepada
system tadbir urus syariah yang meliputi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam
peruntukan undang-undang Islam dan ijtihad berkaitan kewangan Islam. Makalah ini juga akan
membincangkan perkara yang berkaitan dengan tugas jawatankuasa syariah yang di
pertanggungjawabkan kepada mana-mana syarikat yang mengendalikan syarikat takaful (SPT)
dalam ruang lingkup Industri Takaful sahaja. Perbincangan dan kajian ini adalah bertujuan untuk
melihat kepada implikasi Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013dalam tadbir urus syariah Industri Takaful di Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Makalah ini menggunakan pendekatan tinjauan kepada dokumen yang mana terbahagi kepada
empat bahagian iaitu pengenalan, penjelasan metodologi kajian, Peranan Majlis Penasihat
Syariah dan kedudukan Majlis Penasihat Syariah dalam ijtihad berkaitan kewangan Islam serta
perbincangan terhadap implikasi Akta Takaful 1984,Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dalam tadbir urus syariah Industri Takaful di Malaysia.
Kepentingan melakukan tinjauan atau rujukan terhadap dokumen bertujuan mendapatkan apa-

apa pembuktian dari sumber yang berbentuk dokumen. Sumber perundangan bertulis merupakan
dokumen yang terpenting untuk menentukan segala peranan dan fungsi gerak kerja tadbir urus
syariah dalam Industri Takaful. Myers (2009) menjelaskan bahawa metod trigulasi yang
dijalankan melalui penelitian terhadap pelbagai sumber data untuk menjelaskan sesuatu kajian.
Metod trigulasi ini digunakan melalui kepelbagaian maklumat daripada sumber rujukan jurnaljurnal yang berkaitan dan merujuk kepada keputusan penghakiman beberapa kes sebelum ini
yang berkaitan dengan syarikat pengendali takaful di Malaysia.
RANGKA KERJA PERUNDANGAN INDUSTRI TAKAFUL
Sebuah jawatankuasa telahpun ditubuhkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1982 bagi mencari
satu jalan penyelesaian alternative terhadap syarikat insuran agar ia beroperasi mengikut undangundang syariah. Akta Takaful telah diluluskan oleh parlimen pada tahun 1984. Akta Takaful 1984
adalah merupakan sumber rujukan utama undang-undang takaful yang pertama di Malaysia
manakala yang menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful Malaysia ialah berdasarkan Akta
Insurans tahun 1963. Rujuk Seksyen 53 Akta Takaful Malaysia 1984 yang mana menghendaki
setiap pengendali takaful membentuk jawatankuasa syariah masing-masing. Akta inilah yang
menetapkan segala peruntukan undang-undang di Malaysia dalam setiap perniagaan yang
berkaitan dengan takaful. Undang-undang am mempengaruhi takaful meliputi prinsip-prinsip am
kontrak dimana mesti ada Ijab (tawaran) dan Qabul (penerimaan) dan juga pengeluaran nota
perlindungan atau nota perlindungan sementara (yang mana berkenaan) kerana sijil takaful
adalah satu kontrak yang mengikat semua pihak. Pertimbangan atau balasan yang wujud dalam
kontrak ini ialah peserta membuat bayaran premium atau sumbangan secara berkala, sementara
Syarikat Pengendali Takaful (SPT) menjanjikan bayaran ideminiti kepada peserta atau pihak
yang diinsurankan. Perlaksanaan Akta Takaful 1984 ini dilengkapkan dengan pengenalan
peraturan takaful dimana Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan dengan terperinci tentang
keperluan-keperluan mandatori dan apa-apa yang terkandung dalam peruntukan tertentu di
bawah akta berkenaan.[1]
MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DAN JAWATANKUASA SYARIAH DALAMAN
SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL
Majlis Penasihat Syariah diwujudkan untuk mengawasi dan memastikan pelaksanaan prinsip
syariah dalam perkhidmatan kewangan Islam oleh penyedia perkhidmatan di bawah kawal selia
Bank Negara Malaysia.[2]Majlis ini berperanan sebagai penasihat kepada Bank Negara
Malaysia (BNM) dalam perkara yang berkaitan dengan syariah [3].Di bawah Akta ini, Majlis di
wujudkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia (1958) dikekalkan dengan ahlinya yang dilantik
oleh Menteri Kewangan. Pelantikan ahli majlis yang baharu akan dilakukan oleh Yang diPertuan Agong. Jika timbul sebarang persoalan berkaitan dengan syariah dalam mana-mana
prosiding mahkamah atau penimbangtara yang berkaitan dengan urusan kewangan Islam,
pihak mahkamah atau penimbangtara perlu mengemukakan apa-apa persoalan tersebut

kepada majlis untuk mendapatkan suatu keputusan. Keputusan yang dibuat oleh Majlis
Penasihat Syariah wajib dipatuhi.[4] Setiap Institusi kewangan Islam khususnya takaful dan
perbankan Islam haruslah segera bertindak menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah masingmasing. Perkara ini berdasarkan undang-undang di bawah seksyen 53A dan 54 Akta Takaful
1984, seksyen 3(5) (b) Akta Bank Islam 1983, seksyen 124 (7) Akta Bank dan Institusi
Perbankan 1989 dan bahagianVII (1) 5158, Akta Bank Negara Malaysia 2009.Majlis penasihat
yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk menasihati dan memastikan operasi institusi
kewangan Islam menepati rukun dan syarat syariah termasuklah dalam perniagaan dan
pembangunan takaful serta produk perbankan Islam. Majlis bolehlah dianggap sebagai institusi
Ijmak cendikiawan moden yang memainkan peranan penting bagi Institusi kewangan Islam di
Malaysia. Keputusan adalah di bawah bidang kuasa majlis untuk menentukan kesahihan dan
ke-Islaman sesuatu produk, dokumen dan operasi kewangan Islam mengikut syarak. [5] Majlis
Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatan kuasa Syariah dalaman Syarikat
Pengendali Takaful (SPT) adalah memainkan peranan yang amat peting bagi memastikan
operasi syarikat kewangan Islam dan takaful berjalan lancar berdasarkan syariat Islam dalam
erti kata lain ia adalah patuh Syariah. Secara dasarnya Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
Malaysia (BNM) mempunyai kuasa mengeluarkan resolusi dan keputusan berkaitan dengan
pematuhan syariah yang perlu dipatuhi dan dijadikan garis panduan untuk memastikan
pematuhan syariah dalam Industri kewangan Islam termasuklah (SPT). Secara keseluruhannya,
setiap isu dan permasalahan yang berkaitan dengan syariah dalam kewangan Islam samada
berlaku di peringkat Bank Negara Malaysia mahupun di peringkat dalaman Syarikat Pengendali
takaful (SPT) memerlukan sokongan, saling nasihat dan menasihati antara satu sama lain serta
bertukar pandangan untuk mengukuhkan aspek pematuhan syariah dalam industri kewangan
Islam[6]. Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun
2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syariah. Pindaan ini memberi
pengiktirafan kepada majlis sebagai sebuah badan yang berwibawa yang mempunyai hak ke
atas perkara-perkara Syariah yang berkaitan dengan Takaful. Status majlis telah dinaikkan taraf
sebagai badan rujukan oleh mahkamah di Malaysia berhubung isu-isu Syariah yang berkaitan
dengan kes Takaful. Untuk memainkan peranannya dengan lebih berkesan lagi MPS beroperasi
sebagai sebuah badan bebas yang berintegriti tinggi. Terdapat perbezaan antara MPS dengan
badan-badan Syariah yang
bertindak
sebagai
penasihat
dalam
industri
Takaful.
Badan Syariah dalam industri Takaful dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah (JS) dan
memainkan peranan sebagai pelengkap kepada MPS Bank Negara Malaysia. Pada April 2005
BNM telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah dalam
Institusi Kewangan Islam, antara objektif garis panduan ialah menetapkan kaedah, peraturan
dan prosedur penubuhan Jawatankuasa Syariah, menentukan peranan, skop tugas dan
tanggungjawab Jawatankuasa Syariah, menentukan hubungan dan pengaturan kerja antara
Jawatankuasa Syariah dengan MPS Bank Negara Malaysia.Garis panduan ini memerlukan
setiap Pengendali Takaful untuk menubuhkan Jawatankuasa Syariah selaras dengan Seksyen
30 pada IFSA 2013. Garis panduan terperinci mengenai tadbir urus (JS) termasuklah cara
pelantikan keahlian iaitu Lembaga Pengarah atas cadangan Jawatankuasa Pencalonan

hendaklah melantik ahli-ahli (JS) dan hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu
dari Bank Negara Malaysia manakala tempoh sah pelantikan ahli (JS) adalah selama tempoh 2
tahun dan setiap ahli (JS) yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya mempunyai sama
ada kelayakan atau pengetahuan, kepakaran atau pengalaman dalam bidang Perundangan
Islam (usul al-fiqh) dan juga Undang-undang urus niaga komersil Islam (fiqh al-mu'amalat).
Walaubagaimanapun kelayakan atas kertas bukanlah mandatori selama mana calon
mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang tersebut. Komposisi (JS) hendaklah
terdiri daripada sekurang-kurangnya lima (5) orang ahli dan seorang darinya sekurangkurangnya seorang yang mempunyai pengetahuan dalam Syariah, yang berkhidmat sebagai
urusetia kepada (JS) akan tetapi harus diingat bahawa sekatan dan larangan di bawah Seksyen
16B (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang mana pengendali takaful tidak dibenarkan
melantik mana-mana ahli Majlis Penasihat Syariah untuk berkhidmat dalam (JS), ahli (JS) juga
tidak boleh terlibat atau turut serta dalam pengurusan Pengendali Takaful.

IJTIHAD BERKAITAN KEWANGAN ISLAM OLEH MAJLIS PENASIHAT SYARIAH


BNM DAN JAWATANKUASA SYARIAH SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL
Selain dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, MPS juga memutuskan untuk menerima
pakai sumber-sumber sokongan dan manhaj perundangan Islam yang lain seperti ijmak, qiyas,
maslahah, istishsan, istishab, sadd zari`ah, `urf, maqasid syari`ah, siyasah syar`iyyah, tawil,
istiqra, talfiq dan lain-lain yang telah diterima pakai dalam perundangan Islam. Ini bersandarkan
kepada hadis Rasulullah s.a.w. ketika Baginda melantik Muaz untuk menjadi kadi di Yaman.
Rasulullah telah bertanya kepada Muaz tentang beberapa prinsip penting. Sabda Nabi s.a.w.:
Wahai Muaz, apakah rujukan kamu dalam memutuskan sesuatu keputusan? Muaz menjawab
bahawa beliau akan merujuk kepada al-Quran. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyoal lagi:
Bagaimana jika perkara yang dihukum tidak terdapat dalam al-Quran? Muaz menjawab
bahawa beliau akan merujuk kepada sebarang keputusan yang pernah diputuskan oleh Rasulullah
s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:Bagaimana sekiranya perkara tersebut tidak
pernah aku putuskan? Lalu Muaz menjawab bahawa beliau akan berijtihad menggunakan
pemikiran serta kebijaksanaannya untuk membuat keputusan. Cara Muaz menangani segala
persoalan yang memerlukan keputusan hukum telah direstui oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabda
Baginda: Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberi petunjuk kepada Rasulullah dan
utusan Rasulullah (Muaz).[7] Dalam setiap Resolusi atau keputusan yang dikeluarkan oleh
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) adalah dianggap sebagai satu
keputusan Ijtihad secara kolektif. Walaubagaimanapun resolusi dan keputusan Majlis Penasihat
Syariah (BNM) bukan merupakan fatwa dalam pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.
Ini berikutan fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri dan fakta-fakta yang
diputuskan ini perlu digazetkan terlebi dahulu sebelum di kuatkuasakan[8]. Kepakaran Majlis
Penasihat Syariah (BNM) turut dibantu oleh Jawatankuasa Syariah di peringkat Syarikat
Pengendali takaful (SPT) dalam membuat resolusi dan keputusan mengenai pematuhan syariah

dalam kewangan Islam. Oleh yang demikian, resolusi, keputusan dan pandangan yang
dikeluarkan boleh dianggap sebagai ijma dalam perkaraberkaitan penentuan hukum dalam
kewangan Islam. Perkataan Ijma adalah istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada
persetujuan sebulat suara di kalangan mujtahidunselepas kewafatan Nabi Muhammad (saw)
[9].Tetapi, setakat mana kebenaran sesuatu hukum dikategorikan sebagai apa yang diijmakkan
adalah sesuatu yang sukar kerana luasnya wilayah Islam dan wujudnya pelbagai aliran pemikiran
di kalangan umat Islam. Oleh itu sebahagian besar ulama berpandangan, ijmak yang sebenarnya
hanya berlaku pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w. sebelum mereka keluar berpindah ke
wilayah lain dan dakwaan ijmak selepas zaman tersebut adalah sesuatu yang agak sukar diterima.
[10]Menurut Zaydan (1969), ijmaadalah sumber fiqh yang diperakui kesahihannya dan wajib
diterima sebagai hukum. Proses ijma dalam penentuan hukum ini diperlukan untuk menentukan
hukum-hukum dalam permasalahan syariah pada masa kini. Keperluan terhadap penentuan
sesatu hukum oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa
Syariah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) disebabkan adanya isu-isu permasalahan syariah
semasa yang timbul dalam industri kewangan Islam yang memerlukan kepada resolusi dan
keputusan syariah. Keputusan Majlis Penasihat Syariah BNM juga telah diterima dalam
kes Mohd Alias Ibrahim v RHB Bank Berhad & Anor [2011] 4 CLJ 654[11]. sebagai pendapat
pakar.Dalam kes ini pihak Plaintif telah menandatangani perjanjian jual beli untuk membeli
hartanah yang terletak dalam Projek Kota Warisan (tanah tersebut) dan perjanjian bangunan
untuk membina dan menyiapkan rumah berkembar atas tanah tersebut. Pada 29 Januari 2004,
defendan pertama telah memberikan kepada plaintif kemudahan Bai Bithaman Ajil dan
kemudahan talian wang tunai (perjanjian kemudahan tersebut) untuk membiayai projek
pembinaan tersebut. Pada 8 Mac 2005, kesemua aset, hak dan liabiliti defendan pertama
berkaitan perniagaan perbankan Islam diberikan kepada defendan kedua. Plaintif kemudian telah
memulakan tindakan terhadap defendan-defendan menuntut, antara lain, deklarasi bahawa
perjanjian kemudahan bertarikh 29 Januari 2004 yang dimasuki antara plaintif dan defendandefendan adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan dan ganti rugi untuk pelanggaran
perjanjian kemudahan beserta faedah dan kos. Pada 18 Mei 2010 permohonan defendan pertama
di bawah A 18k 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk membatalkan tuntutan plaintif
telah ditolak. Walau bagaimanapun, semasa permohonan pembatalan disedari terdapat beberapa
isu yang mewajarkan rujukan ke Majlis Penasihat Syariah (MPS) plaintif dlm kes ini tidak
berpuas hati dan telah memfailkan permohonan interlokutori. Dalam permohonannya plaintif
membangkitkan tiga persoalan untuk pertimbangan mahkamah, iaitu, sama ada peruntukanperuntukan yang dipersoalkan telah disusun untuk memberi kesan bahawa ia telah merampas
kuasa kehakiman mahkamah untuk memutuskan isu-isu terkini pertikaian antara pihak-pihak
dengan memindahkan kuasa tersebut kepada badan lain, yang mana dalam kes ini adalah MPS,
apabila tiada peruntukan yang memberi kuasa dalam Perlembagaan yang membenarkannya
berbuat demikian, kedua sama ada dengan meletakkan kewajipan ke atas mahkamah untuk
merujuk apa-apa perkara perbankan Syariah kepada MPS dan menjadikan keputusan MPS itu
mengikat mahkamah, litigan-litigan dinafikan apa-apa peluang untuk didengar dan ketiga sama
ada peruntukan yang dipersoalkan tidak mempunyai kesan kebelakangan atas transaksi kerana

dimasuki sebelum Akta tersebut mula berkuat kuasa. Oleh kerana isu-isu yang perlu
dipertimbangkan mempunyai implikasi serius terhadap perkembangan industri perbankan Islam
di Malaysia, mahkamah, dengan persetujuan pihak-pihak, menjemput Pejabat Peguam Negara
dan Bank Negara Malaysia sebagai amicus curie untuk mengajukan pandangan mereka
berhubung perkara tersebut. Dalam maklum balas amicus curie berhujah bahawa peruntukan
yang dipersoalkan telah digubal menurut item 4(k) kepada Senarai I dalam Senarai Persekutuan
kepada Jadual Kesembilan Pelembagaan, yang menentukan undang-undang Islam dan undangundang peribadi lain bagi tujuan undang-undang persekutuan, oleh kerana kuasa kehakiman
mahkamah wujud daripada undang-undang persekutuan mahkamah terikat untuk memutuskan
bahawa peruntukan yang dipersoalkan adalah sah. Ini menurut amicus curie isu tentang
peruntukan yang dipersoalkan tidak berperlembagaan tidak patut wujud. Amicus curie juga
menunjukkan bahawa menurut s51(2) Akta tersebut Majlis Penasihat Syariah telah diberikan
kebebasan untuk membuat proses dan prosedurnya sendiri jika perkara Syariah dirujuk
kepadanya. Oleh itu, amicus curie berhujah bahawa untuk plaintif membuat kesimpulan yang
haknya untuk didengar telah dinafikan di peringkat ini apabila tiada permohonan atau penolakan
diberikan adalah bersifat spekulatif. Selanjutnya amicus curie berhujah oleh kerana Akta tersebut
tidak mengenakan apa-apa batasan ke atas Majlis Penasihat Syariah untuk melaksanakan
kewajipan statutorinya, mahkamah tidak patut menambah atau memberi maksud apa-apa terma
mencadangkan apa-apa batas waktu Akta tersebut. Pada permulaan perbicaraan plaintif telah
membangkitkan bantahan awal berhubung bidang kuasa mahkamah untuk mendengar pertikaian
ini. Walau bagaimanapun, amicus curie berpendirian bahawa mahkamah ini mempunyai bidang
kuasa untuk menentukan persoalan yang dikemukakan dengan bergantung kepada dua saranan
undang-undang relevan, iaitu merujuk perkara 121 Perlembagaan, yang menentukan isu kuasa
kehakiman, dan item 4 (k) kepada Senarai I dalam Senarai Persekutuan kepada Jadual
Kesembilan Perlembagaan, dimana peruntukan yang dipersoalkan diluluskan. Diputuskan,
menolak permohonan plaintif tanpa perintah untuk kos, diputuskan bahawa peruntukan yang
dipersoalkan adalah undang-undang persekutuan sah yang digubal oleh Parlimen. Oleh itu ia
terangkum dalam bidang kuasa dan kuasa mahkamah ini, dan juga perkataan tidak mandatori s
84 AMK, sama ada untuk merujuk atau tidak merujuk perkara ini ke Mahkamah Persekutuan. Di
Malaysia, undang-undang Islam terangkum di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang
memperoleh kuasanya di bawah undang-undang negeri yang digubal menurut perkara 74 (2)
Perlembagaan Persekutuan, tetapi dalam kes-kes yang melibatkan transaksi perbankan
berdasarkan prinsip-prinsip Islam, mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar
perkara sebegini. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan alat kewangan Islam ia menjadi
penting untuk menubuhkan satu pihak berkuasa kawal selia untuk mengawal pentafsiran seragam
undang-undang Islam dalam skop pembiayaan dan perbankan Islam, dan di Malaysia, pihak
berkuasa kawal selia itu adalah MPS. Berdasarkan s 52 Akta tersebut, yang menetapkan fungsi
MPS, adalah jelas bahawa MPS ditubuhkan sebagai pihak berkuasa untuk penentuan undangundang Islam bagi tujuan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful dan perniagaan
kewangan Islam. Oleh itu, jika mahkamah merujuk kepada mana-mana persoalan di bawah s
56(1) (b) Akta tersebut kepada Majlis Penasihat Syariah, MPS hanya perlu membuat pemastian

dan bukan penentuan tentang undang-undang Islam berkaitan dengan persoalan tersebut. Tujuan
utama menubuhkan MPS adalah untuk membentuk jawatankuasa khas dalam bidang perbankan
Islam untuk mengenalpasti dengan cepat undang-undang Islam berhubung perkara kewangan.
Dengan itu tiada sebab untuk mahkamah menolak fungsi MPS dalam mengenalpasti undangundang Islam mana yang terpakai oleh mahkamah sivil dalam memutuskan suatu perkara.
Melihat kepada kes ini maka dapat dijadikan hujah bahawa kedudukan keputusan Majlis
Penasihat Syariah (BNM) diterima sebagai pendapat pakar dalam pematuhan syariah kewangan
Islam sepertimana pemakaian seksyen 45 Akta Keterangan 1950 (Akta56) yang membenarkan
mahkamah menerima pakai pandangan atau pendapat pakar dalam memutuskan sesuatu perkara.
Justeru, keputusan Majlis Penasihat Syariah (BNM) dan Jawatankuasa Syariah Syarikat
Pengendali Takaful (SPT) diterima sebagai keputusan ijmaatau pandangan yang disepakati yang
wajib dipatuhi oleh setiap pihak yang menjalankan apa-apa aktiviti dan sebarang operasi,
urusniaga dan hal ehwal berkaitan kewangan Islam.
PERBINCANGAN IMPLIKASI AKTA TAKAFUL 1984
Akta Takaful 1984 adalah merupakan akta yang pertama bagi Industri Takaful di Malaysia,
peruntukkan dalam akta ini menjelaskan secara umum dan ringkas berkaitan tugas dan peranan
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Syariah dalaman Syarikat
Pengendali Takaful (SPT). Merujuk kepada sek 53A Akta Takaful 1984[12] menjelaskan bahawa
Majlis Penasihat Syariah (BNM) adalah bertanggungjawab untuk menasihati perkara-perkara
yang berkaitan dengan perniagaan takaful Sek 53A Akta takaful 1984;Seseorang pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau adjuster itu boleh mendapatkan
nasihat Majlis Penasihat Syariah berkaitan perniagaan takaful yang dijalankan dan hendaklah
mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah tersebut.
Istilah nasihat yang dipakai dalam Akta Takaful 1984 ini dilihat sangat terlalu umum
dan tidak mengkhususkan peranan dan fungsi tertentu Majlis Penasihat Syariah dalam Industri
Takaful. Penggunaan istilahnasihat ini juga sebenarnya tidak mencukupi bagi memastikan
setiap Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang beroperasi mematuhi nasihat, keputusan atau
pandangan yang telah diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah. Ianya hanya memberi maksud
menasihati sahaja tetapi tidak memberi apa-apa peruntukkan atau kuasa yang jelas terhadap
Badan Penasihat Syariah BNM[13]. Akta Takaful 1984 ini tidak mempunyai peruntukkan
terperinci yang menjelaskan kesan dan akibat sekiranya (SPT) gagal untuk mematuhi keputusan
yang telah dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah (BNM) (Maffuza Salleh, 2005)[14]. Seksyen 29
(2) Akta perkhidmatan kewangan Islam (APKI 2013) menjelaskan Bank Negara Malaysia
(BNM) juga boleh untuk menentukan standard yang berkaitan dengan pematuhan Shariah seperti
tadbir urus Syariah yang merangkumi fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan
dan anggota jawatankuasa Syariah suatu institusi dalam perkara yang berhubungan dengan
pematuhan Syariah[15]. Tiap-tiap institusi samaada perbankan Islam atau Syarikat Pengendali
takaful juga hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya
mengenai tadbir urus Shariah adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank Negara

Malaysi. Adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak yang disebutkan di atas, pada setiap masa
mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan
standard yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam subseksyen 29(1) dan (2)
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Mana-mana pihak yang gagal mematuhi apa-apa
standard yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan kesalahan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau
didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia dua puluh lima juta atau kedua-duanya.[16] Hasil
daripada kajian dan pemerhatian ini dapat disimpulkan bahawa peruntukan Akta Takaful 1984
masih lagi memerlukan kepada beberapa peruntukan pindaan dan penambahbaikan berkaitan
tadbir urus syariah, banyak kekurangan dan kelompongan dalam peruntukan sedia ada. Oleh
yang demikian dengan wujudnya Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 terbukti banyak
membantu system kewangan Islam dan Takaful dalam merialisasikan hasrat kerajaan
mempromosikan produk untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub dalam industri
kewangan Islam. Antara perkara yang perlu diusahakan untuk menjadi sebuah hub kewangan
Islam global ialah mengukuhkan tadbir urus syariah melalui peruntukkan perundangan.
PERBINCANGAN IMPLIKASI AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009
Dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang terkini, peranan dan fungsi Majlis Penasihat
Syariah dimantapkan lagi apabila Majlis Penasihat Syariah ini diberikan status badan berkuasa
tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan
kewangan Islam. Sementara keputusan Majlis Penasihat Syariah hendaklah terpakai daripada
mana-mama keputusan bercanggah yang diberikan oleh badan atau jawatankuasa Syariah yang
ditubuhkan di Malaysia, mahkamah dan penimbangtara juga dikehendaki untuk merujuk kepada
keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi mana-mana prosiding yang berkaitan dengan
perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat. Merujuk kepada
seksyen 53A Akta Takaful 1984[17] yang mana menyatakan perkataan istilah nasihat ianya
dilihat secara umum sahaja tanpa ada penjelasan secara terperinci berkaitan nasihat, apa yang
dijelaskan dalam Akta Takaful 1984 sebenarnya tidak banyak perbezaan dengan apa yang telah
disebut di dalam peruntukkan Akta Bank Negara Malaysia 2009, peruntukkan berkaitan Majlis
Penasihat Syariah (BNM) dinyatakan dalam seksyen 51(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009
yang menyatakan Bank Negara Malaysia boleh menubuhkan Majlis Penasihat Syariah yang
menjadi pihak berkuasa bagi menentukan hukum yang berkaitan dengan kewangan Islam.
Manakala, seksyen51(2) Akta Bank Negara Malaysia 2009 pula menjelaskan bahawa Majlis
Penasihat Syariah (BNM) mempunyai kuasa untuk menentukan bagaimana proses penentuan
setiap hukum yang berkaitan kewangan Islam dijalankan. Seksyen 52 Akta Bank Negara 2009
pula menyatakan fungsi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dengan
memperuntukkan bidang kuasa yang lebih luas kepada Majlis Penasihat Syariah.[18]Seksyen 52
(1) (a), (b) dan (c) memberikan kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (BNM) dalam
menentukan hukum syariah dan memberi khidmat nasihat berkaitan operasi kewangan Islam.
Manakala, seksyen 52 (1) (d) apa-apa fungsi yang lain yang sebgaimana diputuskan oleh Bank

Nagara Malaysia, ini bermakna Akta Bank Negara 2009 dilihat memperbaiki kekurangan Akta
Takaful 1984 dengan memberi bidang kuasa dan tanggungjawab yang lebih luas kepada Majlis
Penasihat Syariah berdasarkan kepada speksifikasi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan pematuhan syariah Industri
Takaful di Malaysia. Berkaitan pelantikkan Majlis Penasihat Syariah (BNM) seksyen 53(1) Akta
Bank Negara Malaysia 2009 merupakan suatu bentuk pemberian kredibiliti dan penghargaan
kepada Majlis Penasihat Syariah (BNM) yang mana Majlis Penasihat Syariah (BNM) dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong[19]. Anggota Majlis Penasihat Syariah yang terdiri daripada
cendekiawan Syariah, pakar undang-undang dan pengamal pasaran yang terkemuka merupakan
individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan,
kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi Syariah, terutamanya dalam bidang ekonomi
dan kewangan Islam. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia mempunyai
tanggungjawab kepada 2 pihak iaitu terhadap Bank Negara Malaysia dan juga terhadap Institusiinstitusi Kewangan Islam. Bank Negara Malaysia pula perlu merujuk Majlis Penasihat Syariah
dalam dua situasi iaitu pertama berkaitan perniagaan kewangan Islam dan keduanya apabila
menjalankan fungsi atau urusan atau hal ehwal yang berkaitan perundangan bertulis atau
penentuan hukum syarak oleh Majlis Penasihat Syariah sepertimana yang diperuntukkan di
bawah seksyen55 (1)(a)dan(b) Akta Bank Negara Malaysia 2009. Seksyen 55(2) Akta Bank
Negara Malaysia[20]seterusnya menyatakan pihak yang kedua perlu merujuk Majlis Penasihat
Syariah iaitu institusi-institusi kewangan Islam termasuk Syarikat Pengendali Takaful bertujuan
memastikan bahawa setiap operasi perniagaan institusi kewangan Islam mematuhi syariah.
Mengenai Jawatankuasa Syariah pula, istilah Jawatankuasa Syariah dalaman Syarikat
Pengendali Takaful (SPT) tidak disebut secara langsung dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009
tetapi seksyen 54 Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah menyatakan mengenai urus setia
Majlis Penasihat Syariah. Seksyen 54(a) dan (b)Akta Bank Negara Malaysia 2009 menyatakan
Bank Negara Malaysia boleh menubuhkan urus setia atau jawatankuasa yang boleh membantu
fungsi Majlis Penasihat Syariah. Bank Negara Malaysia juga berhak untuk melantik mana-mana
individu untuk menjadi ahli urus setia atau jawatankuasa yang dibentuk untuk membantu Majlis
Penasihat Syariah. Istilahurus setia bagi membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
Malaysia juga boleh ditafsirkan sebagai satu Jawatankuasa Syariah di peringkat dalaman yang
tujuan utama membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia bagi menasihati dan
mengawalselia pematuhan syariah khusus di peringkat dalaman Syarikat Pengendali Takaful
(SPT).
PERBINCANGAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 DALAM
TADBIR URUS SYARIAH INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menyenaraikan secara terperinci tugas-tugas statutori
lembaga pengarah, jawatankuasa syariah dan pihak pengurusan pengendali takaful bagi
memastikan setiap Industri Takaful berjaya mencapai tahap patuh syariah secara keseluruhannya.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 adalah merupakan salah satu kesinambungan yang

timbul hasil daripada pembentukkan rangka kerja tadbir urus syariah(Syariah Governance
Framework-SGF)yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) pada tahun 2011. Rangka
kerja tadbir urus syariah dianggap sebagai garis panduan terpenting yang mesti dipatuhi oleh
setiap institusi kewangan Islam termasuklah Syarikat Pengendali Takaful (SPT). SGF dan garis
panduan lain yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mempunyai kesan undang-undang
yang sama seperti sebuah akta kerana seksyen 29 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013[21]telah memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan apa-apa
standard mengenai perkara syariah berkenaan dengan perjalanan perniagaan, hal ehwal atau
aktiviti institusi kewangan Islam. Objektif utama rangka kerja tadbir urus syariah (SGF) adalah
untuk memastikan semua operasi dan aktiviti perniagaan institusi kewangan Islam selaras
dengan kehendak syariah. Rangka kerja tadbir urus syariah (SGF) juga memberikan penekanan
terhadap keperluan institusi kewangan Islam menjalankan fungsi pematuhan syariah yang terdiri
daripada fungsi semakan syariah (shariah review), audit syariah (shariah audit), pengurusan
risiko syariah (shariah risk management) dan kajian syariah (shariah research). Fungsi ini
penting bagi memastikan tadbir urus syariah yang cekap dalam satu-satu institusi kewangan
Islam[22].
Melihat kepada seksyen 27 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pengunaan istilah
institusiyang merujuk kepada orang yang diberi kuasa atau pengendali system pembayaran
yang telah ditetapkan termasuklah Syarikat Pengendali Takaful (SPT). Bidang kuasa Majlis
Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia masih kekal dan terpakai melalui bidang kuasa Bank
Negara Malaysia sepertimana Akta Bank Negara Malaysia 2009. Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 ini dilihat bertujuan penambahbaikan dan mengukuhkan berkaitan resolusi dan
keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (BNM). Sebagai contoh rujuk
Seksyen28(2) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 jelas memberi maksud pematuhan
terhadap resolusi dan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah sahaja dianggap
mematuhi syariah. Seksyen 28(4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ini turut memberi
kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah melalui Bank Negara Malaysia untuk menilai pelan
perancangan institusi kewangan Islam dalam menguruskan ketidakpatuhan syariah dalam
perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi masing-masing. Tindakan Bank Negara Malaysia
memberi ruang dan peluang kepada institusi kewangan Islam termasuk Syarikat Pengendali
Takaful (SPT) menunjukkan usaha Bank Negara Malaysia bagi menggalakkan mana-mana
Syarikat Pengendali Takaful mempunyai bahagian syariah dalaman yang kukuh yang berdikari.
Bahagian syariah dalaman Syarikat Pengendali Takaful bukan sahaja perlu mengikut resolusi dan
keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia sahaja malahan perlu menjalankan
penyelidikan mengenai isu dan permasalahan syariah yang timbul di institusi masing-masing.
Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Syariah lebih jelas dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 berbanding Akta Takaful 1984 dan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Istilah Jawatankuasa Syariahdinyatakan secara langsung dalam penggal 2 iaitu berkaitan
tadbir urus syariah bermula daripada seksyen 30 hingga seksyen 36 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013. Sebelum Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, aspek tadbir urus
syariah khususnya dalam Industri Takaful hanya dijelaskan secara umum dalam Seksyen 53A (1)

Akta Takaful 1984. Perundangan berkaitan tadbir urus syariah ini ditambahbaik lagi dengan Akta
Bank Negara Malaysia 2009 di bawah seksyen 54 yang menjelaskan penubuhan urus setia Majlis
Penasihat Shariah namun ia masih tidak jelas dan kabur mengenai fungsi urus setia ini secara
khusus. Setelah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan, aspek tadbir urus
syariah dihuraikan dengan lebih khusus dan terperinci antaranya Seksyen 30 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 yang mengarahkan agar mana-mana pihak institusi kewangan Islam perlu
memohon terus kepada Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan Jawatankuasa Syariah. Ini
turut bertujuan membolehkan Bank Negara Malaysia mendapatkan maklumat secara jelas dan
terperinci mengenai setiap profil termasuklah latar belakang pendidikan, pengetahuan dan
pengalaman di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah dalam bidang kewangan Islam dan
seterusnya memastikan pengawalseliaan yang baik boleh dilakukan oleh ahli-ahli Jawatankuasa
Syariah yang dilantik oleh institusi kewangan Islam.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut memperincikan mengenai kriteria
pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah yang betul-betul berkelayakkan. Akta ini telah
menunjukkan standard yang jelas dalam membuat pemilihan ahli-ahli dalam Jawatankuasa
Syariah iaitu berdasarkan peruntukkan seksyen 31Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan
perinciannya dalam seksyen 29 (2) (a) (ii) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Pemilihan
ini seterusnya perlu disahkan secara bertulis oleh Bank Negara Malaysia sepertimana
peruntukkan Seksyen 31 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Perincian berkaitan tadbir
urus syariah mengenai tugas dan fungsi Jawatankuasa Syariah sepertimana yang diperuntukkan
dibawah seksyen 32 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 iaitu berdasarkan apa sahaja
standard tugas dan fungsi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 ini juga bukan hanya sekadar memberi tanggungjawab tadbir urus kepada
Jawatan Syariah semata-mata malah ia meliputi Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi,
Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan lain yang terlibat dalam institusi kewangan Islam
sepertimana seksyen 33 dan seksyen 34 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Seksyen 33
dan seksyen 34 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 mempunyai perbezaan yang amat
ketara dengan peruntukkan perundangan sebelum ini berkaitan Industri Takaful termasuklah
Akta Takaful 1984 dan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Seksyen 33 dan seksyen 34 Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ini jelas memperuntukkan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah
boleh berhenti atau dikeluarkan daripada ahli Jawatankuasa Syariah atas sebab-sebab yang
tertentu berdasarkan peruntukkan perundangan. Peruntukkan ini dilihat bertujuan untuk
memastikan hanya ahli-ahli Jawatankuasa Syariah yang benar-benar layak sahaja menjadi
Jawatankuasa Syariah dan terdapat situasi-situasi tertentu yang menyebabkan ahli-ahli
Jawatankuasa Syariah boleh diberhentikan daripada jawatan tersebut. Ini menunjukkan
komitmen Bank Negara Malaysia untuk memastikan bahawa kelayakkan ahli-ahli Jawatankuasa
Syariah dalaman supaya berpengetahuan luas dan mendalam serta sentiasa dikemaskini dengan
pengetahuan dan pengalaman berkaitan isu semasa pematuhan syariah untuk memastikan
pematuhan syariah dalam institusi kewangan Islam semasa yang semakin kompleks[23].Seksyen
35 Akta Kewangan Islam 2013 mewajibkan pengurusan Institusi kewangan Islam untuk
menyediakan apa-apa informasi yang diperlukan oleh Jawatankuasa Syariah di dalam

menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka agar kedudukan Jawatankuasa Syariah dalam
Institusi kewangan Islam lebih teguh[24]. Perkara yang sama telah dilakukan kepada Majlis
Penasihat Syariah BNM (MPS) Akta Bank Negara Malaysia Seksyen 51-58 antara lain
menyatakan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong adalah bertanggungjawab memastikan kepatuhan Syariah di dalam apa-apa
perkara yang melibatkan kewangan Islam dan resolusi yang dikeluarkan adalah patut dipatuhi.
Institusi kewangan Islam perlu memastikan halatuju, operasi, bisnes dan aktiviti mereka adalah
patuh Syariah. Ini menuntut semua polisi dalaman mereka dibangunkan dan diluluskan tidak
melanggar prinsip-prinsip Syariah. Mungkin ada sebahagian dari masyarakat yang menganggap
Institusi kewangan Islam ini hanya sekadar perlu membangunkan dan memasarkan produkproduk patuh Syariah semata-mata, sudah tentulah tanggapan sebegini amat jauh tersasar kerana
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menuntut semua aktiviti Institusi kewangan Islam
perlu patuh kepada Syariah. Institusi-institusi kewangan Islam perlu mengemukakan laporan
audit Syariah untuk dinilai. Perkara ini terkandung dalam seksyen 37 dan 38 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, mana-mana Institusi Kewangan
Islam termasuklah Syarikat Pengendali takaful perlu melantik mana-mana orang (juruaudit) yang
diluluskan oleh BNM untuk menjalankan audit pematuhan Shariah. BNM juga diberikan kuasa
untuk mengarahkan sesebuah Institusi Kewangan Islam untuk melantik mana-mana orang yang
diluluskan oleh BNM bagi tujuan menjalankan audit pematuhan Shariah di institusi-institusi
berkenaan dan seterusnya mengemukakan laporan mengenai audit yang telah dijalankan kepada
BNM. Sekiranya Institusi Kewangan Islam gagal melantik juruaudit pematuhan Shariah atau
sebagai tambahan kepada juruaudit yang dilantik atau dalam keadaan-keadaan lain yang
disifatkan wajar untuk tujuan pematuhan Shariah, maka pihak BNM boleh melantik juruaudit
Syariah tertentu bagi tujuan yang sama. Saraan dan perbelanjaan juruaudit yang dilantik adalah
ditanggung oleh pihak Institusi Kewangan Islam. Peruntukan mengenai audit Syariah di dalam
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dilihat mampu untuk mempertingkatkan tadbir urus
dalam sesebuah Institusi Kewangan Islam terutamanya berkaitan aspek syariah. Dengan adanya
audit Syariah yang efisien di setiap Institusi Kewangan Islam, keseluruhan tadbir urus organisasi
akan menjadi lebih baik dan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian serta dapat menjadi asas
penambahbaikan kepada Institusi Kewangan Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun, apa yang
lebih penting adalah, bukan setakat urus tadbir organisasi sahaja yang perlu menepati kehendak
syariah, akan tetapi tenaga kerjanya juga perlu mempunyai sikap dan tingkah laku yang selaras
dengan kehendak syarak. Rentetan itu sekiranya berlaku sesuatu aktiviti yang tidak patuh syariah
maka menjadi kewajipan ke atas Institusi Kewangan Islam untuk melaporkan perkara tersebut
kepada Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Syariah untuk dilaksanakan tindakan yang
selanjutnya. Ini bermakna pihak pengurusan tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan apa
sahaja tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Syariah untuk mendapat kelulusan patuh
Syariah[25].
KESIMPULAN

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI 2013) adalah kemuncak bagi usaha kerajaan
Malaysia untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan
institusi kewangan di negara ini bagi memastikan undang-undang itu terus relevan dan berkesan
untuk mengekalkan kestabilan kewangan Islam menyokong pertumbuhan menyeluruh dalam
sistem kewangan Islam dan ekonomi negara Malaysia di samping menyediakan pelbagai
perlindungan yang mencukupi untuk pengguna. Ia merupakan Akta yang mantap bagi
mengawalselia setiap industri kewangan Islam termasuklah Industri Takaful. Dalam aspek tadbir
urus syariah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 begitu tegas bertujuan untuk melindungi
para peserta yang terlibat dalam kontrak takaful pada masa yang sama tidak dinafikan juga Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ini masih baru serta belum berhadapan dengan situasi
pertikaian dari sudut undang-undang yang kritikal sepertimana berlaku semasa Pra Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, contohnya dalam perbankan Islam sahaja terdapat kira-kira
20 kes pertikaian dibawa ke mahkamah sepanjang bermula 1994-2002[26].Akan tetapi pihak
pengawalselia dilihat telah bersedia dan bertindak bijak dengan memperuntukkan kuasa kepada
BNM untuk mengeluarkan garis panduan dan standard speksifikasi mungkin berubah dan
sentiasa terkini dari masa ke semasa melalui seksyen 29 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013. Hasil dari pemerhatian dan kajian makalah ini menyimpulkan perubahan perundangan
dalam Industri Takaful adalah bertujuan untuk memastikan kecukupan kerangka perundangan
selaras dengan perubahan tempoh masa operasi Industri Takaful di Malaysia kira-kira hampir 30
tahun. Bermula dengan Akta Takaful 1984 kemudian ditambahbaik dengan Akta Bank Negara
Malaysia 2009. Perubahan dari sudut perundangan dari Akta takaful 1984 kepada Akta Bank
Negara Malaysia 2009 ini telah mengambil masa kira-kira 25 tahun dan ini merupakan jangka
masa yang terlalu lama dan sangat lembap untuk perubahan undang-undang daripada pihak
pengawalseliaan dalam mengukuhkan sistem perundangan berkaitan industri kewangan Islam
tetapi apabila situasi industriindustri kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pasaran
wang Islam dan lain-lain yang berkembang pesat dan ditambah pula dengan pelbagai pertikaian
dari sudut perundangan termasuklah melibatkan kes-kes ke mahkamah. Pihak pengawalseliaan
telah mula menyedari keperluan terhadap perlunya pengukuhan perundangan lantas
diperkenalkan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 iaitu kira-kira selepas 4 tahun
selepas Akta Bank Negara Malaysia 2009 diperkenalkan.

NOTA

[1] Ahmad Mazlan Zulkifli, Badrul Hisham abd.Rahman, Nasser Yassin& Jamil Ramly Amalan Asas
Takaful , IBFIM.2012.
2 Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2010. Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 51-58,
International Law Book Service: Petaling Jaya, hlm 56-61.

3IBFIM,2007, Buku Panduan Asas Takaful. Kuala Lumpur, hlm. 79.


4 BNM, 2010. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2009. Kuala Lumpur, hlm 121.
5 Mohd Sadad Mahmud and Radiah Abd Kader(2012).Perkembangan Takaful di Malaysia: Satu Kajian
Undang-Undang Kewangan Islam. KANUN, 24(2), 241260.
6 Rusni Hassan and Mohammad Azam Hussain.(2013).Scrutinizing the Malaysian Regulatory Framework on
Shariah Advisors for Islamic Financial Institutions.Journal of Islamic Finance, 2(1), 3847.
7 Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan and Aznan Hassan(2013).Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat
Shariah Bank Negara Malaysia:Tinjauan Perspektif Undang-Undang. KANUN, 2(2), 220237.

8Mohd Alias Ibrahim v. RHB Bank Bhd & Anor Mohd Zawawi Salleh J (Banking; Constitutional Law;
Islamic Law- Islamic banking - Shariah Advisory Council, rulings of - Whether binding on civil
courts) [2011] 4 CLJ 654 [HC].
9 Sek.53A Akta Takaful 1984.
10 Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2008). Akta Takaful 1984: Satu Analisa. In Asmak Ab Rahman et al,
(Eds.). Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari, 103117. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
11 Maffuza Salleh.(2005). Takaful Dari Prospek Syariah Dan Perundangan Mengikut Amalan di Malaysia. Tesis
Ijazah Undang-Undang, Fakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia.
12Sebagai contohnya,BNM telah mengeluarkan garis panduan yang dikenali sebagaiShariah Governance
Framework for Islamic Financial Institutions (BNM/RH/GL_012_3) yang mula dikuatkuasakan pada 1 Januari
2011. Garis panduan ini adalah menyediakan kerangka tadbir urus Syariah yang perlu dipatuhi oleh semua institusi
kewangan yang menjalankan urusniaga kewangan Islam di Malaysia.
13 Subseksyen 29(6) APKI 2013.(6) Mana-mana orang yang gagal mematuhi apaapa standard yang ditentukan di
bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau keduaduanya.
14(1) Seseorang pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster boleh mendapatkan nasihat Majlis
Penasihat Syariah tentang perkara Syariah yang berhubungan dengan perniagaan takafulnya dan pengendali takaful,
ejen takaful, broker takaful atau ajuster itu hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
(2) Sesuatu persatuan;
(a) yang anggotanya merupakan pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster; atau

(b) yang anggotanya merupakan syarikat insurans, ejen insurans, broker insurans atau ajuster insurans, yang ada
antaranya mengendalikan perniagaan takaful, boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat Syariah tentang perkara
Syariah yang berhubungan dengan perniagaan takaful anggotanya dan persatuan itu dan anggotanya yang
mengendalikan perniagaan takaful hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
(3) Dalam seksyen ini, Majlis Penasihat Syariah ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah
subseksyen 16 b(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958.
15Akta Bank Negara Malaysia 2009[Akta 701].
16Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding dengan Bank, melantik daripada kalangan
orang yang berkelayakan dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan
dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis Penasihat
Shariah.
17 (2) Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh
(a) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau (b) mendapatkan nasihat, Majlis Penasihat Shariah
mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras
dengan Shariah.
18 (2) Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan manamana perkara
yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:(a) tadbir urus Shariah termasuk
(i) fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi
berhubungan dengan pematuhan Shariah;
(ii) kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakanseorang anggota jawatankuasa Shariah; dan

(iii) fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan


19 Ruzian Markom, Sistem Governans Perbankan Islam.UKM.
20 Surianom Miskam and Muhammad Amrullah Nasrul Miskom.(2013). Shariah Governance in Islamic Finance:
The Effects of The Islamic Financial Services Act 2013. Proceeding of the World Conference on Integration of
Knowledge (WCIK 2013), Langkawi, Malaysia. 25-26 November 2013.
21 1) Suatu institusi dan manamana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah
(a) memberikan apaapa dokumen atau maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati
olehnya yang dikehendaki oleh jawatankuasa Shariah; dan
(b) memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap,
tidak palsu atau tidak mengelirukan dalam apaapa butir material, bagi membolehkan jawatankuasa Shariah itu
menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 36, anggota jawatankuasa Shariah tidak boleh
mendedahkan apaapa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) kepada manamana orang
lain.

22Abdul Hakim Othman. Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-9 pada 10 November 2014
Bersempena KLIFF 2014.
23 Ruzian Markom et al., (2011). Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of
Malaysia. European Journal of Law and Economics, 134. doi: 10.1007/s10657-011-92494,
RUJUKAN
Ahmad

Mazlan

Zulkifli,

Badrul

Hisham

abd.Rahman,

Nasser Yassin&

Jamil

Ramly Amalan

Asas

Takaful ,IBFIM.2012.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2010. Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 51-58,
International Law Book Service: Petaling Jaya, hlm 56-61 .
IBFIM, 2007. Buku Panduan Asas Takaful. Kuala Lumpur, hlm. 79.
BNM, 2010. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2009. Kuala Lumpur, hlm 121.
Mohd Sadad Mahmud and Radiah Abd Kader. (2012). Perkembangan Takaful di Malaysia: Satu Kajian
Undang-Undang Kewangan Islam. KANUN, 24(2), 241260.
Rusni Hassan and Mohammad Azam Hussain. (2013). Scrutinizing the Malaysian Regulatory Framework on
Shariah Advisors for Islamic Financial Institutions. Journalof Islamic Finance, 2(1), 3847.
Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan and Aznan Hassan (2013). Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat
Shariah Bank Negara Malaysia: Tinjauan Perspektif Undang-Undang. KANUN, 2(2), 220237.

Mohd Alias Ibrahim v. RHB Bank Bhd & Anor Mohd Zawawi Salleh J (Banking; Constitutional Law;
Islamic Law-Islamic banking - Shariah Advisory Council, rulings of - Whether binding on civil
courts) [2011] 4 CLJ 654 [HC].
Akta Takaful 1984.(AKTA312).
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.(AKTA 759) Perintah-perintah Am.
Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2008). Akta Takaful 1984: Satu Analisa. In Asmak Ab Rahman et al, (Eds.). Sistem
Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari, 103117. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Maffuza Salleh. (2005). Takaful Dari Prospek Syariah Dan Perundangan Mengikut Amalan di Malaysia. Tesis
Ijazah Undang-Undang, Fakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia.
Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701].
Ruzian Markom, Sistem Governans Perbankan Islam.UKM.

Surianom Miskam and Muhammad Amrullah Nasrul Miskom. (2013). Shariah Governance in Islamic Finance: The
Effects of The Islamic Financial Services Act 2013.Proceeding of the World Conference on Integration of
Knowledge (WCIK2013), Langkawi, Malaysia. 25-26 November 2013.
Abdul Hakim Othman. Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-9 pada 10 November 2014
Bersempena KLIFF 2014 .
Ruzian Markom et al., (2011). Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of
Malaysia. European Journal of Law and Economics, 134. doi: 10.1007/s10657-011-9249-4,.

[1] Ahmad Mazlan Zulkifli, Badrul Hisham abd.Rahman, Nasser Yassin& Jamil Ramly Amalan Asas Takaful ,IBFIM.2012
[2] Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2010. Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 51-58, International
Law Book Service: Petaling Jaya, hlm 56-61
[3] .IBFIM, 2007. Buku Panduan Asas Takaful. Kuala Lumpur, hlm. 79.
[4] BNM, 2010. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2009. Kuala Lumpur, hlm 121.
[5] Mohd Sadad Mahmud and Radiah Abd Kader. (2012). Perkembangan Takaful di Malaysia: Satu Kajian UndangUndang Kewangan Islam. KANUN, 24(2), 241260.
[6] Rusni Hassan and Mohammad Azam Hussain. (2013). Scrutinizing the Malaysian Regulatory Framework on Shariah
Advisors for Islamic Financial Institutions. Journalof Islamic Finance, 2(1), 3847

[7] Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


[8] Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan and Aznan Hassan (2013). Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat Shariah Bank
Negara Malaysia: Tinjauan Perspektif Undang-Undang. KANUN, 2(2), 220237

[9] Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39


[10] Abu Zuhrah, Usul al-Fiqh, hh. 188189.
[11] Mohd Alias Ibrahim v. RHB Bank Bhd & Anor Mohd Zawawi Salleh J (Banking; Constitutional Law; Islamic Law- Islamic
banking - Shariah Advisory Council, rulings of - Whether binding on civil courts) [2011] 4 CLJ 654 [HC].
[12] Sek.53A Akta Takaful 1984.
[13] Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2008). Akta Takaful 1984: Satu Analisa. In Asmak Ab Rahman et al, (Eds.). Sistem Takaful di
Malaysia: Isu-Isu Komtemporari, 103117. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
[14] Maffuza Salleh. (2005). Takaful Dari Prospek Syariah Dan Perundangan Mengikut Amalan di Malaysia. Tesis Ijazah
Undang-Undang, Fakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia.
[15] Sebagai contohnya, BNM telah mengeluarkan garispanduan yang dikenali sebagai Shariah Governance Framework for
Islamic Financial Institutions (BNM/RH/GL_012_3) yang mula dikuatkuasakan pada 1Januari 2011. Garispanduan ini adalah
menyediakan kerangan tadbir urus Shariah yang perlu dipatuhi oleh semua institusi kewangan yang menjalankan urusniaga
kewangan Islam di Malaysia.

[16] Subseksyen 29(6) APKI 2013. (6) Manamana orang yang gagal mematuhi apa apa standard yang ditentukan di bawah
subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan
tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau keduaduanya.
[17] (1) Seseorang pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat
Syariah tentang perkara Syariah yang berhubungan dengan perniagaan takafulnya dan pengendali takaful, ejen takaful, broker
takaful atau ajuster itu hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
(2) Sesuatu persatuan;
(a) yang anggotanya merupakan pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster; atau
(b) yang anggotanya merupakan syarikat insurans, ejen insurans, broker insurans atau ajuster insurans, yang ada antaranya
mengendalikan perniagaan takaful, boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat Syariah tentang perkara Syariah yang
berhubungan dengan perniagaan takaful anggotanya dan persatuan itu dan anggotanya yang mengendalikan perniagaan takaful
hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
(3) Dalam seksyen ini, Majlis Penasihat Syariah ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen
16b(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958.
[18] Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701].
[19] Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding dengan Bank, melantik daripada kalangan orang yang
berkelayakan dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan,
kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis Penasihat Shariah.
[20] (2) Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh
(a) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau (b) mendapatkan nasihat, Majlis Penasihat Shariah mengenai
operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.
[21] (2) Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan manamana perkara yang berikut
yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:(a) tadbir urus Shariah termasuk
(i) fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi berhubungan
dengan pematuhan Shariah;
(ii) kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakanseorang anggota jawatankuasa Shariah; dan
(iii) fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan
[22] Ruzian Markom , Sistem Governans Perbankan Islam.UKM.
[23] Surianom Miskam and Muhammad Amrullah Nasrul Miskom. (2013). Shariah Governance in Islamic Finance: The Effects
of The Islamic Financial Services Act 2013.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2013), Langkawi, Malaysia. 25-26 November 2013.
[24] 1) Suatu institusi dan manamana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah
(a) memberikan apaapa dokumen atau maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang
dikehendaki oleh jawatankuasa Shariah; dan
(b) memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau
tidak mengelirukan dalam apaapa butir material, bagi membolehkan jawatankuasa Shariah itu menjalankan kewajipannya atau
melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 36, anggota jawatankuasa Shariah tidak boleh mendedahkan apa
apa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) kepada manamana orang lain..

[25] Abdul Hakim Othman. Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-9 10 November 2014 Bersempena KLIFF
2014 .
[26] Ruzian Markom et al., (2011). Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of Malaysia. European
Journal of Law and Economics, 134. doi: 10.1007/s10657-011-9249-4,

You might also like