You are on page 1of 3

PERSEPSI MASYARAKAT SETEMPAT TERHADAP AKTIVITI PEMBAKARAN

SAMPAH DI TAMAN AULONG MAJU, TAIPING


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi masyarakat setempat terhadap
aktiviti pembakaran sampah di kawasan kajian. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti
punca-punca berlakunya aktiviti pembakaran sampah di kawasan kajian serta mengkaji
impak aktiviti pembakaran sampah terhadap penduduk setempat dan alam persekitaran.
Lokasi kajian bertempat di Taman Aulong Maju, Taiping. Kaedah kajian yang telah
digunakan ialah kaedah soal selidik. Seramai 30 responden telah dipilih secara rawak
dalam kalangan penduduk taman perumahan ini. Kaedah pemerhatian dan kaedah
rujukan juga telah dilaksanakan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa punca utama
berlakunya aktiviti pembakaran sampah di kawasan kajian adalah kelalaian dan
kemalasan penduduk setempat. Dapatan seterusnya ialah aktiviti pembakaran sampah
sememangnya membawa impak kepada penduduk setempat dan alam persekitaran.
Antaranya, menjejaskan kesihatan, meningkatkan suhu bumi, kesan rumah hijau dan lainlain. Sebagai rumusan, langkah-langkah yang proaktif seperti: tindakan daripada pihak
berkuasa, hukuman dan denda perlu diambil bagi menangani aktiviti ini.

SENARAI KANDUNGAN
Bil.

Butiran
Abstrak
Senarai Kandungan
Penghargaan

1.0

Pengenalan

2.0

Objektif Kajian

3.0

Lokasi Kajian
3.1 Peta
3.2 Gambar

5-8
9

Kaedah Kajian
4.1 Instrumen Kajian
4.1.1 Kaedah soal selidik
4.1.2 Kaedah pemerhatian
4.1.3 Kaedah rujukan

10
11
12

4.0

5.0

6.0

MukaSurat
i
ii
iii
1-3
4

Dapatan Kajian dan Perbincangan


5.1 Demografi Responden
5.2 Punca berlakunya aktiviti pembakaran sampah di Taman Aulong
Maju, Taiping
5.3 Impak aktiviti pembakaran sampah di Taman Aulong Maju, Taiping
terhadap penduduk setempatdan alam persekitaran
Rumusan/ Kesimpulan
6.1 Punca berlakunya aktiviti pembakaran sampah di Taman Aulong
Maju, Taiping
6.2 Impak aktiviti pembakaran sampah di Taman Aulong Maju, Taiping
terhadap penduduk setempat dan alampersekitaran
6.3 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

13-16
17-22
23-27

28-30
31-33
34
35
38-42

PENGHARGAAN

Semasa membuat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Am


ini, pengkaji telah mendapat banyak bantuan daripada banyak pihak. Pertama sekali,
pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Muniamah A/P
Kannayyagoundan selaku guru mata pelajaran Pengajian Am di atas kesudian beliau
menghabiskan masa untuk member tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan bagi
menyempurnakan kerja kursus ini.
Pengkaji juga ingin melafazkan penghargaan kepada tuan pengetua, Abd Aziz bin
Samshuddin kerana memberi kebenaran kepada pelajar tingkatan 6 atas untuk
menjalankan kajian ini.
Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji telah menghadapi pelbagai masalah dan
pancaroba. Namun dengan dorongan ibu bapa, rakan sekelas dan guru, pengkaji dapat
menjalankan kajian ini. Oleh itu, pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan
kepada ibu bapa pengkaji dan ahli keluarga serta rakan sekalian yang tidak jemu memberi
sokongan moral dan galakan.
Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung atas
komitmen dan kerjasama yang diberi dalam mengumpulkan data atau maklumat untuk
menyiapkan kajian ini.
Sekian, terima kasih.

You might also like