You are on page 1of 3

SINOPSIS KAJIAN TINDAKAN.

Kajian tindakan ini adalah satu projek mereka cipta alat bantu mengajar Smart
Volume bagi matapelajaran Ruang dan Isipadu,Matematik KSSR Tahun 4 . Smart
Volume yang direka terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1.

Smart Volume Kit berbentuk bukan elektronik dan merupakan bahan


konkrit.

2.

Smart Volume Intretraktif yang berbentuk elektronik seperti CD


interaktif.

Objektif utama kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan
pengusaan di kalangan murid Tahun 4 terhadap konsep isipadu kubus dan kuboid.
Selain itu,kajian ini juga dijalankan adalah bertujuan untuk :
1.

Membangunkan Smart Volume bagi membantu pelajar memahami


konsep isipadu kubus dan kuboid.

2.

Menilai keberkesanan Smart Volume untuk memudahkan pelajar


mencari jumlah isipadu kubus dan kuboid.

3.

Mengeluarkan beberapa cadangan bagi penambahbaikkan Smart


Volume agar penggunaan BBM ini digunakan di sekolah.

Kajian ini dijalankan oleh dua orang pelajar Fakulti Pendidikan,Universiti


Teknologi Malaysia, Hafidz Hj. Omar dan Khairil Anuar Mosmin. Isu utama kajian ini
adalah kaedah pengajaran guru yang lebih bergantung dengan penggunaan CD
interaktif untuk menyampaikan konsep isipadu kubus dan kuboid. Walaupun setiap
sekolah dibekalkan dengan kemudahan computer dan pelbagai pilihan CD
interaktif,namun guru tidak seharusya menjadikan CD interaktif sebagai bahan bantu
mengajar yang utama semasa sesi pengajaran dalam kelas. CD interaktif tidak dapat

digunakan tanpa menghidupkan komputer. Jika bekalan elektrik terputus,CD interaktif


juga tidak dapat digunakan secara berkesan dalam pengajaran.
Pergantungan terhadap CD interaktif memang perlu dihadkan. Bahan bahan
lain seperti model 3D juga diperlukan bagi menambah kefahamanb pelajar untuk
memahami konsep isipadu kubus dan kuboid. Model 3D sangat sesuai bagi kumpulan
murid yang masih belum menguasai konsp isipadu. Kumpulan murid yang lemah ini
memerlukan bahan belajar yang boleh mereka lihat,sentuh dan teroka untuk
meransang inkuri penemuan mereka dalam konsep isipadu.
Seramai 20 orang murid yang lemah dalam penguasaan konsep isipadu kubis
dan kuboid telah dipilih sebagai sample kajian ini. Kumpulan murid ini pula dibahagai ke
pada 2 kumpulan. 10 orang murid yang pertama mengikuti pengajaran konsep isipadu
kubus dan kuboid dengan menggunakan Smart Volume yang telah direkacipta
manakala 10 murid kumpulan yang kedua mengikuti pengajaran konsep isipadu
kubus/kuboid tanpa penggunaan Smart Volume ini. Pengasingan ini dilakukan
bertujuan untuk mengesan perbezaan skor keseluruhan pada ujian Post yang akan
dilakukan pada akhir pengajaran. Hasil skor ujian post akan menentukan sama ada
Smart Volume ini berjaya untuk membantu pelajar untuk menguasai konsep isipadu
kubus/kuboid atau sebaliknya.
Kajian ini dimulakan dengan ujian rintis yang dilakukan terhadap 2 orang murid
yang tinggal berhampiran dengan penyelidik. Tujuan ujian rintis ini adalah untuk
mengenal pasti sebarang masalah atau kesulitan yang mungkin dihadapi semasa ujian
sebenar dijalankan nanti.
Sebelum menjalani kajian eksperimen ini,subjek ( murid ) telah pun mempelajari
topic Bentuk Tiga Matra dan mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai konsep
luas. Subjek dikenal pasti melalui ujian Pra yang dilakukan. Setelah bersedia,penyelidik
menunjukkan kaedah menggunakan Smart Volume yang betul kepada subjek supaya
tidak berlaku kesilapan semasa menjalankan eksperimen yang sebenar. Penyelidik juga
perlu memastikan subjek menjalankan eksperimen dengan betul bagi membolehkan
data kajian diperolehi melaui skor-skor subjek ketika menjalani ujian Pos.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, ternyata bahan bantu mengajar Smart
Volume ini mampu meningkatkan penguasaan murid dalam mempelajari konsep isipadu
kubus dan kuboid. Murid lebih seronok dan lebih teruja belajar dengan menggunakan
gabungan bahan bantu mengajar elektronik dan bukan elektronik..

You might also like